🌊2🌊
GRUK! GRUK!
Hujan turun lebat dan kilat memancar-mancar. Ombak yang ganas memukul tepi pantai. Seorang lelaki kelihatan tercungap-cungap. Matanya meliar ke arah pantai bersama ombak yang ganas. Riak wajahnya jelas sekali kelihatan risau.
Akhirnya, matanya tertancap pada seorang gadis yang terkapai-kapai di dalam air.
"Aurora!"
Lelaki itu segera terjun ke dalam air tanpa berfikir panjang. Yang penting, dia perlu selamatkan gadis itu.
Eun Woo segera mencelikkan matanya. Dia lekas bangkit dari perbaringan dan meraup wajahnya. Sejak kebelakangan ni, dia selalu termimpikan gadis itu. Padahal, dia tak kenal pun gadis itu. Pelik? Ya, tersangatlah pelik. Apabila dia bangun dari mimpi pun, dia tidak akan ingat wajah gadis itu. Yang lebih pelik, mimpi itu terasa betul-betul terjadi.
"Aurora??" Eun Woo mengulangi nama yang dijeritnya dalam mimpi tadi.
Tiba-tiba, pintu bilik Eun Woo dikuak dari luar dan muncullah lembaga yang bernama Nam Hyuk di depan muka pintu.
"Mimpi apa sampai terjerit-jerit tu?" Soal Nam Hyuk.
"Terjerit?"
"Ye la. Itulah, tidur sampai tengah hari lagi. Kan dah dapat mimpi buruk??" Perli Nam Hyuk.
"Sibuk ah kau ni. Mana kau tahu tu mimpi buruk?" Tanya Eun Woo sinis.
"Dah tu? Takkanlah mimpi indah pun terjerit macam nampak hantu?? Aku dah pesan, jangan asyik tidur lewat. Kan dah susah nak bangun awal pagi? Daripada cakap dengan kau, baik aku pergi masak makan tengah hari. Kalau aku bagi nasihat pun, bukannya kau nak dengar. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Apa nak jadilah dengan kau ni? Aku pun hairan, macam manalah si Mi Na tu boleh sukakan kau. Pelik betul manusia ni," bebel Nam Hyuk sambil melangkah ke dapur.
Eun Woo mengeluh perlahan lalu tuala yang elok tersidai di tempatnya diambil lalu diletakkan di bahu. Kakinya melangkah menuju ke bilik air yang sudah tersedia ada di dalam biliknya.
❤
~MY LITTLE MERMAID~
❤
SEORANG gadis merenung bangunan pencakar langit yang berdiri megah di hadapannya. Dia menarik dan menghembuskan nafas bagi menghilangkan rasa gementar di dalam diri.
"Kau boleh buat. Jangan takut, tapi bertenang."
Gadis itu membaiki tali beg kecil yang dipikulnya. Kakinya mula diatur memasuki bangunan itu. Terdapat ramai orang yang keluar masuk dari bangunan itu. Tidak terkecuali juga pekerja yang selalu kehulur-ke hilir dalam bangunan itu menyebabkan dalam bangunan itu kelihatan agak sesak.
Gadis itu melangkah menuju ke arah kaunter. Dan dia disapa ramah oleh pekerja di kaunter itu.
"Selamat pagi dan selamat datang. Ada apa-apa yang saya boleh bantu??" Tanya pekerja wanita itu dengan ramah. Bibirnya pula dihiasi dengan senyuman.
"Selamat pagi. Sebenarnya, saya datang ni sebab nak cari kerja.." Kata perempuan itu dengan gugup.
"Ahh..kerja sebagai PA Encik Myung Jun tu ke?" Soal pekerja itu, menginginkan kepastian. Dengan lambat-lambat, gadis itu mengangguk juga.
"Tunggu sekejap ye.." Pekerja itu mengangkat gagang telefon dan mula menekan nombor-nombor.
"PA? Personal Assistant? Dalam surat kata sebagai penyambut tetamu kat kaunter...??" Gumam gadis itu perlahan.
"Aisyy.." Gadis itu mencebik sebelum beg galasnya yang kecil itu diselokar, mencari sesuatu. Gadis itu mengeluarkan sepucuk surat dari begnya.
"Err..cik??" Panggilan dari pekerja wanita itu mengejutkan gadis itu sekaligus membantutkan niat gadis itu untuk memeriksa surat ditangannya.
Tergopoh-gapah gadis itu menyambut kembali surat itu apabila surat itu terlepas dari tangannya akibat terkejut dengan panggilan pekerja wanita itu.
"Ah, ya saya," sahut gadis itu sambil tersenyum ke arah pekerja wanita itu.
"Boleh saya tahu nama cik??" Tanya pekerja itu.
"Ah, nama saya Mina. Choi Mina." Gadis itu menundukkan sedikit kepalanya apabila memberitahu namanya.
"Cik Mina. Mari ikut saya pergi ke bilik pengarah," kata pekerja wanita itu. Mina hanya mengangguk sebelum mengikut pekerja wanita itu pergi.
Tanpa disedari mereka, Myung Jun yang dari tadi mendengar segala perbualan mereka merengus perlahan. Dia menaiki lif khas untuk vip yang berdekatan.
🔶
🔹🔹🔹
🔶
ANOTHER SIDE
"THE island that looks like someone sleeping on your left is known as Jada Island. This island was discovered about 100 yea --"
Seorang gadis yang merupakan pemandu pelancong menerangkan tentang sebuah pulau kepada pelancong-pelancong yang datang dari UK di atas sebuah kapal yang agak mewah.
A/N : nama pulau hanyalah rekaan semata-mata :)
"Alright. I have 20 minutes for all of you to take pictures of this island." kata gadis itu selepas menilik jam tangan di pergelangan tangannya sebelum berlalu dari situ.
Aku menimbulkan diri di permukaan air selepas beberapa minit berenang ke sini.
Kejap. Tadi perempuan tu cakap dalam bahasa apa? Ahh, biarlah dia.
Hmm, hari ni pun manusia ramai macam biasa. Nak tengok pulau yang dah berabad lah kononnya.😌
Eh, kejap. Aku datang sini sebab nak jumpa Sam. Mana dia pulak ni? Haih, asyik lewat je kerja dia. Susah sangat ke nak datang awal? Huh~
"Mummy, look! There's a mermaid there!"
Niatku untuk kembali menyelam terbantut apabila terpandang seorang budak lelaki yang berumur lebih kurang 8 tahun memandang ke arah aku. Jari telunjuknya setia menunding ke arah aku.
Wah! Comelnya budak tu! Dahlah anak mata dia berwarna hijau. Lepastu ada gigi arnab pulak tu! Auch, comelnya dia senyum! Boleh mati aku macam nii! Hjksdftnwapr
"Unfortunately, there are no mermaids in this world. Mermaids are just fairy tales." Kata seorang wanita sambil membongkokkan badannya. Rambut budak lelaki itu dikusutkan sebelum tangan kecilnya diraih.
"Let's go take a picture there. After that, we eat ice cream okay?"
Aku hanya memerhati wanita itu bercakap dengan budak lelaki itu.
Walaupun aku tak faham apa yang mak cik tua tu cakap, tapi aku pasti. Mesti dia kata yang ikan duyung tak wujud.
Macam lah aku tak tahu. Dah banyak kali aku dengar orang yang berada di atas..apa tu? Kapak? Kapal? Cakap macam tu. Sampai aku pun boleh hafal ayat diorang.
Bla bla bla.
Kalau ikan duyung tak wujud, habistu aku ni apa? Dugong? Anjing laut? Cis! Kurang ajar!
Wanita itu pun memimpin tangan budak kecil itu dan berlalu dari situ.
Belum sempat mereka pergi jauh, budak lelaki itu menoleh ke arah aku lalu melambaikan tangannya ke arah aku sambil tersenyum hingga menampakkan gigi arnabnya.
Wahhh comelnyaaa!
Aku pun turut melambaikan tangan ke arahnya.
Aku harap dapat jumpa dia lagi esok!
Aku pun terus menyelam dan berenang menghampiri Pulau Jada.
🔶
🔹🔹🔹
🔶
"EH, aku dengar kan. Manusia lelaki lebih kacak dari duyung lelaki! Ah, aku boleh bayangkan betapa kacaknya merekaaa!"
"Kan? Aku pun ada dengar yang manusia lelaki lagi kacak dari duyung lelaki. Puteri Aileen tu, dia kan pergi jumpa Madussa sebab nak jadi manusia. Dengar kata, dia dah jatuh cinta dengan manusia! Alih-alih, lelaki tu tolak dia lepas tahu dia tu duyung. Kesian dia tau."
"Kenapa dia pergi jumpa Madussa kalau nak jadi manusia? Pergi lah jumpa Ahn Ma Nyeo. Ahn Ma Nyeo kan boleh jadikan dia manusia jugak? Tetap jugak nak jumpa makhluk yang terang-terang jahat! Nasib baiklah Aurora bantu dia dapatkan suara dia kembali. Kalau aku lah kan, aku takkan tolong dia! Biar jadi pengajaran sikit untuk dia!"
Fuh, kembang kuncup hidung aku kena puji hahaha.
"Alah kau ni, macamlah kau tak tahu. Kalau nak jadi manusia dengan Ahn Ma Nyeo, kena ada cop mohor dari istana. Puteri Aileen tu tak nak keluarga dia tahu yang dia jadi manusia."
"Eh, Aurora lah."
Aku yang bersembunyi di sebalik batu hampir-hampir saja ingin terkena sakit jantung apabila 'mak cik duyung bawang' menjerit namaku.
Aduh, kalau boleh, aku tak nak mereka nampak akuuu!!
Dengan penuh terpaksa, aku menjengukkan juga kepalaku kepada mereka sambil tersengih-sengih.
"Err, ya?"
"Marilah sini. Sembang-sembang dengan kami." Ajak salah seorang dari mereka.
Ini yang aku tak nak ni. Mereka bukan sembang, tapi bergossip yang lebih tepat. Kadang-kadang tu adalah terkeluar fitnah jugak!
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Mereka pula setia memandang aku yang berada tidak jauh dari mereka.
"Ermm, tak pelah. Sebenarnya aku nak jumpa Sam ni. Korang ada nampak dia tak??" Tanyaku apabila aku tiba-tiba teringatkan Sam.
"Sam? Baru je tadi dia pergi lepas sembang dengan kami," jawab salah seorang antara mereka.
Oohhh. Patutlah tak sampai dari tadi. Duk bergossip kat sini rupanya? Sejak bila kau jadi sebahagian dari mereka ni Sam? Jagalah kau nanti!
"Eh, ye ke? Kalau macam tu, saya pergi dulu lah." Kataku lalu berura-ura untuk pergi dari situ.
Tetapi, aku berhenti dan memandang ke arah mereka semula.
"Erm, nak tanya sikit boleh?" Tanyaku membuatkan mereka berlima serentak memandang ke arah ku.
🐬 TBC 🐬
NEXT CHAPTER :
"Apa?! Kau nak jadi manusia? Kau jangan main-main!"
"Aku seriuslah Sam. Aku dah fikir masak-masak."
"Memang sah kau dah gila!"
°
°
°
"Kenapa mak datang ni?"
"Mak nak jumpa anak mak sendiri pun tak boleh ke??"
"Cakap jelah. Kenapa mak datang sini??"
"Bila kamu nak pindah dari rumah ni?"
"Mak..!"
"Mina?"
°
°
°
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro