Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter IV - Meeting New People?

Aku memasuki butik tersebut dengan tergesa-gesa. Aku serabutlah dengan adik aku. Orang kata jangan cakap pasal personal aku, dia nak juga cakap pasal tu. Aku memandang ke belakang dan apa yang aku nampak diaorang tak masuk lagi. Payah betul nak suruh diaorang masuk dalam. Aku berjalan ke arah pintu butik tersebut lalu membukanya.

Lalu, aku berkata sedemikian...

"Eh, korang tak nak masuk ke? Tak tahu panas agaknya. Masuk sebelum aku bunuh korang. Korang dah cari pasal dengan aku ni." kataku dengan geram. Siapa je tak geram kalau kau dekat dalam tapi diaorang dekat luar. Korang tak eh? Aku ni perasan je lebih.

"Boleh tak kau jangan terpekik terlolong macam orang gila? Aku tahulah nak masuk. Jom, Iman. Jangan peduli dengan kakak awak ni." dia nak marah aku pula. Ish, tak boleh jadi ni.

"Ikut suka hati kaulah. Irama kau bukan irama aku." apa aku cakap ni? Mesti dia tertanya-tanya kan tentang irama tu. Aku pun mulalah berdebat dengannya. Lalu, mereka berdua memasuki butik tersebut dan tinggallah aku seorang diri di hadapan pintu butik.

Kemudian, Mika mendekatiku. Janganlah kacau aku, Mika. Kau tak kesian dekat aku ke? Owner butik ni tengok kita tau, Mika. Tak malu ke?

"Kau cakap apa ni, Amani? Irama? Kau sakit ke? Aku tak tahu pula kau macam ni." dia semakin hampir dengan aku. Jantung aku berdegup laju apabila dia mendekati aku. Adakah ini dinamakan cinta?

Kemudian, aku tersentak kerana dia betul-betul depan aku sekarang. Dekat sangat. Sangat-sangat dekat. Muka aku dah merah.

"Mika, kau tak tahu malu ke? Adik aku dengan aunty tengok kitalah." malunya aku. Kenapalah kau buat macam tu?

"Soalan aku kau tak jawab pun. Tapi, biarlah. Kita datang sini nak pilih baju bukan untuk aku menggatal. Hehehe..." iee... Dia mengaku, dia tu pervert. Kenapalah aku kena kahwin dengan mamat pervert ni? Malasnya aku nak layan dia ni.

Kemudian, seorang jejaka masuk ke dalam butik ni. Aku tak tahulah siapa tu. Aku cuba tanya dialah. Tapi, dia sibuk dengan adik aku. Mesti tentang aku.

"Assalamualaikum. Hah, budak kecil dekat sini rupanya kau. Kau buat apa dekat sini?" jerkah si dia. Dia cakap dengan siapa ni sebenarnya?

"Waalaikumussalam." kami menjawab salamnya. Oh, lupa pula aku nak kenalkan korang dengan owner butik ni. Korang ingat apa? Lelaki tadi? Tak de masa nak kenalkan dia kepada reader-reader semua. Hahahaha.... Nanti korang kenal dia juga. Back to the storyowner butik ni kawan mummy aku dengan mummy Mika. Namanya, Syafiqah.

"Abang nak apa sebenarnya cari angah ni?" kata Mika dengan selamba. Tengoklah headprefect syekolah mana? Eh, tersyasyul pula.

"Tu abang kau eh, Mika? Handsomenya. Mengalahkan kaulah, Mika." saja nak buat dia marah. Hehehe... aku tahu, aku ni jahat terhadapnya.

"Kakak sedar tak yang kakak nak kahwin dengan abang Mika." celah adikku. Sibuklah adik ni. Biarlah aku nak menggatal kejap. Kalau dengan abang Mika kau ni, nanti kakak kau ni dicopkan sebagai kekasih dia pula. Alasan yang tidak munasabah yang aku bagi. Hehehe...

"Amani, betullah dia tu abang aku. Kau je tak tahu. Aku pun ada adik lelaki. Senang cerita, adik-beradik aku semuanya lelaki. Oh, sebelum aku terlupa, nama abang aku ialah-" kata-katanya dipotong oleh lelaki yang tiba-tiba terjah butik ni.

"Tengku Muhammad Aniq Ilham. Abang kepada budak tu." dia berkata sambil memuncungkan bibirnya ke arah adiknya. Aku tertanya-tanya siapa adik dia. Aku try tanya adik aku. Manalah tahu, adik aku tahu.

"Adik." panggilku secara berbisik. Aku tak nak tanya dia. Takut.

"Apa dia, kak?" soalnya dengan nada garang. Uish... Garangnya. Adik siapalah tu? Adik kaulah, Amani. Siapa lagi? Takkanlah mamat tu. Eh, apa kau merepek ni, Amani. Aku menarik nafas lalu dihelakan. Aku meneruskan semula sesi perbualan dan perbisikan yang tergendala dek kerana akal fikiran aku.

"Adik. Adik kenal tak adik abang Mika kesayangan kau tu?" soalku. Kekadang aku ni kurang ajar sikit.

"Kenal. Nama dia Tengku Faiz Irham. Dia tu crush adik tau." katanya dengan kuat. Kemudian, dia menekup mulutnya. Dia ni memang nak kena. Mika dengan abang dia, Aniq dengarlah. Ah, terlupa pula pada Aunty Syafiqah, owner butik pengantin ni.

"Apa kau cakap, budak?" soal Aniq, abangnya Mika. Seriuslah abang dia ni. Kurang ajar betul.

"Nothing, abang Aniq." tipu adikku. Aku dan Mika malas mahu memdengar pertelingkahan di antara adik aku dengan abangnya. Kami meneruskan urusan kami di sini.

-skip(dua hari kemudian)-

Aku berlari ke arah Mika dan Alya dengan pantas. Adik aku dah lama lari dengan crush dia. Bukan dating eh. Mika suruh adik dia, Faiz Irham dengan adik aku, Iman Qaisara masuk ke kelas dengan pantas. Sebab tu diaorang lari bukan dating.

"Que veux-tu, Amani? (What do you want, Amani?)" soal Alya. Aku datang sini sebab mamat nilah. Ada ke patut ugut aku? Futur mari siapalah tu? Kaulah, Amani. Siapa lagi.

"Oh, rien. Ton cousin me demande de l'attendre. (Oh, nothing. Your cousin ask me to wait for him.)" kataku. Buat apalah mamat ni suruh aku tunggu sini? Macamlah aku ni tak ada kerja. Haih... Tak lama lagi aku jadi épouse mamat tu.

"Oh, okay. Bye. Assalamualaikum." katanya lalu berlari ke kelas 5 Diamond. Aku dan Mika menjawab salam lalu kami berdua berjalan seiring.

"Mana kau belajar cakap bahasa French ni?" asallah dia buka topik ni? Macam pelik je ni. Haih... What's wrong with you, Tengku Ammar Mikael?

"Kau lupa ke yang aku ni pernah duduk France. Aku jumpa cousin kau dekat sana dan kitaorang menjadi kawan baik. Dia fasih berbahasa French, jadi aku suruh dia ajar aku bahasa French. Lepas tu, dia ajak aku pergi sekolah dekat sana." terangku. Payah tau kalau dapat soalan KBAT daripada préfet de tête. Tak delah gurau je.

"Oh, ha'ahlah. Lupa pula aku. Hehehe..." katanya. Aku tertanya-tanya, kenapa dia suruh aku tunggu dia eh. Aku ternampak kawan-kawanku di sana sedang berjalan menghampiri aku dan Mika.

"Assalamualaikum, Amani, Mika." mereka berenam memberi salam kepada aku dan Mika. Mestilah kitaorang yang diberi salam oleh mereka berenam. Takkanlah orang lain pula.

"Waalaikumussalam." jawab aku dan Mika serentak. Aku rasa diaorang nak sakat akulah. Janganlah sakat aku.

"Oo~ Ada orang dating dekat sini pagi-pagi ni." aku terdengar suara seseorang yang menyakat aku atau Mika. Ia bukannya kawan-kawan aku tetapi oleh seseorang yang tidak dikenali aku dan dia seorang lelaki.

"Hey, bro. Kau kenapa eh, Aqil? Tetiba sakat orang. Tak de kerja ke?" asallah aku ada futur mari macam ni. Nanti serumah dengan dia macam manalah eh?

"Aku ada kerja. Kerja aku adalah kacau sahabat aku. So, aku saja suka-suka kacau sahabat sendiri. Kenapa salah ke?" katanya. Okey, aku tak fahamlah. Asal kawan-kawan dia ni semuanya macam ninja. Bila berkumpul berdua ataupun ramai-ramai, mesti salah seorang daripada sahabat dia akan datang.

"Tak adalah. Kau bila nak masuk kelas?" soal Mika. Haih... Ini memang pelik. Kenapa dia suruh aku tunggu dia dekat sini?

"Sepatutnya aku yang tanya kau. Bila kau nak masuk kelas?" soal Aqil ataupun gelaran yang baru sahaja aku dapat iaitu 'sahabat'. Pelik bukan? Aku tak tahulah kenapa aku dapat gelaran tu untuk dia.

"Kejap lagi. Lepas aku habiskan urusan aku." nada percakapannya berubah kepada yang lebih garang. Apa yang telah terjadi? Syazana, Farhani, Amanda, Aira dan Aifa meminta diri untuk kelas. Yang tinggal hanya aku, Mika, Sahabat(Aqil) dan Camelia.

"Amani, aku masuk kelas dululah. Aku tak boleh nak tunggu kau." kata Camelia. Dia tak boleh tunggu aku. Sebab apa? Aku melihat Sahabat berjalan menghampiri Camelia. Apa kata kita sakat dia. Hehehe...

"Oo~ Ada orang tengah dating." sakatku. Tersentak mereka berdua. Mika memandang aku, dingin. Apasal dengan dia ni? Aku ada buat salah ke?

"Kenapa ni, Mika?" soalku. Aku kena beranikan diri untuk tanya apa masalah dia. Mana tahu, aku boleh tolong.

"Kau ingat tak hari tu, yang adik kau buat tu, abang aku marah gila." katanya dingin. Dia masih ingat tentang kejadian dua hari lepas.

"Aku ingat. Nanti aku nasihatkan dia supaya dia tahu nak jaga mulut dia daripada menyakitkan hati orang. Dekat rumah, dia selalu buat aku marah sebab dia bagitahu abang aku semua rahsia aku." kataku panjang.

"Okay. Jom masuk kelas." katanya dengan yang lembut. Ya Allah, lembutnya suara kalah mak nyah dekat luar sana.

-skip(rehat)-

Loceng berbunyi menandakan yang ia sudah waktu rehat. Ah, rehat. Aku terlampau lapar sebab pagi tadi aku tak sarapan. Aku dan kawan-kawan berjalan ke arah kantin.

Aku ternampak adik aku berlari ke arah crush dia. Nampak gayanya, dia nak luahkan perasaan. Bagaimana aku tahu? Aku baca diari dia. Tapi, jangan risau tak kantoi pun.

"Kitaorang pergi beli makanan dulu tau. Kau jagakan tempat kitaorang." kata mereka bertujuh serentak. Jadi, aku kena jaga satu meja untuk kawan-kawan aku duduk. Sekumpulan pelajar lelaki datang menghampiri aku. Aku kenal empat orang daripada mereka.

"Assalamualaikum, darling." Mika memberi salam dengan kuat. Hampir kesemua orang memandang kitaorang. Nanti nak kecamlah, membawanglah dan sebagainya. Lagi teruk, ex-girlfriend dia, Farisya. Dia jeling aku. Lupa pula nak bagitahu, yang ex-girlfriend Mika sekolah sini.

"Waalaikumussalam. Kan aku dah cakap, jangan panggil aku, darling. Nanti orang membawang pasal aku. Aku tak suka." kataku tegas. Kawan-kawan aku mengambil tempat di sebelahku.

Farhani membuka mulut sebagai pembuka bicara antara aku dan kawan-kawan aku. Sekumpulan pelajar lelaki tadi aku biarkan sahaja. Dia duduk di meja belakang kitaorang.

"Apa yang diaorang buat dekat kau?" soal Farhani.

"Diaorang tak buat apa pun kecuali sorang tu. Boleh panggil aku 'darling' depan orang lain. Tak tahu malu betul. Memang tak patut dicontohi." kataku dengan nada perlahan. Takut-takut 'singa' tu marah.

"Oh, macam tu. Dia memang macam tu. Tak tahu malu. Dulu pun sama juga dengan girlfriend dia." kata Aira. Dengan ex-girlfriend dia pun sama.

"Mika dengan girlfriend dia dulu rapat gila. Tapi, sekarang dia dengan girlfriend dia not like always. Berkepit je." kata Amanda pula.

"Diaorang dah putus. Dia marah gila waktu girlfriend dia curang." ujarku, tenang. Pleaselah dia tak dengar. Aku dengar meja belakang ni main ketuk-ketuk meja.

"What?!" mereka terkejut kecuali Alya kerana dia ada waktu aku pergi dengan Mika. Agak-agak meja belakang cakap pasal apa?

Kringg~

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Kami semua memasuki kelas masing-masing. Aku melihat ketua pengawas tu seketika. Dia nampak macam marah.

-skip-

Mika berjalan mendekati aku dengan wajah yang cukup membuatkan aku terdiam tak terkata. Dia menarik tangan aku dengan kuat. Sakit, woi!!!

"Mika, kenapa ni? Janganlah tarik tangan aku kuat-kuat. Sakitlah!" aku meronta-ronta kerana tangan aku yang sakit yang ditarik oleh seorang figura lelaki yang akan menjadi suami aku.

"Kau ikut jelah. Tak payahlah bising-bising." balas dia, malas dan membosankan dirinya.

"Yelah, yelah. Dah tarik tangan aku, nak marah aku pula." kataku, kesakitan. Kederitaan tangan aku lagi penting daripada sekarang. I don't get it. Dia kenapa sebenarnya.

"Okey, okey. Aku lepaskan. Tapi, ikut aku dari belakang." katanya pula. Spontan dia melepaskan tangan aku.

"Tunggu kejap. Kita tunggulah adik aku dan adik kau keluar." ujarku. Adik aku dengan adik dia dah tak penting ke?

"Yelah, yelah." dia mengalah.

Selepas satu jam setengah menunggu kehadiran Faiz Irham dan Iman Qaisara, akhirnya mereka berdua tiba. Mika menghampiri adik aku dan adiknya dan diaorang pun kena luku sebab lambat sangat keluar sekolah.

"Kenapa keluar lambat?! Kena denda ke? Kalau kena denda, padan mukalah." kata Mika, jahat.

"Kitaorang keluar lambat ada sebab. Sebabnya ialah angah yang denda kitaorang. Angah denda kitaorang sebab dating. Kitaorang dating sebab adik dengan Iman suka sama suka. Kitaorang suka sama suka sebab suka hati adik dengan Iman lah." ujar Irham dengan loyar buruknya.

"Ah, tak kisahlah. Baik masuk kereta, sebelum angah report mummy yang adik dating." ugut Mika. Nampak gayanya, diaorang takut kena report dengan Mika.

<TO BE CONTINUED>

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro