MOB 28 ❤
Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Sarawak. Dan hari nie juga laa Aunty Cellia dan Uncle Andreas ingin pulang semula ke France, tidak tinggal juga abang Axel, abang Adrian, kak Michellea dan juga grandma. Huwaa! Kenapa balik awal sangat? Aku still nak spend time dengan diorang terutamanya dengan grandma.
Punya laa lama aku tak jumpa dengan grandma. Entah bila aku boleh pergi France pun tidak tahu. Susah, tahun nie aku ada SPM. Mommy ada event yang kena handle, daddy, abang Ayen dan abang Ev pulak ada projek yang besar harus mereka laksanakan. Tengok laa tu, semua jadual padat.
" Grandma... Why don't you just back to France tomorrow hmm? " sungguh. Hati ini terlalu berat untuk melepaskan grandma pergi dari aku.
" I want to sweety, but I can't. Next time grandma datang KL okay? Ataupun hujung tahun nie Eve balik laa. " pipiku diusap perlahan oleh grandma. Iya juga kan? Kenapa laa aku tak terfikir hujung tahun nie ada cuti panjang lepas SPM. Lagipun SPM awal bulan Disember. Bongok laa kau nie Eve!
" Aaa, no! I want to come along with you! " bentakku. Aish!
" Everly Lyeann Evan! " nama penuh. Daddy laa itu. Sentiasa begitu kalau aku degil.
" Okay fine! But promise me grandma datang KL. Pinky promise? "
" Pinky promise. " jawab grandma. Meskipun hati ini berat untuk melepaskan grandma pergi, terpaksa ku relakan. Takpa! Kau kena kuat Eve! Hujung tahun nanti kau balik laa.
" Kami pergi dulu adik! Jaga diri elok elok. Dengan anak jangan garang sangat, kerja tu jangan terlebih. Ingat! " kata Aunty Cellia kepada daddy, daddy pun hanya mengangguk mendengar pesan dari kakaknya. HAHAHAH! Comel laa daddy nie.
" Noah, jaga Eve baik baik. Kalau dia degil, tegas! Jangan lembut sangat, nanti semakin menjadi perangai manja dia tu dengan kamu. Belajar elok elok, kamu berdua tu nak SPM dah. Ingat pesan Aunty nie. " Noah menyalam tangan Aunty.
" Kamu pun sama Eve. Jangan buli dan jangan berkasar sangat dengan Noah, sian dia. Dengar cakap Noah, dia tu suami kamu. Bah, Aunty pergi dulu. Nanti flight delay. " tangan Aunty disalam, dahiku dikucup oleh Aunty.
Tidak tinggal juga dengan juga dengan cousins sebelah daddy yang lain. Semuanya disalam oleh aku dan Noah.
" Bye! Take care! " itu adalah kata kata terakhir dariku. Aish, rindu weyh! Tak boleh ahh macam nie ish, aku tak puas lagi nak bergaul dengan diorang. Hmm, dah flight hari nie. Terpaksa laa balik kan.
Pagi ini daddy dan papa memang tiada apa apa plan langsung. So, boleh laa aku nak sambung tidur kan? Mengantuk weyh, aku tak cukup tidur sob sob.
Mana tidaknya, semalam pukul 2 pagi baru tidur. Memang sah laa mata panda huhu!
Semua membuat hal masing masing, aku baring di sofa. Noah mengambil tempat duduk di tepi aku, sofa punya berlambak dalam ruang tamu nie nak juga satu sofa dengan aku.
" Baring sini sayang " pahanya ditepuk, aku pun terus membaringkan kepalaku di paha Noah. Bantal busuk dipeluk, Noah pulak menonton tv. Aku? Tidur laa nyah!
------------------------
Puas aku mencari channel yang ada di tv, akhirnya tv itu ditutup. Bosan, takda cerita best. Eve yang sudah berdengkur itu dipandang, pipi dia nie aish! Inginku gomol sepuas hati! Sudah laa tembam, bila buat muka lagi comel. Nasib aku laa dapat bini yang cantik dan comel begini hmm. Sudah laa pandai, athelete pulak tu. Untung aku huhu.
Aku mengendong dia naik ke atas sehingga laa masuk ke dalam bilik. Sebelum aku join Eve tidur, aku ingin memberitahu papa dahulu.
" Pa, Noah dan Eve tidur tau. Penat lagi, kalau ada apa apa daddy panggil okay? " rambutku digosok perlahan oleh daddy.
" Rasa macam baru semalam papa tengok kamu lahir, besar dah anak papa nie. " aku tersenyum manis. Aku memeluk papa dengan erat sekali. Kasih sayang seorang ayah tiada bezanya dengan kasih sayang seorang ibu. Kedua dua mereka membesarkan aku dengan baik sekali. Syukur aku dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia walaupun kadang kala kucar kacir satu rumah hehe.
Cecair hangat mengalir di mata. Memang sensitive betul laa haih bahagian sedih nie. Tisu betul hati nie huhu.
Aku melepaskan pelukan dari papa, air mata dilap dengan tapak tangan.
" Hey, apa nangis nie ish! Tak hensem anak papa. Pergi laa tidur, nanti kalau masa makan papa kejutkan. " papa nie ish, suka buat orang sedih tau! Aku tersengih lalu naik ke atas. Nak join tidur juga!
Aku naik ke katil dengan perlahan sekali, tidak mahu Eve bangun dari tidurnya. Selimut ditarik sehingga ke bahunya, hidungnya dicuit perlahan olehku. Comel!
Aku turut tidur bersamanya sehingga laa ke petang.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Aku tersedar dari tidur, jam di telefon ditilik. 3.30 p.m. Weina, lama juga aku dengan Eve tidur nie. Dasar tidur mati, nie kalau aku bangun mau kena bahan nanti. Eve masih lagi tidur, taknak kacau jadi mari laa kita turun ke bawah. Biar laa dia tidur sepuas puasnya, janji dia tidak mengigau yang bukan bukan sudah.
Dia tu masih lagi perlukan bimbingan kaunseling sebenarnya. Bahkan setiap bulan dia pasti ada temu janji dengan doktor psikatri iaitu doktor Cynara. Walaupun dia kelihatan seperti okay, namun dia masih perlu hadir ke sesi kaunseling itu.
Dia hanya ikutkan saja apa yang disuruh oleh mommy dan daddy nya sebab dia tahu, mereka buat begitu sebab sayang dan ingin yang terbaik dalam hidupnya. Aih, sedih pulak kisah Eve nie.
Walaupun luaran dia happy, menggila sana sini. Tapi hatinya tiada siapa pun yang tahu. Kesian dia hmm...
Aku bangun dari katil lalu keluar dari bilik. Perlahan lahan pintu bilik ditutup. Aku turun ke bawah dan bau yang wangi menusuk ke hidung, mesti diorang BBQ nie kan? Lapar nyah, aku dari tengah hari tak makan. Itu pun sarapan pagi jer huhu.
Aku duduk di sofa ruang tamu, mama dan mommy juga ada. Aku membaringkan kepalaku di peha mama.
" Bangun dah pun. Eve mana? " alaa mama nie, mentang mentang laa Eve tu menantu kesayangan dia.
" Tidur lagi, biar laa dia. Penat sangat dia tu. " jawabku. Mama dan mommy hanya mengangguk.
Aku bangun semula lalu belakang dapur dituju. Rumah nie kan, luas yang teramat laa luas. Aku taktau laa nak cakap besar mana, boleh dikatakan besar istana Yang di-Pertuan Agong di Pahang tu haa.
Papa dan daddy ada di situ, tapi dimana semua abang dan kakak ku? Takkan laa tidur. Kami nie jarang tidur petang melainkan rasa penat itu sememangnya belum hilang lagi. Tanya papa laa kalau begitu.
" Papa, daddy... " tegurku, sembang tak ingat dunia ish!
" Iya Noah. Eve tidur lagi? " soal daddy. Aku mengangguk sebagai jawapan.
" Mana abang dengan kakak pa? "
" Diorang keluar, katanya shopping. " huwa! Asal shopping tak ajak siut! Eee, taknak kawan!
" Ouh, Noah masuk dulu ehh. Sambung laa sembang hehe " daddy dan papa mengangguk serentak, aku pun ingin masuk ke bilik semula. Kut kut Eve dah bangun. Risau juga kalau dia meracau atau mengigau hmm.
Pintu bilik dibuka perlahan lahan. Tidur lagi dia rupanya. Lebih baik aku kejutkan dia, sekarang pun sudah pukul 4.15 p.m.
" Eve, bangun sayang. " taknak bangun dia.
" Bangun Eve. " sambil jari jemari ku bermain di mukanya. Comel HAHAHAHA! Jariku ditepis perlahan olehnya. Dia pun terus bangun dari tidur.
Matanya digosok perlahan persis seorang budak kecil yang baru bangun dari tidur, alahai comelnya dia. Mulut muncung, HAHAHAHA!
" Mulut tu jangan muncung, cium kang! " terbeliak terus matanya. Perutku dicubit olehnya. Hmm, aku dah biasa. Tak sakit pun sebenarnya, tapi pura pura sakit. Jahat kan aku? Hshshsh.
Dia bangun lalu getah rambut dicapai lalu diberikan kepada aku. Kedua dua tangannya dibuka besar, minta peluk? Atau dukung? Getah rambut tadi disimpan di dalam poket seluar, lalu aku memeluknya. Tapi lain pulak jadinya, dia minta dukung. Baru ku tahu. Dia memang manja begini ya?
Aku mendukungnya sehingga ke bawah. Ringan jer dia nie, no hal laa. Kami berdua duduk di sofa. Mommy menggelengkan kepalanya, mommy baru saja ingin menegur Eve aku terlebih dahulu memotong percakapan mommy.
" Eve, duduk bawah. Hubby nak ikat rambut tu. " tanpa banyak cakap Eve pun melepaskan pelukan lalu duduk di carpet. Aku memberikan isyarat kepada mommy supaya membiarkan dia begitu. Mommy hanya pasrah lalu menganggukkan kepala.
Rambut Eve diikat kemas olehku, tebal betul rambut dia nie. Curl bahagian bawah, lembut pulak tu. Tidak kusut, memang senang nak ikat. Rambut aku hmm, sikat macam mana sekalipun terjatuh juga rambut depan tu. Geram kekadang hmm...
Selesai mengikat rambut Eve, dia duduk semula di atas. Tapi kali ini dia membaringkan kepala dia ke peha aku. Tak faham betul aku dengan mood dia nie, kadang kadang manja, kadang kadang kasar dengan aku. Mana yang betul nie? Eve yang aku kenal kasar orangnya HAHAHAHA!
Aku membiarkan dia baring di peha ku, tangan kanan ku memegang telefon sambil scroll TikTok manakala tangan kiriku pulak ligat bermain dengan kepala Eve. Dia pun join aku layan TikTok.
Bunyi enjin kereta kedengaran, Iphone aku dipadam lalu memandang ke arah tv. Drama pun drama laa, aku tidak berapa sangat nak layan drama melayu nie.
" Hola semua! Kami dah balik! " kata abang Ayen, banyaknya barang! Macam laa muat nak sumbat dalam beg untuk esok.
" Eee, bersemut betul laa. Nak mandi dulu laa, taknak kacau. Bye! " kata kak Nia. Ewah, perli nampak? Jealous cakap laa MUAHAHAHAH!
Aku dan Eve sambung tengok content orang di TikTok. Malas laa nak layan diorang tu. Mama dan mommy pulak sudah masuk ke bilik masing masing, papa dan daddy juga sama. Kini hanya tinggal aku dan Eve saja di sini.
" Sayang, masuk bilik jom. Mandi. " kataku. Dia mamai lagi nie, mata tu pun macam layu jer. Tanpa menjawab percakapanku sebentar tadi, dia terus mengangguk. Tiada mood, mungkin?
Aku bangun dari sofa dan buat kali keduanya, dia minta dukung lagi. Badannya terus ku dukung lalu lift dituju. Sampai saja di bilik, aku pun terus menyuruhnya mandi. Sementara menunggu dia mandi, aku menyimpan sedikit barang untuk pulang ke KL esok. Baju untuk esok pun sudah aku sediakan terlebih dahulu, senang laa. Esok pagi tidak perlu laa kelam kabut.
Selesai juga akhirnya, aku keluar brander bilikku. Haih, kenapa dengan Eve nie. Macam tiada mood jer, aku bercakap dengan dia pun angguk geleng jer yang dia bagi sebagai jawapan. Aku risau laa dengan emosi dia hmm... Daddy pun ada bagitahu aku bahawa emosi Eve nie sememangnya tidak dapat dijangka.
Kalau dia happy, dalam sekelip mata mood dia akan berubah menjadi singa. Family dia sendiri pun kadang kadang tidak faham dengan mood Eve, apatah lagi aku huhu. Takpa laa, esok dia okay laa tu. Be positif Noah!
" Hubby... Noah... " seseorang memanggilku. Aku masuk ke dalam bilik untuk mencari empunya suara tersebut.
" Ehh, siap dah. Duduk sini, hubby keringkan rambut tu. " kataku, dia memakai pyjamas satin berwarna biru gelap. Dia pun terus duduk di meja solek. Hair dryer diambil lalu suis ditekan.
" Sorry hubby... " kata Eve sayu. Ehh, dah kenapa pulak bini aku nie? Hair dryer ditutup seketika, aku melutut dihadapan Eve. Mukanya ku pandang, macam nak nangis jer dia nie.
" Kenapa nie hmm? " soalku lembut.
" Sorry sebab tak sembang dengan kau, mood aku tak berapa stabil. Thank you sebab layan karenah manja aku tadi, aku tak berniat pun nak pulaukan soalan kau tadi. Tapi kau faham kan sebab apa aku macam nie? Kau pun tau kan aku sakit apa? Sorry sangat sangat, I didn't mean to do you like a doll. Sorry hubby... " air matanya terus mengalir ke mukanya. ' Aku-kau ' hmm... Bini aku tersasul ber 'aku-kau' dengan aku. Takpa laa.
Air matanya diseka menggunakan ibu jariku. Cengeng betul bini aku nie, minta maaf pun sampai menangis. Ish... Ish... Ish... Dan aku tak suka bila dia cakap ' kau pun tau kan aku sakit apa? '. Ayat tu memang aku tak suka gila. Memang dalam rekod kesihatan dia ditulis mempunyai masalah emosi atau boleh dikatakan pesakit mental hmm... Tapi sebenarnya dia bukan sakit, cuma emosi dia tidak berapa okay kadang kadang.
Jangan laa cakap dia mental, kalau dia mental sekalipun kenapa dia boleh masuk sekolah dan menjadi seorang budak yang pintar di sekolah? Sentiasa mengharumkan nama sekolah pulak tu, jadi jangan laa sesekali detail dia 'mental'. Hormat sikit orang kalau kau nak orang hormat kau.
You just know her name, but not her story.
Don't judge a book by its cover.
Ingat dua ayat itu.
" Aish, sokay laa sayang. It's just a small matter, don't worry okay. Just relax and I'm not gonna mad at you or beat you. Just be relax okay? " pujukku. Buat apa aku nak marah dia kalau dia tak buat salah? Aku taknak jadi lelaki dayus. Hambek kau. Aku sambung mengeringkan rambutnya menggunakan hair dryer, tapi kali ini dengan senyuman dan gelak tawa kami berdua.
Kan seronok kalau begini, tiada suasana sedih. Happy jer.
" Okay, dah siap. Sekarang hubby nak pergi mandi, so up to you nak tunggu hubby dalam bilik atau dekat ruang tamu laa ehh. " kataku sambil memberikan senyuman.
" Urm, I just wait you at here. " aku membuat simbol jari okay '👌', lalu bilik mandi dituju.
Selesai saja aku mandi, aku memakai baju Adidas berwarna biru gelap dengan pasangan seluarnya yang berwarna kelabu. Aku lebih minat pakai baju dan seluar yang ada pasangan, dan memang kenyakkannya jenama Nike dan Adidas. Kelihatan Eve sedang membaca novel di iPad nya sambil baring di atas tilam.
Seronok dia membaca tu sampai tergelak. Laki dia yang dah lepas mandi nie takda pulak dia nampak. Bertuah punya bini! Aku berjalan menuju ke arahnya, pinggangnya adalah sasaran ku dimana aku ingin menggeleteknya.
Pinggangnya digeletek olehku, tidak berhenti dia ketawa sehingga dia cuba melarikan diri dari aku. Seronok aku kerjakan dia HAHAHAHA! Jahat laa kau nie Noah!
Aku berhenti, tak baik buli dia.
" Eee, apa main geletek orang nie! Geli tau tak! " marahnya. Pipi dia dikembungkan, mulut dia memang dah muncung dah tu. Cium kang!
" Atototo, comelnya wife Noah nie. Sini duduk atas peha hubby. " dia masih dengan muka comelnya sambil duduk di atas pehaku. Tangannya disilang. Aku mengikut dia menyilangkan tangannya, saja nak sakat dia hehe.
" Pandang laa sini. " dia memandang mukaku.
" Sejak bila sayang nie pandai manja dengan hubby huh? Siapa yang ajar? " hidungnya dicuit olehku.
" Hubby laa yang ajar. " jawab dia selamba. Ewah! Sejak bila aku ajar dia jadi manja? Memang nak kena dia nie haih.
Pipinya terus ku gomol, tak kasar. Perlahan jer, mau meraung dia nanti bergegar satu rumah nie HAHAHAHA! Bibir dia, auch! Menggoda betul!
Belum sempat bibir aku ingin singgah di bibirnya, seseorang membuka pintu dari luar. Babi laa! Manusia mana yang kacau nie ish!
" Opps, sorry! Sila teruskan... Teruskan laa ya... " pintu ditutup perlahan. Eve tersengih memandang ku. Abang Ev. Kacau daun betul laa eee! Ada yang kena hempuk juga laa nanti.
Kami berdua keluar dari bilik tersebut lalu dapur dituju. Aku duduk di kerusi meja makan, Eve pulak menolong mommy dan mama menghidangkan semua lauk. Hmm, favourite nyah! Ayam panggang, ikan keli panggang, aumm! Tak sabar aku nak makan, lapar pulak hidu bau lauk nie.
Daddy duduk di kerusi utama, iaitu di kerusi depan. Papa pulak di sebelah kanan daddy. Meja nie besar tau, muat kami satu keluarga itu pun ada lebih satu jer. Iaitu di kerusi utama juga.
Aku pun duduk di sebelah abang Noel, Eve di sebelah kiriku. Haa, ngam laa itu.
Kami semua makan dengan berselera sekali, dah lama tak makan lauk panggang cenggini. Sah sah laa selera makan lain macam hshshs.
" Tadi kan Uncle, Ev nampak ada orang nak cium anak dara orang dalam bilik tu. Lepastu tak jadi sebab ada orang tiba tiba kacau. Kesian diorang " uhuk! Terbatuk aku dan Eve, ehh bangang betul laa abang Ev nie! Tengah makan nie, agak agak laa kalau nak cerita sekalipun. Tak senonoh bongok!
" Noah, Eve. Okay ka tu? " soal mama. Kami berdua mengangguk serentak. Air oren diteguk perlahan, tersedak akibat 'kejutan' sebentar tadi.
Kaki abang Ev dipijak olehku.
" Auch! " padan muka. Kau abang ipar atau tidak layanan sama jer. Takda yang berbeza. Kak Nia dan kak Nico sedang menahan senyuman. Ketara sangat tu nyah!
" Kenapa tu Ev? " soal mommy, pandai dia laa menjawab. Aku hanya membuat muka selamba saja, siapa suruh tak simpan rahsia. Lain kali buat laa lagi haa.
" Takda apa laa mommy, gajah mana entah yang pijak kaki Ev. " mata abang Ev tajam menikam anak mataku. Ada aku kisah? Bluek!
Daddy menggelengkan kepala sambil tersenyum, suapan yang terbantut tadi pun diteruskan.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
" Wow, banyaknya korang shopping! Borong apa nyah? " kata Eve kepada abang Ayen. Kami sekarang berada di dalam mini library. Memang mini pun, sebab ianya tidak sebesar library di rumah KL sana.
" Takda laa. Ada banyak sale, memang memborong laa kami tadi. Ingatkan nak ajak adik dengan Noah tadi, tapi tidur pulak. " jawab abang Ayen. Memang pun! Kedekut!
Satu persatu barang barang dari beg kertas diambil. Semuanya barang diorang, sampai hati tak belikan untuk kitorang berdua sob sob.
" Kami berdua punya takda ke? " soalku.
" Sentiasa ada, nah! " aku mengambil beg kertas tersebut. Aku mengeluarkan semua barang yang ada di dalam beg kertas ini.
Wow, ada macam macam tho! I is terharu bah aiyo HAHAHAHA!
" Makaseh semua, sayang semua! " ucap aku dan Eve serentak. Mereka hanya mengangguk dan memberikan senyuman sebagai jawapan. Aku dan Eve meminta diri untuk masuk ke bilik. Taknak tidur lambat, esok flight pukul 7 pagi.
Sebelum masuk tidur, aku dan Eve wish good night terlebih dahulu baru laa masuk bilik.
Beg kertas yang penuh dengan barang kami berdua tadi diletakkan di tepi meja, Eve pulak sudah merebahkan diri ke atas tilam. Jujur laa aku bagitahu, Eve dan tilam memang tidak boleh dipisahkan. Sedih aku, nanti mesti aku dipulaukan huhu.
Aku juga turut merebahkan badan ke atas tilam. Tanpa dipinta, pipiku dicium oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan bini aku huh? Dia macam tiber tau, tapi takpa laa HAHAHAHAHA!
" For what? " saja nak tahu kan hshshs.
" It's a good night kiss from your wife. " jawab dia sambil senyum. Senyuman itu, teramat laa manis. Adui!
" Auw, so sweet! Sini taknak? " jariku menunjuk bibirku. Laju saja bibir kami berdua bertembung, terasa basah bibir aku. Gosh! Dia memang nak goda aku ke apa nie nyah? Aku gurau jer kut tadi, tak sangka pulak dia buat betul betul.
" Eee, gatal wife Noah nie! " kataku, dia ketawa besar.
" Hubby Eve juga yang ajar! Bluek! " dia menjelirkan lidahnya. Sejak bila pulak? Haih, sabar je laa aku dapat bini macam nie. Janji dia bahagia sudah.
Dia memeluk tubuhku dengan erat, aku membalas pelukannya itu. Dahinya dikucup olehku, itu memang rutin bermula hari ini. Dan aku janji dengan diri aku sendiri bahawa aku akan sayang dia macam mana aku sayang keluarga aku sendiri.
Kami berdua pun tidur dalam keadaan berpelukan begini.
Love you more than three thousand wifey ❤!
Auw, so sweet bah aishehh!
Vote ⭐️
Comment 💬
😘!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro