63
"Sayang, tunggu!!"
Belum sempat aryan mengejar naura, naura sudah memandu pergi daripada syarikatnya.
Aryan memicit kepalanya, mengapa semua ini harus terjadi? Kenapa dengan melur?
"sial lah perempuan tu!"
Aryan kembali masuk ke dalam syarikatnya, dia berlari masuk ke dalam lift dan terus menuju ke tingkat atas.
Ting!
Sudah sampai. Pintu terbuka. Aryan terus melangkah mencari melur di biliknya dengan wajah tidak puas hati. Kali ni dia takkan berlembut lagi.
"mana perempuan tu?!" soal aryan, tegas.
Melur hilang, tiada di bilik. Hanya file saja yang bersepah di lantai. Mana pula dia melarikan diri? Dah buat salah lari pula.
"aku tanya mana perempuan tu?!" soal aryan sekali lagi, sedikit bernada tinggi.
Semua pekerja di situ tersentak, rose yang berdiri berhadapan dengan aryan bergetar
memegang file hitamnya.
"pe..perempuan mana bos?"
"Si melur tu lah siapa lagi!"
"me.. Melur? Saya tak nampak pula dia tadi. Mungkin dia dah keluar." balas rose, gentar.
Tahu pula kau takut ye melur?
Tapi kalau dia lari, mesti akan terserempak dengan aryan kan? Mana agaknya dia pergi?
"kalau kau nampak melur, kau bagitahu aku terus faham? Kalau dia tak nak, kau heret dia!"
"bail bos. Ta.. Tapi kenapa ni bos? Apa melur dah buat? "
"lepas ni kau tak payah panggil perempuan tu melur, kau panggil dia celaka! Tak padan dengan diri dah rosak lepastu cemarkan maruah sendiri macam tak da otak! Ingat ye.. Kalau kau jumpa dia bagitau aku!"
Aryan terus melangkah masuk ke dalam biliknya semula untuk mengambil kunci kereta. Rose hanya mampu mengangguk kepala.
"celaka? Ya Allah. Kau buat apa ni melur?"
Naura mengelap air mata yang tidak berhenti mengalir. Laju betul dia memandu kereta, segala lampu merah di langgarnya sesuka hati.
"tak naura. Dia yang paksa aku suruh aku kawin dengan dia. Dia kata dia dah bosan hidup dengan kau.. Di..dia paksa aku. Ak..aku tak nak sebab kau kawan aku, naura. Aku tak nak kecewakan kau. Naura.."
"you shut up!"
Terguris hatinya apabila ayat itu kembali bermain di mindanya.
"kau memang kawan tak guna melur! Bertahun kita kawan, kau tikam aku dari belakang jugak. Aku menyesal kenal kau, aku menyesal!! Argh!"
Naura mengetuk sterengnya berkali-kali, melepas geram. Kereta terus di berhentikan di bahu jalan, dia cuba menenangkan diri.
Naura bersandar pada kerusinya.
Kring!
Kedengaran seperti talefon berdering. Naura mengerut kening, talefon siapa pula yang berdering ni? Lupa pula dia pinjam kereta carina. Pasti talefon milik carina.
Naura mencapai talefon yang terjatuh di bawah kerusi keretanya, lalu panggilan itu di jawab.
"hello?"
"hello, kak. Akak dekat mana? Akak pergi hospital sekarang, abang yan kemalangan!"
Naura tergamam. Sekali lagi hatinya di guris dengan sesuatu yang lebih menyakitkan.
"ke.. Kemalangan?"
"ye,kak. Tolong cepat, please.. Family kita semua dah ada dekat hospital. Cuma tunggu akak." ujar carina.
Naura terus mematikan talian, dia menutup mulutnya dah menangis teresak-esak.
"ya Allah kenapa ujian ni berat.. "
Melur memasukkan semua bajunya ke dalam beg, dia ingin membawa diri jauh daripada sini.
Nek pah menarik melur dengan kasar, melur memandang nek pah pelik.
"kenapa nek pah?"
"kamu nak pergi mana?"
"melur nak pergi jauh daripada sini. Melur nak ikut faris dengan angah. Dekat sana lebih better daripada sini!" degusnya.
"lepas kamu dah fitnah aryan?! Huh?" soal nek pah.
Melur mengerut kening.
"nek pah merepek apa ni?"
"kamu jangan buat-buat tak tahu melur. Kamu jangan ingat nek pah tak tahu apa tujuan kamu pergi ke syarikat aryan tadi. Sampai hati kamu tikam belakang kawan baik sendiri?"
"its not my fault nek pah."
"ini akan jadi salah kamu kalau macam ini tindakan yang kamu pilih! Sanggup kamu cemarkan maruah diri sendiri ye? Tak malu ke?"
"eh, nek pah tak payah nak marah melur sangatlah! Cucu nek pah si naura tu pun sama aje. Takda beza pun."
"sekurang-kuranynya naura tak bodoh macam kamu melur." sinis nek pah.
Buat pertama kali nek pah menyindirnya. Melur terkedu. Dia mengetap bibir.
"kamu dah tahu kamu rosak! Tak suci! Dan kamu salahkan aryan sebab dah rogol kamu, bukan? Habis kenapa kamu sanggup koyak baju depan aryan tunjuk badan kamu ni, huh?!"
Dada melur di tolak dengan jari nek pah.
"kalau macam ni perangai kamu, melur. Mereka takkan salahkan aryan, tapi diaorang salahkan kamu yang cuba ambil kesempatan atas aryan! Nek pah takkan masuk campur hal kamu lagi. Nek pah tak nak bersubahat dengan orang yang cuba runtuhkan masjid yang cucu nek pah sedang bina sekarang."
"then? Tak payah kesah lagi tentang melur kalau itu yang nek pah anggap. Nek pah dah lupa ke siapa yang tolong nek pah selama ni? Melur kan? So, for this time melur haramkan segala benda yang melur pernah bagi pada nek pah!" degusnya.
Nek pah terdiam.
"nek pah tahu kan? If makanan tu di haramkan, sekelip mata ia akan jadi daging busuk dalam badan kita. So, nek pah terimalah padah dia. Assalamualaikum!"
Melur terus menggalas beg yang berisi bajunya, lalu melangkah keluar daripada masjid itu.
Nek pah hanya mampu melihat melur dari jauh, di mana faris datang membantunya mengangkat beg itu masuk ke dalam kereta.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro