❄ I 1 I Kawin Paksa?
GADIS manis itu bernama Aleeya Afiera binti Othman. Bertubuh sederhana dengan kulit kuning langsat. Walau tak secantik Zahirah McWilson sebab dia bukan berdarah kacukan, tapi Afiera tetap cantik di mata keluarga. Paling penting, dia cantik di mata sendiri.
Kenapa nak menunggu orang puji kita cantik baru boleh rasa bangga? Sudah semestinya Afiera sendiri mengaku diri cantik. Punya mata, hidung, mulut yang sempurna langsung tanpa cacat cela.
Cuma bila dia mencuka, Zairel akan panggil the ugly duckling. Dengan muncung mulut panjang sedepa, siapa tak boleh nak lawan mucung itik? Itik pun kadang terkalah dengan muncung mulut yang dia tarik. Tapi kali ini muncung mulut langsung tak boleh menjadi senyuman macam yang Zairel harapkan. Sebab Afiera betul-betul sakit hati.
Dia tak nak kawin, tapi dipaksa berkawin.
Bukan ayah yang memaksa, bukan ibu yang buat keputusan tapi Zairel yang mendesak. Ya! Zairel, abang dia satu-satunya tak mungkin ada yang lain. Berusia sebaya bernama Zairel Zafwan. Mereka adik beradik kembar seiras. Yup! Semuanya serupa kecuali jantina.
Afiera merupakan pelajar tahun akhir Bachelor Of Accounting di sebuah kolej swasta. Hidupnya cukup sederhana. Dia tak pernah berharap nak belajar sampai oversea. Tak pernah bercita-cita jadi glamour macam model atau penyanyi. Cukuplah dengan hidup sederhana. Jadi akauntan mungkin sebab dia minat matematik.
Tapi tak disangka kerana permintaan Zairel dengan muka seposen yang tak henti merayu, Afiera terpaksa bersetuju untuk menikah dengan lelaki pilihan abangnya. Ya! Lelaki pilihan Zairel bukan pilihan ayah atau ibu. Kawin dengan kawan yang paling Zairel Zaffwan percaya tapi Aleeya Afiera tak pernah kenal batang hidung.
Ikutkan logik cerita, dia ada hak nak menolak. Itu bukan permintaan ayah atau ibu. Permintaan mereka dah tentunya dia tak boleh nak tolak atau bergelar anak derhaka. Afiera boleh tolak permintaan Zairel. Lelaki itu hanya abang. Terlahir dua minit lebih awal.
Betul. Tak mampu dinafikan mereka pernah berkongsi tembuni yang sama masa dekat dalam perut Puan Diah. Tapi tak bermakna semua benda harus dikongsi bersama termasuk hidup. Masa depan. Zairel hanya abang. Kalau dia tak menurut kemahuan itu pun tak dikira berdosa. Dah kenapa si Zairel pulak yang sibuk nak tentukan masa depan dia? Dia bukannya anak dara tua. Bukan anak dara tak laku!
Tapi hakikatnya Aleeya Afiera tak mampu nak menolak permintaan seorang Zairel Zafwan.
"Sebelum Arel tutup mata, Arel nak pastikan ada lelaki terbaik yang Arel percaya boleh jaga adik, jadi suami adik. Lelaki yang Arel yakin mampu sayang adik, lindungi adik. Barulah Arel boleh tinggalkan adik tanpa rasa terbeban di hati."
Zairel tak pernah menganggap Afiera sebagai bebanan melainkan Afiera yang merasa terbeban perasaan sebab terpaksa mengikut permintaan abangnya. Ya. Permintaan terakhir.
Zairel disahkan mengidap Leukemia. Mereka baru dapat tahu berita itu minggu lepas. Afiera turut diperiksa memandangkan mereka adik beradik kembar. Alhamdulillah, dia bebas dari penyakit itu. Dan Zairel semakin lemah kerana menangguhkan rawatan.
Tak apa yang termampu dilakukan mereka lagi selain redha. Tapi perkara tersebut terpaksa dirahsiakan dari pengetahuan ayah dan ibu. Tak mahu keduanya risau. Lagipun Cikgu Othman dan Puan Diah sedang sibuk dengan persiapan Haji. Dua minggu lagi, Insha-ALLAH pasangan suami isteri itu akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat Haji setelah berpuluh tahun menunggu giliran.
Kerana itu Zairel dan Afiera terpaksa merahsiakan segala dari pengetahuan keduanya. Tak mahu semua itu jadi asbab yang menghalang. Kerana itu juga Zairel Zafwan membuat permintaan pada Aleeya Afiera, satu-satu adik yang dia miliki. Kerana dia dah tak mampu nak menjaga Afiera. Zairel dah tak mampu nak melindungi Afiera macam selalu. Kerana itu dia carikan seorang lelaki untuk Afiera. Seorang lelaki yang Zairel yakin mampu menjaga adiknya seperti dia.
Afiera akhirnya terpaksa menurut sebab tak mahu membebankan hati seorang Zairel. Jika benar abangnya akan menemui Tuhan dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya dia tak menjadi asbab kenapa Zairel sukar nak memejamkan mata. Dia... si adik yang terlahir dua minit lebih lewat.
Tapi dia memang tak nak kawin! Dia masih muda, okey. Ada banyak lagi benda yang nak dibuat dalam hidup. Ada banyak lagi senarai yang tak mampu diselesaikan dalam bucket list kehidupannya termasuk 'memenuhi impian Arel' yang tercalon dalam Top 10.
Maknanya harapan seorang Zairel Zafwan termasuk dalam bucket list perjalanan hidup yang Aleeya Afiera inginkan?
Tapi dia tetap tak nak kawin. Berkawan aje tak boleh ke? Kita kawan dulu, okey? Afiera tahulah dia tak ada boyfriend yang boleh menyebabkan lelaki itu kecewa bila dapat tahu dia terpaksa menikah dengan orang lain. Kawan lelaki pun boleh dikira dengan jari. Sebelah tangan.
Tapi dia pernah ada secret admiral yang tiba-tiba menghilang tanpa diketahui punca. Ada juga crush yang hanya dipandang dari kejauhan. Modal rajin ke kuliah, model berangan di malam hari. Dimimpikan di alam fantasi sebab terlalu mustahil nak menjadi realiti dalam hidup nyata. Pernah juga dia sukakan seorang lelaki lebih dari perasaan teman biasa tapi terhalang.
Pokoknya dia tetap tak nak kawin!
Ingat senang ke nak jadi isteri orang? Samentelah isteri kepada seorang lelaki yang langsung tak dikenali? Ingat senang ke nak menjalankan tanggungjawab seorang isteri lebih-lebih lagi hal yang berkaitan dengan kisah dalam 'kelambu'.
Tidak!!! Dia tak nak!
"Itupun kalau adik sayang Arel. Kalau adik tak sayang Arel memanglah adik takkan ikut apa yang Arel nak. Iyelah... siapalah Arel ni? Tunggu masa nak mati aje..."
(826 words)
*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*
_F R O M_M E_W I T H_L O V E_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro