🌊3🌊
DI lautan yang luas, kelihatan Aurora sedang berenang-renang di bawah permukaan air.
Dilahirkan berbeza daripada duyung lain.
Menjadi yatim ketika masih bayi.
Membalas dendam pada usia 20.
Mendapat ganjaran dan diberikan kemewahan dari istana.
Tapi,
Aku masih lagi terasa sesuatu yang kosong.
Sesuatu yang belum aku tercapai dalam hidup.
Aurora timbul di permukaan air. Bangunan megah yang didirikan di tepi laut yang berada tidak terlalu jauh dengannya dipandang lama.
Akhirnya, aku dapat mengetahui punca aku rasa begitu.
Dan aku sangat mahukannya.
Aku sanggup melepaskan segala kemewahan di lautan demi 'sesuatu' itu.
Tidak lama kemudian, Myung Jun keluar dari bilik pejabatnya dan berjalan ke arah beranda yang menghadap ke laut itu. Aurora pula sudah tersenyum hingga ke telinga.
Tepat pada masanya!
Lelaki itu menggeliat kecil dan kemudian membuat senaman ringkas pada waktu pagi sambil menghadap laut.
Selepas itu, lelaki itu mendepakan kedua belah tangannya. Menerima angin pada waktu pagi yang nyaman itu. Matanya pula dipejam rapat. Merasakan angin yang sepoi-sepoi itu. Begitulah rutin harian Myung Jun pada waktu pagi.
Aku sudah jatuh cinta pada lelaki itu dan aku mahu dapatkannya!!
❤
~ MY LITTLE MERMAID~
❤
ANOTHER SIDE
MI Na mengoles bibirnya dengan pelembap bibir yang baru dibelinya semalam di hadapan cermin meja soleknya.
Tok! Tok!
Pintu bilik Mina diketuk dari luar. Akibat terkejut, pelembap bibirnya terleret hingga ke pipi.
Mina mengeluh perlahan.
Tisu dicapai lalu tangannya ligat membersihkan pipinya yang sedikit comot.
"Masuklah."
Selepas mendengar arahan daripada Mina, tombol pintu dipulas dan ditolak perlahan dari luar.
Mina mengalihkan pandangan ke arah pintu, memandang orang yang mengacaunya bersiap sebelum kembali melihat cermin.
"Oh? Eun Woo? Wae?" Tanya Mina tanpa memandang ke arah Eun Woo yang berjalan masuk ke dalam biliknya.
Tangannya ligat menutup kembali pelembap bibir dan disimpan ke dalam kotak. Face powder yang berjenama Nature Republic pula diambil.
"Awak nak pergi mana?" Tanya Eun Woo pelik.
Mina terus memandang ke arah Eun Woo yang menyandarkan tubuhnya di atas kerusi. Jari Eun Woo mencapai pen yang berada di dalam bekas lalu diketuk perlahan pada meja.
Mina mengukir senyuman nipis.
"Saya lupa nak bagitahu awak. Saya dah dapat kerja. Hari ini merupakan hari pertama saya bekerja." Jelas Mina.
"Oh.. Congrats.. Awak dapat kerja apa?" Tanya Eun Woo lagi.
"Mmm.. PA." Balas Mina pendek. Dia mula menyapu bedak pada pipinya dengan menggunakan air puff cushion sponge dengan nipis.
"Personal Assistant??" Soal Eun Woo, menginginkan kepastian.
"Iya.. Tengok saya. Okey tak? Dah cantik?" Tanya Mina lalu bangkit dari kerusi. Dia berpusing-pusing, menunjukkan penampilannya pada Eun Woo.
"Buat apa pakai cantik-cantik pergi tempat kerja? Nak goda boss ke?" Kata Eun Woo tidak puas hati. Pen dicampak ke atas meja lalu dia menyilangkan tangan di dada.
Ha'ah. Nak goda boss.
"Eh, saya ada bau orang jealous lah." Mina berhenti berpusing dan melangkah ke arah Eun Woo bersama ketawa kecil.
"Tak ada maknanya saya nak jealous.." Eun Woo mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Ye lah tu. Kalau jealous, cakap je lah." Kata Mina sambil tangannya menampar bahu Eun Woo manja. Bibirnya pula dari tadi mengukir senyuman.
"Eh, saya dah terlambat nak pergi kerja!" Kata Mina cemas selepas menilik jam tangan di pergelangan tangannya.
Mina terus mengambil beg galas kesayangannya yang berada di atas katil lalu berlari ke arah pintu yang terbuka itu. Namun, langkahnya terhenti apabila Eun Woo memanggilnya.
"Mina."
"Ya?"
"Mm..awak tak ada apa-apa nak beritahu saya ke?" Tanya Eun Woo.
"Ha?" Mata Mina bergerak ke atas, lagaknya seperti orang yang berfikir.
"Tak ada. Kenapa?" Tanya Mina balik.
"Erm.. Tak apalah. Semoga berjaya, ya?" Balas Eun Woo. Sebuah senyuman diukir buat gadis yang paling dia cintai.
"Ya! Jalga~" Mina menggangguk sebelum melambaikan tangan pada Eun Woo.
Kasutnya yang berjenama Adidas yang berada di tepi pintu dicapai sebelum dia berlari keluar.
Senyuman Eun Woo pula perlahan-lahan pudar. Keluhan kecil keluar dari mulutnya.
"Betul apa yang Nam Hyuk cakap. Awak tak akan beritahu saya. Bila sampai masanya, awak akan keluar dari rumah ni dan.." Air mata Eun Woo menitis ke lantai.
"... Tinggalkan saya."
🔶
🔹🔹🔹
🔶
"EH? Mina? Kamu nak pergi mana?" Tanya Nam Hyuk apabila melihat Mina tergopoh-gapah menuruni tangga sambil memakai kasut.
"Panjang ceritanya. Saya nak cepat ni, jumpa nanti. Bye." Ujar Mina lalu berlari keluar dari rumah.
"Wah..pasti Mina sudah mendapat kerja. Baguslah." Kata Nam Hyuk sendirian lalu menggigit roti bakar yang berada di tangannya.
Woo Young hanya menggangguk perlahan walaupun Nam Hyuk sebenarnya bukan bercakap dengan dia.
Woo Young melipat dua roti yang sudah disapu jem yang berada di tangannya. Baru saja dia ingin menyumbatkan roti itu ke dalah mulutnya, roti itu terlebih dahulu dirampas dari tangannya.
"Hei, itu saya punyalah! Kalau awak nak, ambiklah yang lain!" Marah Woo Young sambil merenung gadis yang berdiri tepinya.
"Hm? Macam mana awak tahu yang saya suka jem strawberi? Gomawo~" ucap gadis itu tidak ikhlas.
Pipi Woo Young dicubit olehnya. Tetapi, dengan pantas Woo Young menepisnya. Nak tak nak, Woo Young mengambil juga roti lain dan mula menyapu jem di atasnya.
"Ha Neun, awak nak pergi kerja ke?" Soal Nam Hyuk apabila menyedari kehadiran Ha Neun di meja makan itu.
"Taklah. Aku pergi kerja pukul 12 tengah hari nanti. Korang? Tak pergi kerja ke?" Soal Ha Neun kembali seraya menarik kerusi di sebelah Woo Young lalu melabuhkan punggungnya di kerusi itu.
Serentak dengan itu, Woo Young bangkit dari kerusinya. Ha Neun terus memandang Woo Young yang berdiri.
"Nak pergilah ni." Ujar Woo Young mendatar lalu menyumbatkan roti yang sudah disapu jem ke dalam mulutnya.
Dia mengambil kunci kereta yang berada di sebelah pinggannya dan Ha Neun dijeling sekilas sebelum dia melangkah keluar dari rumah dengan menghentakkan kaki.
"Mwo?? Berani dia menjeling pada saya? Siap hentak kaki lagi? Aisy..!" Marah Ha Neun lalu menggigit sisa roti yang berada di tangannya dengan sebal.
Nam Hyuk yang dari tadi memerhatikan mereka, tertawa kecil sebelum menggelengkan kepalanya perlahan.
🔶
🔹🔹🔹
🔶
ANOTHER SIDE
"ME gustas tu, gustas tu. Suttuduru johahaeyo~ gustas tu, sutturu suttu~ru.." Nyanyiku riang. Tetapi tidak lama kemudian, senyumanku kembali pudar.
"Isy, bosanlah. Mana Sam ni? Jangan cakap yang dia pergi melepak dengan 'Pembawa Fitnah' tu lagi, kalau tak, siaplah dia nanti!" Aku mendengus geram.
Dari tadi, aku menunggu dia datang. Tapi sampai sekarang pun, tak muncul-muncul lagi. Isy, seteress lah macam ni! Huwargghh!!
Fantasia~
Fantasia~
Fuh, sedapnya! Lagu apa tu?
Kepalaku melilau ke kiri dan ke kanan, mencari punca lagu yang baru saja mengetuk gegendang telingaku.
Oh mai gad!
DEBUR!
Aku terus terjun ke dalam air apabila melihat cinta hatiku berjalan mendekati tempat yang aku berada. Kepalaku dikeluarkan sikit daripada air untuk mengintai buah hatiku.
Lelaki itu kelihatan sedang merenung sebuah benda yang dipegangnya. Kemudian, benda itu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Pandangannya dileparkan ke arah tempat yang aku berada.
Dengan paniknya, aku kembali menyelam ke dalam air. Bibirku dikemam. Dadaku tiba-tiba saja berombak kencang. Mataku perlahan-lahan bergerak ke atas, memandang buah hatiku dari dalam air.
Hjkdwsnjhgfq--
Waaa!! Kacaknya! Kacaknya!
"Mana dia pergi? Tadi ada. Cepat betul hilang?"
Apa? Apa dia cakap?
'Dia'? Tadi ada? Cepat betul hilang?
Aku menutup mulutku daripada menjerit-- dalam air boleh menjerit ke??
Gosh! Dia..
Cari AKU KE?!
Dia tahu aku selalu intip dia ke?! Dia tahu aku ni duyung?! Okey..
INI BAHAYA..!!
Aku terus berenang menjauhi lelaki itu. Aku nak cari Sam! Aku perlukan Sam seKaraNg!!
SaMmm! Aku perlukan kauU seKarAng!
DEBUSH!
Tiba-tiba, aku terasa air bergolera.
Takkanlah?
Aku berhenti berenang dan terus memusingkan badan ke belakang.
Duniaku terasa berhenti berpusing. Aku segera berenang mendekati lelaki yang semakin tenggelam ke dalam air.
Semakin aku mendekati lelaki itu, jantungku semakin kuat mengepam darah. Saat aku berada betul-betul di hadapan lelaki itu, lelaki itu hanya diam.
Mataku terpandang ke arah benda yang digenggam oleh lelaki itu. Semakin lama, genggamannya terbuka dan benda itu terjatuh dari tangannya. Tetapi pantas saja aku mencapai benda itu sebelum ia tenggelam ke dasar.
Kemudian, wajah lelaki itu aku pandang. Tanganku perlahan-lahan menekup pipi lelaki itu yang semakin membiru.
Tak boleh. Kalau aku biarkan dia..dia akan MATI.
Aku..
Tak nak dia mati.
Tanpa melengahkan masa lagi, aku terus menarik kolar baju dia ke permukaan air. Kemudian, aku menolak badannya ke darat.
Dia masih lagi diam.
Aku mulai risau. Aku melekapkan telingaku ke jantungnya. Dan, jantungnya berdenyut dengan perlahan.
Takkanlah? Aku tak nak dia mati.
Aku terlalu cintakan dia.
Terus saja air mata aku menitis ke tanah dan bertukar menjadi mutiara. Mataku melilau ke kiri dan ke kanan, mencari manusia yang mungkin boleh selamatkan lelaki ini.
Tetapi hampa, tiada seorang pun yang berada di situ. Aku sudah menangis teresak.
"Sam..! Mana kau?? Sam!" Aku memanggil-manggil nama Sam. Mataku melilau ke arah laut yang terbentang luas.
Hanya Sam saja yang boleh selamatkan lelaki ini sekarang.
"Isk.." Aku menahan esakan.
Wajah lelaki yang terbaring lemah itu, sekali lagi dipandang oleh aku. Aku menggoncang badan lelaki itu perlahan.
"Bangunlah! Awak tak boleh mati! Bangunlah..!"
Semakin lama, semakin kuat aku menggoncang tubuhnya. Tetapi, lelaki itu masih tidak membalas apa-apa.
Akhirnya aku tertunduk. Aku memang tak guna. Lelaki yang aku sayang pun, aku tak boleh nak selamatkan.
"Aurora??"
Aku segera mengangkat mukaku apabila suara yang amat aku kenali menyapa di gegendang telingaku.
"Sam!"
"Apa yang dah terjadi?" Soal Sam bingung. Dia memandang aku dan lelaki yang terbaring lemah itu silih berganti.
"Sam, selamatkan dia. Aku rasa dia dah lemas. Tolonglah dia Sam.." Rayuku.
"Apa..? Isy.."
Sam mendekati lelaki itu dan memejamkan matanya perlahan. Tangannya mula menari di udara. Aku hanya memerhatikan Sam. Selepas itu, Sam kembali membuka matanya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu memuntahkan air. Dan aku berasa amat lega.
"Aurora, kita kena pergi. Lelaki tu dah sedar." Kata Sam lalu menggenggam lengan aku.
"Tapi..dia--"
"Dia dah okey. Lebih baik kita pergi sebelum dia tahu kewujudan kita." Kata Sam dengan keras.
Aku terdiam. Wajah lelaki itu dipandang lama. Tanganku menggenggam tangan lelaki itu erat.
"Myung Jun!"
Aku tersentak.
"Aurora, kita kena pergi sekarang!" Kata Sam risau apabila melihat seorang perempuan berlari-lari ke arah kami.
"Isy.." Tanpa isyarat apa-apa, Sam terus menarik aku masuk ke dalam air dan genggaman tanganku terlepas dari..
Myung Jun.
🔶
🔹🔹🔹
🔶
ANOTHER SIDE
"MI Na? Awalnya awak balik?" Soal Woo Young yang sedang menonton televisyen bersama Ha Neun.
Mi Na hanya memandang kosong ke arah Woo Young dan meneruskan langkah ke biliknya dengan lemah.
"Kenapa dengan dia..? Pelik betul!" Gumam Woo Young.
"Yah..diamlah! Aku nak dengar lagu APINK ni!" Marah Ha Neun lalu menguatkan volume tv apabila lagu APINK dimainkan di tv.
Woo Young mencebik.
"Mi Na? Kau dah balik?" Tegur Nam Hyuk yang sedang menuruni anak tangga dan terserempak dengan Mi Na.
"Haih..ya, kenapa?" Soal Mi Na malas.
"Omma awak datang. Dia ada dalam bilik awak. Saya baru je lepas hantar air pada omma awak." Kata Nam Hyuk.
Mata Mi Na yang kuyu tadi, terus terbuka luas.
"Mwo?!" Mi Na terus berlari menuju ke dalam biliknya.
"Kenapa dia nak terkejut sangat?" Soal Nam Hyuk. Kemudian dia menjongketkan bahunya dan meneruskan langkah menuruni anak tangga.
🔶
🔹🔹🔹
🔶
JARUM jam pendek menunjukkan ke angka 5. Seorang wanita tua merenung pemandangan di luar menerusi pintu slide kaca.
Krek..
Pintu dibuka dari luar. Wanita yang berumur itu terus memusingkan tubuhnya.
"Omo! Anak omma dah semakin cantik sekarang!" Kata wanita itu lalu berjalan ke arah Mi Na. Tubuh Mi Na yang berdiri di depan pintu dipeluk.
"Isy, kenapa omma datang sini??" Soal Mi Na lalu meleraikan pelukan omma nya. Rimas!
"Omma nak jenguk anak omma sendiri pun tak boleh ke??" Balas Puan Choi berbaur sindiran.
Mi Na menyilangkan tangannya di bawah dada. Kemudian, dia ketawa halus.
"Selama ni omma tak pernah datang pun. Kenapa hari ni tiba-tiba??" Soal Mi Na sebelum tersenyum sinis.
Riak wajah Puan Choi berubah serta merta. Namun, cepat-cepat dia men cover.
"Cakap je lah. Kenapa omma datang?"
"Baiklah. Ermm, bila kamu nak pindah??" Tanya Puan Choi tanpa riak wajah yang bersalah.
Mi Na menurunkan tangannya dari dada. Wajah omma nya direnung. Kemudian dia ketawa perlahan. Dia dah agak. Omma nya tak akan saja-saja datang ke sini.
"Sampai bila? Hah, sampai bila Mi Na kamu nak duduk kat sini? Dengan orang yang entah apa-apa. Omma tak suka Mi Na. Terutamanya dengan namja chingu kamu tu. Omma tak akan restu hubungan kamu..!"
"Omma..!"
"Mi Na??"
Mi Na terus terkaku. Badannya dipusing ke belakang dengan perlahan. Dan, wajah Cha Eun Woo yang berada di hadapan pintu menyapa di matanya.
Puan Choi pula memandang lelaki yang tidak disukainya atas bawah. Langsung tidak bersalah dengan apa yang diujarnya tadi mungkin didengari oleh Eun Woo.
🔶
🔹🔹🔹
🔶
ANOTHER SIDE
"MYUNG.. Jun. Myung Jun." Nama cinta hatiku disebut berkali-kali sambil tanganku bermain-main dengan objek berbentuk segi empat tepat atu lebih tepat, barang kepunyaan Myung Jun.
"Ahhhh!!"
PUK!
"Kau ni pahal??" Marahku lalu menoleh ke arah Sam. Kepala yang mulai benjol digosok perlahan.
"Kau la pahal?? Tiba-tiba menjerit, terkejut aku tahu tak??!" Marah Sam balik.
Heisy. Kita marah dia, dia marah kita balik. Tak guna.
Aku mengutip semula objek yang berbentuk segi empat tepat yang terjatuh dari peganganku disebabkan Sam baling apa entah pada aku. Sampai benjol kepala aku dibuatnya.
Aku berura-ura untuk mencampakkan benda itu di kepala Sam namun Sam menoleh ke arah aku menyebabkan aku cepat-cepat duduk seperti biasa. Rambut aku yang sedikit kusut dirapikan dengan jari-jemari.
"Telefon??" Kata Sam tiba-tiba.
"Tele..apa??" Soal ku pelik.
"Tu..benda yang kau pegang tu. Namanya telefon," jelas Sam.
Aku hanya menggangguk.
Ohhh, jadi..nama makhluk ni telefon~ Baru ku tahu~
"Macam mana kau tahu??" Soalku lagi.
"Ini Sam lah.. Semua benda aku tahu.." Kata Sam dengan riaknya. Aku pula membalas dengan muka jengkel.
"Tapi kan.. Mana kau dapat benda tu??" Tanya Sam sambil matanya tidak lepas daripada melihat wajahku yang jelita yini.
Cuak aku jadinya.
"Erm..adalah. Sibok je nak tahu," balasku.
"Aurora! Kau curi ehh??" Tebak Sam.
Hello sikit.. Buat apa aku nak curi? Apa faedah makhluk ni bagi aku??
"Mana ada! Buat apa aku curi??"
"Habistu? Takkanlah kau beli? Bagitau aku cepat. Mana kau dapat benda tu??" Sam sudah mencekak pinggang.
"Makhluk ni.. Myung Jun yang punya. Aku tak sempat nak pulangkan sebab kau tarik tangan aku." Jelasku pendek, tak lebar.
"Ohh."
Ohh je? Punyalah panjang aku jelaskan--
"Sam?" Panggilku.
"Apa??" Sahut Sam tanpa menoleh ke arahku. Tangannya ligat membuat rantai mutiara.
"Aku nak jadi manusialah..ada kaki.." Ujarku perlahan namun dapat didengari oleh Sam.
"Apa?! Kau nak jadi manusia? Kau dah gila ke?" Marah Sam.
"Mana ada. Aku dah fikir masak-masaklah," mulutku dimuncungkan.
"Memang sah kau dah gila!"
Amboi kau. Aku lempang kan, kau pulak yang gila.
"..kau tahu tak?? Manusia tu bahaya, kalau jadi apa-apa kat kau macam mana?? Aku jugak yang susah! Bla bla.."
Dah mula dah membebel dia..
Hadap je la..
🐬TBC🐬
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro