Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

80

                                   Carina dan cemito menjenguk sedikit kepala, melihat aryan yang sedang meneguk air di dapur.

"bak kata orang, kalau nak ingatkan orang yang dah hilang ingatan kena bagi dia hentak kepala." ujar carina.

Cemito mengerut kening.

"habis takkan carina nak hentak kepala abang yan? Tak ke gila itu namanya? Elok dia cuma hilang ingatan, karang mereng terus otak dia."

"dah itu aje jalannya. Carina tak sanggup tengok kak naura sakit hati dengan perangai si bunga melur tu dengan abang yan yang dalam sinetron hilang ingatan tu."

"abang tahulah, tapi takkan nak hentak kepala dia."

"hentak biasa-biasa sudahlah."

"guna apa?"

"kita guna ni!"

Carina menunjukkan senduh yang di genggamnya. Cemito menahan tawa, takkan senduk boleh buat orang ingat semuanya.

"takkan nak hentak guna benda alah ni?"

"tak salah pun kan? Janji berhasil. Takpa, biar carina try dulu. Kalau menjadi, bagi carina 20 ringgit ek."

"eh, macam tu pulak budak ni!"

Carina melangkah perlahan-lahan menuju ke arah aryan. Cemito pula elok menyorok di sebalik dinding.

Tiba sahaja di belakang aryan, carina menarik nafas dalam-dalam lalu di hembus keluar.

"wahai senduk ku sayang, kau ingatkan lah memori abang ku semula."

TUK!

Satu ketukan kuat pada kepala aryan, terus aryan memusing ke belakang. Mengerang sakit. Tangannya menyentuh kepala yang di ketuk tadi.

"aduh! Sakitlah carina! Kau ni kenapa?"

"abang ingat apa-apa tak?"

"ingat apa pulak ni?! Sakitlah! Nak main perang-perang pulak Malam-malam buta macam ni." marah aryan.

Carina tersengih. Tak menjadi pula rancangannya. Aryan menjeling dan terus melangkah pergi daripada situ.

Hilang saja kelibat aryan, cemito ketawa kuat. Carina mencebik mulut.

"abang dah kata takkan menjadi!"

"eh, sekurang-kurangnya carina cuba, bukan macam abang! Heh!"




               
                              Aryan menggosok kepalanya yang sakit, langkahnya terhenti melihat di sudut dinding yang penuh dengan gambar-gambar kenangannya bersama keluarga.

Aryan pun menuju ke situ, dia mencapai gambar dia bersama keluarga di itali. Dia tersenyum.

"tengok gambar apa tu?" tegur melur.

Aryan mengalih perhatian pada melur. Dia menunjukkan gambar itu.

"gambar family abang. Waktu ni abang kerja dekat kilang, hidup susah aje. Tapi sekarang tak sangka dah jadi CEO." ujar aryan.

Dia meletakkan menggantung kembali gambar itu di dinding. Kepala di dongak sedikit, melihat gambar di atas.

Wajah aryan bertukar pelik, melihat gambar wanita berbaju pengantin putih duduk di atas pelamin.

"gambar siapa ni?" soal aryan.

Tangannya mencapai gambar yang berada di atas, namun melur sudah menarik tangannya kembali. Badan aryan di pusing menghadapnya.

"awak mengantuk tak? Apa kata awak rehat dulu. Tak elok kalau berjaga sampai lewat malam."

"tapi abang nak tengok gambar-gambar tu. Manalah tahu, abang boleh ingat sayang balik." adunya.

"ish, abang dah ingat yang ini pun melur dah bersyukur. Sudahlah, baik awak pergi tidur."

"sebelum tu, boleh tak abang nak tanya. Perempuan dalam gambar tu siapa?"

Soal aryan sambil jari terlunjuknya menunding ke arah gambar wanita duduk si atas pelamin.

Melur menggaru kening, dia memikirkan ayat untuk menjawab soalan aryan tadi.  Susah betul soalannya sehingga berpeluh melur di buatnya.

"err.. Gambar tu.. "

Melur masih lagi memikir.

"gambar tu?"

"err.. Gam.. Gambar.. Err.. AHA! gambar saudara abang. Abang tak ingat ke? Abang kan ada saudara perempuan yang kawin haritu? Inilah dia."bohong melur.

Aryan mengangguk sahaja. Tak sangka pula dia ada saudara perempuan sebelum ini, tidak silap saudara perempuan hanya ada di belah pihak louis, iaitu orang itali.

Tapi, gambar ini tidak terlihat sedikit pun macam orang itali atau luar negara. Nampak melayu aje.

"Cantik perempuan tu." puji aryan, dia tersenyum melihat gambar itu.

"can.. Cantik? Bolehlah."

"gambar sayang mana ek? Boleh abang tengok?" tanya aryan.

Sudah! Soalan maut apakah ini? Makin serabut melur melayan karenah aryan yang tak habis-habis ingin mengingat segala memorinya dahulu.

"awak, saya penatlah. Apa kata kita rehat dulu?"

"kejab je. Abang cuma nak tengok gambar sayang."

"ish, awak ni. Sajalah tu, awak mesti ingat saya ni bohong awak kan? Sebab tu awak nak tengok semua gambar kita!" degus melur.

Dia memeluk tubuh dan memuncungkan bibirnya. Merajuklah kononnya.

"sayang, abang tak cakap pun macam tu. Abang cuma nak tengok gambar sayang dengan abang. Takkan sayang nak terasa?"

"memang pun! Awak buat saya ni macam orang asing tau. Malaslah, nak layan awak!"

Melur menjeling, bahu aryan di langgarnya sahaja. Dia melangkah masuk ke dalam bilik.

Aryan menggeleng kepalanya, benda kecil pun nak merajuk sampai begitu sekali.

Dia tertoleh ke arah gambar surat khabar lama.“KILANG TERBAKAR AKIBAT PERBUATAN KHIANAT" tajuk muka hadapan yang membuatkan aryan tertarik untuk melihatnya.

"ini kilang masa aku kerja dulu-dulu.."

Aryan menyentuh bingkai gambar itu. Tiba-tiba, bermain di fikirannya seorang wanita yang mengejutnya untuk bangun daripada terus baring di lantai.

"argh!"

Aryan menyentug kepalanya, rasa sakit apabila memori itu datang secara tiba-tiba. Denyutan kepala terasa kuat.

"saya takkan tinggalkan awak. Kita kena keluar daripada sini yan!"

Suara wanita itu Seolah-olah bergelombang di telinganya. Aryan mula terasa ngilu di bahagia telinga. Dia terus menekup kedua belah telingannya, cuba untuk memekakkannya.

"Arghh!! Mummy!! Daddy!!" jerit aryan kuat.

"yan?!"

Cemito terus berlari ke arahnya, aryan yang sudah melutut di lantai terus di peluknya. Cuba untuk menenangkan situasinya.

"kau kenapa ni?! Apasal menjerit? Kau sakit ke? Nak ubat?"

"su.. Surat tu.. "

Jari aryan menunding kepada gambar surat khabar lama. Nurin, louis dan carina pula baru sahaja muncul di situ.

"kenapa dengan surat tu?" soal cemito.

"surat tu berhantu. Ak.. Aku dengar suara perempuan tadi. Boleh tak engkau buang surat khabar tu?"

"buat apa nak buang? Itu just surat khabar lama lah, yan. Kau stress ni. Entah suara minah mana kau dengar pun aku tak tahu."

"tapi.. "

"sudah. Kau kena rehat. Sedar sikit yang engkau ni baru aje sembuh. Jom, kita rehat dekat bilik aku." ajak cemito.

Aryan mengangguk perlahan. Aryan berdiri semula, cemito dan aryan pun berjalan menuju ke bilik hujung.

Sempat pula dia mengenyit mata pada keluarga aryan,tanda rancangan berjaya. Carina tersenyum.

"lepas ni kita kena letak gambar surat nikah pula. Ada banyak lagi bingkai gambar carina beli dekat kedai 2 ringgit."

Carina terus berlari anak masuk ke dalam bilik, nurin dan louis saling berpandangan.

"kita biar aje lah mereka uruskan aryan. Insyaallah, tak lama dah tu." ujar louis.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro