Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

41

                  Naura mendongak melihat bangunan syarikat milik aryan, gelap. Macam dah tutup aje.

Naura menggaru kepala, dia menoleh ke arah kereta aryan.

"eh? Ni kereta dia. Maknanya dia tak balik lagi kan? Mana pulaklah dia merayau senja macam ni. Kena sorok hantu baru tau!"

Naura melangkah ingin masuk ke dalam syarikat itu, namun di tahan pengawal.

"maaf, cik. Waktu kerja dah habis. Cik tak boleh masuk."

"saya isteri encik aryan, saya cuma nak panggil dia balik je."

"encik aryan dah lama balik, cik."

Naura mengerut kening.

"ta.. Tapi tu kereta dia kan? Pak cik saja ek tak nak bagi saya masuk? Atau aryan arahkan pak cik supaya jangan bagi saya jumpa dia?"

"bukan macam tu cik, encik aryan baru saja balik tadi. Kereta dia kan rosak."

Naura tercengang. Apakah? Ro... Rosak?! Aku penat datang sini, kononnya nak pujuk dia yang merajuk sampai tak balik rumah padahal kereta rosak!

"rosak ek?"

"iye, cik. Dia nak call teksi tapi talefon dia habis bateri, jadi saya suruh abang megat hantarkan bos aryan ke rumah." ujarnya.

"patutlah tak angkat Call. Ba.. Bateri habis rupanya. Allah huakbar.. Sabar. Ini ujian naura. Ini ujian."

Naura mengurut dadanya, cuba untuk menenangkan dirinya. Naura melangkah pergi daripada situ.

"Aku siap kena marah bagai, Rupa-rupanya kereta kau rosak yan?! Eeii, geramnya aku ya Allah!"

Naura mengetuk kepalanya di pintu kereta, geram punya pasal.

                             
                                "Assalamualaikum!"
Salam aryan, dia melangkah masuk ke dalam rumah.
Carina terus berlari ke arah aryan, begitu juga nurin dan louis.

"ha, yan! Kamu pergi mana? Takkan merajuk dengan naura sampai nak kena cari? Kesian naura tau!" marah nurin.

"cari? Kenapa nak cari?" soal aryan, bingung.

"kami semua risaukan kamulah, takkan nak biarkan kamu hilangkan diri macam tu je? Naura mana naura?" soal louis.

"laa.. Dalam rumah la. Aryan tak bagi dia keluar daripada rumah kan?"

"kejab. Kamu balik dengan siapa yan?"

"yan balik dengan pak cik megat, dia tolong hantarkan yan sampai rumah. Tadi kereta rosak, lepastu talefon pulak habis bateri itu yang lambat balik tu." ujar aryan.

Carina sudah menepuk dahi, hilang satu masalah. Tapi masalah lain pula yang timbul. Naura pula entah ke mana?

Aryan mencari kelibat naura, tiada pula muncul. Selalunya waktu begini, dia sudah menyambut aryan.

"naura mana, mummy? " soal aryan.

Nurin mengeluh kecil, dia memandang louis. Kalaulah louis tak suruh naura keluar pasti takkan jadi rimut begini.

"maafkan daddy, aryan. Daddy ingatkan aryan merajuk dengan naura sampai tak nak balik rumah. Jadi.. Da.. Daddy suruh naura keluar cari aryan dekat office." ujar louis.

Aryan terdiam.

"Itulah daddy ni! Orang dah kata jangan bagi naura keluar seorang. Tengok apa dah jadi?" carina mencelah.

Memang salah dia pun pergi suruh naura keluar seorang, naik teksi pulak tu. Tak ke bahaya?

"daddy suruh naura keluar daripada rumah ni tanpa kebenaran yan?"

"daddy minta maaf yan. Da.. Daddy cuma.."

"kau tau tak nasib naura dekat luar sana macam mana?!!"

Nada aryan sudah meninggi, turun naik sudah nafas. Ah, sudah! Aku ingatkan pericolo dia dekat naura je, semua orang rupanya.

Baru ku tahu beza psiko dengan pericolo.

"kalau naura kena apa-apa macam mana?! Kau nak tanggung? Huh?!!"

"abang yan. Sabarlah. Janganlah marah daddy macam tu. Daddy tak sengajalah.. " pujuk carina.

"kau diamlah, carina! Kau tahu tak dekat luar sana tu ada musuh yang cuba jatuhkan naura?! Kalau terjadi apa-apa pada dia, atau luka kuku sekalipun.. Siap kau!"

"aryan! Kenapa cakao macam tu? Tak baiklah!" tegur nurin.

Aryan menjeling, dia kembali keluar daripada rumah itu.

"yan nak pergi mana? Dah maghrib ni!"

"who care? Naura lebih penting untuk aryan." degusnya.

Dia mengambil kunci kereta lalu meluru ke arah garaj kereta yang tersusun 4 jenis kereta yang berbeza.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro