Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

35

                         Bekal makanan di buka, tak sempat aryan menjamahnya tadi semasa waktu rehat.

"sayang, abang rasa lepas ni sayang tak perlu datang office lagi ye. Abang risau kalau faris dengan mak dia tu ganggu sayang." ujar aryan.

Nasi goreng itu di suap masuk ke dalam mulutnya, naura mengangguk.

"tapi kalau saya tak datang, awak nak makan apa?"

"maybe abang akan balik rumah."

"haih? Tak penat ke ulang-alik daripada tempat kerja ke rumah. Kalau susah sangat, saya boleh minta tolong carina." ujar naura.

"tak payahlah susahkan carina, dia kan dah nak sambung belajar."

Naura mengangguk faham. Tiba-tiba aryan ketawa, teringat tentang sesuatu. Naura mengerut kening.

"kenapa awak ketawa? Kena sampuk ke?"

"no. Abang teringat tentang something bila sayang sebut pasal carina. Dia pernah bagitau abang, dia teringin nak main dengan baby."

Naura terdiam. Dah kenapa masuk topik anak ni? Celah mana pulak dia masuk ni?

"Mesti baby kita comelkan?"

"err.. Saya rasa ada baiknya awak makan nasi goreng tu sebelum saya sumbat semua."

Aryan ketawa. Tak selesalah cerita topik itu. Bukannya apa, malu.

"tapi yang abang tahu sayang takkan mengandung.. " ujar aryan perlahan.

Dia tersenyum, naura mengerut kening. Tidak berapa dengar apa yang aryan gumam tadi.

"awak cakap apa?"

"nothing. Nasi ni sedap."

Bohong aryan, naura hanya percaya bulat-bulat. Aryan menyambung makan kembali bekal yang di bawa naura. Topik tadi di lupakan serta merta.





                     Angah melangkah masuk ke dalam sebuah cafe. Dia menuju ke arah wanita berambut perang, memakai cermin mata hitam.

Tanpa sebarang pelawaan, angah terus menarik kerusi dan duduk.

"berapa lama lagi kak long nak bersembunyi? Penatlah angah nak tanggung benda ni sorang-sorang." keluh angah.

Along membuka cermin matanya, hidup lagi rupanya si kak long yang dianggap meninggal masa kebakaran kilang sebelum ni.

"angah, aku terpaksa sorokkan diri. Kita jalankan je lah plan macam biasa."

"tapi masalahnya, kak long. Naura sekarang dah lari jauh daripada kita!"

"itulah sebab kau bodoh sangat,angah. Siapa suruh kau halau dia dulu? Aku dah cakap walau apa pun terjadi jangan bagi dia nikah dengan mamat tu! Sekarang kau tengok apa dah jadi? Macam mana kita nak dapatkan semua harta tu?! Tell me how?!"
Bentak along.

Angah mengeluh kecil.

"kita takkan dapat harta tu kalau naura tak kawin dengan faris!"

"ish, kak long ni asyik fikir pasal faris je kan? Mentang-mentanglah kak long dah rancang dengan abang faris pasal harta tu! Nak bahagi harta konon. Cinta sejatilah sangat!" sindir angah.

"kau diam ek! Aku dengan faris memang akan kawin jugak satu hari nanti. Aku cuma tunggu harta naura dapat dekat faris, itu je. Lepas dah dapat, automatik si naura tu kena cerai! Tapi yang jadi masalah sekarang, naura dah kawin dengan orang lain!"

Angah menjeling, menyampah betul dengan cinta sejati mereka sampaikan sanggup pergunakan naura.

"habis kita nak buat macam mana? Nak tunggu si perogol tu cerai naura? Memang benda tu takkan jadi!" degus angah.

"kau boleh tak jangan jadi bengap sangat? Kau pergilah goda suami dia, macam kau goda luqman untuk dapatkan harta dia? Benda simple je kot?"

"Kau ingat suami si naura tu nak layan aku? Dia tu berlagak nak mampus. Aku nak dekat pun payah tau!"

"kau ni banyak alasan kan?"

"kalau kak long nak senang, apa kata kak long sendiri pergi goda si aryan tu. Tapi jangan sampai terkantoi dengan naura pula." cadangnya.

Along menggeleng, dia mana reti bab goda menggoda suami orang. Kalau terkantoi dengan naura memang habis semua rancangan!

"aku tak boleh. Aku tahu kau pandai dalam hal ni. Please lah angah, kau dah janji dengan aku nak tolong aku kan? Lagipun masa mak dengan ayah ada dia selalu di manjakan, takkan kau tak nak balas dendam?"

"aku nak long, tapi.. "

"pleaselah angah. Kau kena series sekarang. Kau sanggup ke tengok harta tu semua terserah dekat aryan? Dia takda kena mengena dalam family kita, angah." pujuk along.

Angah mendiam. Dia memikirkan semua kata-kata along, memang betul naura selalu dimanjakan oleh kedua orang tuanya, dan rancangan ini cuma untuk merampas kembali ke semua harta yang naura pegang.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro