
MOB 19 💗
Pada pagi itu, aku bersemangat gila! Aku tak sabar nak tengok adik kesayangan aku tu bertunang huwa!
Aku single lagi tho! Adik aku yang umurnya baru 17 tahun itu pun dah nak kahwin! Bak kata orang melayu ' langkah bendul ', ehh? Entah laa, aku main cakap jer biar laa betul ke salah janji perasaan aku excited gila!
Aku memakai sweatshirt hijau gelap dipadankan dengan denim jeans, bersama Nike Air Jordan ( betui ke? 🤣 ) yang berwarna hitam putih.. Wallet, cermin mata dan juga Iphone diambil dari atas meja lalu turun ke bawah.
Sudah pasti semua sudah bangun, mungkin mereka sedang bersiap di dalam bilik.. Pagi ini kami makan di kedai, dan jujur laa aku cakap..
Selalunya kalau kami pergi bercuti, kami hanya order bubur McD jer hshshs.. Ada Uncle Louise yang tunjukkan jalan, senang laa sikit nak tau dimana mau makannya..
Dan Noah pun muncul dan dia pun duduk di deoan aku.. Aku terus memberitahunya tentang rancangan kami semalam..
" Noah, petang nanti around 4 o'clock. Kita akan pergi pantai dan semestinya 1 family.. Abang nak kamu melamar Eve depan orang ramai, jangan risau kami semua akan perhatikan kamu berdua dari jauh.. " kataku.. Muka dia agak takut, mungkin takut adik akan reject dia?
Hish, mohon dijauhkan laa ya..
" Okay, Noah akan cuba.. Tapi pantai mana bah kita pergi tu? "
" Good, I like your keyakinan even kamu agak nervous kan? Sokay, pasti berjaya laa! By the way, kita nanti pergi pantai Tanjung Aru.. So, gudluck! And, nanti abang akan bagi kamu chocolate bouquet dan satu kotak baldu yang warna merah.. Pandai kamu laa nak surprise macam mana pun ya? Yang penting yakin! " aku cuba menghilangkan rasa gementarnya..
Kenapa chocolate bouquet? Adik sensitive dengan bunga, nanti dia bersin sebab tu laa aku pilih coklat.
Bouquet tu kami buat sendiri, cuma perlu beli beberapa bahan saja.. Coklat tu memang perlu banyakkan lagi laa, ada juga nanti terselit mini teddy bear hehehe..
Sedang aku berborak rancak dengan daddy dan Uncle Louise tentang syarikat, seseorang menyampuk dari belakang...
" Abang! " kejut adik dan Ayen serentak dari belakang aku.. Terkejut aku dibuatnya, daddy dah buat muka.. Ready jer laa dengar ceramah dari daddy tu haa.
Kalau bukan mommy yang ceramah, daddy la itu. Dua dua kaki bebel.
" Girl, Ayen. Where is your manners? " soal daddy dengan muka seriusnya.. Aku menahan ketawa ketika melihat riak muka mereka berdua, haa sekarang baru nak gelabah!
" Hehe, sorry daddy.. Promise we won't do it again " pujuk mereka berdua serentak..
Daddy menggelengkan kepalanya dan mengoyakkan senyuman kecil.
" Pinky promise? "
" Pinky promise! Love you daddy, mwah! " daddy dipeluk oleh mereka berdua dari belakang, aku tersengih melihat gelagat kedua orang adik aku itu.
Selalu dah ' pinky promise ' diorang tu haa, macam laa aku tak tau perangai adik aku dua ekor tu.
Mereka berdua keluar lepak di halaman rumah, aku pulak sambung berborak dengan daddy dan Uncle Louise tadi.
" Evqan, kau nie garang sangat laa dengan anak anak kau.. " kata Uncle Louise kepada daddy..
Aku dan daddy tergelak kecil bila Uncle berkata begitu.
" Bukan garang, tapi tegas.. Kita nie kena laa ajar diorang jaga adab, baru laa sedap mata memandang perangai diorang.. Tak ke gitu? " jawab daddy
" Iya laa.. Ouh, semua siap sudah ka? " soal Uncle Louise.
Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu, iya laa dah batang hidung Noah, adik dan Ayen jer yang aku nampak. Yang lain hilang.
" Sudah pa! " laung seseorang dari atas.. Noel rupanya..
Kami semua pun masuk ke kereta dan bertolak mencari tempat breakfast.
Seperti biasa, Ayen duduk di depan bersama dengan driver. Kami yang lain pulak di belakang.
Keadaan di kereta sememangnya sunyi sepi, semuanya buat hal masing masing. Aku dari tadi tengok screen phone, scroll TikTok, Instagram, Twitter, Telegram. Apa jer yang aku layan dalam tu huh? Baca quotes, like content orang.
Adik pulak khusyuk membaca novelnya melalui aplikasi Wattpad. Dia tu memang degil tak terkata, sudah laa rabun baca juga novel dalam kereta. Dengan bergegar kereta nie akibat jalan raya di sini.
Noah, Noel, Nia dan Nico juga menghadap phone mereka. Tengok apa pun aku tak tau.
Jangan ditanya laa kenapa kami satu family kami minat pakai cermin mata. Aku, adik dan mommy rabun. Ayen dengan daddy pulak minat pakai cermin mata hitam, dan tampak lagi laa kehenseman mereka berdua.
Anak daddy dengan mommy laa nie, siapa kata kami adik beradik tak hensem dan cantik baik angkat tangan haa! Aku cincang lidah korang halus halus nanti baru tau!
Jangan nak kata orang lain yang cemburu dengan kami bertiga, sepupu sepupu kami sendiri pun cemburu. Kau rasa?
Adik pun pernah laa kena buli dengan diorang, al maklum laa. Mommy anak bongsu, sah sah laa kami nie lebih muda daripada anak anak abang dan kakak mommy.
Nie kalau diorang tau adik tu kahwin, tak tau laa aku apa reaction diorang. Tapi adik dah berubah, boleh laa dia lawan.
Biasa laa kan, family sebelah mommy nie semuanya tinggal di Sarawak dan hanya mommy seorang saja yang tinggal di KL. Last kami balik Sarawak pun tahun lepas, semasa cuti bulan 6. Tahun nie belum pasti lagi hmm, mungkin balik sebab adik kahwin kan? Dalam masa yang sama dia nak SPM lagi.
Mommy sendiri pun pernah cadang bahawa Noah dan adik akan buat majlis reception dekat Sarawak, aku ikutkan jer.
Cakap pasal perkahwinan adik nie, aku pasti dia akan terima lamaran Noah tu! Percaya laa!
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Habis saja kami makan, Uncle Louise membawa kami pergi shopping. Aku dan yang lain teruja. Suka laa tu, nak shopping.
Suria Sabah.
Buat pertama kalinya aku menjejak kaki ke shopping mall di sini. Lebih kurang macam Mid Valley, adik? Pantang betul laa mata dia tu nampak barang yang dia ingin beli.
Kami semua berpecah, mommy dengan daddy, Uncle Louise dengan Aunty Valey, adik dengan Noah dan aku pulak bersama dengan geng aku.
Kami masuk ke Kaison untuk membeli barang hiasan, dan barang tersebut akan kami bawa ke Ranau. Adik dan Noah akan betunang di kampung halaman family Uncle Louise.
-------------------------
Aku berjalan beriringan bersama Noah, dan tangan kami masih kosong. Tak tau nak beli apa, semuanya cantik belaka.
" Eve, dari tadi kita berdua berpusing naik turun, nak beli apa? " soal Noah.
Hehe, mangsa keadaan teman aku shopping.
" Hmm, kita pergi kate spade jom? " dia mengangguk dan kami pun turun ke ground floor menggunakan escalator..
Ada promotion 20% weyh! Aku pun terus masuk dan beg dia semua menarik perhatian aku, Noah juga turut masuk dan memilih untuk aku.
Semua yang dia pilih memang taste aku, rasa macam nak cepuk dia pulak aku. Aku nak berjimat, kang minta belanja tak pasal pasal melayang duit dia. Tak nak aku, aku bukan jenis yang suka makan duit orang.
Dah ada duit sendiri, guna laa. Tapi ada juga aku suruh daddy simpankan dalam bank, buat simpanan untuk masa depan. Gitew!
Aku pergi ke kaunter untuk membayar sling bag yang aku beli, alang alang dah offer beli dua terus hshshsh.
Selesai membuat pembayaran, kami berdua berhenti di kedai Levis. Aku berhasrat untuk belanja dia kemeja, nak jadi tunang aku kena laa hensem haa.
Tunang?
HAHAHA, aku sudah tau tentang hal ini. Sengaja aku buat buat bodoh, aku tau bahawa abang Ev dan yang lain rancang ingin Noah melamar aku.
Dan aku terima saja, demi jaga hati parents dan tidak laa menjatuhkan maruah mommy dan daddy. Betul laa kan? Daripada kau berkepit, pegang tangan sana sini, better kahwin.
Sebaik saja aku kahwin, hal ini akan dirahsiakan sehingga laa lepas kami SPM. Tidak kisah laa para cikgu sudah tau, tapi aku berhak untuk merahsiakan hal peribadi aku sendiri dan sesiapa boleh menghalang aku!
" Eve, okay tak colour nie? " aku tersentak dari lamunan.
Haa, memang aku melamun pun tadi. Dengan tersengihnya, malu oit!
Aku berjalan menuju ke arahnya, dia memegang kemeja yang berwarna biru gelap. Wow, hensem tho! Siapa punya hensem sangat nie? Mohon kutip sekarang sebelum aku rembat dia!
" Kau nak pakai + hensem macam nie nak pergi mana huh? " soal aku pura pura dingin. Padahal dalam hati sudah menahan geram kerana ada perempuan di kaunter depan tidak berhenti memandang Noah.
Aku tibai kau dengan kasut tumit aku nie kang, sedap hui!
" Nak usya awek lawa lawa " jawabnya selamba. Wah kau, habis aku depan mata nie? Tak lawa laa huh? Aku menumbuk perutnya, dia pun mengerang kesakitan.
Kuat sangat ke? Sikit jer.
" Padan muka! Kau nak usya sangat kan? Pergi laa, aku nak pergi tempat lain! " mata aku tajam menikam pekerja perempuan di sana. Belum sempat aku melangkah keluar, tangan aku sudah ditarik olehnya.
Aku mencebik dan memusingkan bebola mataku ke atas.
" Alaa, gurau jer. Sorry laa ehh? Dah, jom keluar cari kedai lain " aku tersenyum lebar memandangnya dan kami berdua pun keluar dari kedai Levis tersebut, sempat aku memberikan senyuman sinis kepada pekerja perempuan tadi..
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
4.00 p.m.
Hmm, udara segar di tepi pantai. Air laut menendang lembut kaki ku, sememangnya membuatku tenang apabila bunyi ombak kedengaran di telinga ku...
Ya, masalah semuanya hilang dari kepala.. Ada juga rasa tenangnya, takda laa serabut..
Leka aku berjalan di tepi pantai, seseorang memegang bahuku perlahan. Terkejut aku oit!
" Yes, what can I help you? " dingin muka ku bila seorang lelaki tiba tiba memegang bahuku.
Dia menggeleng dan coklat Cabury diberi kepada aku, dia menuruh ku mengikutnya.. Pada mulanya aku teragak agak, tapi aku cuba berfikiran positif.
Semakin ramai orang yang memberi aku coklat Cabury, dan aku berhenti.
Dah takda orang kan, aku berhenti laa. Cuma aku pelik, siapa pulak yang rajin sangat bagi aku coklat nie?
Aku mencari orang yang cuba memikat hati aku, badan aku dipusingkan ke belakang dan...
Noah sedang melutut di depan aku, okay. Semua coklat yang orang bagi tu tadi memang berpunca dari dia laa?
" I know it's kind a cringe, but I want to say something to you. Thank you sebab kau dah ada dengan aku selama nie, kau selalu support aku, kau layan aku dengan baik sekali, kau sanggup terima kekurangan aku... You always makes my day bright like the sunshine. "
Aku hanya membiarkan dia menyambung ayatnya, muka aku masih dingin. Ceh, dingin laa sangat padahal hati dah melompat lompat. Chia chia!
" Everly Lyeann Evan, will you always be by my side, be my wife for the rest of my life, and will you marry me girl? " weyh, aku tak boleh kawal emosi aku argh!
Ramai orang yang mengelilingi kami berdua, ada yang bersorak, ada juga yang merakam video dan mengambil gambar. Aku taktau laa merah mana dah muka aku masa tu, rasa malu ada terselit juga rasa happy di situ.
Aku mengangguk sebagai jawapan dan rantai dipakaikan di leher ku. Cecair hangat mengalir di pipi, bukan menangis terpaksa. Tapi terharu.
Chocolate bouquet diberikan kepada aku, dan family aku pun menjerit teruja. Noah terus mengangkat ku gaya bride style, kami berdua ketawa riang. Dia laa orang yang paling happy, apatah lagi mommy dan daddy.
" Yeay! Adik nak kahwin, bagi abang anak buah ramai ramai tau! Mommy mesti nak cucu juga tu " lengan sasa abang Ev dicubit. Eee, geram betul!
Aku belum kahwin lagi dah sebut pasal anak! Aku nie sekolah lagi ish!
Yang lain hanya tersenyum dan ketawa riang, indahnya keluarga aku. Senyum jer! Nie yang buat aku lebih sayangkan diorang haa! Tak pernah mengecewakan..
Noah mengajak ku berjalan jalan di tepi pantai. Kami berdua menghayati suasana pantai, sekejap lagi sunset. Dia laa tukang photographer aku nanti MUAHAHAHAH!
" Ehem! " dah kenapa mamat sebelah aku nie? Sakit tekak ke?
Aku memandangnya sambil menjongketkan kening ku..
" Erm, thanks tau sebab kau sanggup terima aku untuk jadi husband kau "
" Pinaka maligayang pagdating asawa ( most welcome future husband ) "
" Ewahh, pandai speak tagalog sudah huh? "
" Ini Everly Lyeann Evan laa! " jawabku bangga!
Dia mencebik.
Aku ketawa kecil. Alahai bahagianya kami berdua, alanglah indahnya kalau arwah grandpa dan grandma ada sekali. Pasti lebih indah.
Wah, member dah dilamar!
Vote ⭐️
Comment 💬
🌹!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro