01
Terjungkit manis hujung bibir merah milik Putera Kim II. Dirinya tidak sangka akan menerima takhta peninggalan mendiang Raja Kim. Disaat dirinya disanjung oleh ramai menteri, abang kepada Putera Kim II, iaitu Putera Kim I berasa amat tersinggung dengan tindakan ayahanda mereka.
"Tahniah, Putera Kim II. Semoga kerajaan ini dikurniakan kesejahteraan sepanjang pemerintahan tuanku..." Ujar Menteri Manevi sambil tersenyum bangga.
Sungguh tajam pandangan Putera Kim I yang dilemparkan kepada Putera Kim II. Diri baginda yang sepatutnya memegang takhta tersebut, bukannya budak mentah itu.
"Beta rasa dengan bantuan kekanda beta, semuanya akan berjalan lancar. Betulka-" Terhenti kata-kata Putera Kim II tatkala kekandanya sudah hilang dari pandangan.
"Beta akan musnahkan Manevi yang engkau peroleh, wahai kekanda."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro