81
Matahari mula terpacak di atas langit, aryan melangkah keluar daripada bilik. Dia menggeliat seketika.
Dia menoleh ke arah melur yang cuba mencapai bingkai gambar yang dj gantung tinggi di dinding.
"sayang?"
Aryan melangkah ke arah melur, terus melur memusing memandang aryan dengan tersengih nampak gigi.
"aw..awal awak bangun."
"awal? Mana ada. Sayang nak tengok gambar apa?"
"tak. Sajalah nak betulkan gambar ni, senget semacam aje. Err, takpalah.. Saya nak turun bawah kejab ya." pinta melur.
Dia pun mengangkat kaki pergi daripada situ. Aryan mengerut kening. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan melur.
Dia menoleh ke arah dinding yang di penuhi dengan gambar-gambar mereka. Tapi, rasanya seperti makin bertambah pula? Semalam tak banyak pun gambar di dinding ini.
"Eh? Surat nikah! Tak sangka pula diaorang letak dalam frame."
Aryan mencapai bingkai surat nikah yang berada di belah kanan. Dia tersenyum, akhirnya dapat juga dia lihat surat nikah.
Namun, senyuman itu tidak lama.
"pengantin perempuan, naura qaisara?"
Aryan sudah mula bingung. Dia terus memandang setiap gambar perkahwinannya yang di tampal. Tiada langsung gambar melur, melainkan gambar naura yang di anggap pekerjanya.
"naura?"
Kepalanya mula memainkan emosi, semakin lama semakin kuat denyutan apabila aryan cuba untuk mengingati segalanya.
“aku series naura, aku takkan boleh bahagia Tanpa kau.”
“Im your husband right now, naura. I will always with you.”
Segala ayat yang pernah dia lafazkan pada naura kembali bermain di mindanya. Suara itu seakan-akan kuat di sekelilingnya.
"argh!! Someone help me!"
Aryan mencengkam rambutnya, dia semakin tak terkawal. Habis peralatan di situ di langgarnya.
"abang yan.."
Carina baru sahaja ingin menolong aryan, namun louis sudah menarik carina untuk ke belakang. Mereka semua menyaksikan itu, tapi saja membiarkan aryan dalam kesakitan.
Supaya, dia ingat segala memori itu kembali.
"Sakitlah!! Arghh!!"
Aryan mengetuk kepalanya berkali-kali. Wajah naura pula yang muncul dalam mindanya.
"engkau siapa perempuan?!!"
“saya isteri awak, yan. Walau apa pun terjadi saya takkan tinggalkan awak. Awak kan mr. Pericolo?”
"Naura Qaisara!!"
Nama itu jelas di sebut aryan, keadaan kembali sepi. Tiada lagi gangguan suara yang membisik di telinga aryan.
Air matanya sekilas jatuh menitis apabila dia kenal nama itu. Ya, nama yang menjadikan dia rasa bahagia selama ini.
"na.. Naura.. "
Aryan terduduk di lantai, denyutan di kepalanya semakin reda. Nurin menutup mulut, rasa bersyukur apabila aryan sudah ingat siapa sebenarnya isterinya.
"ulang balik nama tu. Sampai tak lupa dalam kepaka otak kau!" ujar cemito.
Aryan memandang keluarganya, dia tidak nampak kelibat naura.
"Sorry bro, aku terpaksa buat kau sakit supaya kau ingat siapa isteri kau. Engkau tahu tak hati naura dah terluka gila dengan
Perangai kau? Kau buat dia macam takda hati tau."
"ak.. Aku buat apa dekat dia?"
"macam-macam kau seksa dia, sampai hati dia terluka teruk! Yang lagi buat dia sakit apabila kau layan orang yang tikam belakang kau. Kau bagi dia sentuh sesuka hati depan naura! Itu orang panggil kejam, kau tahu tak?"
Aryan menggeleng, dia memandang gambar naura yang berada di lantai. Tangannya menyentuh wajah naura di dalam gambar itu, dia menangis.
"ak.. Aku tak sedar aku buat macam tu dekat dia."
"memang kau tak sedar, sebab waktu tu kau buta! And malas nak berusaha untuk ingat balik siapa naura. Disebabkan ego kau tu, kau dah buat naura pergi daripada sini!"
"di.. Dia pergi mana?"
"heh, Pandai-pandailah kau cari dia. Siapa suruh kau sombong sangat waktu tu? And, kalau kau nak minta penjelasan, kau pergi minta dekat minah melur tu."degusnya.
Aryan mengetap bibir, dia terus bangun berlari menuju ke anak tangga. Mana pula si melur ni pergi?
Melur menggaru tudungnya, nak lari macam mana kalau pintu pagar di tutup rapat?
Melur semakin gelisah, ke hulur ke hilir dia berjalan memikirkan cara untuk keluar daripada rumah ini.
"Melur!!"
Tersentak melur apabila namanya di panggil dengan nada tegas. Hatinya sudah berdebar.
"aw.. Awak saya boleh jelaskan.. "
PAP!
satu tamparan kuat hinggap ke wajahnya. Pedih. Dia memandang aryan yang mula panas hati.
"Apasal kau buat aku macam ni?! Huh? Perempuan murah macam kau memang takda hati perut! Sial!" bentak aryan.
Melur mendiam.
"apasal kau libatkan aku dalam masalah kau? Engkau tahu tak apa aku dau buat dekat naura? Mana aku nak cari dia Sekarang? Jawablah!!"
"sa.. Saya terpaksa."
"terpaksa sebab apa? Sebab anak haram kau tu? Baby ni wujud sebab kebodohan kau sendiri! Kalau kau tak bengap sangat percayakan faris, kau takkan jadi macam ni. Tapi entah setan mana masuk sampai kau buat benda terkutuk macam ni! Kau kejam melur.. Kau kejam!!"
Bentak aryan. Tangganya di naikkan sekali lagi untuk menampar wajah melur, namun cemito sudah menghalang.
Aryan menepis tangan cemito. Kalau boleh dia mahu saja memukul melur sehingga puas, tapi apakan daya.
Dia seorang wanita yang tidak boleh melayan dengan cara kasar biarpun hati kering bagaimana sekalipun.
"kalau jadi apa-apa dekat naura, aku bunuh kau!" ugut aryan.
"yan, sabar."
"ini sebab aku tak bagi naura jumpa kau lagi. Kau bukan kawan, tapi kau setan! Untuk pengetahuan kau, aku batalkan surat saman kau sebab naura. Tapi bila kau buat macam ni.. Aku takkan bagi muka lagi."
Melur menggeleng, kali ini dia terasa bersalah. Dia tidak mampu untuk menerima saman daripada keluarga aryan.
Melur terus melutut, dia bersujud di kaki aryan.
"tolong tarik balik saman tu, saya tak mampu yan. Maafkan saya.. Saya mengaku salah saya. Please, maafkan saya.." rayu melur.
"maaf kau dah lama basi lah!"
Aryan menendang melur sehingga terjatuh ke belakang. Cemito tak mampu untuk melakukan apa lagi.
"berambus kau daripada rumah aku, berambus!!"
Halau Aryan, pintu pagar automatik terbuka. Aryan mengheret melur keluar dari kawasan rumahnya, terus melur di tolak hingga jatuh ke tanah.
"maafkan saya awak! Tolonglah!"
Rayu melur lagi, aryan memekakkan telinganya. Mereka semua melangkah masuk ke dalam rumah, hanya cemito sahaja masih di halaman.
"apa yang kau buat, kau dapat balik."
Itu sahaja yang mampu cemito katakan. Ayat yang pendek, tapi mempunyai maksud yang mendalam.
THANK YOU FOR 9K VOTE!!
WAIT FOR NEXT CHAPTER.
AGAKNYA, NAURA PERGI MANA? SIAPA BOLEH TEKA?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro