Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❄ I 3 I Meet My Crush



MATA memandang tasik biru yang terbentang. Beriak tenang. Hanya gelora di hatinya yang tak mampu ditenangkan bahkan terus membadai.

Afiera termanggu di situ. Bersendirian. Pertama kali meninggalkan Zairel tanpa berpaling walau sekilas. Mungkin sudah tiba masa untuk dia belajar hidup tanpa Zairel. Afiera tahu itu juga alasan kenapa Zairel carikan seorang lelaki untuk dirinya. Tak mahu dia bersendirian menanggung rawan di hati.

Krukk... kreuk... Bunyi asing itu dirasakan cukup serasi. Kepala Afiera merunduk ke bawah. Tangan singgah ke perut.

Lapar!

Masa bersarapan pagi tadi dia hanya menjamah dua keping roti bakar disapu butternut. Bersama secawan nescaffe O panas. Sekarang jam sudah memasuki pukul dua petang. Mana tak menyanyi perut tu?

Masalah sekarang, dia tak ada duit! Duit!! Cluthbag dengan phone semuanya ditinggalkan dekat sana. Sampai ke situ pun sebab mengikut kaki yang melangkah. Takkan dia nak tadah tangan kat tepi jalan cari duit kut?

Duit!

Bukk!!

Afiera melopong. Seolah-olah rayuan hatinya dimakbulkan dalam sekelip mata. Duit jatuh dari langit?

Kepala berkalih ke kanan memandang seorang lelaki yang sudah jauh ke depan. Kemudian Afiera angkat punggung dari bangku kayu yang diduduki terus dia mengutip dompet kulit itu. Begitu kembung menunjukkan banyak isi di dalam.

Gulp! Liur ditelan. Perut semakin menjadi-jadi berbunyi suara rayuan. Merayu untuk sesuap nasi. Tapi kewarasan akal fikirannya menghalang.

Tak! Dia bukan sejenis manusia yang rakus. Dia masih punya harga diri yang akan dipertahankan sampai mati. Maknanya seorang Aleeya Afiera lebih rela mati tak makan dari menggunakan duit haram.

"Encik!" Afiera berteriak kuat. Tapi lelaki itu terus berlari.

"Encik!" Langkah besar dibuka untuk mengejar.

Tapi takkan dia nak berlari dengan baju kurung raya tahun lepas? Lelaki tu pulak semakin menjauh walau sekadar berjoging.

Ah! Tak kuasa Afiera nak mengejar. Memanggil lagi tak terdaya saat mata terpandang earphone yang tergantung pada telinga itu. Kalau dia berteriak mengalahkan tarzan sekalipun belum tentu lelaki itu akan dengar.

Punggung kembali dilabuhkan ke kerusi setelah mata pandang sekeliling. Afiera yakin lelaki tadi akan melintasi tempat itu seketika nanti. Jadi dia tak perlu nak susahkan diri mengejar. Hanya perlu menunggu.

Perut berbunyi lagi. Makin pedih. Dompet di tangan dipandang sambil liur ditelan berterusan. Syaitan berbondong-bondong menghasut, berbisik di telinga. Bukalah! Beleklah! Alah! Setakat nak tahu tuan punya bukan nak mencuri pun.

Kelepek! Syaitan berjaya juga menghasut.

Wah... banyaknya duit. Bestnya kalau boleh makan pizza.

Afiera tak endahkan suara itu. Mata mencari sekeping kad berwarna biru. Ada! Terus ditarik keluar.

Spontan rahangnya jatuh ke bawah. Bulat biji mata nyaris bergolek keluar. Sungguh dia tak percaya. Memang Afiera takkan percaya.

Mustahil sangat-sangat!

Impossible.

Izz Khuzairi bin Mohd Yusuf.

"Assalamualaikum. Maaf mengganggu. Cik ada nam..."

Mereka sama-sama ternganga.

Afiera ternganga sebab tak menyangka lelaki itu sudah ada di depan mata. Cepatnya. Izz Khuzairi ternganga mungkin tak percaya gadis itu sedang membelek IC dia.

"Maaf. Saya cuma..."

"Fiera?"

Semakin meluas mulut itu melopong. Biji mata bergerak terkebil.

"Awak Aleeya Afiera, kan? Dekat kolej..."

"Awak kenal saya?" sungguh Afiera rasa tak percaya. Izz Khuzairi kenal dia? Siap sebut nama penuh lagi. Mujur tak berbinti.

Biar betul?

"Kalau... tak salah."

"Err... ya. Saya...Afiera. Tapi macam mana awak kenal saya?"

"Menahan rindu."

Hah? Menahan rindu? Dekat dia ke? Ngee... merona wajah Afiera tak pasal.

"Awak..."

"Oo..." Afiera baru teringat sesuatu. Terus dia menggangguk dan tersenyum.

Langsung dia tak menyangka lelaki itu masih mengingati dia yang mendendangkan lagu itu di pentas ketika Karnival Sukan tiga tahun lalu. Lama tu. Ketika dia di tahun pertama dan Izz Khuzairi tahun akhir

"Eh! Awak. Sorry saya..." Afiera tak tahu nak berkata apa. Tangan naik menggaru kepala.

Memang dia buka dompet itu sebab terikut dengan hasutan syaitonnirrojim. Tapi niat di hati cuma nak melihat IC demi memastikan siapa tuan punya, walaupun dia yakin tuannya akan buat pusingan yang entah ke berapa kali di situ.

"Tak apa. Terima kasih sebab jaga harta saya."

Senyum.

"Awak buat apa kat sini?" Izz Khuzairi menyoal. Afiera baru berura-ura nak buka mulut menjawab, tapi laju juga dipotong.

"Eh! Sorry, Fiera. Bukan saya tak nak berlama-lama kat sini. Tapi saya kena pergi. Ada hal!" Kuzer kelihatan tergesa-gesa nak meninggalkan tempat itu. Macam ada benda yang dikejar.

Dah tu dia?

Eh! Kenapa dengan dia pulak? Rasanya mereka tak ada kaitan kut. Setakat seorang bekas senior yang ditakdirkan terserempak dengan bekas junior. Maknanya Izz Khuzairi tak perlu nak menyibuk dalam hal seorang Aleeya Afiera. Yang lapar Fiera bukan Kuzer. Yang mulakan onar mencetus segala... dia langsung tak ada kena mengena dengan lelaki itu.

"Oh! Iye ke? Okey." Kepala dijatuhkan perlahan. Mustahil Afiera nak merayu minta dia jangan ditinggalkan.

"Awak kenal saya, kan?"

"Err... ab... err... Kuzer. Saya dengar orang panggil awak macam tu."

"Panggil saya Izz."

Izz?

Perasaan Afiera berbunga-bunga. Terasa ada rama-rama sedang berterbangan riang mengepakkan sayap. Sungguh Afiera rasa istimewa sangat bila Izz Khuzairi suruh dia gunakan nama itu. Rasanya tak pernah lagi dia dengar orang lain panggil Kuzer macam tu.

Izz...

"Sorry, Fiera. Tapi saya kena pergi sekarang. Bye!" Izz Khuzairi terus berlalu.

Aleeya Afiera terkebil-kebil biji mata.

Macam tu aje? Just like that? Tak nak tanya dia dah makan ke belum? Tapi Kuzer ni buang tebiat ke apa berjoging tengahari buta pakai jeans. Sawan?

Seketika kepala Afiera merunduk bagai tak mampu nak diangkat lagi.


Oh angin... kau kirimkan kalimah kas...


"Fiera!"

Afiera angkat muka laju. Lelaki itu kembali muncul di depan matanya. Dia. Izz Khuzairi.

"Awak nak balik ke? Saya boleh hantarkan."

Afiera tersenyum jua. Manis seakan terlebih gula. Angguk tanpa rasa silu.

https://youtu.be/89MEnvcS2Qg



TANGAN menanggalkan tali pinggang keledar yang membelit tubuh. Entah kenapa dia rasa sekejap aje dah sampai ke rumah? Kuzer ada gunakan shortcut yang dia tak tahu ke?

"Terima kasih sebab hantar saya balik. Terima kasih sebab belanja saya makan tadi. Insha-ALLAH kalau awak ada masa, saya akan belanja awak pulak."

"Janji?" Kuzer cuba meraih keyakinan bukti Afiera tak main-main.

"Janji!" kelingking dihulur. Cuma tak berkait.

"Saya pegang janji awak. Tapi saya tak nak awak belanja makan. Saya nak benda lain."

Terkebil-kebil biji mata Aleeya Afiera. Melihat smirk sadis yang tercarik pada hujung bibir itu, dia telan liur kesat.

Ah! Sudah! Dia dah silap terhutang budi ke?

"Aa... err... okey." Hanya itu yang mampu Afiera jawab.

Pintu kereta ditolak mahu segera keluar. Hati di dalam dadanya sudah rasa lain macam. Lain sangat-sangat.

"Fiera!" Kuzer memanggil.

"Ya, saya!" Terpaksa juga Afiera menyahut walau sebelah kaki dah melangkah keluar.

"Ada majlis apa dekat rumah awak dengan kanopi semua tu?" Kuzer menunding ke halaman rumah sana. Padat dengan kanopi yang sedang didirikan.

Afiera sendiri pun tak perasaan.

"Oh! Saya nak kawin minggu depan," beritahu Afiera bersahaja. Kali itu begitu yakin dia menyebut. Langsung tak merasakan jawapan itu salah.

"Awak... nak kawin?' Kuzer tak percaya. Riak di wajah berubah serta-merta.

Afiera angguk sekali sambil bibir mencarik senyuman.

"Saya pergi dulu. Terima kasih sekali lagi." Kaki melangkah keluar. Pintu kereta dihempas.

Betul ke apa yang dia buat? Tapi Afiera rasa something dengan lelaki itu. Izz? Bukan Kuzer eh?

Bulu romanya merinding tak pasal.


(1098 words)



*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*

_F R O M_M E_W I T H_L O V E_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro