Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MOB 20 💗

Pada pagi ini, aku agak bersemangat kerana kami akan pergi ke Ranau iaitu kampung halaman Noah! Kami bertunang di sana esok, hari nie membuat persiapan dulu..

Nak tolong, tapi mommy dengan daddy pulak memandai hantar aku dan Noah ke Kundasang. Nak surprise laa katanya hmm, ikutkan jer laa apa yang mommy cakap tu.

Aku memakai black polka dot crop top, loose short jeans, paras paha ehh seluar aku tu! Jangan macam macam. Sling bag Kate Spade baru dibeli semalam dipakai dan barang yang penting disimpan. Cermin mata terus dipakai, Iphone dan heels diambil lalu aku pun turun ke bawah.

Beg? Pagi pagi abang Ev dah ketuk pintu minta beg, dah simpan dalam kereta laa tu kut.

Sebelum kami bertolak, McD dituju terlebih dahulu sebagai sarapan pagi. Nak makan dekat kedai takut tak sempat kata daddy, maka McD laa tempat persinggahan kami. Nasib baik pakai dua kereta, takda laa berhimpit himpit.

Aku berselera makan McD, macam setahun aku nie tak makan. Cis!

Dari belakang, seseorang mengikat rambutku, kepala didongak.

Noah.

Aku tersengih memandangnya, dia menjentik dahiku. Sakit!

Dia tu memang rajin jadi tukang dandan rambut aku, katanya rimas tengok rambut aku tak berikat. Nanti masa makan, bukan makanan saja yang disuap dengan rambut sekali laa kena suap.

Betul juga apa yang dia kata, rambut aku panjang sampai pinggang dah. Terfikir juga nak gunting rambut, potong hujung jer. Sayang rambut aku, original curl pulak tu hehe.

Dari Kota Kinabalu ke Ranau nie tidak laa jauh mana, dalam 2 jam lebih begitu laa. Aku pun first time menjejakkan kaki ke Sabah, mana laa aku tau.

Selesai breakfast di dalam kereta, kami semua membuat hal masing masing. Abang Ayen, tidur berdengkur dia depan tu. Abang Ev pulak menaip sesuatu di laptopnya, kerja mungkin? Abang Noel, Kak Nia, Kak Nico dan Noah dari tadi tengok telefon tu. Ada yang menarik ke?

Aku? Tak tau laa nak buat apa, nak makan snacks. Tapi nanti abang Ev marah pulak hish!

Tak nak aku kacau dia buat kerja, tak pasal pasal kena ceramah free nanti hui!

Earpods disumbat ke telinga dan lagu Gundah by Ernie Zakri didengar. Aku suka tho dengar alunan suara dia, merdu.

Aku memalingkan muka ku ke tingkap, nak tidur. Semalam tidur tak lena. Mana tidaknya, tak habis habis fikir pasal petang semalam. Mata ditutup dan tidur laa aku.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼

" Adik, bangun. Kita dah sampai nie, bagun cepat. " kejut abang Ayen. Aku mengeliat kecil dan keluar dari kereta. Aku ingin menanggalkan earpods dari telinga tapi tiada!

Laa, macam mana dia boleh hilang pulak?

Aku mencari di serata tempat duduk ku tadi, haa! Jumpa pun, tangan siapa yang gatal sangat cabut benda nie dari telinga aku? Aku cincang kang tangan orang tu!

Aku pun keluar semula membawa sling bag dan iPad aku, Iphone dalam beg.

Hmm, udara yang teramat laa segar! Nice view weyh kampung Noah nie. Nampak dia punya gunung kinabalu, sejuk jer rasanya. Kawasan rumah dia juga di atas bukit, memang fresh air laa jawabnya hshsh.

Aku memandang sekeliling rumah Noah, dua tingkat. Tertanya tanya juga aku, macam mana diorang bina rumah dua tingkat dekat atas bukit macam nie? Tak bahaya ke?

Aku menuju ke pintu utama, dan seorang remaja perempuan datang menyapa aku.

" Oh My Gucci! QUEEN EL! " jeritnya nyaring sekali. Erk.

Semua yang berada di dalam rumah memandang ke arah aku dan mereka juga sempat berkenalan denganku. Yang nie agak pelik.

" What brings you here? Dan macam mana kamu boleh sesat sampai di kampung kami nie? " aku ketawa kecil, serius laa family Noah tak bagitau lagi?

" No, no. I'm No-- " belum habis aku berkata, ayat aku dipotong oleh...

Noah! Kacau laa ish!

" Dia tunang saya. Eve, my cousin Kaleya. Kaleya, my fiancé. " ouhh, sedap nama. Kaleya.

Kami berdua berjabat tangan lalu dia pun membawa ku masuk, kecoh satu rumah oit bila tahu aku nie tunang Noah. Cuba laa simpan rahsia sikit, jenuh aku nak menjawab weyh!

Aku mencari kelibat Noah untuk menjadi hero, nak larikan diri laa nie!

" Sudah laa korang soal siasat dia, penat dia mau jawab kamu punya soalan... Eve, jom keluar " wahh, macam tau jer dia aku minta tolong dengan dia hehehe.. Aku pun terus bangun lalu mengikut Noah dari belakang.

Aku masuk ke dalam kereta Honda Civic, driver peribadi daddy yang drive.

Dan sah, Noah nak bawak aku pergi Kundasang. Tak laa jauh mana, katanya dalam 1 jam begitu.

" Kau okay? "

" Okay jer, jenuh juga laa nak jawab soalan diorang " jawabku sambil tersengih.

Memang betul pun, diorang tu macam machine gun tanya soalan bertubi tubi hish! Nak taknak jawab jer laa, nanti jadi family kau juga tu haa.

Aku cuma belum jumpa Uncle Ben dan Aunty Glo iaitu kakak kepada Aunty Valey  dan ibu bapa kepada Kaleya dan adik beradiknya.

Noah juga bercerita denganku tentang familynya, yang paling kesian grandparents dia dah meninggal 2 tahun yang lalu. Aku turut simpati dengannya.

Grandpa aku yang dah lama meninggal pun aku tak boleh terima sangat. Noah elok jer kuat.

Well, tak semua orang kuat bila dengar khabar yang begini. Orang yang paling disayangi sudah tiada lagi. Hanya orang yang pernah mengalami hal seperti ini saja yang akan faham.

Ahh, jangan sedih sedih. Nanti mood travel hialng habis!

1 jam berlalu...

Akhirnya, sampai juga kami di kundasang. Nasib baik jalan tak jam.

Aku keluar dari kereta dan sejuk tho! Jam di telefon ditilik, baru pukul 1 p.m. Awal lagi weyh, tapi sebelum jalan jalan kena check in resort dulu.

Aku memandang Noah yang sedang mengambil view gunung Kinabalu itu, untung laa ada camera. Aku nak, masalahnya kan aku tak pandai nak guna HAHAHA. Dah biasa guna kamera phone.

" Sayang, pandang sini " kata Noah, aku terus memandang ke arahnya atau lebih tepat memandang ke arah kamera itu sambil tersenyum manis.

Pandai budak nie ehh, ambil gambar aku sesuka hati dia jer. Driver pun join sekali, fikir driver daddy tak sporting huh? Siap tolong kami berdua ambil gambar lagi haa. Kau ada?

Sebelum kami pergi ke tempat yang lain, kami bertiga terlebih dahulu check in di Dream World Resort, Kundasang.

Apa yang aku boleh kata, tempat nie memang indah! Indahnya ciptaan Tuhan!

Bilik kami bertiga hanya bersebelahan, well daddy kata untuk keselamatan kami berdua. Jadi kami bertiga hanya ikutkan saja.

Aku mencari beg aku. What the hell?! Beg aku tertinggal weyh astaga! Aku nak pakai apa oit!

Seseorang mengetuk pintu bilikku. Langsir diselak sedikit sebelum membuka pintu, mana laa tau stranger ke?

" Eve, nah beg. Sayang bawak satu lagi beg kan? Yang warna hitam nie? " katanya dari luar...

Pintu dibuka lalu beg aku terus diambil... Nasib laa beg nie betul, memang sengaja aku asingkan dia supaya senang laa tak payah nak keluarkan segala baju dari bagasi...

" Thank you hehe, nasib baik tak tinggal " pipi aku ditarik olehnya, haa mangsa keadaan!

" Pergi mandi cepat lepastu pakai lawa lawa, sharp 2 p.m. aku tunggu kau depan bilik. Lambat tinggal! " katanya, dia pun berlalu pergi.

Jam di dinding dipandang, okay jam sekarang dah pukul 1.15 p.m. rasanya lambat 5 minit aku bersiap. Aku mandi dah berapa puluh minit, nak uruskan muka, rambut, baju lagi. Hmm.

Segala mandian, skincare, dan barang makeup dikeluarkan dari beg. Tuala di atas katil terus diacapi dan bilik mandi laa dituju oleh aku.

25 minit kemudian...

Haa kau, aku nie dah lambat weyh! Ahh, lantak laa! Siapa suruh dia tergedik nak suruh tunggu aku kan? Hehehe...

Skincare dipakai dan skinny t-shirt menampakkan sedikit bentuk badanku and black flora cardigan, and skinny navy blue jean disarung ke badan. Soft pink block heels juga dipakai.

Makeup dipakai, as usual simple makeup only. Just put foundation, concealer, compact powder, eye shadow, eyeliner, a liltle bit blusher and last peach colour lipmatte.

Rambut aku biar dilepaskan, getah rambut dibawa sebab aku yakin nanti Noah akan ikat rambut aku...

Aku keluar dari bilik, sementara menunggu bodyguard a.k.a. driver dan Noah keluar daripada bilik mereka aku mengambil angin...

Serious talk, udara dekat sini memang fresh gila weyh! Sejuk jer.

Iphone dikeluarkan dari beg, scroll jer laa apa yang muncul depan mata.

Seminggu lagi hari sukan, dua minggu lagi exam. Aku belum study lagi hmm. Balik dari Sabah nie jer laa aku study, orang datang sini nak enjoy travelling bukan datang nak belajar.

Sedang seronok aku layan TikTok, seseorang menutup mataku menggunakan tapak tangannya.

" Cer teka siapa nie? " eleh, fikir aku taktau dia siapa?

Tanpa menjawab soalannya, aku melepaskan tangannya dari mataku lalu berpusing laa aku menghadap muka dia... Siapa sangka dia akan...

CHUP!

Cium aku.

Dekat dahi laa.

Aku okay jer kalau ada orang cium dahi aku, dah terbiasa oit! Family aku sendiri pun cium dahi aku dari dulu sampai sekarang. Tapi kalau pipi, memang aku kasi lunyai muka orang tu!

Pipi aku, suka hati aku laa!

Aku tersentak akibat jentikan yang terkena di dahiku...

" Ish, apa main jentik nie! Sakit tau! " marahku, jari dia tu ish! Suka betul jentik orang!

" Yang mengelamun tu tadi kenapa? Nak kena kiss lagi? " muka smirk ditayang.

Pervert benor mamat depan aku nie! Aku baling kerusi nie kena muka hensem dia tu baru tau haa.

" Eee, suka laa tu huh main cium dahi anak dara orang? Gatal! " dia seronok mentertawakan aku. Apa yang lawak? Aku serius nie.

Lengan sasanya dicubit, namun dia masih lagi ketawa.

" Noah, sudah laa tu gelak. Jom kita jalan jalan! " kata driver tersebut. Aku pergi meninggalkannya seorang diri ketawa di situ.

Biar dia tinggal, aman juga laa hidup aku nie haa.

Aku dan driver tersebut berjalan dahulu meninggalkan Noah yang masih lagi ketawakan aku, apa ke gila mamat tu? Bakal laki siapa laa tu haih...

" ALEXENDER STEVENY NOAH LOUISE! MARI KAU MASUK CEPAT SEBELUM KAMI KASI TINGGAL KAU! " jerit aku, geram betul dengan dia tu!

" Ye sayang! Sakit perut nie ish! " bagai hilang nafas dia bercakap dengan aku.

Itu laa, lain kali jangan gelak sambil lari!

Pintu kereta dibuka dan dia duduk disebelah ku. Dia memegang perutnya yang sakit akibat terlampau ketawa.

HAHAHAH, padan muka! Suka sangat gelakkan orang kan?

Dahinya ditunjal olehku, baru diam! Aku laa mamat nie, nak jer tinggalkan dia dekat situ seorang diri. Tapi nanti dia report dengan daddy, bahaya tu hish!

🌼🌼🌼🌼🌼🌼

" Haihh! So tired tho! " kataku sendirian sambil menghempaskan diri ke atas tilam bersaiz queen.

Penat tak terkata, seronok tak terkata.

Ehh! Ayat tu pelik betul HAHAHAH, yang penting faham haa gitu!

Memang penat dan bagi korang yang tak pernah pergi Kundasang, Sabah nie, korang boleh explore macam macam benda dekat sini.

Contoh tempat yang aku pergi tadi ialah, Taman Rose and Strawberry Farm, Taman Negara Kinabalu, Desa Cattle Dairy Farm dan juga Kundasang War Memorial...

So far, aku lebih suka Desa Cattle Dairy Farm dan Kundasang War Memorial laa.

First Desa Cattle Dairy Farm, pemandangan dia macam dekat New Zealand gitu. Lembu dia jarang jarang kita temui, putih bertompok hitam. Kalau lembu yang kita selalu nampak warna hitam, coklat atau hitam putih kan? Tapi di sini berbeza.

Yang paling sedap ice-cream dia, aum! Berlemak lemak rasanya weyh! Susu dia pun ada, sempat juga aku beli 2 kotak susu perisa aslinya hshshs.

Second War Memorial tu, tu adalah tempat bersejarah. Aku malas nak cerita sebab panjang benor hish!

Walau apa pun, aku suka tempat ini hehe!

I really feel like, wow! I really can't express my feeling tho! It's fun and I really enjoyed it. I hope that grandpa also with me hmm...

Daripada aku duk bercerita, better aku tidur. Ada juga faedahnya enn? Sekarang baru jer pukul 5 petang, sempat laa nak mimpi sekejap pun jadi...

-------------------------

6.30 p.m.

Keluar dari bilik mandi, hati aku masih berbunga bunga tentang tengah hari tadi. Happy tak terkata huwa! Lepas nie dinner, rasanya Eve dah bangun.

Ish! Tersengih sengih depan cermin dah kenapa? Gila senyum sendiri!

Aku memakai t-shirt berwarna hitam dan juga jeans. Men sandal berjenama skechers dipakai, rambut disikat, cermin mata juga dipakai, wallet dan Iphone diambil lalu keluar dari bilik.

Bodyguard sudah menunggu kami berdua di lobby, tinggal kami berdua saja.

Pintu biliknya diketuk, tiada respon? Kali kedua aku mengetuk pintu, masih tiada respon. Aku menjadi tidak keruan, tapi fikiran aku cuba positif.

Tombol pintu biliknya dibuka dan...

Bertuah punya budak! Lena lagi dia diulit mimpi astaga nie anak!

Aku mengejutnya, dia dengan terkejutnya bangun dari tidur. Matanya digosok persis seorang budak kecil, dan dia mamai lagi tu. Mana tidaknya, baru bangun.

Aku menyuruhnya mandi, dia hanya menurut tanpa banyak songeh. Aku menunggu dia di luar biliknya.

Gambar gambar yang diambil oleh aku semasa kami keluar tadi dipandang. Comel betul laa eee! Cute jer budak tu pose!

Alaa, model. Celah mana pulak dia tak pandai pose huh? Time shooting pun dah mantap pose nya, huhu! Dia tu kadang kadang menguji iman juga hish! Sexy betul bibir munggil dia tu! Argh!

15 minit kemudian...

Aku asyik membuat wallpaper di telefon, at last...

" Noah, jom " kata seseorang dari belakang, aku terkejut. Dengan tidak sengajanya, phone aku terpelanting dan selamat mendarat di lantai.

Ha. Ha. Ha.

" Sorry, sorry. Aku tak sengaja terkejutkan kau, phone tu boleh hidup tak? " soal dia. Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia menyuruh aku cuba untuk on semula phone tersebut.

Wah, dah mati. Rosak.

Tu Iphone kesayangan aku weyh huwargh!

" Sorry, hmm... Erk, macam nie. Lepas kita balik dari Ranau, aku belikan kau phone baru ehh? Sebagai ganti and sorry. " riak wajahnya mempamerkan rasa bersalah...

Alaa, phone jer. Apa laa sangat.

" Sokay, lagipun memang ajal phone tu nak mati " jawabku selamba. Dah 4 tahun aku pakai Iphone Xs tu, memang dah nazak dia HAHAHA!

Aku mengajaknya ke lobby, dan malam itu kami cari makan sambil makan angin. Cari makan dekat Pekan Ranau tu laa, mana ada tempat lain dah hshshs..

🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Habis semua makanan kami bertiga, sempat juga kami bertiga lepak. Jarang tau dapat bodyguard yang sporting nie HAHAHA! Eve pulak khusyuk makan strawberry coklat yang dia pesan...

Apa laa sedap sangat strawberry tu? Ergh! Masam gila! Lebih baik aku telan limau kasturi tu semua, sedap juga masamnya daripada strawberry.

Iphone milik Eve diambil, sebelum itu seharusnya meminta izin dulu. Nanti dia mengamuk naya aku huhu. Dia memberi tahu passwordnya.

28.01.20**

Tu tarikh birthday dia dalam masa yang sama aku juga ajak dia couple. Hohoho, tak sangka aku!

You know what? Her homescreen wallpaper is gambar pertama kalinya dia buat photoshoot dengan aku. Memang nice laa.

Dan yang paling mengejutkan lockscreen dia, gambar aku dan dia sedang makan dan ada tulisan di situ.

' Wife & Hubby to be ❤ '.

Aku hmm... Taktau laa nak cakap apa, rasa happy gila weyh HAHAHAH!

Aplikasi whatsapp dibuka dan contact Kak Nico dicari. Alang alang kakak aku dah online, aku terus mulakan chat..

You:
Kak, Noah nie. Phone Noah rosak, buat sementara nie Noah pinjam phone Eve.

Kak Nico 💙:
Ainaa, macam mana bah phone kau boleh rosak huh?

You:
Dia memang nazak sudah bah kak, lama sudah tu phone. Biar laa dia mati. Bah, Noah mau off nie. Jumpa esok!

Kak Nico 💙:
Bah, ya laa. Bye!

Chat terakhir dari Kak Nico hanya dibluetick olehku. Aku taknak check lebih, cukup laa sekadar buka whatsapp jer hshshs...

Untung laa Eve, dah pakai Iphone 11 pro. Sob sob! Aku bila nak dapat pun taktau lagi huhu.

" Nak Iphone macam aku punya ke? " soalnya tiba tiba.

Uish, gila ke apa dia tu? Taknak aku weyh!

" Mulut nie lap laa, comot betul hish " aku sengaja menukar topik..

Mana sweet oit perempuan belikan kita benda mahal hish! Taknak laa, aku ada duit sendiri boleh laa beli sendiri. Apa pulak dia belanja.

" Aku tanya nie, nak ke sama macam aku? " serius saja mukanya menanya aku, muka aku turut serius.

" Taknak dan aku boleh beli sendiri " kataku lembut.

Dia menggelengkan kepala dan jus carrot nya disedut.. Dia fokus memandang screen telefonnya, aku pulak berborak dengan bodyguard.

Seronok diajak borak bodyguard kami berdua nie.. Sesekali itu aku memandang mukanya yang tiada secalit makeup pun. Wow, lawanya! Muka dia memang smooth without jerawat ehh? Bibir dia uish, original merah. Bulu mata dia lebat dan lentik.

Natural beauty.

Cantik laa dia hehe, aku punya nie. Jangan harap kau boleh ambil, kalau nak langkah mayat aku dulu.

Selekeh jer dia berpakaian HAHAHA! Dia hanya memakai Arsenal jersey, tracksuit dan juga flat sandal. Nice!

Sekian lama kami lepak di kedai tersebut, kami pun pulang ke Resort... Esok bangun awal, kena hensem dan cantik.

Percaya laa, mama mesti ajak ramai orang haih. Aku bukannya suka layan tetamu ramai, rimas oit! Nak taknak kena laa juga hadapnya hmm...

I hope tomorrow will be the happiest day!
















Aku type abt Sabah bcs aku tinggal dkt Sabah sekarang... But, I'm not Sabahan bah 😂👍 just type tmpt mana yg aku prnah pergi di sekitar Kundasang tu.

Vote ⭐️
Comment 💬

😜!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro