Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

65

                              Hari berganti malam, naura melangkah masuk ke dalam kawasan masjid. Nek pah yang duduk di tangga di pandanganya.

"assalamualaikum, nek pah." salamnya.

Nek pah terus bangun apabila melihat naura di depan matanya. Dia terus melangkah berdiri di hadapan cucunya, naura.

"waalaikumsalam. Dah lama kita tak jumpa naura. Nek pah rindu sangat dengan kamu."

Nek pah memeluk naura, naura tidak membalas apa. Hanya mendiamkan diri.

"kenapa nek pah duduk sini? Kenapa tak duduk rumah?" soal naura.

Nek pah melepaskan pelukannya, mendongak memandang naura.

"angah dah halau nek pah keluar daripada rumah selepas kamu pergi tinggalkan kitaorang."

"naura pergi pun sebab nek pah dengan kak ngah."

"nek pah tak pernah halau kamu, naura. Dan nek pah tak nak jumpa kamu bukan sebab melur, bukan sebab angah! Tapi, sebab nek pah nak kamu hidup bahagia dengan suami kamu, aryan." ujar nek pah.

"apa kena mengena bahagia naura dengan suami naura? Nek pah nak kata aryan tu benci nek pah, huh?"

"ye. Memang suami kamu tak suka nek pah sebab dia ingat nek pah sama dengan angah, naura. Ada sebab kenapa suami kamu benci sangat pada keluarga kita kecuali kamu."

Naura mengerut kening. Kali ini dia tidak faham.

"maksud nek pah?" soal naura.

Nek pah menarik tangan naura untuk duduk di tangga. Dia ingin menceritakan satu rahsia yang telah lama di pendamnya.

"sebenarnya, nek pah dah lama sangat nak bagitau kamu,tapi masa tak mengizinkan kita berjumpa waktu itu. Nek pah tak tahu nak mula daripada mana.."

"macam series sangat je?"

"memang benda series pun, naura. Kamu tahu kan tentang kilang yang terbakar tu?"

Naura mengangguk. Sudah tentu dia tahu, sebab itu adalah tempat kerjanya dahulu.

"Kak long yang buat kebakaran dekat kilang tu, dia yang rancang semua ni. Waktu tu, dia memang bercadang nak bunuh kamu supaya wasiat tu terlepas ke tangan dia. Tapi tak berjaya."

"nek pah.. Arwah kak long tak jahat."

"tiada yang mati masa kemalangan tu kecuali mama dan papa naura je."degus nek pah.

Naura semakin pelik. Apa nek pah merepek ni? Habis waktu hari pengebumian tu siapa? Takkan patung pulak?

"nek pah, tolong jangan buat naura pening boleh tak? Arwah kak long dah mati."

"dia belum mati. Dia hidup lagi cuma dia menyorok dengan faris."

"habis mayat yang naura cium masa hari pengebumian tu siapa? Hantu?"

"nek pah tak tahu macam mana nak cerita dengan kamu, tapi yang nek pah pasti dia masih hidup. Nek pah dah tahu apa punca kenapa kamu kena kawin dengan faris. Wasiat tu sebenarnya tak wujud pun dalam keluarga kita! Yang wujudnya cuma, sesiapa yang kawin dengan kamu akan diserahkan semua harta pusaka pada suami kamu. Sebab tu diaorang tergesa-gesa suruh kamu kawin dengan faris."

"tapi kalau naura kawin dengan faris pun, harta tu dapat dekat faris. Bukan dekat diaorang!"

"lepas faris kawin dengan kamu, dan dapatkan harta tu.. Dia akan aotomatik ceraikan kamu dan kawin dengan along semula."

Naura tergamam. Patutlah, bukan main lagi suruh kawin sampai sanggup cari merata tempat. Ini dah melampau!

           
                                    ANGAH,melangkah menuju ke arah ruang tamu dengan membawa dua cawan air lalu diletakkan di atas meja.

Tersenyum along melihat semua gambar-gambar itu, tak lama lagi misi mereka akan berjaya.

"tak sangka bodoh jugak kawan naura tu kan? Lagi banyak kau guna perempuan tu, lagi cepat kita buat naura dengan suami dia berpisah."ujar along.

Dia meletakkan gambar itu di atas meja, dan mencapai cawan berisi air teh lalu di hirupnya.

"tapi aku tak rasa benda ni menjadi, faris sekarang tengah menyorok daripada polis. Tak boleh sesuka hati keluar."

"arh, pedulikan semua polis tu. Diaorang takkan dapat cari faris sebab tempat yang aku bagi tu payah nak jumpa." ujarnya.

Apa kau ingat dekat jalan raya takda cctv nak intai faris pergi mana? Dunia sudah canggih lah.

"Tapi aku peliklah, long. Aku dah gunakan melur, kan? Kenapa kau suruh faris tu goda melur pulak? Banyak betullah plan kau. Buatnya terkantoi nanti, macam mana?"

"rilex. Aku tahulah apa yang aku buat."

"engkau tak jeles ke boyfriend kau sentuh perempuan sana sini? Kalau aku dah mengamuk tau!"

"demi kebahagiaan. Kita perlu satu pengorbanan, angah."

"heh, pengorbanan lah sangat. silap hari bulan si bunga tu mengandung Pandai-pandailah kau jadikan dia madu!" sindir angah.

Dia terus mengambil cawan teh itu dan bangun melangkah masuk ke dalam bilik. Along menjeling geram, terasa pula apa yang angah kata tadi.

                          

TOK! TOK!  TOK!
Melur membuka kelopak matanya perlahan-lahan, bunyi ketukan pintu yang kuat membuatkan dia terjaga daripada lena.

Pantas dia bangun, hatinya mula gelisah. Faris yang berada di sebelahnya di kejutkan.

"faris, bangun faris!"

"errm.. Kejab lagilah sayang."

"bangunlah, awak! Pergi menyorok dalam bilik air sana!"

Badan faris di tamparnya, namun dia tetap tidak mahu membuka mata. Melur mencapai baju di atas lantai, lalu memakainya. Dia melompat turun daripada katil, tangan faris di tarik dan bi bawa menuju ke arah bilik air.

"apa ni,sayang..."

"duduk aje lah! Buatnya jabatan agama islam yang datang macam mana? Heh!"

Melur menutup pinti bilik air, rapat. Dia membetulkan bajunya sedikit dan melangkah ke arah pintu.

"kejab!"

Tombol pintu di pulas lalu di tarik, dia tergamam melihat naura berada di hadapan biliknya. Macam mana dia tahu lokasi mereka?

"macam mana kau.."

PAP!

terus tamparan hinggap ke wajah melur, melur mengetap bibir. Dia memandang naura yang langsung tidak  rasa bersalah menamparnya.

"kau apahal huh?!"

Pap!

Lagi sekali di tampar.

"lagi sekali kau.."

Naura sekali lagi ingin menampar wajah melur namun kali ini sempat melur menepisnya.

"kau apahal huh? Saja nak cari gaduh dengan aku, tak malu ke?! Dah lah suami perogol, isteri bohsia pulak tu."

"kau jaga sikit mulut kau melur."

"apa? Tak puas lagi ke kau tengok suami kau koyak baju aku dalam pejabat dia pagi tadi? Atau.. Kau nak dia buat lebih daripada tu?"

"kau ni memang dasar perempuan tak guna, kan!"

Dada melur di tolak sehingga bergenjak ke belakang, naura melangkah masuk ke dalam bilik hotel itu.

"Keluarlah! Aku tak benarkan kau masuk bilik aku pun kan? Mak bapak kau tak ajar cara hormat ke?"

Melur kembali menolak naura untuk keluar daripada biliknya, namun naura enggan!

Dia terasa sesuatu yang tidak kena, ada baju lelaki dekat atas lantai. Naura memandang melur.

"kau buat apa ni melur?!"

Datang lah api membakar wattpad ini 🔥🔥🔥🔥
Sis rasa tak lama lagi ramai pulak yang jadi tua sebab selalu naik angin dengan melur 😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro