🌊1🌊
[ABAIKAN TYPO😌]
SEORANG gadis kelihatan sedang berenang-renang di dalam laut yang luas di negara Korea itu.
"Aurora!"
Gadis itu berhenti berenang dan berpaling. Maka, terserlah lah wajah gadis itu yang cantik. Yang anehnya, gadis itu tidak mempunyai kaki, tetapi mempunyai sepasang ekor bersirip!
Seorang lelaki tersedar dari mimpinya. Dia bangun dari perbaringan lalu meraup wajahnya.
Mimpi rupanya. Lelaki itu mengeluh perlahan.
Kebelakangan ini, dia selalu termimpikan perempuan pelik itu. Adakah ada maksud tersirat di sebalik mimpinya itu?
Lelaki itu bingkas bangun berdiri. Tuala diambil lalu kakinya melangkah menuju ke bilik air untuk mandi.
❤
~MY LITTLE MERMAID~
❤
ANOTHER SIDE
SEORANG lelaki memandu keretanya yang berjenama Audi dengan laju, memotong semua kereta yang perlahan macam kura-kura. Sekali-sekala tangannya menekan hon kereta.
Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Dia menjawab panggilan itu dan memakai earbud.
"Encik Kim. Tuan dah lewat untuk bermesyuarat. Klien dah marah sebab dah lama menunggu," kata perempuan di dalam talian. Lelaki yang bergelar Encik Kim itu mencebik.
"Kamu..buatlah apa-apa untuk lengahkan mereka. Saya sudah dalam perjalanan. Berapa minit lagi baru saya sampai." Balas Encik Kim.
"Err..Tapi.."
"Apa gunanya awak sebagai PA saya kalau benda macam tu pun tak boleh buat?!" Marah lelaki itu. Panggilan dimatikan lalu earbud ditanggalkan dari telinga lalu dicampak ke kerusi belakang. Geram betul bila dapat PA macam tu. Buat kerja pun tak pandai. Takkanlah nak harapkan dia je sepanjang masa? Baik letak jawatan terus kalau tak boleh buat.
Lepas habis mesyuarat dengan klien, aku nak pecat perempuan tu!
Pedal minyak ditekan lagi untuk meningkatkan kelajuan.
🔶
🔹🔹🔹
🔶
"BAIKLAH. Kami setuju." Putus seorang lelaki tua selepas berbisik-bisik dengan pekerjanya yang lain.
"Kalau macam tu, mesyuarat kita akan ditangguh pada lain hari untuk membincangnya dengan lebih terperinci," Encik Kim bangkit dari kerusinya begitu juga dengan rakan kerja barunya itu.
"Baiklah. Tahniah ya. Selamat bekerjasama."
Mereka berjabat mesra sebelum lelaki tua serta pekerjanya keluar dari bilik mesyuarat. Senyuman Encik Kim mati dan dia merenung PA nya. Gadis itu menunduk, memandang lantai kerana takut untuk membalas pandangan dengan bossnya itu.
"Datang ke pejabat saya sekarang," ujar Encik Kim keras lalu keluar dari bilik mesyuarat itu. Gadis itu sudah menelan air liurnya.
"Habislah. Macam mana sekarang?" Kata gadis itu perlahan. Tangan kecilnya menekup kedua belah pipinya yang gebu.
Tiba-tiba, dinding cermin di belakangnya diketuk menyebabkan gadis itu terkejut. Apabila dia menoleh, wajah boss nya menyapa di mata. Jari telunjuk boss nya menunjuk ke arah bilik pejabat. Gadis itu mengangguk laju, boss nya terus beredar dari situ.
Gadis itu mengeluh perlahan sebelum mengikut jejak bossnya.
🔶
🔹🔹🔹
🔶
BILIK pejabat milik boss nya diperhati dengan perasaan takut. Habislah dia, habislah dia! Kenapalah hidupnya malang kerana mendapat boss yang sangat garang??
Tok! Tok!
"Masuk."
Gadis itu membuka pintu apabila mendapat izin dari bosnya. Kakinya melangkah ke meja boss nya dengan berdebar-debar.
Kelihatan bossnya sedang berdiri membelakanginya, memandang pemandangan di tepi pantai melalui dinding kaca.
"Boss.."
"Dah bosan ke kerja kat sini? Nak saya pecat awak?" Soal Encik Kim tanpa memandang wajah gadis itu.
Lidah gadis itu kelu. Perasaan takut menguasai dirinya. Dia hanya memandang bingkai nama boss nya yang terhias di atas meja yang besar itu.
CEO Kim Myung Jun.
Encik Kim menoleh apabila PA nya hanya diam. Dia bergerak menghampiri mejanya lalu kedua belah tangan memegang sisi meja.
"Aku bercakap dengan kau! Kenapa kau tengok nama aku? Tengok aku yang kat depan kau ni!"
Gadis itu memejamkan matanya apabila ditengking oleh boss nya. Dia mengetap bibir. Ketar lutunya makin bertambah-tambah. Dia perlu kuat, dia harus kuat! Kalau tak, nanti dia akan menangis. Nanti buat malu muka dia je.
"Tapi..klien tu tak sempat balik.."
"Menjawab! Dah berani sekarang eh?" Belum sempat gadis itu membalas, Myung Jun terlebih dahulu memintas.
"Keluar dari bilik aku sekarang. Aku dah tak nak tengok muka kau lagi. Esok, kau tak payah datang kerja. Aku dah pecat kau. Berambus!" Senang saja Myung Jun mengujarkan ayat yang kejam pada gadis itu.
Tanpa melengahkan masa, gadis yang malang itu terus keluar dari pejabat. Air mata yang keluar disapu kasar dengan belakang tapak tangan. Myung Jun mengukir senyuman.
Yahoo! Aku dah tak payah tengok muka perempuan tu lagi! Nikmatnya dunia!
Myung Jun menari-nari di dalam pejabatnya. Gembiranya dia tidak boleh digambarkan dengan kata-kata!
🔶
🔹🔹🔹
🔶
ANOTHER SIDE
EUN WOO'S POV
"LEWATNYA kau bangun, Eun Woo,"ujar kawanku yang bernama Nam Hyuk apabila melihat aku menghampiri meja makan.
"Aku bangun awallah. Tapi aku baru nak turun,"tipuku. Kerusi di sebelah kawanku yang seorang lagi ditarik lalu aku melabuhkan punggungku.
" Tak payah tipulah, Eun Woo. Aku dah pergi kat bilik kau tadi. Kau baru bangun,"kata kawan disebelahku yang bernama Woo Young sambil membaiki kedudukan cermin matanya sebelum menyambung makan ramen.
Aku hanya diam tidak membalas. Malas mahu perang mulut. Bukan boleh dapat apa. Dan, memang betul pun aku bangun lambat. Buat apa nak tegakkan benang yang basah lagi??
"Aku dah sediakan ramen untuk kau. Cepat makan sebelum ia kembang." Nam Hyuk menghulurkan cup ramen untukku. Aku terus menyambutnya tanpa banyak soal.
"Ha Neun?? Kamu dah nak pergi kerja?" Tanya Woo Young apabila melihat kelibat seorang gadis sedang menuruni tangga sekaligus mematikan perbuatan aku yang sedang meletakkan perencah ke dalam ramen.
"Taklah. Aku nak pergi kebun," balas Ha Neun acuh tak acuh sambil memakai kasut tumit tingginya.
"Apa??" Tanya Ha Neun apabila perasan yang aku memandangnya. Aku hanya menggeleng dan menyuapkan ramen ke dalam mulut. Ha Neun menjeling aku sebelum berlalu keluar dari rumah. Tapi, ada ku kisah? Sikit pun aku tak terasa. Dah memang perangai dia macam tu.
"Aku dah siap makan. Nam Hyuk, toong kemas eh? Aku nak pergi bayar bil air," kata Woo Young lalu bangun dari meja makan selepas meneguk air kosong.
"Baiklah." Balas Nam Hyuk pendek.
"Nam Hyuk.."
"Hmm" gumam Nam Hyuk tanpa memandangku.
"Mana Mi Na?" Tanyaku. Nam Hyuk mengangkat kepalanya memandang aku.
"Awal-awal lagi dia keluar cari kerja," balas Nam Hyuk sebelum melantak cup ramennya buat kali kelima. Aku hanya menggangguk perlahan. Tiba-tiba, meja makan bergegar selepas dihempuk Nam Hyuk dengan tangan gergasinya. Aku memandang Nam Hyuk yang mempamerkan wajah terkejutnya. Patutnya aku yang terkejut, bukan dia. Biarlah.
"Apa?" Tanyaku apabila Nam Hyuk hanya diam.
"Kau..tak tahu lagi kan? Pasal Mi Na," tanya Nam Hyuk sambil mengecilkan matanya. Comel, tapi biasa je bagi aku.
"Kenapa dengan dia?" Tanyaku kembali sebelum menyumbat mulutku dengan ramen.
"Tiada siapa yang tahu kecuali aku. Aku beritahu kau sorang je. Jadi, kau jangan memandai bagitahu kawan kita yang lain." Nam Hyuk memberi amaran kepadaku terlebih dahulu sebelum menyambung percakapannya.
"Mi Na nak pindah."
Aku terus terkaku. Aku mengalihkan pandangan aku daripada ramen ke arah Nam Hyuk.
"Kau biar betul?" Aku berpura-pura ketawa. Chopstick aku letakkan di tepi bekas ramen.
"Betul!" Wajah Nam Hyuk kelihatan pasrah apabila aku tidak mempercayainya. Okey, wajah aku bertukar serius serta-merta apabila mengesyaki Nam Hyuk tidak menipu.
"Macam mana kau tahu??"
"Semalam. Aku terdengar dia berbual dengan mak dia. Lepas tu, dia cakap dia nak pindah," cerita Nam Hyuk bersungguh-sungguh, sampai memucung mulutnya.
_FLASHBACK_
NAM HYUK'S POV
Aku berjalan ke arah bilik milik Mi Na. Aku nak dia check, betul ke tidak borang yang aku isi ni. Kalau aku suruh Woo Young, mesti dia cakap 'tak tahu'. Kalau aku suruh Eun Woo pulak, mesti dia berpura-pura tidur kalau aku terjah bilik dia. Cis, macam lah aku tak tahu yang dia suka tidur lewat! Kalau nak suruh Ha Neun, mesti dia cakap 'berani kau masuk kandang singa kan? Nak aku cakar muka kau ke??'. Wuisy, dia tu garang nak mampus! Takde siapa yang berani dekat dengan bilik dia. Kalau berani, tu berani tempah maut namanya!
Baru saja aku nak ketuk pintu bilik Mi Na, pintu bilik tu dah terbuka sikit dan aku boleh nampak kelibat Mi Na yang membelakangiku sambil berbual dalam telefon. Dia memundar-mandir di dalan bilik itu. Aku mengambil keputusan untuk tunggu sehingga habis berbual sehinggalah aku sengaja terdengar perbualannya.
"Omma, Mi Na dah buat keputusan. Betul apa yang omma cakap. Mi Na dah fikir masak-masak. Mi Na nak pindah rumah..ya..baiklah." Mi Na terus mematikan panggilan dan mencampakkan telefonnya di atas katil. Aku pula dah menutup mulutku dari berbunyi sambil menyandar belakangku ke dinding. Kaki aku melangkah menjauhi bilik Mi Na. Niatku untuk berjumpa Mi Na terus terbantut.
END NAM HYUK'S POV
_END FLASHBACK_
Aku terdiam selepas mendengar cerita daripada Nam Hyuk. Jari-jemariku bermain-main dengan chopstick.
"Okeylah. Aku dah siap makan. Aku nak kemas meja. Lepas ni aku kutip baju kotor kat bilik kau dengan Woo Young. Ingat, jangan bagitahu orang lain," Nam Hyuk sekali lagi memberi amaran kepadaku sebelum dia membawa bekas ramennya dan Woo Young ke dapur.
Seriously?
Mi Na nak pindah??
END EUN WOO'S POV
🔶
🔹🔹🔹
🔶
SOMEONE'S POV
DI tepi pantai yang indah. Pemandangan yang cantik. Angin yang sepoi-sepoi bahasa bersama deruan ombak yang menghempas pesisir pantai.
Aku merenung seorang lelaki yang baru keluar dari err..apa benda pun aku tak tahu. Nampak keras macam batu, tapi berbentuk petak.
Lelaki itu menggeliat kecil.
Oh mai goddd!! Kacaknyaaa!! Tapi tak lama kemudian, dia masuk balik ke dalam yang berwarna biru tu. Alaa..tak boleh ke dia duduk kat luar tu lama sikit??
"Aurora!!"
Aku menutup telingaku yang berasa pedih tatkala terdengar jeritan yang tak ubah seperti Medusa. Ehh? Medusa hidup lagi?
Kemudian, aku terasa seperti lenganku dipukul oleh seseorang. Oh mai..adakah itu Medusa? Aku segera menoleh.
Fuh, bukan Medusa!
"Sam. Kau dengar tak??" Tanyaku pada kawanku dengan riak wajah yang amat takut. Muka Sam aku pandang sekilas sebelum mataku melilau ke kiri dan ke kanan, mencari kelibat Medusa.
Dan, memperkenalkan gadis yang cantik di depanku ini ialah Samantha Brian. Nama panggilannya ialah Sam. Berketurunan Brian yang popular dengan kecantikan dan kepandaian. Aku pula berketurunan Ve La yang pertama. Iaitu keturunan kacukan Veic dan Lassy. Ya, ayah aku Veic dan mak aku Lassy. Aku ni cuma satu dalam sejuta tau! Tapi sekarang mereka dah tak ada sebab terkorban semasa berlawan dengan Medusa, masa tu aku masih bayi. Nasib baik Akela, iaitu ikan lumba-lumba sanggup nak jaga aku.
"Dengar apa?" Tanya Sam kembali dengan kerutan di wajahnya. Cis, ni yang aku geram ni. Aku tanya dia, dia tanya aku balik!
"Aku dengar suara Medusa panggil aku la. Dia nak balas dendam dengan aku ke?" Kataku takut.
Sam yang tadi muka berkerut, sekarang dah jadi bengang. Dia jentik dahi aku sehingga berbunyi. Auch! Kau ingat tak sakit ke?? Aku menggosok dahiku yang sudah memerah.
"Sakitlah!" Marahku.
"Padan muka kau! Aku la yang panggil kau. Ada ke patut kau cakap suara aku tu suara Medusa? Kau dah lupa ke yang kau bunuh Medusa? Macam mana dia boleh hidup balik? Isy, geram betul aku dengan kau ni!" Bebel Sam sambil menunjal dahi aku.
Aku lupa nak cakap, keturunan Brian juga banyak membebel! Dan, ya, akulah yang bunuh Medusa. Hebatkan aku? Sebenarnya, aku nak tolong Putri Aileen dapatkan kembali suara dia sebab dia bagi ganjaran lumayan! Tapi, aku tak sengaja terbunuh Medusa masa aku nak pertahankan diri ketika dia serang aku. Dan, cuba teka apa? Aku diberi kemewahan di istana dan dihormati ramai. HAHAHA.
"Kenapa kau jerit? Kalau manusia dengar macam mana? Habislah kita kalau kena tangkap nanti!" Marahku. Tapi Sam tak takut pun. Dia selamba je tunjal dahi aku.
"Kaulah! Aku ajak kau pergi tepi pantai sebab nak cari kulit kerang. Tapi, kau dari tadi duduk intai manusia hodoh tu, bukannya nak tolong aku," bebel Sam. Seriously? Aku dah penat dengar dia membebel. Dahlah kutuk kekasih hati aku!
"Isy, kau sorang je dah kutip banyak cangkerang. Buat apa aku nak kutip lagi? Lagi satu, manusia tu kacak tau! Kau jangan berani nak hina dia eh?" Marahku sambil jari telunjukku menunjuk di mana lelaki yang aku tengok tadi berada.
"Suka hati kaulah. Tapi kau kena ingat. Dia manusia, kau duyung. Mana boleh bersama. Dahlah, aku nak balik. Kau tenunglah dia sampai terkeluar biji mata kau tu." Sekali lagi Sam membebel padaku.
DEBURRR!!
Sam berenang meninggalkan aku di situ. Aku pula hanya memandang sepi pemergiannya. Ya, aku duyung dan dia manusia. Kami sangat berbeza. Aku memandang tempat di mana dia berada sebelum berenang mengikut Sam ke dalam air.
🐬 TBC 🐬
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro