MOB 27 ❤
Sedang kak Nia makeup muka aku, seseorang mengetuk pintu. Dan pintu tersebut dibuka oleh kak Nico. Terpampang wajah geng aku hehe, awal juga diorang datang. Al maklum laa, sekarang baru pukul 4 petang. Dekat Sarawak hari awal gelap, kalau KL pukul 7.30 p.m. begitu baru gelap hari...
Noah? Bilik lain, semestinya ada bilik khas. Dan aku tak sabar nak tengok decorations ball room tu nanti. Tema warna biru ya anak anak, atas permintaan Noah. Aku hanya turutkan saja. Hati aku nie hmm, nak jer pilih warna hitam tau tapi nanti daddy kata macam berkabung pulak HAHAHA!
Dress aku sendiri pun aku tak tengok lagi, entah lawa ke tidak pun aku tidak tahu. Noah tu hmm, surprise dia lain macam tau. Cantik jer semuanya, dengan dia sekali laa hensem huhu.
Mereka berenam ternganga melihat bilik hotel ini, besar kan? Macam resort pun ada. Aku sendiri pun tak sangka yang daddy pilih hotel yang macam nie, ini terlebih 5 star sudah hmm. Tapi kalau buat dekat hotel yang biasa biasa pun boleh, malangnya dihalang oleh mommy. Katanya kahwin hanya sekali dalam seumur hidup dan bukan selalu membuat majlis besar besaran begini hmm. Aku pun turutkan saja rancangan mereka.
Kalau dibantah nanti sama juga tu, jadi dengan hati yang ikhlas ini laa kita terima semua yang dirancang oleh mereka.
" Dah dah laa tu nganga! Nanti lalat masuk " celah mana pulak lalat dalam hotel nie? Tiber!
" Ehh, sorry sorry hehe. Kitorang cuma terkejut dengan bilik kau nie. Besaq nau! " tu dia, slang kedah Rin dah keluar HAHAHAHA!
" Biasa jer laa. Awal korang datang? Cikgu cikgu kita dah sampai? " soalku, manakal kak Nia pulak melukis eyeliner pada kelopak mataku. Cantik, pandai kak Nia lukis eyeliner. Kalau aku enn fuh, menguji kesabaran betul!
" Eleh, dia juga yang suruh datang awal tadi! Harey betul anak orang nie! " terletus terus ketawa kak Nia dan kak Nico. Aku hanya menafikannya, tu laa kau Eve tanya soalan bodoh lagi eyy!
" Okay, siap Eve. Sekarang masa untuk pakai baju " aku bangun dari kerusi lalu mengikuti kak Nico dari belakangnya.
Zip beg dress tersebut dibuka dan dress diambil. Ouh wow! So beautiful argh! Walaupun bahagian perutnya agak terdedah, tapi ia masih kelihatan cantik di mataku. Siapa yang pilih baju nie huh? Pandai betul laa hish!
And yup, semestinya ia off-shoulder. Aku tidak berapa suka memakai baju atau dress yang berlengan panjang. Jarang laa baju aku yang berlengan panjang dan kebanyakkannya off-shoulder hshshs.
Gaun tersebut disarung ke badanku, badan dipusing pusing di hadapan cermin. Cantik weyh astaga! Sudah laa mermaid dress, cukup laa pagi tadi aku pakai kembang kembang hoho.
Rambutku diikat sanggul oleh kak Nico dan crown veil yang bermutiarakan berwarna biru cair itu dipakai. Lawanya aku! Argh! Obses dengan diri sendiri, ceh tiber HAHAHAHA!
" Uiyo, cantiknya member kita! Sexy aum! " kata Anis. Eyy laa aku minah nie, ada kena sekeh juga kepala nanti hish!
" Eleh, korang pun apa kurangnya huh? Sama jer cantik. " balasku. Ikhlas dari hati hehe.
Aku pergi ke ruang tamu yang kecil itu. Sekarang pukul 4.30 p.m. dan ada lagi 30 minit sebelum majlis bermula. Aku duduk di sofa dan termenung.
" Haip! Jangan nak termenung sangat! Ambil gambar jom hehe. " kata Finna. Ahh minah nie, kaki selfie benor!
Seperti biasa, bergambar seharusnya menggunakan filter di instagram MUAHAHAHAH! Nak kecam dipersilakan. Ya laa, apa gunanya instagram tu ada berjuta filter kalau bukan untuk diguna? Tak ke gitu?
Banyak juga gambar yang diambil oleh kami, kak Nico dan kak Nia juga ada masuk hshshs. Storage phone korang penuh jangan nak salahkan aku pulak ehh!
" Send kat aku nanti. " Finna menganggukkan kepalanya. Aku memegang Iphone ku, dan ada incoming call.
Future hubby ❤ incoming call
Laki aku rupanya, panggilan tersebut dijawab.
" Hello? "
" Hello, sayang. Boleh turun dah daddy kata. " beritahunya.
" Ouh, okay. Sayang turun sekarang juga. " panggilan tersebut terus ditamatkan. Heels yang yang berwarna hitam tersebut disarung ke kaki dan kami semua pun keluar.
Dah sah jadi isteri dia pun save lagi nama contact dia future hubby HAHAHAH! Tak sempat nak tukar, nanti jer laa.
" Korang pergi laa dulu, aku turun guna lif depan sana. Nak elak dari jumpa dengan tetamu yang belum sampai. " mereka pun mengangguk lalu pergi.
" Shall we, adik ipar? " terletus ketawa kami bertiga. Adik ipar huh? Memang dah jadi pun! Kami bertiga menurun dengan menggunakan lif, takkan nak guna tangga pulak kan? Gila ke apa kau!
Sampai saja di bawah, kelibat Noah dicari. Seseorang melambai tangan kearahku, haa Noah! Macam mana aku boleh nampak? Hmm, buat pertama kalinya aku pakai contact lens rasanya mantap! Pedih dia astaga! Orang yang tidak pernah pakai jer yang tau betapa sakitnya bila pakai benda tu.
Aku bukan laa nak kata yang aku nie ketinggalan zaman, tak pandai pakai contact lens. Tapi memang aku tak suka. Benda tu tak baik untuk mata terutamanya bagi yang rabun. Boleh merosakkan mata tu.
Ceh, macam laa tak pernah pakai! Pernah jer, mungkin sebab dah lama tak pakai benda tu kan. So, bila pakai pedih laa dia. Lepas nie memang aku taknak pakai dah huh! Dulu aku pakai pun sebab terpaksa huhu.
Memang ini kali terakhirnya laa aku pakai contact lens, trauma teruk aku dibuatnya. Sengasara!
" Sayang... " panggilnya meleret. Amboi, keluar dah sifat manja dia tu kan?
" Eee, jangan nak mengada! Nanti orang nampak hish! " tegasku. Risau kekadang hmm...
Bunga! Aku lupa ambil dekat kak Nico weina! Aku memandang ke belakang dan kak Nico sedang berjalan menuju ke arah kami berdua sambil membawa bunga. Bunga palsu, kalau bunga hidup tu hmm... Tak lama selesema amu dibuatnya.
Bunga tersebit diberi kepada aku, sian kak Nico haih.
" Thank you kak, sorry sebab menusahkan kak Nico. " rasa bersalah you know?
" Aiya, nda apa laa. Kau tu adik ipar kakak juga " jawabnya, slang sabah tidak boleh berpisah hmm. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan. Lalu kak Nico pun pergi masuk ke dalam ball room tersebut.
Lepas nie memang ready jer laa aku speak slang sabahan dengan dia. Senang jer slangnya, yang susah itu nak belajar cakap bahasa dusun dia aiseh! Berbelit bah lidah huhu.
Jam ditangan Noah ditilik, ada lagi 2 minit. Sempat ahh nak dating hshshs.
" Hubby urmm... If sometimes sayang terlepas cakap guna panggilan 'aku-kau', hubby marah nda? " aku tak biasa lagi, jadi sebelum apa apa yang terjadi kita tanya laa dahulu kan kan?
Dah terbiasa guna panggilan 'aku-kau', al maklum laa aku bukan sweet orangnya hehe. Kalah nak bergula sekalipun dengan teddy bear aku dalam bilik tu jer hshshs.
" Boleh jer. Hubby tau sayang belum terbiasa, but try okay to change it okay? "
" Okay! Sayang hubby! " hidung mancungku dicuit olehnya. Aku membuat muka comel, nak juga manja dengan suami sendiri hehe.
" Ready, mahu start sudah. " kata Noah. Aku membetulkan dress dan baju Noah juga dibetulkan oleh aku. Lengan kanan Noah dirangkul olehku, manakala tangan sebelah kiri pulak memegang sejambak bunga.
Abang Noel yang bertugas sebagai pengacara majlis tersebut memulakan ucapannya. Jenuh aku dengan Noah berdiri, bila nak duduknya?
" Sekarang adalah saat yang dinanti nantikan oleh semua. Iaitu kini tibalah masanya untuk melihat kedua dua raja sehari kita! Mempersembahkan Eve dan juga Noah! " akhirnya...
Pintu dikuak sebesar mungkin. Aku terkejut gila. Berapa ribu tetamu yang mommy dan daddy jemput nie? Bukan saja tetamu yang dijemput oleh mommy dan daddy, malah tetamu yang dijemput oleh kedua ibu bapa Noah. Dan ball room ini besar hmm. Boleh main netball weyh huhu.
Dan... Decorations nya cantik weyh argh! Aku nak korek rahsia esok, siapa punya idea nie. Soalan aku masih belum terjawab dan pastinya esok aku akan menanyakan soalan ini kepada abang abang aku!
Kami berdua masuk dan mengikut laluan karpet merah. Semua orang memandang kami berdua. Cikgu cikgu aku pulak tersenyum. Member aku tu aihh, tak payah cakap laa. Aku tau diorang nak menjerit, tapi orang banyak MUAHAHAHAHA! Sama juga dengan geng Noah.
Bagus! Semuanya perfect dan complete. Ini laa yang buat aku bertambah happy, kecuali satu benda. Cousins sebelah mommy jeling aku, lepastu bisik antara satu sama lain. Apa entah yang masih tidak puas hati pun tidak tahu. Ahh, malas laa nak layan. Buang masa!
Aku dan Noah duduk di pelamin yang telah disediakan. Memang cantik gila sob sob! Terharu aku nyah!
Noah tersenyum senyum memandang aku, dah kenapa mamat nie eyy? Ada juga laa kena sepak malam nanti hish! Dalam rumah sendiri takpa, janji bukan dekat tempat awam hmm... Lepas nie terus balik rumah, bagus laa tu. Aku pun tidak laa berapa suka tidur di hotel nie, entah bersih ke tidak semua sarung bantal, cadar, selimut tu aku pun taktau ergh!
Setiap kali kami melancong, daddy pasti ada homestay sendiri atau rumah percutian keluarga laa gitu...
Acara kami pun bermula sehingga ke 11 malam nanti. Ada limit, esok orang kerja nyah HAHAHAH! Yang cuti tu budak sekolah jer hoho.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
" Sekarang, kita mempersilakan pengantin baru kita untuk menari di hadapan ini. " oh no! Aku takut Noah lupa step, kang naya aku. Everyday sebelum balik sekolah singgah office aku dulu untuk practise menari, dan setiap kali mesti dia ada salah. Jangan cakap dia seorang saja, aku sendiri pun boleh lupa tu kadang kadang bila sampai part yang twirl tu huhu.
Aku memandang Noah, dia mengangguk perlahan lalu memberikan senyuman yang kecil. Kami berdua sempat ber 'eye-contact' disitu ya hshshs. Tangannya dihulur, disambut olehku.
Ala ala diraja gitu kami berdua. Lagu pun bermula, and you know what? Ini lagu Beauty and The Beast tho HAHAHAHA! Aku taktau pun sebenarnya sebab masa practise aku random jer.
Tangan ku disebelah kanan memegang tangan kirinya, manakala tangan kiriku pulak di dadanya. Tangan kanan Noah pulak di pinggangku. Sensitive bahagian situ, geli terus HAHAHA!
Lagu pun bermula, dan so far so good. Yeah! Kami berdua ingat langkah langkah tarian tersebut dan sememangnya menghayati alunan lagu itu.
" Eve, did you know how much I love you? " soalnya tiba tiba. Nice ahh, time menari pun boleh lagi ajak bersembang.
" Urm, people always said ' more than 3000 '. " teka ku.
" Nope, I love you until the rest of my life. " sabar jap, nak nangis. Dia nie kan, nak bergula pun bertempat laa ish!
" Auw, so sweet. Nak bergula pun bertempat laa pengantin baru oit! Abang mu di sini single mingle! " terletus terus ketawa kami semua yang berada di dalam ball room ini. See, sporting tak family kami? Walaupun bermusuh, kami masih lagi bergelak ketawa.
Sempat pulak abang Noel tu nak berlawak ish! Sudah laa tengah menari, nanti salah step aku suruh menari dengan patung kang haa kau!
Okay, this is the last part. Which is twirl part fuh, seram sejuk nyah. Tak jadi nie, malu aku hmm...
" Ready girl? " aku menarik nafas sedalam yang mungkin lalu mengangguk.
Noah mula memusingkan tanganku dan aku berpusing sebanyak 3 pusingan. Aku ballet dancer, semestinya aku pandai berpusing sambil mengimvangkan badan. Dan Noah menyambutku. Hidung dan mata kami berdua bertembung. Bibir kami berdua tu ish! Jarak berapa inci jer uih!
Tanpa kami berdua sedar, mereka semua memberikan tepukan yang gemuruh. Ada juga yang menangkap gambar kami berdua. Laju kami berdua membatalkan niat untuk meneruskan merenung muka sesama sendiri.
Aku memberikan senyuman lebar manakal Noah pulak tersengih lalu menundukkan kepalanya. Auw, nampak cute tho dia begitu. Dengan bracesnya ish! Menggoda betul. Sekarang adalah masa untuk makan. Dan kami berdua duduk di sebuah meja yang telah disediakan, nasib baik bunga palsu juga.
Tidak ada laa makan sambil bersin nanti. Bahaya betul, boleh demam aku dibuatnya. Kesian kan aku, banyak penyakit hmm... Bersyukur laa korang yang tidak ada allergies tu.
Dan hidangan untuk kami berdua adalah spaghetti carbonara, and carrot juice. Ala ala Italian gitu dishes nya hehe. Para tetamu pulak layan diri. Maksudnya ambil sendiri laa makanan tu haa. Lain laa kami berdua, akan ada orang yang hidangkan untuk kami berdua.
Semasa kami makan, abang Ev menyanyikan lagu untuk semua tetamu termasuk laa kami berdua. Cuba teka dia duet dengan siapa? Kak Nico laa HAHAHA! Serasi siut, suara pun hmm. Mantop!
Aku makan dengan sopan sekali, tak sopan pulak aku aku makan gelojoh HAHAHA!
" Sayang, buka mulut tu. Hubby suap. " aku terkedu. Erk, suap? Noah memusingkan spaghetti nya di garfu dan disua ke aku.
Teragak agak aku untuk menyuap spaghetti tersebut. Tapi bila difikirkan balik, kami berdua dah halal hmm. Suap jer laa, dah orang nak.
Aku menyuap spaghetti tersebut lalu memberikan senyuman manis. Mahal senyuman aku tu, hanya untuk orang yang tertentu saja.
Kini giliran aku pulak menyuap dia, semasa Noah menyuap spaghetti tersebut photographer tersebut mengambil gambar kami berdua. Asudah! Kantoi ahh main suap suap widih!
Nie kalau abang aku nampak, mau kena bahan teruk aku weyh huhu.
Selesai saja kami semua menjamu selera, sekarang adalah masa untuk sesi bergambar! Aku suka juga laa bila sampai bahagian sesi bergambar nie. Best apa ramai ramai naik atas, lepastu buat muka comel masing masing HAHAHAHA!
Aku dan Noah bangun, photographer tu yang suruh. Dan kami berdua pun membuat pelbagai posing di atas ini.
" Last one. Noah, saya nak kamu dan Eve tenung mata antara satu sama lain lepastu korang berdua candid laa. Nak ketawa ke, senyum ke, apa apa jer laa. Yang penting mata tu okay? " kami berdua pun mengangguk.
Aku merenung mata Noah, Noah merenung mata aku. Renungan cinta, chia chia!
Lama aku menahan ketawa, akhirnya terletus juga. Noah mengangkat aku gaya bridestyle, aku pulak masih lagi ketawa. Dia hanya senyum sehingga nampak braces nya. Aku pun diturunkan olehnya.
" Okay, family picture! " family aku dan Noah pun naik ke atas, tidak termasuk cousins aku laa. Selesai mengambil gambar bersama family, sekarang kawan pulak.
Geng aku dan juga geng Noah naik ke atas, gila diorang nie ish! Tau laa hensem HAHAHAHA! Jay pun semestinya masuk sebab dia geng Noah. Kami membuat pelbagai style. Free style kan HAHAHA!
Cikgu cikgu pun nak ikut bergambar, haa kau. Aunty Erdine duduk di sebelah aku dan sebelah Noah pulak adalah Cikgu Alvine. Cikgu aku semasa aku tingkatan 2 tu HAHAHA! Garang garang dia, matematik yang dia ajar semua masuk otak.
Sekarang baru laa satu family haa termasuk laa cousins aku tu semua. Jangan hairan laa kenapa tiada budak kecil, sebab mommy dan daddy adalah anak bongsu di dalam keluarga mereka. Aku dan Noah juga anak bongsu. Memang nak sama ke macam mana nie?
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
" Weina, penatnya huargh! " ku terus membaringkan diri ke atas katil.
Lepas saja aku menolong kak Olly mengagihkan goddies kepada semua tetamu, terus aku mengajak Noah balik ke rumah. Lagipun masa tu memang dan habis majlis, so boleh laa terus balik. Hadiah pun hmm. Banyak gila. Kebanyakkannya angpao HAHAHAHA! Tak sabar aku nak balik KL. Hari Rabu kita balik KL oh yeah! Tapi kan, aku dan Noah akan tinggal berjauhan dari rumah parents kami berdua ke?
Ish, tak laa kut kan? Mesti laa tinggal dekat rumah aku tu kan? Mungkin? Aishh! Malas nak fikir.
Pintu bilik dibuka, Noah pun masuk ke bilik. Tie dilonggarkan, butang kemeja dibuka.
" Sayang, pergi mandi dulu sebelum tidur! " tegasnya. Fuh, takut nyah!
Aku bangun lalu tuala dicapai. Bilik mandi pun dituju.
20 minit kemudiam...
Aku keluar dari bilik mandi dengan memakai pyjamas satin yang berlengan panjang dan juga berseluar panjang berwarna merah gelap, dan juga bercorak polka dot berwarna putih.
Kelihatan Noah sudah siap mandi. Aik, dekat mana dia mandi? Dan bila masa dia mandi nyah? Rambut dia astaga! Bikin cair ja ouh!
" Haa, siap dah pun. Jom, mommy suruh turun tadi. " aku mengangguk, lalu kami berdua pun menuruni tangga beriringan. Oh, semua cousins aku ada. Nice hmm. Cousins Noah pun ada. Semua ahli keluarga kami hadir dan tida satu pun yang tinggal.
Memandangkan sofa tidak cukup tempat duduk, aku duduk di bawah sofa. Dekat carpet tu laa ish! Noah pulak berada di sofa. Auw, so sweet bah dia tolong aku ingat rambut. Messy bun pulak tu. Dan aku tau bahawa Xandrinna, Javeline, Bella, Tristiany, Tracy, Anna, Martha dan juga Avian sedang menjeling aku.
Cemburu ke tu nyah? HAHAHAHAHAHAHAHAH!
" So, we welcome you to our big family Noah! " kata daddy. Eceh! Mesra benor dengan menantu pertama nya. Jealous pulak aku huhu.
" Thank you daddy hehe. " jawab Noah. Hek eleh, aku cepuk kang baru tau. Malu malu kucing pulak!
" And Eve, we also welcome you to our big family. And you are our new family members! " giliran Uncle Louise pulak yang berkata begitu kepada aku.
" Thank you uncle. "
" Aip! Call me papa "
" Ehh, sorry. Okay papa! " aku tersengih. Malu nyah tersalah panggil huhu!
Kami pun membuat kerja masing masing. Nak ajer aku nie masuk tidur, tapi dihalang oleh Noah. Katanya tak baik biarkan tetamu, aku pun ikut jer laa hm...
Dan tu dia! Xandrinna aish! Dia datang sini nak buat apa huh? Nak kacau aku? Nak kacau Noah?
" Hai adik ipar! Hensem kamu! " what the fish?! Berani dia tegur laki aku macam tu. Dia tak nampak ke bodoh bini dia dekat sebelah. Ehh lupa! Dia kan jenis yg tak bertapis bila bercakap!
" Erk, hai. " Noah pun macam geli juga nak layan dia.
Kelihatan tangannya laju ingin singgah di bahu Noah. Terus dihalang olehku.
" Hubby, mengantuk laa hmm. Tidur jom? " pintaku manja. Xandrinna menjeling aku, puas hati aku heh!
" Tak boleh sayang, tetamu kita ramai nie. Mana boleh biarkan. " kata Noah. Suka laa kau ya Xandrinna. Tunggu, kau belum menang lagi. Kali nie aku yakin akan ada orang yang backup aku.
" Alaa, boleh laa! Nak tidur! " bentakku manja. Gedik juga aku nie HAHAHAHA! Terpaksa, kalau manusia tu tak wujud takda maknanya aku nak begini.
" Noah, pergi laa bawa dia tidur. Penat dia tu. " kata abang Ayen. Haa yes! Ada orang backup. Sayang abang Ayen hehe!
Aku dan Noah terus bangun dan bilik dituju. Wish goodnight dulu bah sebelum tidur. Aku memandang ke belakang, Xandrinna membuat muka tidak puas hati. Aku memberikan senyuman sinis kepadanya. Padan muka!
Sampai saja di bilik, aku terus merebahkan diri ke atas tilam. Begini kan bagus, tiada gangguan. Noah memasang aircond lalu baring di sebelahku. Mukaku ditatap olehnya.
" Sayang " paggil Noah.
" Hmm "
" Buka laa kejap mata tu "
Dengan malasnya aku mencelikkan mataku yang ingin tidur ini.
" Kalau suatu hari nanti mama atau mommy minta cucu, sayang nak ke? " ish dia nie! Lambert lagi weyh!
" Apa dia nie, tetiba cakap pasal anak pulak. Tak senonoh betul! "
" I'm serious Eve " urm...
" Erk, I'm not ready yet. " lambat lagi ish! Kalau ada rezeki ada laa cucu mommy dan mama.
" No no. It's okay, I won't force you okay? " memahami betul suami aku nie ish! Sudah laa hensem, caring pulak tu. Support each other. Aku pulak yang rasa bersalah sebab selalu berkasar dengan dia.
Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Noah sebentar tadi. Aku yakin bahawa mommy dan mama pasti akan tanya soal 'cucu' suatu hari nanti hmm. Tapi aku sekolah lagi, taknak bawa perut pergi sekolah. Fikir macam dalam novel ke huh?
Ish, tak payah fikir benda tu. Baik aku tidur nyah! Bantal busuk seerat yang mungkin. Bantal busuk tu aku basuh ehh! 3 kali sebulan aku basuh. Mata dipejam rapat. Mengantuk sangat dah nie, penat hmm.
-------------------------
" Sayang-- ehh, tidur dah rupanya. Good night sayang, sweet dream. " berdengkur dah dia, baru jer aku nak sembang dengan dia. Takpa laa, lain kali jer laa. Selimut ditarik sehingga ke bahu Eve, pipinya dikucup perlahan. Ish! Tembam betul laa pipi dia tu! Geram betul aku.
Aku tau sebenarnya bahawa Eve menyampah dengan cousins dia tadi. Apa entah nama minah tu, aku pun geli juga nak layan dia ergh! Sotong darat. Tergedik sana sini, fikir ada orang puji dia? Minta puji adalah, kesian.
Fikir dia tu cantik sangat huh? Lawa lagi bini aku yang tengah tidur nie. Haih, tidur pun comel. Apa jer yang tak comelnya huh?
Baju yang dia pakai tadi, aina jo! Sexy, cantik sob sob. Nasib baik dia suka baju tu, kalau kak Nico tak bagitahu yang Eve suka baju tu. Memang aku menyesal laa aku pilih baju begitu untuk dia huhu.
Jam di telefon ditilik, 1 a.m. No wonder Eve mengantuk HAHAHAHA! Aku pun tak sedar jam sudah pukul 1 pagi. Gila kau tak penat weyh, nak kena layan tetamu haih. Nasib baik kami berdua ada sesi makan beradab tadi, kalau tidak di 7 eleven situ laa mencari makanan haa.
Lebih baik aku tidur, esok bangun lambat matai kami berdua kena ceramah haa.
Good night everyone! Sweet dream!
-------------------------
Dasar sotong darat 😌!
Vote ⭐️
Comment 💬
🙈❤!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro