Bab 8
Votelah dulu ;)
Nuh menunggu Dhia di hadapan tadikanya. Sejak dia tahu Hana bekerja di tadika Dhia, Nuh menawarkan dirinya untuk mengambil Dhia setiap hari. Nuh merupakan sepupu kepada ayah Dhia iaitu Faris.
Pintu tadika dibuka. Kanak-kanak tadika keluar dengan ceria. Dhia yang ternampak Nuh terus berlari ke arahnya.
"Uncle Iyan!"
Nuh terus mendukung Dhia. Dahi kanak-kanak perempuan itu dikucup pantas.
"So, how school? Okay? Dhia jadi good girl ke naughty girl?"
Dhia mengangguk laju.
"Mestilah Dhia jadi good girl!"
Dhia berkata dengan riak yang ceria.
"Good! Kalau macam tu, lepas ni uncle bawa Dhia pergi makan aiskrim."
"Yeay!"
Dhia menjerit kesenangan. Namun, Nuh masih lagi tidak berganjak dari tempat dia berdiri dan memerhatikan pintu tadika itu. Dhia sedar akan tingkah pakciknya itu menegur.
"Uncle Iyan tunggu siapa?"
Nuh melutut di hadapan Dhia.
"Erm, uncle tak nampak pun Teacher Hana. Mana dia?"
"Oh. Teacher Hana tak datang hari ni. Teacher cuti."
Nuh mengerutkan dahinya.
"Cuti? Kenapa?"
"Teacher Hana cakap teacher tak sihat. Oh ya! Uncle Iyan tahu tak? Bibir Teacher Hana lebam. Teacher Hana cakap dia jatuh semalam. Kesian Dhia tengok teacher."
Nuh terkedu. Bibir lebam sebab jatuh? Takkanlah.
"Okaylah kalau macamtu. Kita pergi beli aiskrim."
"Jom!"
Mereka berdua menuju ke pusat beli-belah untuk mendapatkan aiskrim kegemaran Dhia.
***
Hana menunggu Arin di hadapan pusat beli-belah. Arin memberitahu bahawa dia habis sedikit lewat hari ini. Hana pun hanya menunggu Arin. Hana menghabiskan masa di kedai aiskrim untuk kali kedua. Lagi pula, Arin memang tahu dia akan selalu duduk melepak dekat sini. Sedang Hana makan aiskrim dengan menunduk, satu suara kecil menjerit memanggil namanya.
"Teacher Hana!"
Hana mengangkat wajah dan melihat si pemanggil. Tubuh kecil itu berlari ke arah Hana dan memeluknya.
Belum sempat dia mahu membuka bicara, ada seseorang yang menarik bahu Dhia dari belakang. Lelaki itu melutut sebelah kaki dan memandang Dhia.
"Dhia! Kenapa lepas tangan Uncle Iyan macam tu? Kalau ada apa-apa jadi macam mana?"
Mata Nuh menunjukkan bahawa dia benar-benar risau akan Dhia. Haihlah Encik Nuh ni. Prihatin betul!
"Maaf, uncle. Dhia seronok nampak Teacher Hana dekat sini."
Dapat Hana dengar suara Dhia semakin mengendur. Ketika itu, mata Nuh memandang Hana sebelum kembali memandang Dhia.
"Okay. Uncle maafkan Dhia. Tapi lain kali, jangan buat macam tu. Boleh?"
Dhia menganggukkan kepalanya. Nuh meletakkan tangannya di atas kepala Dhia dan mengusap perlahan.
"Good girl."
Nuh berdiri dan memandang wanita di hadapannya ini.
"Boleh tak Hana jagakan Dhia sekejap? Saya nak ambil pesanan saya."
"Sure."
Dhia duduk bersama Hana selepas Nuh berlalu pergi mengambil pesanan mereka berdua.
"Teacher buat apa dekat sini? Kenapa teacher tak rehat dekat rumah?
Hana tersenyum mendengar pertanyaan Dhia. Risau juga dekat aku budak ni.
"Teacher bosanlah duduk dalam bilik. Teacher duduklah sini makan aiskrim."
Sedang Hana mendengar celoteh Dhia, kerusi di hadapan Dhia ditarik. Nuh duduk di hadapan Dhia.
"Nah, aiskrim untuk puteri Dhia Awana."
Aiskrim berperisa coklat itu dihulurkan kepada Dhia.
"Yeay!"
Dhia dengan pantas mengambil mangkuk aiskrim itu dan makan dengan seleranya. Sedang Hana juga menyambung makan aiskrim vanilanya, Nuh menegur.
"Sakit lagi ke bibir awak tu?"
Hana memandang Nuh. Dia hampir terlupa tentang bibirnya yang lebam itu.
"Tak sakit pun. Terima kasih, Encik Nuh."
"Saya nak minta satu permintaan boleh?"
Hana memandang Nuh dengan mengerutkan dahi.
"Apa?"
"Just call me Nuh. Tak perlulah berencik dengan saya. Awak bukan pekerja saya."
"Tapi, saya muda lagi. Saya baru lapan belas. Tak sopan rasanya untuk saya panggil encik dengan nama saja."
Dapat Hana lihat wajah Nuh sedikit terkedu apabila Hana menyebut tentang umurnya. Muka aku ni nampak tua ke? Yelah. Mana ada budak lepasan SPM kerja dekat tadika. Erm, bukan tiada. Cuma jarang.
"Oh! Saya baru tahu awak lapan belas. Erm, boleh kita kawan? Saya baru saja dua puluh empat. Beza enam tahun saja. Boleh kan?"
Kawan? Nuh nak berkawan dengan aku? Biar betik?
"Erm, tapi Encik Nuh. Kita pun baru jumpa tiga kali."
"Tapi saya dah pernah bayarkan makan awak. Friends treats each other right? So, kita dah berkawan."
Ah sudah! Dia ungkit pula pasal tu. Hana pula lupa nak ucap terima kasih.
"Encik Nuh, pasal makan haritu saya minta maaf. Saya bayar balik duit Encik Nuh."
Hana menghulur sekeping not dua puluh ringgit kepada Nuh dan duit itu dipandang sepi.
"Okay macam ni. Saya ikhlas bayarkan makan awak haritu. Niat saya nak berkawan dengan awak saja. Awak tak nak berkawan dengan saya ke?"
Hana menelan liurnya. Apa yang senget sangat mamat ni? Beria-ia betul nak kawan dengan aku.
"Bagi saya sebab kenapa saya kena berkawan dengan Encik Nuh."
Wah Hana! Berani mati kau ya tanya soalan macam tu?
"Sebab saya nak kawan dengan awak."
Hana memandang Nuh dengan hairan. Apa punya alasan dia bagi ni?
"Tapi saya tak nak terhutang budi dengan orang. Encik Nuh ambil lah duit ni."
Hana masih belum mahu mengalah. Begitu juga Nuh.
"Okay macam ni. Kalau awak nak saya terima duit awak, kita kena berkawan. Win-win situation. Deal?"
Sekarang ni, Hana yang sesak nafas. Apa mendesak sangat Nuh ni? Tapi kalau tak diikutkan, nanti aku berhutang dengan dia pula.
"Deal."
***
"Weh sumpahlah Nuh tu ajak kau berkawan dengan dia?!"
Arin yang sedang memandu itu bertanya kepada Hana bagai mereka ini jauh sebatu.
"Ey! Aku kat sebelah kau jelah. Janganlah menjerit macam aku ni dekat Perlis."
"Hehehe! Sorry. Aku excited tau! Apa kau fikir senang ke nak jadi kawan kepada jejaka bernama Nuh Ariyan Harriz?"
Soalan Arin membuatkan Hana mengerutkan dahinya.
"Macam mana kau tahu nama penuh dia?"
"Kau ambil magazine kat seat belakang tu."
Hana memanjangkan tangannya dan ambil majalah yang Arin suruh. Kemudian, Hana membaca tajuk utama di hadapan majalah itu.
"Nuh Ariyan Harriz, anak kepada Tan Sri Nazim Raihan berjaya meraih kepercayaan putera Brunei untuk menjalankan majlis VIP di hotel NR PARADISE."
Mata Hana terbeliak melihat wajah Nuh terpampang besar di kulit majalah itu. Nuh anak pemilik hotel NR PARADISE? Dan dia pilih untuk berkawan dengan aku? Kenapa mamat ni?
"Hana, kau tahu tak? Seorang hamba allah yang bernama Nuh Ariyan Harriz juga dikenali sebagai pembawa emas dalam mulut."
"Hah? Kenapa pula?"
"Sebab dia tu hanya bercakap sepatah je. Paling banyak dia akan bercakap time meeting saja. Selain tu, dia akan diam. Dan dia tak ramai kawan. Sebab ramai yang cuba jatuhkan dia. Jadi, dia sangat memilih kawan."
Hana mendiamkan diri sekejap sebelum memandang Arin kembali.
"Mana kau tahu semua ni?"
"Hana, syarikat papa aku kan kontraktor tetap NR PARADISE. Mestilah papa aku tahu semuanya pasal hotel tu. Papa selalu juga cerita pasal hotel tu. That's why aku tahu."
Hana hanya menganggukkan kepalanya. Dia tidak tahu harus respon bagaimana. Hana tidak tahu apa niat Nuh mahu berkawan dengan dirinya. Malah, Nuh mendesak dirinya untuk berkawan dengannya. Tapi, entah kenapa Hana selesa apabila bersama Nuh sebentar tadi. Mungkin kerana sikapnya yang peramah itu membuatkan Hana selesa dengannya.
Kejap!
Nuh peramah?
Jika nak dibandingkan dengan apa yang Arin cakap tadi, dapat dia nilai bahawa Nuh bukanlah orang yang peramah. Dan Nuh juga bersifat beku. Tetapi kenapa dengan dirinya tadi Nuh macam ringan saja mulutnya?
Soalan itu dibukukan di dalam hati. Tidak mungkin dia mahu bertanya kepada Nuh begitu sedangkan jejaka itu sangat baik dengan dirinya.
XXX
Keep reading, vote and comment!😄
Dont forget to join my telegram channel!🎯
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro