Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter III - New Friends

Kami berjalan ke Baskin Robbins. Alya meminta izin Mikael untuk ke tandas.

"Mika, aku nak ke tandas kejap." kata Alya. Lalu, Alya terus berlari ke tandas yang berhampiran.

"Kau nak ais krim perisa apa?" Mika menyoal aku tentang perisa ais kirm itu. Aku nak ais krim vanilla. Mmm... Sedapnya...

"Aku nak ais krim ni." aku menunjuk ke arah ais krim vanilla yang berada di situ. Dia memilih ais krim yang sama seperti aku. Kemudian, Mika membayar dua bekas ais krim vanilla. Lalu, memakannya. Alya kembali semula ke Baskin Robbins.

"Korang makan tak tunggu aku." kata Alya.

-skip(dua hari kemudian)-

'Eh, itu Mika! Dia dengan.... Alya. Alya buat apa dekat sini? Dia pun nak belajar dekat sekolah ni? Baik tanya dia sekarang. Ada masa lagi ni.' kata aku di dalam hati. Aku terus berlari anak ke arah Mika dan Alya.

"Assalamualaikum, Alya. Kenapa kau ada dekat sini? Kau nak belajar sini ke? Bila masa kau daftar masuk sekolah ni?" tanyaku bertubi-tubi tentang keberadaannya di sini.

"Waalaikumussalam, Amani." jawab mereka serentak.

"Aku pergi jaga pagar dulu eh. Bye. Assalamulaikum." kata Mika lalu berjalan ke pagar sekolah.

"Waalaikumussalam." jawab Alya dan aku. Lalu, aku menahannya daripada berjalan ke sana.

"Awal lagi kau nak jaga pagar tu, Mika." kataku. Dia nak buat apa jaga awal-awal. Aku tahulah dia tu pengawas tapi tak payahlah nak jaga awal-awal. Nak tunjuk dekat cikgulah tu yang dia rajin hari ni.

"Baik kau dengan Alya tu pergi dewan sebelum aku denda korang." dia ugut kitaorang. Tak guna punya mamat. Nak ugut tu janganlah ugut nak denda. Macam tak ada benda lain nak ugutnya. Haish... Bakal suami siapalah tu? Bakal suami kaulah, Amani.

"Yelah." aku dan Alya mengalah. Siapa je tak tertawan dengan dia. Aku sendiri pun dah tertawan dengan dia. Kami menuju ke dewan untuk perhimpunan pagi.

Selepas perhimpunan pagi. Kelas aku, kelas 5 Emerald kecuali si ketua pengawas tu memasuki kelas. Aku duduk di tempat aku iaitu di sebelah pak cik aku a.k.a Mika. Lalu, eman orang gadis datang ke tempatku.

"Assalamualaikum, Amani." kata mereka berenam.

"Waalaikumussalam. Hai, kita belum berkenalan lagi, kan?" aku menjawab salamnya dan menyoal mereka.

"Ha'ah, alang-alang cikgu belum masuk kelas, kita boleh berkenalan." kata gadis pertama itu. Lalu, gadis kedua memulakan sesi berkenalan antarabangsa.

"Hai, nama aku Syarifah Syazana Insyirah. Kau boleh panggil aku Syazana." kata gadis kedua yang bernama Syazana.

"Nama aku pula Tengku Amanda Imani. Boleh panggil Amanda atau Imani. Tapi, diaorang panggil aku, Amanda." oh, ni nama gadis pertama tadi.

"Aku pula Engku Aira Zulaikha. Call me, Aira. Sebelah aku ni, kembar aku. Engku Aifa Sulaika. Call her, Aifa" diaorang kembar rupanya. Patutlah muka diaorang sama.

"Aku Tengku Farhani Insyirah. Panggil Farhani. Sebelah aku ni, Engku Camelia. Call her, Camelia."

"Dan nama aku, Tengku-" tak sempat aku memberitahu, mereka sudah memotong percakapan aku.

"Kitaorang dah tahu nama kau. Hari tu kan dah beritahu dekat satu kelas." kata Farhani.

Kemudian, Cikgu Arshad iaitu cikgu Bahasa Melayu memasuki kelas 5 Emerald. Lalu, Cikgu Arshad memberi salam dan memulakan pelajaran pada pagi ini. Tapi, Mika belum masuk kelas. Dia buat apa lama-lama dekat pagar. Nak couple dengan pagarlah tu. Mika memasuki kelas selepas setengah jam. Setengah jam tau! Lamanya dia dekat luar kelas.

"Kau buat apa lama-lama dekat luar sampai setengah jam tak masuk kelas?" aku menyoal secara perlahan. Kalau cakap kuat-kuat, cikgu marah.

"Aku denda budak lewat tadi. Lepas tu, cikgu minta aku tolong." dia menjawab pertanyaanku.

Denda lepas tu cikgu minta tolong sampai setengah jam. Biar betik! Takkan lama sangat denda and tolong cikgu tu. Denda maybe dalam 5-10 minit. Kalau tolong cikgu maybe dalam 10-15 minit. Tak ambil banyak masa pun.

"Lamanya. Kau buat apa lepas tu?" aku menyoal tetapi dia tidak menjawab. Maybe dia tengah ikut irama.

.........

"Amani, jom pergi kantin dengan kitaorang." kata Amanda sambil berjalan ke arahku yang diikuti oleh Syazana, Aira, Aifa, Farhani dan Camelia.

"Okay... jom. Kau tak nak rehat ke, Mika?" aku memaling ke arah Mika dan bertanya kepadanya.

"Tak pelah. Kejap lagi kawan aku datang bawakan makanan. Don't you worry about your future husband." kenapa kau cakap dekat depan kawan baru aku, Mika? Tak tahu malu betul kau ni. Kantoi tahu tak!!!

"Future husband?!" kata mereka berenam separa menjerit. Ya Allah... habislah aku. Nanti diaorang tanya pasal dia pula.

"Okey, okey. Perlahan sikit suara tu. Nanti orang lain dengar macam mana. Lepas tu, nak report cikgu. Tak de kerja." cikgu dah tahu pasal aku dengan Mika so tak payah risau pasal tu lagi. Lalu, seorang figura lelaki memasuki kelas 5 Emerald.

"Hey, Haziq. My food where?" brokennya English. Ni mesti waktu sekolah rendah selalu ponteng. Kami semua menggelakkan si dia.

"Nah. Lepas ni, jangan nak brokenkan English kau. Ingat sedap ke macam tu. Kau tengok diaorang. Diaorang gelakkan tau. Padanlah muka kau." kata lelaki tadi. Siapa Haziq?Ah, lantaklah. Siapa kisah?

Kami bertujuh berjalan ke kantin untuk rehat. Aku membeli sepinggan nasi goreng because that is my favourite food and yang lain beli makanan mengikut kehendak mereka.

Kami duduk di bangku dan membaca doa. Lalu, kami memakannya. Sambil-sambil tu, Amanda menanya tentang yang berlaku di dalam kelas sebentar tadi.

"Amani, kenapa Mika kata macam tu dekat kau? Kenapa kitaorang tak tahu pun pasal ni? Eh, lupa pula kitakan baru berkenalan. Apalah aku ni. Hahaha!!!" Amanda menyoal aku bertubi-tubi.

"Ha'ah, betul tu. Why?" Farhani mengiyakan kata-kata Amanda. Aduh, aku nak cakap apa ni?! Malu and takutnya aku nak cakap dengan diaorang ni.

"Dia cakap macam tu sebab kitaorang dah nak kahwin tak lama lagi. Dengar cerita, ramai perempuan sukakan dia, kan?"

"Ha'ah, pasal ramai perempuan tu betul. Tapi, kau jangan risau, Mika tak akan jatuh cinta dengan diaorang. Don't worry."

Kringg~

Loceng tamat rehat berbunyi. Kami memasuki kelas untuk pembelajaran yang seterusnya.

-skip-

"Amani, boleh tolong mummy?" mummy menanyaku. Mummy nak aku tolong apa eh? Buat kerja rumah ke masak?

"Boleh, mummy. Nak Amani buat apa?" aku sebenarnya dapat mesej daripada Puan Syazana iaitu mummy Mika. Dia suruh aku jumpa dekat butik pengantin. Maybe mummy nak aku pergi situ.

"Mummy nak Amani pergi butik pengantin dengan Mika. Mummy dah telefon kawan mummy untuk bagitahu Mika untuk ambil Amani."

"Okey, mummy. Amani bersiap eh. Boleh Amani bawa Iman sekali?" aku meminta izin mummy untuk membawa adik aku, Iman. Aku tak nak bawa abang sekali. Nanti terpengaruh dengan perangai dia.

"Bawa je, Amani. Mummy tak kisah." mummy bagi. Yeay!!! Aku menaiki tangga untuk ke bilikku dan memasukinya lalu bersiap untuk keluar bersama kekasih hati. Selepas bersiap, aku mengetuk pintu bilik adikku, Iman. Iman membuka pintu lalu bertanya.

"Kakak nak apa? Nak bawa adik keluar ke?"

"Kakak nak panggil adiklah. And ha'ah. Kakak bawa adik keluar. Pergi butik je. Tapi, kakak tahu adik akan sabotage kakak. Adik bagitahu semua tentang kakak dekat Mika. Adik, jangan macam-macam eh? Kakak tak suka." aku melarangnya untuk memberitahu tentang aku dekat Mika. Memang dia akan sabotage aku. Sebab tu aku pesan awal-awal sebelum dia bagitahu Mika.

"Suka hati adiklah, nak bagitahu ke tak. Jangan nak larang adik. Adik akan buat juga. Biar padan muka kakak. Hahaha!!!" apa masalah kau ni, adik? Selalu kacau kakak. Tapi, tak pe, tak pe. Kakak akan bersabar dengan adik.

Kemudian, adik aku bersiap dengan cepat. Aku dan adikku menuruni tangga dengan berhati-hati. Aku dan adikku menyalam mummyku lalu keluar rumah. Aku merapatkan diri dengannya. Dia tersenyum. Aku rasa dia gembira.

"Adik kau pun ikut. Tak pelah. Nanti boleh aku tanya dia macam-macam." Ya Allah, apa kena dengan diaorang berdua ni. Menyampah aku tengok.

"Abang Mika, tadi kakak ugut Iman. Dia kata, dia tak bagi Iman bagitahu tentang dia." aku membuka pintu kereta lalu masuk ke dalamnya. Aku merajuk dengan adik aku.

"Kenapa tu, Iman? Amani, kau merajuk ke? Comelnya, dia. Mesti anak-anak aku nanti comel-comel belaka." kau guna cara tu. Ia tak akan berkesan. Lalu, mereka berdua masuk ke dalam kereta.

Adakah ia mengambil masa yang lama untuk masuk ke dalam kereta? Aku rasa, tak lama pun. Diaorang sengaja nak lambat-lambat. Selepas beberapa minit, kami tiba di butik pengantin.

<TO BE CONTINUED>



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro