Bab 43
Vote and komen tauuuu ;)
"Assalamualaikum."
Pintu rumah dibuka. Wajah Hafiy kelihatan disebalik pintu itu.
"Hana."
"Acik."
Hana terus memeluk tubuh Hafiy. Ini pertama kali dia memeluk abangnya ini. Hafiy hanya kaku dengan tindakan adiknya. Nuh pula hanya tersenyum.
"Acik dengan yang lain sihat?"
"Sihat, cuma ibu..."
Hafiy tidak meneruskan kata-katanya.
"Kenapa dengan ibu?"
"Ibu tak sihat sangat. Kaki ibu sakit. Ibu tak boleh berjalan sangat. Masuklah. Ibu ada dekat dalam."
Hana dan Nuh bergegas masuk ke dalam untuk bertemu dengan Puan Halimah. Dapat mereka lihat bahawa Puan Halimah ditemani Encik Malik dan Hasya. Hana dan Nuh bersalaman dengan Encik Malik terlebih dahulu sebelum mereka duduk di sebelah Puan Halimah.
"Ibu sakit apa? Kenapa tak nak pergi klinik?"
"Ibu kamu ni degil mana nak pergi klinik kalau sakit."
Encik Malik menjawab soalan Hana yang tidak berjawab oleh isterinya.
"Hrm, kalau macam tu, Hana urut kaki ibu. Ada minyak panas tak, Hasya?"
Hasya menghulurkan satu minyak urut kepada Hana. seluar disinsing kemudian Hana mula untuk mengurut kaki ibunya.
"Nuh urut kepala ibu tau."
Hana dan Nuh menjaga Puan Halimah sehingga waktu petang. Mereka mengurut Puan Halimah sehingga ibu mereka tertidur.
Selepas memastikan Puan Halimah lena dibuai mimpi, mereka berdua keluar daripada kamar itu.
"Kalau abang nak mandi, mandilah dulu. Saya nak masakkan ikan singgang untuk ibu."
"Kenapa ikan singgang?"
"Ibu tak suka bubur. Jadi, kalau ibu sakit macam ni, selalunya ibu akan makan nasi putih dengan kuah singgang tu. Lepastu, saya nak masak untuk kita makan malam."
"Ouh. Kalau macam tu, abang tolong sayang masaklah. Kejap lagi kita rehat sama-sama."
Hana tersenyum apabila Nuh menawarkan diri untuk membantu dirinya. Itulah sikap Nuh yang paling Hana puji. Sikap toleransi dan bekerjasama itu sangat kuat di dalam diri suaminya.
Sedang mereka berdua menyediakan masakan untuk makan malam, Encik Malik masuk ke dalam dapur.
"Anak dengan menantu ayah ni masak apa? Sedap sangat bau ni."
"Masak kari kepala ikan dengan ikan singgang, ayah."
Nuh yang baru sahaja memasukkan kacang bendi di dalam kari itu menjawab persoalan Encik Malik dengan senyuman.
"Sedap bau. Erm, Hana. ayah nak cakap sikit boleh?"
Api diperlahankan dan Hana memandang ayahnya.
"Cakap apa ayah?"
Nuh yang sedar dia tidak boleh mendengar perbualan ayah dan anak ini terus keluar daripada dapur. Encik Malik mula membuka bicara.
"Hana tak marahkan ayah lagi?"
"Ayah, Hana tak pernah marahkan ayah. apa yang jadi ni, Hana anggap ujian yang Allah beri supaya Hana lebih kuat. Ayah jangan risau. Hana tak marahkan ayah, ibu dan abang adik. hana sayangkan semua orang."
Encik Malik memeluk anak perempuannya itu. untuk pertama kali selepas belasan tahun, dia memeluk anak perempuan sulungnya.
***
Siap makan malam, Hana mengemaskan meja makan. Namun, kali ini dia tidak bersendirian. Hana dibantu oleh Hasya. Selesai membasuh pinggan, Hana didekati adiknya.
"Erm, kak. Adik minta maaf sebab selama ni adik tak hormatkan akak. Adik tahu adik melampau dan sekali pun tak pernah tolong akak. Adik layan kakak teruk. Banyak dosa adik dengan kakak. Maafkan adik."
Hana tersenyum mendengar panggilan kakak adik itu daripada mulut Hasya. Permintaan maaf daripada Hasya terlalu ikhlas. Jujur, Hana tidak menyalahkan Hasya atas layanan adiknya itu terhadap dirinya. Hasya terlalu dimanjakan. Biasalahkan anak bongsu. Manja.
Tanpa Hasya duga, Hana mendakapnya.
"Kakak akan sentiasa maafkan adik. Kakak sayangkan adik tau."
Hasya tersenyum lalu membalas pelukan Hana. ini kali pertama Hasya merasakan bahagia mempunyai seorang kakak.
***
Hana menyediakan makan malam untuk Puan Halimah. Selepas isyak, barulah Puan Halimah mempunyai selera untuk makan. Hana menyuapkan nasi epada ibunya sehingga licin pinggan.
"Sedap sangat eh ikan singgang yang Hana masak ni? Licin ibu makan."
Hana tersenyum memandang ibunya yang makan dengan berselera.
"Kenapa kau tetap buat baik dengan aku sedangkan aku layan kau teruk sangat selama ni? Aku pernah nak jual kau pun. Tapi kau masih baik dengan aku. Kenapa?"
Pertanyaan tiba-tiba Puan Halimah membuatkan Hana mengukir senyuman nipis.
"Ibu, walau macam mana pun layanan dan salah ibu, semua tu takkan sama dengan apa yang ibu dah buat. Ibu besarkan Hana sehingga Hana boleh belajar, bekerja dan sekarang mampu berumah tangga. Tanpa ibu, Hana takkan dapat semua ini."
"Tapi bukan aku yang lahirkan kau."
"Memang ibu tak lahirkan Hana tapi ibu besarkan Hana, susukan Hana, bersengkang mata untuk jaga Hana masa kecil. ibu kandung yang melahirkan Hana takkan pernah berubah dan ibu yang membesarkan Hana takkan pernah digantikan. Hana sayangkan ibu."
Menitis air mata Puan Halimah mendengar luahan ikhlas anaknya itu. Begitu tulus dan cekal hatinya.
"Maafkan, ibu. Maafkan segala kesalahan ibu pada Hana."
Hana memegang tangan tua itu.
"Ibu, Hana dah lama maafkan ibu. Tak pernah sekali pun Hana simpan dendam pada ibu."
Hana memeluk tubuh tua itu. Akhirnya, selepas belasan tahun, dia dapat memeluk tubuh itu. Tubuh yang banyak berjasa dalam membesarkan dirinya itu. Syukur, hubungan mereka sekeluarga sudah mula pulih.
XXX
Tikar dibentangkan dan mereka bertiga duduk di atas tikar itu. Buku Yaasiin yang dipegang itu dibuka dan mula dibaca berjemaah untuk disedekahkan kepada orang yang ada di dalam kubur ini.
Selesai membacakan surah suci itu, air bunga yang dibawa itu disiram di atas pusara yang agak gering itu.
"Halimah, harini abang datang dengan anak menantu kita. Hana dah kawin. Anak kita dah besar. Maaf sebab abang mungkiri janji dengan Halimah. Maaf sebab tak layan anak kita dengan baik. Tapi, Hana adalah anak yang mempunyai hati yang besar. Dia seorang yang pemaaf sama seperti ibunya. Tunggu abang dekat syurga, Halimah."
Luahan encik Malik itu jelas menunjukkan dia kesal akan perbuatannya. Dia berjanji pada isterinya untuk menjaga Hana dengan baik namun dia mungkiri janji itu.
"Betul cakap ayah, mak. Hana adalah seorang wanita yang sangat besar hatinya. Nuh beruntung sebab dapat isteri sebaik Hana. terima kasih mak sebab lahirkan wanita secekal Hana. Hanya Allah dapat balas kebaikan mak."
Luahan hati Nuh dan Encik Malik membuatkan Hana sedar bahawa dia sangat beruntung kerana dapat merasakan kasih sayang ini. Hana sangat bersyukur dengan nikmat ini.
Hana ditinggalkan sendirian di pusara ibu kandungnya. Nuh dan Encik Malik menunggu Hana di kereta untuk memberikan privasi kepada Hana meluahkan rasa.
"Mak, walaupun kita tak pernah berjumpa, tak pernah bertemu mata, Hana nak mak tahu yang Hana sangat-sangat sayangkan mak. Tanpa mak, Hana takkan lahir ke dunia. Terima kasih sebab mak sanggup berkorban nyawa untuk lahirkan Hana. mak, Hana janji dengan mak. Selagi Hana hidup dan masih mempunyai kudrat, Hana akan jaga keluarga Hana. Hana takkan sia-siakan mereka. Hana nak mak bangga dengan Hana. Hana sayangkan mak sangtat-sangat. Semoga kita bertemu di syurga."
XXX
1 chapter to go...
Dah ready ke?
Tak ready pun, kenalah ready....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro