Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 44

Vote and komen tau.
Last chapter ni ;)

"Ibu, ayah. hana dengan Nuh balik dulu. Maaf sebab tak boleh berlama kat sini. Lusa Hana ada exam."

"Takpe. Ayah dengan ibu faham. Kalau nak balik, baliklah. Pintu ni sentiasa terbuka untuk anak-anak ayah. jawab exam elok-elok tau."

"Baik, ayah. Hana akan jawab sampai dapat dekan."

"Jangan belajar je. Rehat juga tau."

Puan Halimah berpesan kepada hana.

"Baik, bu."

"Nuh bawa kereta elok-elok tau. kalau mengantuk, berhentilah dekat mana-mana yang selamat."

"Baik, ibu. Kami pergi dulu. Kirim salam pada acik dan Hasya. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Hana dan Nuh masuk ke dalam kereta dan mula membelah jalan raya. Sepanjang perjalanan pulang, Hana hanya tersenyum gembira. Nuh perasan akan riak isterinya itu menegur.

"Senyum lama-lama tu tak sakit cheeckbone ke, sayangku?"

Hana memandang Nuh yang sedang memandu.

"Tak. Sebab saya terlalu bahagia sekarang."

Nuh tersenyum nipis mendengar suara Hana yang kembali ceria itu.

"Abang suka dengar suara sayang ceria macam ni. Abang bersyukur sebab my love bug has returned."

Nuh memegang tangan Hana erat. Hana juga membalas pegangan itu. hangat sungguh setiap sentuhan suaminya. Hana berharap jodoh mereka akan berkekalan sehingga ke syurga.

***

"Yahoo!!!"

Semua pelajar yang keluar daripada dewan itu menjerit keriangan. Terlalu gembira kerana dapat mereka tamatkan semeseter pertama ini dengan jayanya. Hana juga tidak terkecuali gembiranya kerana dia telah menamatkan semester pertamanya. Dalam masa enam bulan ini, terlalu banyak perkara yang terjadi. Daripada perkenalannya bersama sang suami yang sangat memahami sehingga hubungan keluarganya kembali pulih. Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa bersyukurnya Hana kerana diberi kesempatan untuk membina fantasi yang diimpikannya.

"Hana!"

"Arin!"

Hana berlari mendapatkan Arin lalu dipeluk erat sahabatnya itu.

"Tahniah, babe! Another five semester to go!"

"Ye weh! Aku sumpah tak sabar nak tempuhi sem depan. Kau balik dengan parents kau ke?"

"Tak. Mama papa tak dapat datang. Aku balik sendiri je. Kau balik mana? Rumah cik abang ke Kuantan?"

Hana tersipu-sipu malu dengan soalan Arin.

"Rumah cik abanglah. Hehehehe! Aku balik Kuantan lambat sikit kut. Cuti tiga minggu kut. chill lah."

"Yelah. Oh ni. Aku nampak kereta Encik Nuh dekat depan tadi. Kau pergilah tengok betul ke idok."

"Seriuslah? Okay. aku tengok kejap."

Hana menuju ke depan asrama lalu dapat dia lihat seorang jejaka tampan berkemeja putih, seluar hitam dan memakai cermin mata hitam yang sedang bersandar pada but kereta. Dapat juga Hana lihat sejambak bunga ros merah digubah cantik dalam genggaman Nuh.

"Abang!"

Hana terus berlari dan mendakap tubuh sasa itu. ubun-ubunnya dikucup kejap sebelum bunga itu bertukar tangan.

"Congrats sebab dah berjaya habiskan exam. Abang yakin result sayang mesti gempak."

"Ehehehehe! Thank you, love!"

Nuh mencuit manja hidung Hana. rindu benar untuk melihat wajah itu.

"Hana!"

Hana berpaling memandang suara itu. Mampos! Rahsia terbongkar juga. Hanim mendekati rakan sebiliknya itu. niatnya mahu ajak naik ke bilik bersama-sama, namun lain pula jadinya.

"Nuh? Nu...Nuh Ariyan Harriz?"

Tergagap-gagap Hanim menyebut nama penuh Nuh. terkejut benar gamaknya.

"Yes, i am. And this is my wife."

Nuh merangkul bahu Hana yang hanya tayang sengeh kambing pada Hanim.

"Wife? Hana! kau tak cakap pun!"

Adui!

"Okay, jom naik bilik dulu. Aku cerita dekat atas."

Hana memandang Nuh.

"Boleh kan abang tunggu saya kejap?"

"Sure, love bug. I'll wait for you. Pergila kemas mana yang patut."

"Thank you."

Masuk sahaja di dalam bilik, Hanim dah tayang muka cemberut.

"Ceritalah."

"Aku dengan Nuh dah kawin dekat tujuh bulan."

"What?! Sampai hati kau tak bagitahu aku. Aku roommate kau kut. Sampai hati."

"Bukan aku tak nak cerita tapi kau kan mengidolakan laki aku. Mahu aku kena cincang kalau kau tahu. Sebab tu aku rahsiakan hal ini dari kau. maafkan aku, Hanim."

Hanim menghela nafas berat. Nak marah lama-lama pun tak guna.

"Okay, aku maafkan. tapi, aku bukanlah minat dekat encik Nuh tu sampai nak cincang siapa yang kawin dengan dia. Aku dah ada orang yang aku sukalah."

Fuh! Lega Hana mendengar perkara itu.

"Hana, kalau kau ada buat majlis, ajaklah aku tau."

"Ehehehehe! Beres sis."

***

Hana begitu teruja apabila sampai di rumah. Bolehlah dia jadi isteri sepenuh masa untuk tiga minggu ini tanpa memikirkan hal pelajaran.

"Abang, boleh tak abang masakkan ayam sambal sos? Saya teringinlah nak makan yang abang masak."

"Boleh je sayang. Sekarang ni, sayang naik atas dulu, mandi. Nanti kita solat jemaah. Abang nak tengok barang dapur kejap."

"Okay!"

Selepas lama mengidam, Hana akhirnya dapat makan ayam sambal sos air tangan suami. Tiga pinggan Hana tambah masakan Nuh.

"Sayang, sedap sangat ke abang masak? Dah tiga pinggan sayang tambah."

Hana hanya sengeh kambing dengan soalan suaminya.

"Sedap! Sedap sangat. Erm, abang. Lepas makan, kita tengok movie nak?"

"Movie? Boleh! Cepat makan. nanti kita tengok ada cerita apa yang best."

Hana hanya menganggukkan kepalanya. Teruja dengan apa yang mahu disampaikan nanti.

***

Selesai mengemas meja, Nuh duduk di atas sofa.

"Sayang! Cepatlah! Kata nak tengok movie."

Hana keluar daripada bilik dan menuju ke arah Nuh. Secara spontan Nuh mendepakan tangan kirinya dan memberi ruang untuk Hana berada di dalam pelukannya.

"Movie apa?"

"Any movie that you want to watch, love bug?"

"Erm, spongebob yang baru tu? Boleh?"

"Boleh."

Nuh menekan cerita kartun Spongebob yang kini terkena di Netflix. Sedang mereka melihat dan tertawa bersama apabila menonton cerita itu, Hana meleraikan dakapan mereka dan memandang Nuh.

"Abang, can i ask you one question?"

Nuh yang mengalihkan pandangannya kepada Hana.

"For you, i can answered trilion question."

"Mengada. Erm, nak tanya. Kenapa love bug? I mean, am i too cute sampai abang panggil saya love bug?"

Nuh tersenyum sendiri dengan soalan Hana. difikirnya apalah.

"Yes, love bug. You are the most cutest person that i ever see."

"Tapi, lepas ni, you might have other love bug."

Nuh mengambil remote dan memberhentikan sebentar cerita mereka.

"What do you mean?"

Hana menghulurkan satu kotak panjang kepada Nuh.

"Apa ni?"

"Bukalah."

Nuh membuka kotak itu. Dapat dia lihat satu alat yang berwarna putih yang mempunyai dua garis merah di atasnya. Nuh memandang Hana.

"Love bug, you're pregnant?!"

Hana hanya mengangguk dan tersenyum ceria. Sekelip mata tubuh itu berada di dalam dakapan Nuh.

"Ya Allah, sayang. Inilah berita yang paling gembira dalam hidup abang. Thank you, love bug."

"Most welcome, abang!"

Akhrirnya, kejutannya ini menjadi! Susah juga pada awalnya nak sembunyikan hal ini daripada Nuh. Mujur saja dirinya tidak ada morning sickness.

Now, there will be NuHana junior!
***

Dua tahun kemudian...

"Umi!"

Anak kecil itu menjerit memanggil ibunya yang baru sahaja keluar daripada dewan graduan.

"Sayang umi ni."

Dikucup ubun-ubun anak lelakinya itu.

"Haffaz je? Walid dia ni tak nak kiss sekali?"

Nuh mula cuba untuk mencuri perhatian isterinya.

"Abang! Apa cakap macam tu depan anak."

"Heh! Apa-apa pun, happy graduation, sayang!"

Sejambak bunga diberikan pada Hana. bunga ros merah lagi.

"Tengok ni, Haffaz. Walid kasi umi bungalah."

"Yeay! Umi like flower."

Haffaz yang baru sahaja masuk tiga tahun itu sudah mula petah bercakap. Maklumlah, si kecil ini turut mendengar segala kuliah yang didengari ibunya. Selepas semester pertama tamat, Hana disahkan mengandung empat minggu. Hana terpaksa menangguhkan satu semester pengajiannya dan bergraduat sedikit lambat. Sepatutnya dia bergraduat bersama Arin namun takdirnya berbeza dan dia bahagia.

Haffaz Numair.

Itulah nama putera pertama kepada umi dan abinya. Anugerah ini tidak terkata syukurnya.

"Sayang, jom pergi sana. Family kita semua ada dekat sana."

"Jom."

Bunga tadi kembali dipegang oleh Nuh untuk memudahkan isterinya mendukung Haffaz.

"Happy graduation day, Hana!"

Arin mendakap erat sahabatnya itu.

"Thanks Arin."

"Selamat bergraduasi, Hana. semoga lepas ni terus sukses dan menjadi isteri serta ibu yang baik pada Nuh dan Haffaz."

Puan Halimah mendoakan kejayaan anaknya itu. mengharapkan hanya yang terbaik untuk anak perempuan sulungnya.

Hana rasa sangat gembira kerana diberikan peluang ini untuk melihat semua ahli keluarganya ada bersamanya, melihat dia menamatkan pelajarannya. Kehadiran ibu, ayah, acik dan adiknya itu membuatkan Hansa sangat gembira.

Along dan angah?

Hariz masih berada di pusat serenti dan masih dalam proses pemulihan. Hadif pula dimasukkan ke hospital tanjung rambutan kerana depresinya itu sudah bertukar kepada masalah mental yang berat. Ternyata, Hadif juga turut hidup dalam bayangan ketakutan. Dia juga dipukul oleh pegawai-pegawai atasannya menyebabkan Hadif rasa tertekan dan akhirnya menjadi gila.

Hana dan keluargnya tidak pernah membuang mereka berdua daripada keluarga sebaliknya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Hariz dan Hadif.

Maaf?

Itu sudah pasti. Walau macam mana teruk sekalipun layanan Hadif dan Hariz terhadap dirinya, Hana sudah memaafkan kedua-dua abangnya itu.

***

"Haffaz sayang. Jom masuk tidur."

Haffaz diletakkan di atas katil single yang berada di dalam bilik Hana dan Nuh. Selepas memastikan Haffaz lena, Hana naik ke atas katil.

"Haffaz dah tidur ke?"

"Dah. Lena betul."

Nuh hanya tersenyum nipis.

"Erm, sayang. Abang nak bagi something."

Nuh mengeluarkan satu kotak baldu besar berbentuk hati. Koak itu dihulurkan kepada Hana.

"Apa pula ni?"

"Bukalah."

Hana membuka kotak itu. dapat dia lihat isi kotak itu adalah seutas rantai. Rantai itu disentuh. Rantai itu adalah rantai emas dan mempunyai loket berbentuk hati. Cantik!

"Cantiknya, abang."

"Suka tak?"

"Suka!"

Suara Hana jelas menunjukkan dia suak dengan pemberian suaminya itu. kenalah kawal sikit suara tu. Kalau tak, nanti si kecil tu bangun.

"Glad to hear that. Sebenarnya abang dah lama beli rantai tu masa abang belajar dekat Amsterdam dulu. Abang memang berniat nak bagi pada isteri abang kalau abang bernikah satu hari nanti. Kalau ikutkan, abang nak bagi masa kita mula-mula nikah. But i change my mind. Abang nak bagi masa sayang dah jadi graduan."

Hana menutup kotak itu dan tangan Nuh dicapai.

"Abang, thank you for everything. Abang selalu terima segala baik buruk saya. Tak pernah abang tinggikan suara pada saya. segala silap saya abang tegur dengan baik. Masalah keluarga saya pun abang selesaikan secra baik. Abang selalu berikan saya semangat di saat saya berada dalam keadaan yang paling susah. You are the prince charming that i've been waiting. I love you."

"Knowing you is the most beautiful thing that ever happen in my life. Abang terlalu beruntung kerana dikurniakan isteri setabah awak, sayang. You are the only my half cinderella that i wish to save. I love you too, sayang."

Hana memeluk tubuh sasa suaminya. Segala kenangannya bersama Nuh tidak akan dia lupakan. Terlalu bahagia untuk dilupakan. Sejak kehadiran prince charmignya ini, kehidupan seorang cinderella ini berubah sepenuhnya. dia mampu untuk menghidupkan fantasi yang selama ini dia inginkan. Kini, dia tidak perlu berfantasi lagi kerana realitinya ini terlalu indah.

Ya allah, terima kasih atas nikmat kehidupan yang tidak pernah aku rasa selama ini. Aku tidak pernah berputus asa terhadap keajabiban-Mu kerana aku tahu engkau tuhan yang maha adil. Nikmat ini tidak mampu digambar bahagianya. Semoga kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke syurga-Mu. Aamiin.

-TAMAT-

XXX

habis dah...
And nak cakap awal2, no season 2 okay😂😂
Cukuplah IDT je. Ehehehhehe.😅
I'm sorry if the story like hambar ke or whatever. I'm trying my best. 🥺
Ehek! So, see you guys in next story?
Maybe tak dalam masa terdekat ni sebab i need to do my job as a student HAHAHAHA! Banyak assignment! 😙😭😂
Pape pun, all the best to all of you! Selamat belajar, bekerja dan apa2 sajalah yang korag buat sekarang.🤭❣❣❣

This is an end for #NuHana lovestory! 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro