Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

97

                       Cemito mengelap air matanya, rasa pedih yang begitu menusuk hingga terasa di hatinya.

Entah mengapa, hanya satu hirisan membuatkan air mata cemito jatuh berterusan tanpa henti.

"ya Allah, sakitnya.." adu cemito.

Dia berhenti memotong bawang, pisau di letakkan ke atas meja. Cemito bangun daripada tempat duduknya, dan melangkah ke sinki. Dia membasuh matanya dengar air.

"apasal pedih nak mampus bawang ni? Patutlah ramai perempuan tak tahu nak masak. Kau puncanya bawang."

Melur ketawa kecil. Baru potong bawang dah nangis begitu. Tak gentleman  langsung!

"bukan salah bawang. Salah diri sendiri jarang masuk dapur." sindir melur.

Cemito mencapai kain tuala kecil, mengelap wajahnya yang basah.

"hei, cakap tu elok sikit ya. Aku ni selalu tolong mama aku masak tau! Kau kalau tak tahu apa-apa, jangan main tuduh ek."

"heh, kalau dah potong bawang sampai menangis macam tu, awak tolong datin laila masak apa?"

"aku tolong mama masak nugget, kentang goreng. Kalau macam yang susah sikit, aku tolong masak ikan goreng."ujarnya.

Apakah?

Ingat tolong masak apa tadi! Setakat makanan goreng tu, kalau kau bagi budak 5 tahun masak pun dia bolehlah!

Melur menggeleng kepala.

"dah tak pandai masak tu cakap aje lah. Awak nak masak apa? Meh, saya tolong."

"tak payah! Aku bukannya tahu niat kau baik ke jahat? Buatnya kau buat nasi kangkang dekat aku, macam mana?"

"apa awak ni?! Merepek aje Malam-malam buta ni. Takda kerja saya nak buat semua tu! Heh!"

Melur menarik kerusi, dia melabuh punggung di situ. Pisau di capainya, dia menyambung kerja cemito memotong bawang.

"tak payahlah buat!"

Cemito merampas pisau di tangan melur, dia menarik bahan-bahan dia atas meja ke arahnya.

"saya cuma nak tolong je, takda niat nak buat nasi kangkang, nasi duduk apa semua. Jangan risaulah.."

"kau mengandung kan? Biar aje lah aku yang buat. Aku tak naklah susahkan kau. Kau tu baik duduk rehat je dalam bilik." ujar cemito.

Melur tersenyum. Kesah juga dia pasal aku. Ingatkan tak nak ambil berat langsung?

Kalaulah aku tak bodoh dulu, mesti sekarang aku dah bahagia dengan cemito. Nasib kau lah melur, siapa suruh ego sangat dulu? Kan dah melepas. Omel melur di dalam hati.

Cemito mengerut kening, melihat melur yang tiba-tiba sahaja termenung memandang dirinya.

"aku tahulah aku handsome, tapi rasanya tak payah kot tenung macam tu." tegur cemito.

Melur terus menggeleng, dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Ya Allah, malunya!

Cemito ketawa, dia menyambung memotong bawang. Kelopak Mata di kecilkan sedikit, tidak mahu aroma pedih bawang itu terkena mata.

Pedih di mata sudah tidak dirasakan lagi, tapi pedih di jari pula yang terasa sampai berdenyut.

"awak!!"

Terkejut melur melihat cemito memotong kulit jari terlunjuknya. Patutlah pedih!

"Aduh! Apa nasib aku hari ni? Asyik rasa pedih je! Mama sakit, mama!" adunya.

Melur bangun mencari kotak kecemasan. Cemito pula sedang menangis menahan sakit. Tak padan dengan badan, tapi hati lembut!

"Cepatlah sikit melur, kau cari apa?!"

"saya cari kotak kecemasanlah, awak letak mana?!"

"manalah aku tahu, ini bukab rumah aku. Ini rumag nenek camella. Kau tanyalah Bella ke, daniella ke? Itupun nak kena ajar ke? Cepatlah, sakit ni!"

"alaa.. Luka sikit pun nak melalak! Sabarlah!"

Melur berlari menuju ke ruang tamu, meninggalkan cemito seorang diri di dapur. Hilang saja kelibat melur, cemito tersengih.

Dia ketawa.

Rasa pedih tadi terus hilang sekelip mata. Dia berlakon rupanya.

"caring jugak kau dekat aku ek melur? Bagus, bagus. Menantu pilihan mak aku. Aku akan daftarkan kau dekat persatuan calon menantu datin Cemita Laila."

         
                                   Melur mencari kelibat daniella dan bella, selalunya ada di ruang tamu. Tapi kali ini mereka tiada.
Naura pun tidak nampak.

Melur mencekak pinggang.

"mana diaorang ni? Keluar jalan-jalan ke?" soal melur.

Dia mendongak memandang bilik di hujung di tingkat satu. Iaitu bilik naura. Melur melangkah naik anak tangga menuju ke sana.

"naura." panggil melur setelah tiba di hadapan bilik naura.

Pintu di ketuk beberapa kali-kali. Namun tidak di sahut. Melur mengerut kening.

"keluar ke?"

Melur memulas tombol pintu bilik naura, terbeliak matanya melihat bilik naura yang bersepah.

Daniella dan bella pula terbaring di lantai, pengsan.

"CEMITO!!" jerit melur.

Dia pantas berlari turun ke tingkat bawah mencari cemito. Cemito pula berlari ke arah melur apabila namanya di jerit kuat.

"kenapa?! Ada hantu? Huh? Pocong? Pontianak?!"

"Bukanlah! Mana nak ada hantu malaysia dekat itali!  Daniella dengan bella pengsan dekat bilik ! Naura hilang entah ke mana?  Bilik dia bersepah gila! Ma.. Macam kena samun je. Entah-entah naura kena culik? "

"Seriously? Apasal kita tak dengar apa-apa tadi? Aryan ada tak dekat bilik?"

"aryan mana ada. Tadi kan dia keluar, sampai sekarang tak balik! Saya risaulah awak. Macam ada yang tak kena aje."

"Aryan tak balik lagi? Haih, lain macam. Takpa, kau rilex dulu. Kita pergi balai polis buat report kejab, and hantar diaorang ke hospital." cadang cemito.

"habis naura macam mana? Dia takda dalam bilik! Takkan nak tunggu polis cari?"

"nanti aku cari diaorang. Kita kena cepat!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro