Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

64

                           Naura terus berlari masuk ke dalam bilik pesakit, terlihat aryan terbaring di atas katil. Kepalanya di balut dengan kain, begitu juga tangan kanannya yang patah.

Cemito juga turut ada di situ, bersama yang lain.

"macam mana boleh jadi macam ni?" soal naura.

"i don't know but, rose kata aryan tergesa-gesa cari awak naura. Dan, dia marah dekat melur. Tapi saya tak tahu pula sebab apa,awak tahu ke tentang kenapa aryan marah sangat dekat melur?" soal cemito.

Naura memandang keluarga aryan yang masih di dalam bilik, takkan nak cerita depan keluarga? Nanti lagi teruk melur kena saman macam mana?

"maybe, akak naura nak bincang something dengan abang cemito. Jom, daddy mummy kita keluar." ajak carina, memahami.

Dia menarik tangan nurin dan louis melangkah keluar daripada bilik itu. Setelah kelibat mereka menghilang, naura memulakan ceritanya.

"saya pun tak pasti mana satu betul sebenarnya. Tadi, saya pergi pejabat aryan. Saya nampak melur dekat lantai dengan baju dia koyak rabak sana sini.dia kata aryan rogol tapi.. "

"awak percaya?"

"saya tak lah kata saya percaya seratus peratus sebab melur sekarang dah lain sikit."balas naura.

Naura menarik kerusi, dia melabuh di situ seketika.

"sejak si melur tu kena rogol dah macam-macam hantu masuk dalam otak dia. Awak kenal ke siapa faris tu?"

"kenal. Dia bekas tunang saya dulu. Mungkin dia buat semua ni sebab nak balas dendam. Tapi saya pelik, kenapa perlu melur? Diaorang buat melur sampai lupa diri awak tahu?"

"i think someone patut insafkan dia."

"yes. Saya tak boleh biarkan benda ni terus terjadi. Aryan suami saya, kan? Takkan saya nak biar dia dalam kesakitan? Biar saya je pergi jumpa melur face to face" ujarnya.

Naura menoleh memandang aryan, dia tersenyum. Tangan aryan di genggamnya, erat.

"tapi, naura. Saya tak rasa aryan benarkan awak pergi cari melur."

"habis takkan saya nak duduk diam tengok aryan kena macam ni? Suami saya bukan perogol, cemito. Saya tak nak melur salah anggap."




                           Melur menyerahkan gambar bukti-bukti aryan pernah menyentuh naura dahulu. Tidak silap, gambar itu aryan tangkap untuk mengugut naura supaya berkahwin dengannya.

Mana pulak si melur ni dapat ye? Agaknya dia selongkar bilik aryan semasa aryan mengejar naura tadi.

"wau, nice. Bagus kerja kau melur. Pandai kau berlakon, aku rasa kau patut ambil job jadi pelakon." puji,angah.

Melur tersengih nampak gigi, bangga lah kononnya. Bangga dengan dosa yang dia buat.

"apa korang nak buat dengan gambar tu?" soal melur.

"nak buat apa lagi? Kita sebarkan je video ni satu malaysia. Biar orang tahu yang diaorang ni sebenarnya kawin disebabkan anak haram, lepastu kita bagitaulah dekat netizen yang aryan dah rogol kau." ujar angah.

Melur mengangguk faham. Habislah, tak lama lagi nurin dan louis bakal menjadi pericolo juga kalau tahu tentang perkara ini.

"okaylah, aku rasa ada baiknya aku balik dulu. Aku nak jumpa along." ujar angah.

Melur mengerut kening.

"along? Bukan kakak kau dah meninggal ke?" soalnya.

Angah tergamam. Dia memandang faris, terlepas cakap lah pulak.

"err..mak.. Maksud aku, aku nak pergi melawat kubur arwah kak long. Saja, dah lama tak melawat."

"oo..mati-mati aku ingat arwah kak long aku hidup balik."

"takdalah, mana boleh orang mati hidup balik. Aku balik dulu ek, bye."

Angah pun melangkah pergi daripada situ, meninggalkan faris dan melur berdua-duaan di dalam bilik.

Faris melabuh punggung di atas katil bersebelah dengan melur. Pandangan faris membuatkan hati melur berasa berdebar.

Apasal dia pandang macam tu?

"Ka.. Kau kenapa faris?"

"takda apa. Aku tengok kau ni cantiklah. Kalah naura, tahu? I think, aku dah jatuh cinta dengan kau."

Melur tercengang. Jatuh cinta?
Adakah ini satu permainan faris juga? Kalau tersilap langkah, buruk padahnya.

"ak.. Aku tak faham."

"haih, kau ni melur. Macam ni.."

Faris menarik tangan melur, melur tidak menepis. Hanya membiarkan sahaja, tangan bukan mahramnya lagi menyentuhnya.

"aku rasa bahagia sangat dengan kau melur, kau lain daripada yang lain. Sudi tak kalau kau jadi girlfriend aku? Aku tak kesah tentang anak tu. Aku sanggup jaga kau dan anak tu." ujar faris.

Melur tersenyum, malu.

"kau ni faris, merepek lah!"

"aku tak merepek melur, takkan kau tak percaya dekat aku? Aku boleh buat kau rasa bahagia dengan aku. Aku boleh bagi  everything apa yang kau nak." ujarnya.

Melur menelan air liur. Tak kuat untul dia menahan bisikan syaitan yang tidak habis berusaha menjatuhkan imannya.

"ak.. Aku.. "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro