Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

49

                          "kenapa awak panggil saya? Terjerit-jerit macam kena rasuk. Tak malu ke nenek dengar awak jerit macam tu?" tegur naura.

Naura mencekak pinggang, rambut aryan serabut, baru bangun tidur biasalah. Wajahnya muram sahaja.

"kenapa kau tinggal aku?"

"tinggal apanya awak ni? Saya pergi tolong nenek dekat dapur. Saya tak merempit ke mana pun lah."

"tapi aku suruh kau jaga aku, kan?!"

"astaghfirullah hal azim. Sabar naura.. Sabar."

Naura mengurut dadanya, aku dah janji tak nak marah dia lagi. Lagipun, ini rumah nenek, takkan nak bergaduh pulak? Karang tercabut jantung orang tua tu siapa nak tanggung?

"awak kan tidur tadi, saya tak nak lah ganggu awak. That's why saya tinggal. Lagipun saya bosan duduk dalam bilik, tiada apa nak borak so saya pergilah jumpa nenek." ujar naura.

Kalau dia tak faham bahasa, memang aku nak terjun daripada rumah ni. Baru padan muka kau jadi duda!

"paksu ada dekat dapur?"

"takda. Paksu awak keluar lepak dengan kawan dia."

"macam mana kau tahu? Dah mula ambil berat pasal orang lain, huh? Pasal aku takda pulak kau ambil tahu!"

"Allah huakbar! Awak ni kenapa? Tadi tanya pasal paksu, lepastu salahkan saya pulak! Eh, baik awak ambil pisau je lah cucuk dada saya ni sampai mampus! Eeeii, geramnya ya Allah! Dasar mr.pericolo!"

Aryan mengerut kening, pertama kali dia mendengar gelaran naura beri padanya.

"mr.pericolo?"

"ye. Mr.pericolo tu sesuai untuk suami gila macam awak yang tak faham bahasa. Sudahlah, ada baiknya saya pergi mandi bagi segar sikit hati saya ni daripada melayan awak yang entah mood macam mana!" degus naura.

Dia mencapai kain tuala yang di sangkut di belakang pintu, lalu melangkah keluar. Aryan ketawa saat kelibat naura menghilang, kelakar pula melihat naura membebel.

 
                                  "betul ke kamu dah fikir masak-masak untuk berhenti kerja? Zaman sekarang susah tau tak nak cari kerja. Apa kata kamu bincang dulu dengan bos kamu tu." pujuk nek pah.

Melur menggeleng. Mereka duduk di tangga laluan masuk masjid, melur menunduk memandang jari jemarinya.

"melur malu nak teruskan kerja dekat situ."

"kenapa nak malu? Bukan diaorang tahu pun tentang masalah kamu."

"memang diaorang tak tahu, mak cik. Tapi macam mana kalau melur mengandung nanti? Apa nak jawab dengan semua orang? Nak kata yang melur ni dah kena tebuk tupai lepastu orang gelar melur perempuan murahan?" soal melur.

Nek pah terdiam. Ada betulnya juga apa yang melur kata.

"habis, kamu nak makan macam mana? Duit pun takda."

"melur ada akaun simpanan. Pandai-pandailah melur berjimat."

"melur tak nak balik rumah ke? Nanti family melur risau pulak. Ada baiknya melur balik, cerita dekat family sebelum diaorang tahu hal sebenar."

"tak nak."

"kenapa?"

"sebab diaorang bukan care pun pasal melur. Selama ni melur sendirian je. Takda siapa pun nak ambil berat pasla melur kecuali naura je." ujar melur.

"tapi, melur. Diaorang tetap keluarga melur. Diaorang kena tahu."

"kalau melur bagitahu sekalipun, nasibnya tetap sama. Melur mesti kena halau, lepastu kena buang keluarga. Mak cik takkan dapat rasa perasaan tu, sebab mak cik takda dekat tempat melur." degusnya.

Nek pah menggeleng, bahu melur di sentuhnya. Melur menoleh memandang nek pah.

"nek pah faham perasaan kamu, sebab cucu nek pah pun kena benda yang sama. Tapi alhamdulillah, dia bahagia sekarang. Dan baru nek pah sedar, benda yang jadi pada dia Rupa-rupanya ada hikmah."
Ujarnya.

Melur mengerut kening. Dia pelik, bukankah nek pah cuma ada along, angah dan naura, siapa yang nek pah maksud kan?

"siapa dia?"

"tak perlu buka aib dia. Mereka dah kawin."

"tapi mak cik kata diaorang dah kawin, maknanya.. Lelaki tu tanggung salah dia. Melur ni siapa nak tanggung? Jantan tu pun melur tak tahu siapa sebab dia pakai topeng. Nak suruh melur kawin, kawin dengan siapa? Lelaki pun tak naklah dekat melur kalau diaorang tahu melur ni dah takda dara!"

"tak semua lelaki macam tu, melur."

"memang bukan semua, tapi ada lagi ke lelaki yang nak kan melur? Itu semua cuma mimpi yang kita harapkan mak cik, benda tu takkan wujud."

"tapi Allah maha kuasa."

"melur dah tak nak fikir pasal kawin lagi. Biarlah melur bujang sampai ke tua. Melur dah tak kesah lagi. Sudahlah, mak cik. Dah nak masuk waktu maghrib. Melur nak solat."

Melur pun bangun melangkah masuk ke dalam masjid, azan sudah di laungkan. Nek pah menghembus nafas kecil. Besar sungguh ujian naura dan melur.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro