Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

96

                       Naura memasukkan baju yang di lipat ke dalam beg bagasi birunya. Aryan melangkah keluar daripada bilik air dengan memakai baju t-shirt hitam dan berseluar jeans.

"sayang. Abang nak keluar kejab ya." pinta aryan.

Naura mengerut kening, dia memandang aryan yang berdiri di hadapan cermin sedang membetulkan kolar bajunya.

"awak nak pergi mana? Takkan sebab melur dekat sini, awak nak keluar?"

"Bukan sebab melurlah. Abang ada hal sikit nak buat dekat luar sana. Sayang tunggu abang ya."

"keluar pergi mana? Jumpa awek itali lah tu."ejek naura.

Aryan ketawa kecil. Dia menggeleng, aryan melangkah ke arah naura yang sibuk mengemas baju. Kedua belah tangan naura di tarik lalu di letakkan pada dadanya.

"abang tak pandang perempuan lain selain naura ek. Ingat tu."

Hidung naura di cuitnya, naura ketawa. Aku gurau aje pun.  Takkanlah aryan nak cari perempuan lain kan? Sedangkan dahulu susah untuk dia dapatkan aku.

"habis tu, awak nak pergi mana? Setahu saya, awak takda kawan pun dekat sini."

"memang abang takda. Tapi, abang cuma nak jalan-jalan je. Takkan tak boleh, sayang?"

"bukan masalah tak boleh. Kenapa awak tak ajak saya? Nampak sangat awak sorokkan something. Baik awak bagitau saya atau saya merajuk." ugut naura.

"wow. Berani ek ugut Abang? Hmm?"

Pinggang naura di cuitnya, naura sedikit terkejut dengan tindakan aryan. Geli.

"saya cuma nak tahu je, takkan tak boleh?"

"no. Sebab, its secret."

"nak tahu sikit je. Please.." rayu naura.

Masih ingin tahu ke mana aryan ingin pergi. Manalah tahu nanti ada apa-apa terjadi, senang aku nak cari.

Aryan tetap menggeleng. Naura mencebik bibirnya.

"tak bolehlah. Sekejab je, abang janji tepat aje pukul 7 abang balik." janjinya.

Aryan mengangkat tangan kananya, dia berjanji. Naura tetap membuat muka merajuk.

Aryan tersenyum, dia mencubit kedua belah pipi isterinya dan di goyangkan ke kiri kanan.

"janganlah macam ni. Please.."

"hmm.. Yela."

Naura mengalah. Aryan menggosok kepala naura, akhirnya dapat juga dia keluar. Agaknya mana dia nak pergi sampai berahsia?

Kalau aku dapat tahu dia jumpa perempuan lain memang aku pula yang ambil job dia jadi pericolo!

"abang pergi dulu ya. Sayang jaga diri tau. And, jangan sesekali keluar rumah cari Abang if abang tak balik. Okay?"

"kalau jadi apa-apa macam mana?"

"im okay. Don't worry. Your husband pericolo, right? So? Tiada apa yang akan terjadi dekat abang." ujar aryan.

Naura hanya mengangguk perlahan. Aryan tersenyum lebar, dahi naura di kucupnya. Tangan aryan di salam naura sebelum aryan melangkah keluar daripada biliknya.

Naura mencekak pinggang.

"mana agaknya dia nak pergi ek? Susah sangat ke nak bagitau tempat? Haih, biarlah. Baik aku kemas barang, karang tak siap kau jugak yang kena bebel."

 
           
                                  Faris melangkah ke arah dinding yang di tampalkan setiap gambar naura yang telah di cucuknya dengan pisau.

Semuanya tepat mengena wajah naura. Dia tersenyum sinis.

"Kita akan jumpa malam ni sayang. Faris betul-betul rindu sangat dengan sayang tau. Faris janji, kita akan jauh daripada semua orang." ujarnya.

PAP!!

satu tetakkan tepat di pukul pada kepala faris daripada belakang, kuat. Faris mengerang sakit, dia menyentuh kepalanya yang berdarah.

"Aku dah agak engkau yang ganggu naura."
Aryan bersuara, keras.

Tangan kananya kemas mengenggam kayu. Faris memandang aryan dengan wajah tidak puas hati, dia ketawa.

"apa kau nak huh?! Kau nak harta? Aku boleh bagilah. Tak perlu sampai nak ugut naura sampai macam tu sekali!"

"yes. Memang itu yang aku nantikan dulu. But, now. Aku dah tak nak semua tu. Aku nak naura je."

"aku tak faham jantan macam kau ni! Kau ingat aku tak tahu ke yang kau ada hubungan dengan kakak naura?! Kau dah ada dia, buat apa kau nak naura lagi?!"

"Sebab isteri kau.. punca dia mati!!"

Suara yant perlahan di akhiri dengan jerkahan kuat daripada faris. Aryan tidak faham.

Faris mengetap bibirnya.

"Dia mati sebab kena tembak dengan polis. Aku tahu semua ni kerja naura. Dan, aku nak dia gantikan nyawa along dengan dia."

"heh, kau ingat aku ni akan lepaskan naura dekat orang macam kau ke?"

"aku tahu jantan macam kau takkan lepas dia. Tapi, aku akan buat dia tinggalkan kau."

"kurang ajar!!"

Aryan mengangkat kayu itu, namun di tahan laju oleh faris. Kayu itu di genggam kuat. Faris tersenyum sinis.

"aku rasa kau datang dalam masa yang tepat. Tak perlu susah-susah aku angkut kau datang sini kan? Hahaha."

Aryan mengerut kening.

"apa maksud kau?"

Faris memuncung mulut menunjuk ke arah belakang aryan. Tak sempat aryan menoleh, badannya di tarik ke belakang oleh seseorang.

Leher, dan ke dua belah tangan aryan di cekup kuat oleh tiga orang lelaki berbadan tegap.

"lepaskan aku!!"

"aku boleh lepaskan kau, tapi selepas kau ucapkan lafaz cerai kau pada naura." ugutnya.

"aku takkan ceraikan dia lah, bodoh!!"

Faris ketawa, dia melabuh punggung di atas sebuah tong yang di terbalikkan.

"you will. Sconfiggilo!" (pukul dia!)

Arah faris tegas, salah seorang daripada mereka merampas kayu di tangan aryan, lalu terus memekul badannya berkali-kali sehingga berdarah.

Aryan di tendang sehingga terjatuh ke lantai. Kayu di campak ke tepi, mereka memukul serentak ke arah aryan sehingga tidak sempat untuk dia bangun dan melawan kembali.

Faris tersenyum menang.

"ingatkan pandai sangat. Kau pun sama bodoh!" sinisnya.

Aryan terbaring dalam kepenatan dan menahan perit di seluruh tubuhnya. Dia mengelap darah di bibirnya.

"kau jangan berani sentuh naura. Kalau kau sentuh dia.. "

"kau nak bunuh aku? Heh, aku langsung tak takut dengan kau lagi. Aku akan pastikan kau ceraikan dia, atau aku akan buat kauorang berdua terpisah."

"kau takkan boleh pisahkan aku dengan dia."

"siapa kata? Aku boleh pisahkan dia dengan kau just guna benda ni je."

Faris mengeluarkan pistol daripada belakang seluarnya, mata aryan terbuka luas. Dia menggeleng kepala.

"aku akan bunuh dia kalau kau tak ceraikan dia. Eh? Tak best. Aku akan bunuh kau, kalau kau tak ceraikan dia. Baru aku boleh kawin dengan dia. Tak guna jugak kalau aku bunuh dia kan? Haha."

"kau dah gila, faris."

"aku tak gila. Kau yang gila. Kalau di ikutkan, aku yang akan kawin dengan dia. Tapi disebabkan muncul setan macam kau, semua plan aku hancur! So? Kau terimalah balik balasan dia, ya."

"Kau memang.. Argh!!"

Kepala aryan di tetak kuat dengan kayu, dia terus terbaring di lantai. Pengsan. Darah di dahinya mengalir keluar.

"good job, guys. And now, cuma tunggu naura. Hahaha."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro