8
Hari berganti malam, naura duduk di atas katil. Termenung memikirkan ayat amaran daripada aryan. Seramlah pulak bila teringat balik.
"baik, mak cik. Nanti saya bagitau naura. Waalaikumsalam."
Panggilan di matikan, angah melangkah menuju ke arah naura.
"siapa call?"
"siapa lagi kalau bukan mak mertua kau."
"kenapa engku dian call? Ada masalah ke?" soal naura.
Angah menggeleng, dia melabuh duduk Disebelah naura. Talefon di letakkan ke tepi.
"dia call sebab nak tentukan hari pernikahan korang."
"bila?"
"hari ahad."
"What?!!"
Spontan naura terbangun mendengar jawapan itu. Hari ni sudahlah hari khamis, aku ada berapa hari je lagi nak kawin. OMG!
"kenapa bincang tak bagitau naura? Kak ngah ni memandai je kan?!"
"apa salahnya kalau dicepatkan? Faris kena bertolak awal pergi luar negara. Alang-alang kawin je lah terus."
"tapi kak.."
"Akak tak nak dengar apa-apa alasan. Engku dian dah sediakan semuanya untuk kamu dengan faris. Takkan nak hampakan hati dia?"
"naura tak hampakan hati dia, kak ngah yang tentukan semua tu lepastu salah naura!"
"tapi kamu dah setuju kan nak kawin dengan faris?"
"memang naura setuju, tapi tak bermaksud nak cepat macam ni. Naura setuju pun sebab kak ngah! Kalau tak, jangan haraplah."degus naura.
Dia memeluk tubuh dan memalingkan ke arah lain. Angah bangun, mencekak pinggangnya.
"habis? Naura nak kata akak yang salahlah dalam hal ni? Huh?"
"memang pun! Dah lah tentukan sesuka hati, paksa orang kawin pulak tu. Hei, kenapa kak ngah tak mati sekali je masa kemalangan tu?!"bentak naura.
Angah tersentap. Ya Allah, apa aku merepek ni? Naura terdiam sejenak, terlepas cakaplah pulak. Itulah jadi kalau emosi tak kawal.
"kak, naura minta maaf.. Naura bukan nak melawan tapi.."
"takpa, kak ngah faham. Keluarga ni memang tak guna kan bagi naura?"
"tak! Bukan macam itulah kak. Naura cuma nak cakap yang.."
"stop. Tak kesahlah kalau naura nak benci keluarga ni ke? Nak benci kak ngah sekalipun. Perkahwinan ni tak boleh dibatalkan. Faham?! Engku dian dah berharap sangat kau jadi menantu dia. If, kau batalkan. Aku takkan anggap kau adik aku. Perkahwinan kau dengan faris, nek pah dah tahu. Dia ada sakit jantung, dan aku tak nak dia mati sebab kau dengan alasan bodoh tu.."
Naura tergamam. Angah menjeling geram, dia mengambil talefon di atas katil dan terus melangkah keluar.
"kak!" panggil naura.
Namun di abaikan saja. Naura mengeluh kecil.
Hari berganti pagi, tangan memicit kepala yang berdenyut kuat. Mana tak pening kalau asyik fikirkan pasal kawin.
"naura, kau kenapa? Muka macam tak cukup tido je?" tegur melur.
"aku kena kawin, hari ahad."
Melur ternganga, dia menutup mulutnya. Kerusi terus di tarik lalu dia melabuh si situ. Tak sabar nak dengar gosip hangat ni!
"cepat gila? Habis kau setuju pasal nikah tu?"
"terpaksa."
"Ya Allah, kesiannya kau. Aku doakan semoga kau bahahia je lah dengan si faris tu. Jangan dah kawin lepastu bercerai pula."
"Mulut kau ni elok aku sumbat cili tau! Kurang ajarlah!"
"alaa,gurau sikit pun nak sentap. Kau nak air tak? Aku buatkan khas untuk pengantin baru nak up macam kau."
"hmm.. Buatlah. Jangan pahit sangat."
"okay, dear. Wait ek."
Melur pun bangun menuju ke dapur khas untuk membancuh air. Langkahnya terhenti apabila melihat aryan sedang mengacau kopi.
"eh? Bos. Terkejut saya."
"kenapa? Kau tak pernah tengok aku masuk dapur ni ke?"
"bukan macam tu, selalunya bos terperap dalam pejabat tu. Tak sangka bos suka kopi, sama macam naura. Katanya hilang ngantuk." tegur melur.
Aryan tersenyum.
"naura suka kopi?".
"suka! Sebab dia tak suka benda yang manis sangat. Itu yang nak tolong bancuhkan kopi dekat dia. Kesian dia, kena paksa kawin awal." ujar melur.
Tangannya mencapai cawan yang berada tidak jauh darinya, air dipanaskan sebentar.
"bila dia nak kawin?"
"hari ahad. Si naura tu sebenarnya tak nak kawin dengan faris. Tapi sebab wasiat arwah kakak dia. Itu yang terpaksa tu."
Aryan mengangguk faham.
"kalau macam tu, ambillah kopi ni. Bagi dekat dia. Jangan cakap aku bagi."
"eh? Itukan air bos. Takpa, saya bancuh sekejab je."
"its okay, kau ambil je bagi dia. Aku boleh bancuh yang lain." ujar aryan.
Melur hanya terima sahaja, dia mengambil cawan kopi itu.
"terima kasih, bos." ucap melur sebelum melangkah pergi. Aryan hanya tersenyum bermakna. Misteri!
Melur meletakkan cawan itu di atas meja naura.
"minumlah. Kopi khas untuk kau." pelawa melur, naura pun mencapainya lalu menghirup perlahan-lahan. Panas.
"errmm.. Sedapnya. Tak pernah kau bancuh sesedap ni. Selalunya pahit nak mampus!"
"apa-apa je lah, cik naura. Aku nak pergi tingkat atas. Kau minum sampai habis ek. Tenangkan diri kau yang kusut tu." ujar melur.
Naura mengangguk, melur pun mengangkat kaki beredar daripada situ. Naura hanya menikmati saja kopi itu, tersenyum aryan melihat naura yang sedang meminum air itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro