MOB 15 💗
-------------------------
Sekarang sudah tibanya waktu rehat, aku mengajak geng aku.. Tidak tinggal juga Anis dengan Irdia.. Takkan laa nak pinggirkan diorang, kesian diorang takda kawan..
Tapi salah Finna, Dyia, Rin dengan Sya juga sebab tak percaya kata kata Anis dengan Irdia.. Sah sah laa Eve tu gantung sekolah diorang.. Lepastu cakap main lepas jer, kalau aku jadi Eve rasanya dah lama makan penumbuk aku hmm..
" Weyh, menung apa kau? " soal Jay.. Aku tersentak..
" Takda laa.. Weyh, aku nak minta tolong boleh tak? " mereka menjongketkan kening.. Aku mengajak mereka mencari tempat duduk dahulu..
Kami pun duduk di tempat biasa dan salah seorang dari kami pergi membeli makanan.. Orangnya ialah Azry HAHAHA, alaa.. Relax sudah laa, dia tak marah pun tu.. Lagipun aku belanja diorang makan, tak salah kalau belanja kawan sendiri makan..
" Nie ha, sambung laa balik ayat kau.. " kata Anis.. Ewah kau tak sabar nampak.. Sabar laa kejap, tunggu yang lain dulu ish!
Aku menggerakkan bibirku ' Kejap ', mereka berdua mengangguk faham..
10 minit kemudian...
Sampai juga makanan kami, masing masing order makanan yang sedap..
" Alex, sambung laa ayat kau tadi " kata Azry..
" Ouh, sebenarnya kan mama aku dengan mommy Eve plan nak suruh aku lamar Si Eve tu haa.. Tapi aku tak tau laa cincin apa yang sesuai, Anis ngan Irdia boleh tolong aku pilih kan? " terang aku, mereka ternganga..
" Okay, aku tau bunyi dia macam tak percaya.. Aku mula mula pun macam tak percaya, tapi disebabkan aku tak nak parents kami berdua kecewa.. So, aku setuju jer laa " mereka semua mengangguk..
Memang mama dengan Aunty yang suruh aku lamar Eve.. Tapi aku takut laa, macam mana kalau Eve reject? Atau dia tak setuju dengan cadangan nie? Aishh, serabut tau tak hmm..
Aku rasa nak nangis laa huwaa!
" Macam nie ceritanya... "
♥ Flashback ♥
Semasa hari kedua Eve masih lagi di hospital.. Mama dan Aunty menyuruh aku keluar dari bilik Eve, seolah olah ingin mengatakan sesuatu yang penting..
Aku pun keluar meninggalkan Eve, dia baru saja bangun.. Dan demamnya ada sedikit surut..
Perlahan lahan aku menutup pintu bilik Eve..
" Ada apa mama, Aunty? " soalku.. Mereka berdua tersenyum dan mengajak aku ke Café hospital ini.. Aku hanya mengikut langkah mama dan Aunty dari belakang..
Kami bertiga pun duduk di tempat yang kosong..
" Noah, kalau Aunty suruh Noah melamar Eve dan jadikan Eve isteri Noah.. Noah sudi tak? " kata Aunty.. Mata aku terbuntang, biar betul Aunty? Suruh aku lamar Eve jadi bini aku? Kejap, dia macam drama melayu tau tapi nie realiti..
" Tapikan Aunty, kami berdua sekolah lagi kan? Apa pulak kata orang nanti " bukan nak membantah, tapi betul laa.. Kami berdua masih lagi sekolah, SPM pun belum lepas..
" Jangan kamu bilang begitu ahh.. Kau dengan Eve tu bukan main lagi pegang tangan bagai, haa bagus laa tu pegang anak dara orang.. Jangan fikir mama tidak tau ahh Noah.. Your mom knows everything.. " alaa mama nie, kacau daun bethols laa ish!
" Ma, apa nie.. Ish! " rajuk ku pura pura.. Kalau betul pun aku merajuk, mama takkan pernah pujuk aku punya laa.. Dipinggirkan sob sob..
" Yang tu Noah jangan risau.. But about just now, can you Noah? I'm sure that you also really want to marry with her right? " aku terdiam.. Memang betul apa yang aunty kata tadi, aku pernah pasang impian untuk jadikan Eve sebagai isteri aku..
" Hmm, okay then if you guys say so.. I'll try my best " kata ku.. Mama dan Aunty tersenyum lebar.. Hati aku pun berbunga sebenarnya, terselit juga rasa gementar hshshs..
Aku tau yang mereka buat semua ini untuk kebaikan aku dan juga Eve, mama mana jer yang tak suka tengok anak dia bahagia huh?
Setiap orang punya mama mesti akan pastikan bahawa anak mereka akan bahagia..
♥ End Flashback ♥
" Begitu laa ceritanya... " kata aku..
" Biar betul weyhh! Macam tak percaya pulak aku bila mommy Eve tu suruh kau lamar anak dara dia.. Aku tak tau laa rasa apa, nak terkejut? Memang kau dah bagi kejutan dah pun, rasa nak gelak tak boleh hmm, rasa nak terharu pun ada sebab member aku nak kahwin dah huwaa! Maka tamat laa zaman bujang anda, tak boleh laa kita outing sendiri lepas nie hmm.. " kata Andrian..
" Ye thoo, tapi kalau betul laa kan aku nak kau jaga kawan aku tu elok elok.. Jangan kuat memaksa dia, bila dia dah start manja dengan kau means kau kena manjakan dia sepenuhnya kalau tak dia maki hamun kau dalam bilik sorang sorang HAHAHAHAHA! " kata Anis pulak, Irdia mengangguk..
" Eve tau ke pasal nie? " aku hanya menggeleng kepala sebagai jawapan.. Memang laa dia tak tau, dah pun namanya rancangan MUAHAHAH!
" Aku sendiri pun taktau nak react apa.. Kalau betul laa kan, aku jemput korang datang majlis kahwin kami berdua HAHAHA! " kami semua ketawa besar.. Berangan betul kau Noah ish, apa laa kau nie! Tapi kalau Eve setuju, aku hanya mampu gembira..
Tepat pada masanya kami baru ingin menyuap makanan, Eve pun datang..
Dia duduk berhadapan dengan aku di mana di tengah antara Irdia dan juga Anis..
" Nak sikit hmmm.. Lapar laa, dari mula meeting tadi aku haus huhu.. " kata Eve.. Dia menarik mangkuk bihun sup Anis, baru saja dia ingin menyuap bihun tadi.. Lantas tangan Eve dipukul oleh Anis..
" Jangan ambik aku punya! Ee-ish! " Anis memukul tangan Eve, aku tergelak kecil melihat Eve yang sudah menarik muncung sambil jari jemari kirinya mengusap tangan kanannya yang dipukul oleh Anis sebentar tadi.. Comel betul laa budak nie ish! Nak gigit pipi pau dia tu arghh!
" Nah, aku masakkan untuk kau.. Spaghetti bolognese meatball with fruit salad, just for you my bangang " wah, ' my bangang ' guys MUAHAHAHAH! Bongok laa Anis nie, aku terhibur, yang lain pun join sekali..
" Auww, makaceh Cik Singa! Sayang Cik Singa kita nie mwah! " jawab Eve pulak.. Sempat juga dia rosakkan awning Anis, apa lagi Anis pun mengamuk laa.. Buat muka minah tu dibuatnya HAHAHA!
Dia pun makan dengan berselera, sama juga dengan kami..
Selesai kami semua makan tengah hari, kami pun balik ke kelas.. Sambil berjalan ke kelas, kami berborak kosong.. Walaupun topik yang kami borakkan itu kosong, tetapi ia rancak.. Ehh, apa kejadah kau merapu nie Noah?
Sampai saja di kelas, aku pun duduk dan tiba tiba...
Mamat Qalique tu, ter- 'mention' pasal Finna, Sya, Dyia dengan Rin tadi.. Memang cari nahas kan dia tu? Aku perasan juga riak muka Eve terus berubah..
Erk...
Semua diam, Qalique pun terdiam.. Salah dia sebab terlepas cakap. Dah laa, nak nangis laa.
Zack menyiku lengan aku.. Aku memandang wajahnya, mulutnya dijuihkan ke arah Eve yang masih lagi dengan muka dingin.. Pada mulanya aku tidak faham apa yang Zack ingin sampaikan, lambat laun baru laa aku faham..
Dia menyuruh aku menenangkan Eve.. Aku hanya memberikan isyarat kepada mereka untuk pergi dari sini..
Fuhh, takut pulak aku nak tegur dia..
Bahunya aku pegang dan dipusing ke arah aku..
" Erk... Eve, jangan laa macam nie ehh? Qalique tersasul jer tadi.. Aku janji lepas nie diorang takkan cakap pasal Finna dengan yang lain dah okay? " kata aku bersungguh sungguh..
" Hmm " tu saja jawapan darinya, mungkin dia badmood?
Kami berdua pun membuat hal masing masing.. Eve sedang gigih mencari baju untuk kawad kaki nanti.. Kamu berdua punya baju? Guna baju yang masa Eve membuat pengakuan yang tu jer..
Mommy dia punya butik, suka suki dia laa nak pakai ke tidak.. Untung laa dia huhu~
Mama aku?
Kerja dengan mommy Eve nie haa.. Mama juga salah seorang share pemegang saham butik Aunty Lydia, sama juga seperti papa.. Dan mereka pun berjaya sehingga syarikat mereka berkembang luas..
Yang berbezanya, mama dengan papa aku kedekut bethols! Orang minta belanja beli buku pun taknak hmph! Katanya, lelaki kena laa berdikari, cari kerja sendiri.. Baru laa nampak usaha seorang lelaki itu..
Dan betul juga apa yang mama dan papa cakap dengan aku, dan sekarang aku dah dapat dua kerja.. Part time juga.. Jadi pelayan di Café Eve, dan jadi model sambilan Eve.. Sekurang kurangnya ada juga duit belanja untuk aku.. Simpan untuk masa depan fiuww~
Lain pulak dengan Eve..
Di usia dia 5 tahun, dia sudah terpilih menjadi model untuk fashion show.. Dia mempunyai potensi yang amat laa tinggi.. Dan sejak itu, pekerja selalu memanggil Eve untuk datang menjadi model disyarikatnya iaitu di France sehingga laa sekarang.. Dia pun menjadi terkenal di seluruh negara France dan Malaysia..
Di usia dia 16 tahun, dia sudah memiliki Café nya sendiri dan juga dua buah kereta.. Itu pun hadiah dari Uncle Evqan kerana dia berjaya mendapat straight A's semasa PT3.. Aku PT3 dapat 1B pun dah bebel dengan mama haih..
Dan Villa Eve.. Ya, itu memang milik dia sepenuhnya.. Itu adalah hadiah yang paling berharga bagi Eve.. Mereka masing masing ada rumah sendiri, tetapi jarang mereka pulang ke rumah masing masing kerana lebih selesa bila tinggal serumah bersama family yang tersayang..
Macam tak percaya tho, kadang kadang aku cemburu juga dengan Eve nie.. Abang abang dan parents nya semua manjakan dia.. Walaupun dia tidak pernah meminta apa yang dia tidak inginkan, parents dan abang abang dia tetap akan memberinya sesuatu tidak kira besar mahupun kecil...
Aku memang kagum gila dengan family dia.. Tapi Eve nie, tak habis habis hadap buku ergh! Rajin betul belajarnya.. Sudah laa tidak lama lagi nak exam, aku nie tak boleh kalau tak study awal.. Lain laa Eve, lambat mana dia study pun masih lagi boleh score straight A's..
Aku cemburu dengan keputusan exam dia weyh! ARGH! Nak nangis!
" Noah, study. Jangan termenung. " aku tersedar dari lamunanku.. Girlprend aku pun nak control aku ke apa nie huh?
" Alaa, taknak... Takda mood laa nak study " rungut ku.. Sesungguhnya, aku malas nak study huhu..
" Haa, merungut! Dengar cakap aku, kalau subjek kau ada dapat C, aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup sebab tak dengar cakap girlprend kau nie " kejap, dia nak ugut aku ke apa nie huh? Ahh, malas nak bertengkar dan ikutkan aja laa apa yang dia minta..
" Tunggu apa lagi? Cepat laa keluarkan buku Sejarah, aku tau kau lemah dalam menjawab soalan Bahagian B dengan Bahagian C kan? Kalau aku ajar kau, dijamin anda akan mendapat A+! Percaya laa! " katanya dengan yakin..
Ewah dia, yakin benor... Aku pun tak seyakin itu, aku minta B dapatnya C.. Aku pun pasrah jer laa tadah telinga dengar mama membebel hmm..
Kalau Eve? Minta A+, maka A+ laa yang dia dapat.. Untung laa, budak pandai.. Harapan sekolah pulak tu hish! Aku tak puas hati betul laa!
Aku mengeluarkan segala buku yang bersubjek Sejarah.. Nota nota dari rumah pun aku bawak sekali..
" Korang! Cikgu tak masuk kelas sampai kita tamat waktu persekolahan.. Tapi cikgu kirim homework ya anak anak! " kata ketua kelas iaitu Azrina.. Dia menulis kerja sekolah yang telah dipesan oleh cikgu di papan putih.. Eve hanya menangkap gambar saja..
" Okay Queen, I'm ready.. " dia mengangguk, dan aku pun mula laa belajar bersama Cikgu Everly..
Aku dengan tekunnya mendengar apa yang dia terangkan maksud, cara menulis esei sejarah, cara mendapat markah penuh dan macam macam lagi..
Boleh masuk otak dia nie ajar, tahap IQ dia dah terlebih huwaa! Bagi laa aku 10% IQ dia tu, nak juga pandai macam dia huhu!
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Akhirnya, topik sejarah sudah pun habis.. Sekarang waktunya berehat bersama kitkat.. Ehh, tiber! Semestinya tidur MUAHAHAHAH..
" Haa, sekarang kau boleh tidur.. Tidur laa sepuas puasnya, sebab aku nak ajak kau study dekat library sampai pukul 12 malam.. Tidur laa dengan nyenyak ya Noah~ " biar betul dia nie?! Nak ajak aku study dengan dia sampai 12 tengah malam..
Weyhh, masa tu aku terbongkang dah atas tilam tu.. Siap dengan mimpi yang indah lagi..
" Alaa, Queen! Nda mau, saya tidur sudah ouh time tu.. Tiada ba yang belajar sampai tengah malam buta begitu hmm.. " kata ku.. Mana tau dia termakan dengan kata kata aku, kesiankan aku hehehe...
" Ahh, jangan kau mau kasi banyak alasan argh! By crook or by hook, you must study with me until 12 a.m. FULLSTOP. " salah sangkaan aku haih.. Aku mengeluh perlahan, nak taknak kita ikutkan jer laa..
" Baik sayangku~ " ujarku.. Buku buku aku semua disimpan ke dalam beg, cermin mata dibuka dan tidur laa aku...
-------------------------
Sejujurnya, aku masih lagi terkesan dengan ayat ayat yang dituturkan oleh Finna... Ayat ayatnya tadi sentiasa bermain di kepala aku...
Perempuan sundal? Aku macam tak percaya bila dia cakap aku macam tu, dia tak percaya dekat aku ke? Aku kawan baik dia kut..
Bila aku dah tunjuk bukti, baru dia nak tunjuk rasa bersalah dia tu... Heh, ludah jilat balik!
Tak sedar diri! Menyampah aku! Sampai bila bila memang aku takkan lupa apa yang keluar dari mulut dia! Dia salah orang untuk dimaki!
Nasib baik ada abang aku tadi, kalau tak rasanya macam Si Athiya haritu laa dia makan penumbuk dengan penampar aku...
Aku memandang muka Noah yang sedang lena diulit mimpi.. Aku amat laa hargai apa yang sudah dia buat untuk aku, walaupun dia tidak laa romantik mana pun hshshs tapi dia tetap berjaya menambat hatiku yang beku ini MUAHAHAH!
Dulu hmm, aku mengaku laa yang aku memang tak berminat bercinta bagai.. Sebab bagi aku ia hanya membuang masa...
Tapi, sejak Noah muncul.. Aura dia memang lain macam thoo.. Setiap kali kalau dia bersembang dengan aku, dupdap dupdap! Memang tak boleh bawak bincang hshshsh..
Sampai laa satu hari itu, dia pun ajak aku couple dengan dia.. Dan aku pun menerimanya dengan hati yang terbuka chia chia~
Bayangkan laa, bayangkan jer laa woit! HAHAHAHAH!
Dia melamar aku, dan ajak aku kahwin! Aku rasa memang speechless habis ahh huhu! Aku okay jer, tapi kami SPM pun belum lepas.. Nak main kahwin kahwin apa cer huh?
Ehh, berangan bethols kau Eve! Kau tu tahun nie dah nak SPM, gatal fikir pasal kahwin ish! Exam 4 minggu lagi, 2 minggu yang akan datang baru laa aku study..
Ada aku kisah nak study awal awal? Pandai mana pun aku, aku takkan study awal untuk exam.. Kenapa? Nanti tak masuk otak..
Cara orang belajar, tak sama.. Ada yang suka study group, study sendiri, study awal sebelum exam, study lambat seblum exam.. Macam macam lagi kaedah yang orang lain pakai..
Kalau aku, aku lebih prefer sendiri laa.. Kalau group nanti, tak sampai 10 minit pun study dah habis.. Sembang kencang nak buat study group, at last takda pun HAHAHA!
Kejam ke aku kalau aku bawak Noah tu study dengan aku sampai pukul 12 tengah malam? Hmm, kesian pulak aku.. Tapi dia kena laa belajar kalau dia nak dapat straight A's..
Aku yakin, kalau dia study dengan aku.. Pastinya masuk otak dan berjaya mendapat straight A's dalam exam hshshs..
Aku menyambung semula pencarian baju untuk budak yang masuk kawad kaki nanti... Tema kami warna biru, Cinderella kan...
Ikut jer laa kepala para junior kesayangan tu, tahun depan jarang dah jumpa diorang hshshs..
Dia macam merapu tau, tapi takpa laa :/
Chap nie agak bosan sedikit hmm..
Vote ⭐️
Comment 💬
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro