100
6 BULAN BERLALU, naura kini menjadi pembantu peribadi aryan semula di syarikat.
Dia menyusun fail yang agak berselerak di almari.
"Sayang!"
Aryan memeluk naura daripada belakang, dagunya di tongkatkan pada bahu sebelah kanan naura.
"apa abang ni? Nampak dekat staff karang macam mana?"
Naura menolak perlahan aryan ke belakang, aryan mencebik bibirnya.
"biarlah diaorang nampak, abang suami sayang kan? Tak salah pun kan? Diaorang cuma staff je."
"memanglah staff. Tapi, awak ni di gelar boss pericolo. Tak malu ke kalau diaorang dapat tau Aryan Louis manja mengalahkan kucing? Huh?" soal naura.
Hidung aryan di cuit manja, aryan mengetap bibirnya. Dia mencekak pinggang.
"so? Kau nak kata aku ni tak boleh nak bermanja dengan kau lah? Huh?" soal aryan, keras suaranya.
Nauda terkaku. Alamak!
Ku sangkakan pericolonya dah hilang, ada lagi rupanya jin pericolo itu. Naura menelan air liur.
Aryan mendekatkan sedikit jaraknya dengan naura, naura mengundur ke belakang. Sehingga terlanggar almari yang memberhentikan langkahnya.
Kedua belah tangan aryan mengunci naura di tengah. Mata mereka bertentangan.
"sa.. Saya minta maaf." rayu naura, gagap.
"Maaf?"
"Iya lah, maaf. Saya tak sengaja pun nak cakap macam tu. Awak boleh je bermanja dengan saya tapi masalanya ini office. Awak faham-fahamlah mulut mak cik bawang macam mana?" ujarnya.
Aryan mengecilkan matanya. Wajahnya di dekatkan dengan wajah naura. Terus naura memejam matanya serapat yang mungkin.
Takut aryan menjerkahkan suara.
Tiba-tiba gelak tawa terdengar.
"i just kidding, sayang. Haha. So cute."
Aryan mencubit kedua belah pipi isterinya, dia menggerakkan ke kiri dan ke kanan. Naura membuka matanya, dan membuat wajah muram.
Aku mati-mati ingat mood pericolo dia datang tadi!
"sampai hati awak kan?! Tak baik tau!"
Naura menumbuk dada aryan, aryan ketawa. Dia mengenggam kedua belah tangan isterinya.
"of course abang takkan marah sayang lagi. You are my angel and i mr. Pericolo yang dah insaf. Haha."
"pandai awak sekarang ek?"
"can I do it again? Huh?" soalnya.
Naura menggeleng.
"no."
"why no? Best apa tengok sayang takut? Lagi-lagi bila tengok mood husband yang pericolo macam abang? Bolehlah.. "
"no way. Awak mungkin best, tapi saya? Silap-silap terkencing dalan seluar."
"Seriously? Try sikit boleh?"
"no!"
"bolehlah.. "
Aryan mencuccuk pinggang isterinya, naura sedikit melompat geli. Dia memeluk pinggangnya.
"janganlah.."
"I don't care. Come here!"
Aryan terus mengendong naura, dan di pusing-pusingkan sehingga pening. Mereka ketawa.
Melur duduk di sebuah bangku berhadapan dengan tasik, tangannya menyentuh perutnya.
Melur tersenyum, dia menarik nafas menghirup nafas segar lalu di hembus perlahan.
Cemito yang sedang berjogging, memberhentikan larian apabila melihat melur duduk berseorangan di kerusi. Dia melangkah ke arah melur, lalu melabuh punggung di ruang kosong sebelah melur.
"Nak air."
Pinta cemito dengan menghulur tangan, menantikan air botol mineral yang di pegang melur. Melur pun menyerahkan kepadanya.
"kau tak nak join aku jogging ke?" soal cemito.
Tangan kananya memulas penutup botol itu, lalu menogaknya minum.
"awak gila ke apa nak saya lari dengan keadaan macam ni?"
"jogging je pun, bukannya aku suruh kau merentas desa." sindir cemito.
Melur menjeling, dengan memuncungkan bibirnya. Nak mengejeklah tu! Pernah ke dia tengok orang mengandung berlari?
Cemito mencapai tuala kecil yang di sangkut pada lehernya, dia mengelap peluh di dahi.
"mana orang yang nak ambil anak kau tu? Tak sampai-sampai pun."
"diaorang tak jadi nak ambil sebab kawan saya kata dia dah dapat anak. Hmm.. Susahlah macam ni. Siapa nak jaga anak saya?"
"diaorang dah ada anak? Kawan kau dan mengandunglah maksudnya?"
"bukan. Ada orang lain yang bagi. Saya perlu cari family lainlah nampaknya." rungutnya.
Cemito tersenyum. Dia meletakkan botol mineral itu di sebelah kirinya.
"aku lah yang bagi anak tu dekat kawan kau." ujar cemito.
Melur mengerut kening. Dia tidak faham. Melur memusing memandang cemito dengan wajah yang beribu tanda soal.
"awak mengandung ke?!"
"Astaghfirullah hal Azim, takkan aku mengandung? Kau Agak-agaklah. Kau ada nampak perut aku buncit ke selama ni?"
Melur menggeleng, dengan tersengih nampak gigi. Teka je.
"baby tu kawan aku punya, isteri dia dah meninggal. Dia nak cari pengganti tapi tak jumpa, so? Dia serahkan dekat aku untuk cari family angkat. Jadi aku bagilah dekat kawan kau."ujarnya.
"laa.. Habis anak saya macam mana?"
"kau cari ajelah pengganti baru."
"siapa? Saya bukannya pandai nak cari orang. Buatnya dapat dekat pendera macam mana?"
Cemito mengeluh kecil.
"aku dekat sebelah kau ni takda ciri-ciri nak jadi pengganti ke?" soal cemito.
Melur mengerut kening. Dia melihat cemito dari bawah hingga ke atas. Cemito mengangkat kening berkali-kali.
"awak boleg bagi susu ke dekat anak saya?" soal melur.
Cemito menepuk dahinya. Lain yang disampaikan, lain yang di ingat.
"karang aku cakap lembab kau marah? Ish, sabar je lah!"
"awak nak cakap apa? Apa yang salah? Awak kata nak jaga anak saya, kalau nak jaga anak saya mestilah kena perempuan. Supaya, boleh bagi susu." ujar melur.
Cemito memegang kedua belah bahu melur, mata mereka bertentangan.
"maksud aku, bukan nak bagi baby kau tu susu. Tapi, nak bagi budak tu ada ayah! Faham?"
"ay.. Ayah?"
"ya. Aku nak kawin dengan kau. Bila aku kawin dengan kau, budak ni ada ayah, ada mak. And aku pula boleh jadi suami kau." ujar cemito.
Melur ternganga. Biar betul cemito ingin menjadi suaminya? Tangan kanan menutup mulutnya, cuba menahan rasa gembira.
"aw.. Awak nak kawin dengan sayalah maknanya?!"
"ya, cik adik bunga melur di tepi kolam."
Melur terus bangun daripada duduk di bangku, dia terloncat-loncat gembira. Semua orang di situ memandang melur yang bersorak gembira.
"woi! Woi! Pening anak dalam perut kau tu kalau kau terloncat-loncat macam beruk dapat bunga!"tegur cemito.
Melur tersengih. Dia tidak sangka masih ada lagi lelaki yang sudi menerimanya. cemito bangun berdiri di hadapan melur, pergelangan tangan yang di lapik dengan kain di tarik cemito.
Mata mereka saling bertentangan, melur pula tak habis lagi dengan senyuman gembiranya.
"aku janji, aku takkan sia-siakan perempuan macam kau. Biarlah orang lain pandang kau hina, kotor. Tapi bagi aku, kau lah perempuan paling suci yang aku pernah jumpa." ujar cemito.
"aw.. Awak tak kesah ke kalau anak ni bukan anak awak?"
"Siapa anak ni, bukan penghalang untuk aku jatuh cinta dengan kau. Dia tak salah. So? Aku memang dah lama fikir tentang hal ni. Aku betul-betul nak jaga anak ni, dengan kau. Kita bina masjid sama-sama."
Luahnya.
"you know what, cemito? Awak memang lelaki yang lain daripada lain yang pernah saya jumpa. Sumpah! Zaman sekarang payah gila nak jumpa lelaki macam awak yang terima buruk dan baik seseorang."
"Sebenarnya, cinta ni bukan perlukan kesempurnaan. Tapi perlukan tanggungjawab, kasih sayang dan kesabaran. If salah satu daripada itu hilang, tak lengkap cinta namanya."
Dramatis betul ayat cemito. Entah celah ayat mana dia curi tu! Melur tersengih. Dia menunduk menahan malu apabila mendengar ayat manis daripada mulut cemito.
" Kau sudi tak kalau aku jadi suami kau?"
"of course saya sudi!"
"so? Tunggu apalagi?"
"tunggu? Tunggu apa?"
"jumpa mak ayah kau lah! Jom!"
Cemito terus menarik tangan melur, mereka berlari mencari kereta yang di parking jauh. Tak sabar sungguh, sampai terus nak masuk meminang.
Jadi, itulah al kisah my husband mr. Pericolo dan kisah persahabatan yang kukuh.
Cinta takkan hadir untuk kebahagian sahaja, ia akan hadir dengan berjuta halangan untuk menguji kekukuhan masjid yang di bina.
"eh! Kejab! Kejab!"
Melur menghentikan larian, mereka mengambil nafas. Penat.
"awak takkan nak jumpa mak ayah saya dengan baju sukan?"
"apa salahnya? Kau cakap ajelah bakal suami kau ni ahli Olimpik negara."
"pulak?!"
TAMAT
terima kasih kerana sudi menunggu dan membaca My husband mr. Pericolo.
Jangan lupa untuk singgah membaca REMEMBER ME SAYANG? untuk sama-sama menyaksikan kisah seorang suami dan isteri yang dipisahkan oleh keluarga mertua 😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro