44
Naura melangkah keluar daripada bilik air, dia menyangkut tuala di tempat yang di sedikan lalu menuju ke arah aryan yang sudah lena di atas katil.
Naura melabuh di sebelahnya.
"rasa bersalah pulak tadi kutuk suami depan-depan. Tapi Kadang-kadang manusia ni kena ajar sikit, baru dia sedar diri." ujar naura.
Wajah aryan di tenung lama, kacak jugak suami aku ni. Bangga pula jadi isteri aryan ni. Muahahaha!
Tangan naura mengusap rambut aryan. wau, buat pertama kali naura berani buat macam tu.
"saya maafkan awak aryan. Saya faham, mood pericolo awak ni sama taraf dengan kerbau. Payah nak jinakkan. Tapi, yang paling penting untuk awak tahu adalah awak tetap suami saya. Sampai bila-bila."
Naura tersenyum. Walau bagaimana sekalipun tahap kesabaran yang perlu tempuh, suami tetap suami. Isteri tetap isteri.
Lampu bilik di tutup, selimut di tarik menutup tubuh aryan yang kesejukkan.
Hari berganti pagi, aryan melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Kelibat melur di carinya, namun tidak jumpa pula.
"rose!" sapa aryan.
Rose terus berlari anak menuju ke arah aryan.
"yes, bos. Kenapa?"
"melur mana? Dia tak masuk kerja ke? Selalunya dia paling awal masuk kerja, apahal tiba-tiba hari ni dia takda." soal aryan.
Rose menjongket bahunya, tiada pula khabar berita atau mesej melur semalam.
"saya tak tahu pasal melur. Dia tak cakap apa-apa pun pada saya. Kenapa? Bos ada nak bagitau apa-apa ke dekat melur? Kalau ada.. Saya boleh tolong sampaikan."
"kalau macam tu, saya nak bagitahu yang saya ambil cuti selama 1 minggu. Nak bawa wife balik kampung, and cemito akan gantikan saya buat sementara."
"wau, bos pergi honeymoon ke?"
Aryan ketawa kecil, apa pula honeymoon dekat kampung? Takda kerja?
"no, rose. Just nak kenalkan wife dengan keluarga. If, ada apa-apa yang penting berkaitan syarikat suruh melur call saya atau maklumkan terus pada cemito ye."
"baik bos."
Aryan pun melangkah pergi daripada situ.
Rose mendongak memandang jam, sudah 11 pagi.
Apa melur buat sampai lambat begini? Musykil.
"To.. Tolong sa.. Saya.. "
Melur cuba untuk berdiri, bajunya habis koyak rabak, rambutnya serabai, seperti orang gila. Penuh dengan kesan lebam di tubuh.
Dia terbaring di tepi tong sampah, Tiada siapa lalu lalang di kawasan itu untuk melur meminta tolong.
"Ya Allah.. "
"melur?" tegur nek pah untuk memastikan sama ada itu melur atau bukan.
Melur mendongak memandang nek pah, terus dia menangis.
"mak cik tolong melur mak cik!"
"ya Allah, kenapa ni melur? Siapa buat kamu macam ni? Sabar melur sabar. Jom, kita pergi masjid."
"mak cik.. "
Melur terus memeluk nek pah, dia menangis teresak-esak. Nek pah tak mampu berkata apa selain cuba untuk menenangkan melur.
"apa dah jadi ni melur? Huh? Ya Allah.. Teruknya. Kenapa ni?"
"melur kena pukul mak cik.. Tolong melur.. Please.. Tolong melur mak cik.."
"kena pukul? Astaghfirullah hal azim.. Siapa yang buat kerja tu pada kamu? Ya Allah. Takpa, mari ikut nek pah. Kita balik ke masjid. Jom!"
Nek pah memapah melur untuk bangun daripada situ, kerja durjana siapa ini? Macam dapat teka je.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro