Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Penjelasan

Ada yang faham tak? Jimun tanya je, jika ada kesalahan tatabahasa ataupun binaan ayat Jimun minta maaf.

Baiklah, berikut merupakan penjelasan bagi sesiapa yang berada di dalam lautan kekeliruan.

___________________

- Manevi di dalam cerita ini merupakan nama kerajaan.Manevi bermaksud rohani/spiritual dalam bahasa Turki. Manevi merupakan diri kita atau semangat yang sentiasa kita ada.

- Haltlos di dalam cerita ini pula merupakan satu nama tempat di dalam Manevi. Haltlos bermaksud ketidakyakinan/insecure dalam bahasa Jerman. Manevi merupakan perasaan yang kita sering nak elak dalam dunia ni kan? Harap betul

(" >_< )

- Harn di dalam cerita juga merupakan satu nama tempat di dalam Manevi. Harn bermaksud berfikir/otak dalam bahasa Inggeris. Harn dapat membantu Haltlos dari terus tiada keyakinan.

- Annahme pula merupakan puak di dalam cerita ini. Annahme bermaksud penerimaan/acceptance dalam bahasa bahasa Jerman. Di dalam cerita ini Annahme merupakan kelemahan utama Manevi kerana sering menerima kenyataan yang negatif tentang diri sendiri.

- Vergleich juga merupakan puak di dalam cerita ini. Vergleich bermaksud perbandingan/comparing dalam bahasa Jerman. Vergleich merupakan individu yang sering membanding-bandingkan keupayaan seseorang. Di sini, Vergleich mampu menjatuhkan semangat seseorang.

- Akhir sekali, Fialble merupakan seseorang yang hadir pada akhir cerita. Fiable bermaksud dipercayai/reliable dalam bahasa Perancis. Di dalam cerita ini, Fiable ditugaskan untuk menaikkan semula semangat Raja Kim II.

Yang kat atas ni semua maksud perkataan yang aneh dan penggunaannya.

Baiklah, yang seterusnya ini merupakan jalan cerita yang dinyatakan di dalam cerita. Jimun akan bagi secara ringkasnya.

______________

Kim Seok Jin/Putera Kim I tidak suka akan Kim Nam Joon/Raja Kim II sewaktu lelaki itu dinaikkan takhta. Di sini Jimun nak menyatakan bahawa Nam Joon peroleh sesuatu yang lebih bagus daripada Seok Jin.

- Siapa pula menteri Manevi tu? Kenapa tiba-tiba Manevi diserang oleh Vergleich?

Kata-kata yang sering menaikkan semangat Nam Joon. Sewaktu ini, Seok Jin sedang cuba untuk menjatuhkan semangat Nam Joon dengan membandingkan diri lelaki itu dengan orang yang lebih baik.

- Kenapa Haltlos kena kuatkan pertahanan? Kenapa Harn hadir sewaktu Haltlos lemah?

Ketidakyakinan Nam Joon amatlah tinggi di dalam dirinya. Otak sebagai yang bijaksana membantu bagi mempertahankan insecurity daripada menghantui diri Nam Joon.

- Kenapa tiba-tiba saja Raja Kim II seperti menyerah kalah?

Annahme/ sifatnya yang suka menerima kutukan orang itu semakin menebal. Tiada lagi pertahanan yang otak berikan. Semangat di dalam dirinya juga telah menyerah kalah.

- Fiable hadir untuk apa?

Fiable dalam ini menunjukkan satu bisikan hati yang berada di dasar hati. Hadirnya Fiable adalah untuk mengelakkan Nam Joon berputus asa.

Itu sahaja.

Ya Allah, Jimun tatau apa Jimun tulis ni...

Terima kasih kepada yang sudi membaca cerita ini. Sedih jap sebab tak dapat bagi orang faham.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro