Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

72

                             Cemito berlari masuk ke dalam bilik pesakit. Dia berhenti di hadapan katil, aryan. Nurin tidak henti-henti menangis melihat aryan yang masih belum sedarkan diri.

"ini mesti kerja si setan tu kan?! Apa yang diaorang tak puas hati sampai buat aryan macam ni?" soal cemito, tegas.

Naura mendiam dan menunduk. Semua ini kerana harta, kalaulah wasiat itu tidak wujud. Pasti, semua ini takkan terjadi.

"naura, saya tak rasa benda ni awak patut berdiam diri. Awak sebagai isteri aryan patut ambil tindakan!"

"saya nak buat apa, cemito? Awak ingat saya ni apa? Raja? Yang boleh sesuka hati hukum orang? Pleaselah, saya tengah serabut sekarang ni."

"serabut? Serabut untuk selamatkan suami sendiri?"

"awak ni kenapa nak marah saya? Saya tahu aryan ni saudara baik awak, tapi masalahnya ini bukan salah saya!" degusnya.

Aryan dengan cemito ini sama aje perangai pericolonya. Ingatkan aryan seorang je jenis baran tak bertempat. Mungkin, keturunan dia memang macam ni. Harap-harap tak kena dekat anak aku nanti.

"sudahlah. Tak elok gaduh-gaduh dekat sini. Cemito, insya-Allah aryan tak jadi apa-apa. Jangan salahkan naura, dia dah cuba halang tapi tak menjadi nak buat macam mana?" nurin mencelah.

"ada betulnya kata mummy tu. Kalau korang bertekak dekat sini tak guna juga. Kalau orang tu dah berniat buruk, sampai bila-bila dia akan fikir benda buruk." sokong louis.

Cemito mendiam.
Ini pertama kali, aku tengok cemito marah depan mata. Garang jugak saudara aku ni.

Kelopak mata buka perlahan-lahan. Serentak mereka semua beralih pada aryan, nurin bangun memandant wajah anaknya.

Tangan aryan menyentuh kepalanya yang terasa sakit. Nurin tersenyum gembira, akhirnya aryan sudah sedar.

"Alhamdulillah! Syukur, ya Allah!"

Nurin terus memeluk aryan, aryan tersenyum. Dia membalas pelukan nurin.

"im okay, mummy. Kenapa macam risau sangat ni? Luka sikit je."

Nurin melepaskan pelukan, rambut aryan di belainya.

"sikit apanya, yan? Dah macam-macam kamu kena tahu tak? Mana mummy tak risau? Dah lah kemalangan, Lepastu jatuh tangga pulak!"

Aryan tersengih. Naura melangkah ke arah aryan, tangan aryan di sentuhnya.

"saya dah kata jangan keluar bilik. Apasal awak degil sangat? Sekarang awak dah buat ramai orang risaukan awak, tahu?" tegut naura.

Aryan mengerut kening. Tangan naura di tolak perlahan. Sesuatu yang tidak kena. Aryan menoleh memandang cemito.

"isteri kau ke?" soal aryan.

Semua terkedu. Apa sudah jadi? Naura menarik aryan memandangnya.

"awak, benda ni tak kelakar. Ini bukan drama tau, bila dah jatuh terus hilang ingatan."

"aku tahu ini bukan drama, tapi masalahnya sekarang kau ni siapa? Takkan carina kot? Lain betul muka."

"yan. Betul ke kamu ni? Kamu jangan main-main boleh tak? Ish, makin risau pula daddy dibuatnya." tegur louis.

Aryan mengerut kening. Kenapa semua orang rasa dia tidak kena? Padahal, normal. Semua orang dia kenal, kecuali wanita di sebelah kanannya.

"main-main apa pulak? Aryan tak tau pula, yan ada orang gaji pribadi."

"yan, dia isteri kau."

"isteri aku?"

Aryan terdiam sejenak. Tiba-tiba dia ketawa, lucu kah? Naura sudah gelisah. Kenapa aku seorang je dia tak ingat ni?

"serieslah kau isteri aku? Macam mana aku boleh suka kau ek? Kalau betul kau isteri aku, mana anak aku?"

"kita takda anak lagi, yan. Awak, saya memang isteri awak. Tolong jangan buat buat saya macam ni."

"nampak sangat kau  ni membohong. Mummy, aryan rasa perempuan ni kaki kikis duitlah. Itu yang tiba-tiba mengaku dia isteri yan. Bawa perempuan ni keluar! Menyampah!"

"yan, takkan satu memori pun awak tak ingat? Saya naura, awak! Naura Qaisarah!"

Tubuh aryan di goncangnya, aryan seperti pernah dengar nama itu. Dia menjongketkan kening sebelahnya.

"naura qaisarah? Ouh, aku dah ingat."

Naura menghebus nafas lega. Nasib baik dia ingat nama aku.

"staff aku kan? Aku lupa pulak yang kau ni assistant aku. Maybe sebab kepala aku pening sangat kot? Takpalah, kau balik aje dulu. Nanti apa-apa hal, aku call kau ya." ujar aryan.

Naura tergamam. Menitis air matanya apabila aryan cuma ingat dia adalah pekerja.

Kenapa?

Kenapa dia lupa aku?

"apasal kau nangis? Kau jangan risaulah, aku tak potong gaji kau. Ini bukan salah kau pun. Jangan takut."

Naura tersenyum kelat, dia mengangguk perlahan. Air mata di kesat naura.

"ba.. Baik bos."

"naura. Kenapa  awak.."

"dia tak ingat saya. Tak guna kalau saya ingatkan dia. Izinkan saya keluar kejab." pinta naura.

Dia terus berlari anak keluar daripada bilik aryan. Aryan melambai tangan kepada naura.

"cantik betul asisstand aryan tu, mummy. Boleh pula yan lupa staff. Yan nak pergi tandas kejab, ya."

Aryan melompat turun daripada katil, dia melangkah menuju ke arah tandas yang tidak jauh darinya.

Nurin dan cemito saling berpandangan. Apa yang harus mereka lakukan sekarang? Mungkin beritahu doktor?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro