
MOB 7 💗
Hari demi hari berlalu.. Sedar tak sedar dah hari khamis, aku seperti biasa, bangun pagi, pergi sekolah dan belajar.. Balik sekolah, makan, tidur, buat kerja sekolah.. Tiada apa masalah, ehh bunyi macam ada masalah tiber! Alex pun nice, cara dia pegang watak dia sebagai Penolong Ketua Pengawas.. Tak sia sia aku pilih dia sebagai penolong HAHAHAHA, takda juga yang melecehkan..
Perangai dia pun lebih kurang sama laa dengan aku, bezanya dia lebih aktif menjawab apa yang ditanyakan oleh cikgu cikgu yang sedang mengajar di depan kelas.. Lain laa aku, tunggu cikgu panggil baru jawab hshshs.. Setiap kali dia pandang aku, mesti aku tak betul haih.. Masalah betul laa dengan mamat yang 'luck-hanurt' nie.. Dia sentiasa membuatku cair, oh hatiku!
Memandangkan sekarang sudah hujung bulan 1, bersamaan dengan hari terakhir bulan 1 hshsh, maka bulan depan bermula laa hari sukan kita.. Setiap tahun kami akan memilih rumah sukan, pilih sendiri dan tiada paksaan haa giteww.. Dan aku sudah berjaya memilih pasukan Rusa HAHAHA, kawan aku yang lain pula tak sama dengan aku huwaa! Lonely laa aku nie jawabnya arghh!
Tapi kannn.. Tapi tau! Ehh kau, cakap jer laa! Tapi Alex sama dengan aku, huwaa.. Aku tak boleh laa tho ada dia, aku takkan fokus weyh hish.. Dan ya, kami berdua yang juga laa yang jadi ketua diorang haih.. Nak buat macam mana kan, nak taknak kena buat juga laa jawabnya hmm..
" Okay guys, so this year.. Tema apa yang korang nak tahun nie? Macam biasa tema kita bebas kan.. So since tahun lepas rumah Rusa dah buat tema flower kan, tahun nie kita buat ayu sikit ya hshshsh.. Cer korang suggest sikit, and I give you guys 10 minutes okay? " kata aku.. Biar laa diorang pilih, sekali sekala sporting dengan diorang..
Aku taknak laa membuli tahun nie, sebab dah janji dengan diri sendiri taknak buat hal, tak salah kan kalau nak berubah walaupun susah? Lagipun tahun nie SPM kan..
10 minit berlalu...
Nampaknya, semua sudah bersedia.. Aku pula tengah syiok sembang dengan Alex, sweet enn? HAHAHA.. Tanpa sedar diorang ingin bergurau dengan aku..
" Uyoo, sweetnya Ketua Pengawas kita nie hmm.. Bagai pinang dibelah dua ehek! " kata junior ku a.k.a. Widya.. Muka aku tak payah laa kau cakap, merah teruk weyhh huhuu.. Tapi sebenarnya ada jer form 5, buat ape tah lantak diorang laa..
" Ish korang nie, ke situ pulak ehh.. Haa, tema apa korang pilih? " tanya aku, nak coverline kononnya enn..
" Ermm, kami pilih tema princess dan princess tu adalah Cinderella.. Adakah anda setuju senior? " tanya mereka.. Aku mengangguk, tapi siapa jadi prince tu?
" Korang suggest siapa yang jadi watak watak utama tu? " yea laa, takkan kosong kut ishh..
" Kami dah pilih.. Kak Everly jadi Cinderella, abang Alex jadi prince nya, fairy god mother tu saya, Zeliana, dengan Yusrina.. Kalau tak setuju saya tidak kisah sebab senior yang ketuanya " sayang junior HAHAHA
" Tidak mengapa, saya setuju.. Bagi yang kawad kaki kita, saya akan sediakan baju yang lawa dan perfect okay? So, sekarang kita ada acara lumba lari, lontar peluru dan sebagainya.. Nanti kalau free balik nanti kita bincang okay? Tapi kalau korang betul betul terpaksa balik awal, takpa.. Bagi korang yang boleh stayback tu, wajib! " kata aku lembut, terselit juga nada tegasnya.. Semua mereka mengangguk, dan kami semua pun berlari ke padang..
Aku yang baru saja sampai di khemah yang telah disediakan.. Cantik, pandai cikgu kita tolong hiaskan ehek! Noah yang melambai ke arah ku dituju, dan ya.. Aku tertendang batu tu dan taktau pun ada batu dekat depan aku, dan kalau benjol takpa.. Tunggu masa nak landing jer laa nie jawabnya..
Wait, apahal tho aku takda rasa tanah atau pasir langsung eh?! Tapi rasa macam tangan orang pulak dengan deruan nafas dia yang membuat ku tidak keruan.. Arghh! Siapakah mahkluk ini? Makk takutt.. Mata aku yang dipejam dari tadi cuba untuk dibuka rupa rupanya Alex pheww.. Nasib baik laa dia ada kalau tak rasanya berjahit dah kepala aku hah hmm..
Wait what?! Alex?! Siyess ah weyhh? Mommy, help me!!
" Everly.. Everly! Sayang~ menung apa tu hmm? " tanya dia.. Part dia panggil aku ' sayang ' tu, I cannot laa arghh.. He makes me fall in love with him, but why? Why Alex? Aku terus bangun dari dakapannya.. Belakang baju dan seluar ku ditepuk, dan zupp.. Mata kami bertembung..
Mata dia, aku dapat tau yang dia ikhlas dengan aku.. T- tapi, aku keliru dengan perasaan aku.. Aku tak boleh sayang dia! No Eve! You can't love him! Arghh, aku benci situasi macam nie! Sh*t!
" Ehem! Kamu berdua tu dah kenapa? Dok pandang pandang, tidak ada kerja lain ke? " kata cikgu Siti.. Kami berdua memandang ke arah lain dan tersengih seolah olah tidak bersalah..
" Maaf cikgu kesayangan ku hehe " aku reti laa bodek cikgu nie HAHAHA! Cikgu tersebut menggelengkan kepala..
" Thanks sambut aku, aku pergi dulu.. " muka aku dingin, aku taktau kenapa.. Argh, aku malas dah nak fikir! Serabut!
-------------------------
Phew! Aku sambut crush aku weyh arghh! Tapi, kalau aku confess dekat dia, dia terima aku ke? Kalau dia reject? Haihh, kalau dia reject tidak mengapa.. Mana boleh mengalah kan.. So, keep tryin' !
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Habis saja latihan acara kami, kami pun pulang ke kelas masing masing..
" Fuh, penat siak.. Korang ada masuk tak mana pertandingan? " tanya ku kepada kawan baru aku.. Macam laa tak biasa ehh.. Lagipun, 6 ekor tu jer laa membe aku since masuk sekolah baru nie.. Masuk aiyok gak HAHAHA..
" Gila kau tak penat weyhh! Aku 200 meter pun dah nak semput, dengan panas dia lagi fuhh.. Teramat laa memenatkan.. " kata Aris.. Betul juga kata dia hmm..
" Kau ada masuk acara Alex? " tanya Qalique yang baru saja masuk ke dalam kelas.. Aku mengangguk, semua acara yang aku masuk aku beritahu diorang.. Ternganga terus diorang, aku juara sukan laa wahai teman teman ku.. Ehh, riak bethols kau Noah!
" Bapak ahh kau, hampir semua acara kau masuk! Kau makan apa weyh? Aku tengok tadi enn, 4 pusingan rilek jer kau lari.. Kalau aku tadi, pengsan aku tengah jalan tu weyh " jawab Zack pula.. Yang lain mengangguk dan terkejut.. Aku buat muka biasa jer, takkan nak ikut diorang ternganga pulak enn?
Aku mengambil tuala, baju dan seluar lebih yang dibawa oleh ku di dalam beg, lalu tandas ku tuju.. Baru selangkah aku masuk, kepala ku angkat.. Bapak ahh, nie hotel 5 bintang ke sekolah weyh?! Tandas bersih tak kotor langsung, full package laa senang citer enn.. Tanpa banyak bunyi, aku masuk ke bilik mandi yang telah disediakan..
10 minit berlalu...
Baju yang dipakai oleh aku tadi disimpan ke dalam plastik, dan naik ke kelas.. Sampai saja di kelas kelihatan Everly sedang khusyuk bersembang dengan kawannya.. Sembang apa entah pun aku tak tau, malas nak ambil peduli aku terus pergi ke meja Jay.. Baru saja aku melabuhkan punggung aku ke kerusi, dah diorang kecohh.. Ehh jap, kecoh pasal apa?
" Weyh Alex, berani betul ehh kau ngan Everly tu? Kalau aku, dah lama lari weyhh.. Tak sanggup aku.. " kata Fazrin.. Laa, pasal tu ke..
" Ha'ah weyh.. Sebab selama nie dia mana pernah macam tu, kami nak tengok dia senyum pun susah.. Tapi sejak kau ada laa kan, perangai dia lain macam.. Maksud aku berubah.. Enn korang? " sambung Azry
Aku buat muka blur.. Siyess ahh Everly macam tu, aku baru tahu tho perangai sebenar dia.. Tapi dia crush aku hmm.. Kau Alex, kesitu pulak hish! Kadang kadang perasan juga aku dengan perubahan wajah dia, kadang kadang dingin + beku namatey, kadang kadang senyum jer.. Seram sejuk aku dengan minah tu aihh, nasib crush ehek!
" Aku taktau pun perangai dia macam tu korang.. Sebenarnya enn, aku on crush ngan dia tapi korang jangan laa bagitau.. Salah sorang dari korang bagitau siap korang, sekor sekor aku tibai satgi.. " mendatar saja suara aku..
Kami pun bersembang sehingga laa tamat waktu persekolahan.. Kami balik dari padang tadi pun dah nak waktu balik, dia punya lama tu memang tak boleh bawak bincang.. Tapi tidak boleh balik lagi sebab rumah rusa kena stayback untuk perbincangan yang tergendala tadi..
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
" Anak anak sekalian, mari kita duduk dan bincang tentang benda yang tergendala tadi.. " kata Everly.. Aku taktau laa nie rumah atau istana, I is buntu.. Dia drive lepastu bawak kami pergi Villa family dia, dan disini laa kami.. Besaq weyh huwaa 😭👍
" Erkk kak, nie rumah akak ke? Awat besar benor kak oitt?! " tanya Yusrina.. Dia memandang aku, aku memandang dia dengan wajah yang kosong..
" Ehh, rumah family akak laa nie.. " dengan kekok begitu dia menjawab..
" Dah, dah, dah.. Sekarang kita sambung bincang tu ehh.. Okay korang nak baju yang macam mana? I mean bagi yang kawad kaki lepastu baju fairy god mother tu nak yang macam mana? " tanya dia, aku hanya tukang dengar saja..
" Ermm, kami ada cadang juga tadi kak.. Untuk baju kawad kaki perempuan, kita pakaikan mereka gaun yang berwarna biru sama juga dengan kawad kaki bagi budak laki.. Tapi diorang pakai kemeja dengan seluar slack laa HAHAHA, gilo nak pakai gaun.. Kami bertiga fairy god mother nie pulak, pakai cardigan atau gaun mengikut warna berikut laa hshshs.. There's one more thing kak, we don't have any budget to spend all those clothes we need.. I suggest that we can ask any tailor to help us sew our clothes right? We just need to beli those kain dengan kumpul duit.. Okay tak tak suggestion saya tu? Kalau tak akak boleh bantah dan kami tidak makan hati kan korang? " yang lain semua mengangguk.. Fuhh, punya panjang lebar dia punya suggestion, tapi masuk akal gakk HAHAHA..
" Ermm, I don't think we need to upah any tailors laa.. Akak sponser okay? Kalau korang selalu bagi kerjasama dengan akak dengan abang Alex, akak akan bagi baju yang lagi lawa and belanja korang makan, nak tak? " kata Everly.. Aku mengangguk laju, yang lain auto buat muka ' biar betik?! '.. Berdekah aku dengan Everly gelak tengok muka diorang macam tu uishh.. Sian diorang, taktau lagi siapa Everly..
" Akak biar betul nak sponser semua tu, banyak tu kak.. Kami yang kawad kaki nie pun dah 45 orang, tambah lagi kita punya.. Akak jangan main main " kata Rafieq.. Everly hanya menggelengkan kepalanya dan tersenyum manis..
" Tak pa, tak banyak pun tu.. Sikit jer " jawab dia.. Dia biar betul weyhh, sikit dia kata.. Kalau aku laa kan, terjun laut jer laa aku huhu.. Everly bagun dari duduknya dan menuju ke biliknya di atas..
" Abaikan jer laa akak korang tu, kawan dengan abang lagi bagus, tak ke gitu " terletus gelak tawa kami semua dalam rumah itu..
" Abang buatkan air ya, sian korang penat tekak kering.. Kejap ehh korang, tu remote tv, kalau nak pasang laa ehh " kata aku lalu menuju ke dapur..
Aku membawa air yang dibancuh oleh aku tadi dan juga keropok, biasa laa Everly enn sempat dia menyinggah dekat kedai depan tu tadi.. Dia keluar dari lif dengan berpakaian baju lengan pendek dan juga tracksuit panjang, rambut palsu dia hmm.. Dia dh buka laa tu, bocor laa rahsia dia.. Kot laa?
Aku berlari menuju ke arahnya..
" Eve, kau tak takut ke kalau diorang bagitau pasal kau? Dengan tak pakai contact lens-nya, rambut palsu kau ehemm " bisik aku ke telinganya, dia hanya mengangkat kening dan meninggalkan aku.. ~ Sampai hati crush buat aku macam nie, sob sob.. ~ bisik ku sendirian..
Everly dengan ' slumber ' badaknya terus baring di sofa panjang.. Aku memang geleng kepala laa jawabnya, yang lain pula berkerut seribu dahi diorang sebab tengok perubahan wajah dan rambut Everly.. Muka tak pelik, yang pelik tu hidung dengan rambut jer..
Everly mengambil sebungkus keropok dan membukanya..
" Everly, I already taught you abaout this " tegas dan datar saja suara aku.. Aku dah kata jangan dia degil, eyy laa minah nie
" Ehehehe, sorry " haa elok laa tu tersengih jer kerja.. Aku memintanya cerita dari A sampai laa Z, tapi bukan semua laa terutamanya hal peribadi dia tu semua..
Siapa jer tak kenal dia? Dia model terkenal dari France walaupun hanya part-time.. Nama dia pun buka real, dia guna nama samaran iaitu Queen El, kata abang abangnya, itu adalah nama sisi kejam adiknya.. Everly nie adalah seorang pembuli sejak form 1 sampai laa sekarang kata abangnya..
Aku dah lama gila dah contact abang dia, dia seorang jer yang taktau..
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
" Bye kak bye abang, thanks tau sebab dah sponser baju baju kami.. Dan kami janji kami takkan pecahkan rahsia " kata mereka.. Sebelum balik ke rumah, Everly menghantar mereka pulang terlebih dahulu, nanti parents diorang risau pula..
Senang laa Everly nak hantar diorang, tak payah banyak selok belok.. Diorang tinggal dekat taman yang sama..
Kami berdua pun pulang ke rumah masing masing, sebelah sebelah jer pun HAHAHA..
-------------------------
Haish, lama betul dia nie nak balik.. Risau aku dibuatnya, pergi mana laa minah nie eyy.. Mommy dengan daddy pun resah semacam.. Tipu laa kata tak risau, dia tu satu satunya adik perempuan dalam ahli keluarga kami..
Kedengaran bunyi enjin kereta di luar, mommy dan daddy mengurut dada tanda lega dia selamat pulang ke rumah.. Baru saja dia hendak menutup pintu, telinganya terus aku tarik.. Tak kuat tapi perlahan jer, gila ke aku nak dera adik aku teruk teruk..
" Aaa, arghhh! Sakit laa abang, apa main tarik tarik telinga nie eee "
" Abang tarik sebab adik balik lambat laa! Pergi mana lepas balik sekolah tadi huh? Risau kami tau, abang Ayen kau yang dekat pejabat tu pun risau, nak balik pun tak boleh.. " jari aku yang menarik telinganya dilepaskan..
" Sorry laa semua hehe, adik pergi kita punya Villa tadi sebab nak bincang pasal baju untuk hari sukan nanti.. Adik nak bagitau, tapi low bate lepastu charger lupa bawa haa.. Sorry laa hehe " boleh pulak dia jawab begitu yaa.. Nanti kau adik, aku bagi kau minum milo nanti baru tau!
" Haa adik, naik laa atas mandi.. Lepastu kita makan sama sama " kata daddy pula, mommy memang dari tadi dah berleter dengan dia aku hanya menahan gelak..
Haa, amacam part yang Everly tersadung tu tadi? Sweet tak HAHAHA, gurau ii.. Masehh tau bagi yang masih support aku untuk menulis story yang tak seberapa nak jadi story nie hmm.. Yang silent readers tu, kalau boleh muncul laa jangan menyorok 👍
Vote ⭐
Comment 💬
Bye 💗🔫
P/s: jangan ponteng klas tau korang, sentiasa hadir sksksksks..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro