Bab 42
Vote dan komen tauuuu ;)
Hana meneruskan harinya seperti biasa. Belajar seperti biasa dan hidup seperti biasa. Perbezaannya adalah Hana lebih mendiamkan diri. Makan pun sekali sehari. Nuh juga tidak dilayan apabila dia pulang ke rumah pada hujung minggu. Perangai Hana berubah menjadi terlalu dingin. Hana juga menjauhkan diri daripada Arin sehinggakan Arin sedikit terasa dengan Hana yang tidak pernah bersikap sebegini. Peristiwa dua minggu lalu yang mengubah dirinya. Disebabkan peristiwa itu, Hana menjadi seorang wanita yang terlalu dingin.
Kelas Hana yang terakhir pada minggu itu sudah tamat. Minggu depan akan bermula study week sebelum peperiksaan semester pertamanya. Sebaik sahaja dia sampai dia hadapan bangunan asrama, Hana dapat lihat satu kereta yang sangat dikenalinya.
"Sayang!"
Nuh berlari anak untuk mendapatkan isterinya itu.
"Kenapa datang sini? Patutnya abang ambil saya lepas exam."
"Minggu depan study week, kan? So, jomlah balik study dekat rumah."
"Tak nak. Saya nak belajar dekat sini. Abang baliklah."
Belum sempat Hana mahu berlalu, Nuh pantas memegang tangan itu.
"Please... i'm begging you..."
Melihat Nuh yang sudah merayu, tidak sanggup untuk Hana menolak permintaan suaminya. Cukuplah gelaran anak derhaka sudah menjadi miliknya ketika dia menengking ayahnya. Takkan nak jadi isteri derhaka pula.
"Okay, fine. Saya kemas beg kejap."
"Good. Abang tunggu sayang dekat dalam kereta."
Hana naik dan mengemaskan beg bajunya. Hanim sudah dikhabarkan melalui aplikasi whatsapp. Tidaklah rakan sebiliknya itu risau dengan dirinya.
Arin?
Hana dan Arin sudah seperti stranger sejak Hana mengetahui segalanya. Arin juga naik bingung dengan sikap Hana.
Selesai mengemas, Hana masuk ke dalam perut kereta suaminya.
"Seatbealt on! Can we start our vacation now, Mrs Nuh?"
Hana mengerutkan dahinya memandang Nuh.
"Vacation? Kita nak balik rumah je pun. Vacation apa bendanya."
Nuh menggelengkan kepalanya.
"Nope! We want to go to Pulau Rawa."
"Hah?!"
Kereta Nuh mula membelah jalan raya tanpa menghiraukan persoalan yang terlalu banyak daripada isterinya.
***
"Love bug, bangun. Kita dah sampai jeti. Jom turun tunggu bot."
Hana tersedar daripada lenanya kerana tangan kasar Nuh membelai lembut pipinya. Terpisat-pisat Hana membuka matanya.
"Seriously?"
"Yalah. Jom!"
Hana dan Nuh keluar dari perut kereta dan mengambil bagasi mereka.
"Abang dah packing barang awal. Patutlah beria-ia suruh saya ikut."
"Mestilah, sayang. Nama pun nak pergi bercuti. Kalau tak, habislah plan abang."
But kereta ditutup.
"Jom!"
Mereka hanya mengambil masa dalam sepuluh minit untuk menunggu bot yang akan membawa mereka ke Pulau Rawa itu. setibanya sahaja mereka di jeti Pulau Rawa, Hana sudah ternganga dengan keindahan pulau ini. Terlalu cantik. Air laut yang jernih dan pasir yang bersih itu sangat dikagumi oleh Hana. Nuh membantu Hana keluar daripada bot itu.
"Jom check in."
Hana hanya mengikut langkah suaminya di sebelah. Selesai daftar masuk, mereka diiringi ke tempat penginapan mereka. Beg diletakkan di sebelah almari yang besar dan Nuh berbaring di atas katil.
"Penatnya, sayang."
Nuh memejamkan matanya dan merehatkan kepala di atas paha isterinya. Hana mula bermain-main dengan rambut Nuh dan menatap wajah bersih suaminya.
Kenapa rasanya sudah lama aku tidak bermanja dengan suami aku sendiri?
Hana mengeluh berat. Perkara yang terdetik di hatinya itu tidak salah. Sejak peristiwa itu, Hana turut menjauhkan diri daripada Nuh.
"It's okay, love bug. Abang faham yang sayang perlukan masa untuk hadam lagi semua ni. I'll wait."
Hana terkedu dengan kata-kata Nuh. Dia boleh baca fikiran aku ke?
"Yes, i can."
"Abang. Tak kelakarlah."
Nuh tertawa kecil sebelum bangun daripada baringannya. Tangan Hana dipegang erat dan dia memandang wajah isterinya.
"Sayang, abang faham semua yang berlaku ni terlalu mengejut. Abang yakin yang sayang pun masih belum boleh terima semua ni. So, you can take time as much as you want. Abang tak paksa. I'm doing this sebab abang nak tolong sayang tenangkan fikiran. Tu je."
Hana terkedu dengan kenyataan Nuh. suaminya ini terlalu memahami dirinya. Tidak pernah meninggikan suara walau Hana sedar dia banyak membuatkan Nuh terasa hati dengan sikap dinginnya ini.
"Abang, i'm sorry and thank you. Sorry sebab saya tahu abang terasa dengan sikap dingin saya sekarang. Thank you sebab tak pernah marahkan saya dan selalu cuba buat saya happy. I think, i am the luckiest girl in this world because i have the most understanding husband. I love you, abang."
Hana meletakkan dirinya di dalam dakapan Nuh. pelukan Nuh sentiasa hangat dan selesa untuk Hana.
"I love you too, love bug. So, candle light dinner tonight?"
Nuh menundukkan wajahnya untuk melihat wajah Hana. laju sahaja isterinya menganggukkan kepalanya. Ubun-ubun Hana dikucup lama. Nuh lega kerana senyuman itu kembali terukir di bibir merah isterinya.
***
"Arin, aku minta maaf. Aku tahu aku salah sebab ignore kau macam tu. Tapi aku buat tu semua bersebab."
Hana menghubungi Arin selepas makan malam selesai. Dia tahu pasti sahabatnya itu terasa dengan sikap dinginnya ini.
"Chill lah. Encik Nuh dah bagitahu semuanya pada aku lepas kau dingin macam ais batu."
"Nuh dah bagitahu kau? maknanya, kau dah tahu semua pasal aku?"
Hana terkejut dengan kenyataan Arin.
"Ya. Aku dah tahu semua. Kau jangan risau. Aku faham kalau kau perlukan masa menyendiri. Aku tak marah pun. Kau sabar, okay? Aku tahu kau kuat. Encik Nuh ada dengan kau. Aku pun akan selalu ada kalau kau perlukan aku."
Hana tersenyum sendiri dengan pesanan Arin. Begitu beruntung menjadi seorang Nufa Hana. Walaupun derita bersama keluarga kandungnya, kebahagiaannya masih ada bersama keluarga mertua, suami dan sahabat. Sudah tentu juga nikmat kehidupan ini menandakan dia masih diberi peluang oleh Allah untuk memperbaiki diri dan sentiasa bertaubat.
"Thanks, Arin. Terima kasih sebab tak pernah desak atau tanya aku apa-apa. In fact, kau faham perasaan aku. Thanks."
"Most welcome and aku akan selalu cuba faham kau. dahlah. Tengah honeymoon kan? Enjoy your vacation. Bye!"
Panggilan itu terus dimatikan. Hana tersenyum sendiri dengan karenah Arin. Honeymoon?
"Dah habis call?"
Nuh duduk di sebelah Hana.
"Dah. Abang dah siap mandi?"
"Dah. Erm, tolong keringkan rambut abang boleh?"
Tuala dihulurkan kepada Hana dan disambut dengan baik. Kepala Nuh dikeringkan dengan perlahan.
"Abang, kita ni tengah honeymoon ke?"
"Of course lah! Penat abang prepare semua ni. Kita kan tak pernah pergi honeymoon lagi. So, anggaplah ni honeymoon kita, okay?"
Hana tersenyum mendengar penjelasan Nuh. selesai mengeringkan rambut sang suami, Hana duduk di hadapan Nuh.
"Thanks for everything. Saya hargai sangat-sangat."
"Your welcome, love bug! Abang lega sayang suka. So, can i get my payment tonight?"
Hana mengerutkan dahinya.
"Payment?"
"Yes. My payment."
Senyuman Nuh sudah cukup menerangkan segalanya.
***
Juzuk ammar dibaca dengan lancar oleh Nuh untuk sesi tadarus mereka pada pagi itu. Hana hanya mendengar bait-bait ayat itu. makhraj huruf disebut dengan tepat tanpa sebarang kesalahan. Hana juga turut mengikut baca mana-mana surah yang dia hafal. Selepas itu, sesi tazkirah tahajjud disampaikan oleh Nuh.
"Syurga menempatkan orang-orang yang mempunyai iman di dalam hatinya. Sayang tahu kisah lelaki terakhir yang masuk syurga?"
Hana menggelengkan kepalanya.
"Perkara ini adalah hadis sahih yang melebihi lima periwayatannya. Banyak Nabi Muhammad ceritakan pasal lelaki ini. Diceritakan bahawa lelaki itu merangkak naik ke atas untuk masuk ke dalam syurga kerana neraka ini bersifat seperti gaung. Nabi Muhammad sendiri bersabda bahawa baginda tahu namanya dan baginda lihat wajahnya. Itu adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad yang Allah berikan kepada baginda. Lalu, lelaki itu melalui titian sirat. Kalau sayang nak tahu, semua orang akan melalui titian sirat termasuklah baginda Nabi SAW. Kemudian, rasulullah berkata, kadang lelaki itu merangkak kadang meniarap untuk melintasi titian sirat. Dan akhirnya dia pun sampai. Namun, dia bukan sampai di syurga."
Nuh sengaja membiarkan ceritanya itu tergantung sehingga Hana bertanya.
"Bukan sampai di syurga? Habistu, sampai di mana?"
Nuh tersenyum dengan riak ingin tahu Hana.
"Lelaki itu sampai di depan pintu syurga. Syurga ini luas. Jadi, pintunya jauh lagi. Kalau sayang nak tahu, titian sirat ini terlalu panjang ukurannya."
"Macam mana abang tahu yang titian sirat tu panjang?"
"Sebab nabi ada sebut yang orang yang berjalan di atas titian sirat ini mampu menghidu wangian syurga sedangkan perjalanannya untuk sampai ke syurga mengambil masa lagi lima ratus tahun."
Membulat mata Hana mendengar perkara itu.
"Wanginya syurga."
"Yes. Syurga terlalu wangi. Nak dengar lagi tak pasal lelaki tadi?"
"Nak!"
Hana menjawab persoalan Nuh seperti anak kecil. Jadi, Nuh pun menyambung kisahnya.
"Lelaki terakhir ini adalah manusia paling miskin di dalam syurga Allah. kedudukkannya yang paling last. Apabila dia sampai di depan syurga, lelaki itu dapat lihat satu pokok yang rendang dan dibawahnya mengalir satu sungai. Sampai sahaja lelaki itu di situ, Allah SWT yang menyambut kedatangan lelaki itu. it's means, orang yang sebelum lelaki terakhir ini telah mendapat lebih lagi apabila Allah menyambut mereka. Kemudian, lelaki itu berbual dengan Allah SWT. Lelaki itu bertanya, ya allah, boleh tak engkau dekatkan aku dengan pohon yang rendang itu? Aku teringin hendak minum air sungai yang mengalir di bawah pohon itu. Kemudian, Allah berkata, wahai anak Adam, adakah kamu boleh berjanji bahawa kamu takkan meminta perkara lain selain daripada itu? sayang rasa, lelaki tu cakap apa?"
Nuh menunggu jawapan Hana yang masih memikirkan jawapan.
"Lelaki tu berjanji?"
"Pandai! Lelaki itu berjanji pada Allah yang dia takkan minta apa-apa lagi lepas tu. Lalu, Allah izinkan lelaki itu berteduh di bawah pohon itu dan minum air sungai itu. Tetapi, dia rasa kesal sebab sampai sahaja di pohon rendang itu, lelaki tadi melihat pohon yang lebih besar di hadapannya. Biasalah manusia kan. Mana pernah rasa cukup. Jadi, lelaki itu pun bertanya lagi. Ya Allah, boleh tak kalau aku mahu pergi ke pohon rendang yang lebih besar itu? Lalu Allah berkata, wahai anak Adam, bukankah baru saja sebentar tadi kamu berjanji yang kamu takkan minta yang lain? Lelaki itu mendiamkan diri dan menundukkan kepalanya. Kalau ikutkan, lelaki ini buat salah ke tidak?"
Nuh menyoal isterinya yang tekun mendengar.
"Salah sebab dia mungkiri janji."
Nuh tersenyum mendengar jawapan Hana.
"Betul. Perkara itu memang salah. Namun, lelaki itu minta kepada siapa?"
"Allah."
"Betul. Lelaki itu meminta kepada Allah yang sifatnya Rabbun Ghaffur iaitu maha pengampun. Allah pun mengizinkan dia. Tetapi, sampai sahaja di pohon kedua, lelaki itu melihat pohon yang lebih besar daripada yang pertama dan yang kedua. Pohon itu berada betul-betul di hadapan pintu syurga. Jadi, lelaki itu meminta kepada Allah untuk pergi ke pohon itu. Namun Allah mengulangi persoalan yang sama. Wahai anak Adam, bukankah tadi kamu sudah berjanji bahawa kamu tidak memintanya lagi? Walaupun begitu, Allah sifatnya Ar-Rahim dan Ar-Rahman. Maha penyayang dan maha mengasihi. Jadi, Allah izinkan. Sampai sahaja di hadapan pohon yang ketiga, lelaki tadi nampak apa yang ada di dalam syurga. Lalu dia meminta lagi. Ya Allah, boleh tak kalau aku nak masuk ke dalam? And yes. Allah izinkan. Nabi pernah sebut bahawa setiap manusia yang masuk ke dalam syurga akan lebih mengenali rumahnya di dalam syurga berbanding rumah mereka di dunia. If you want to know, dalam syurga semuanya istana."
Ternganga Hana mendengar perkara itu.
"Istana? Besarnya."
"Yes. Terlalu besar. Sebaik sahaja lelaki itu masuk ke dalam syurga, lelaki itu nampak seperti syurga sudah pun penuh. Hakikatnya, Allah hanya bergurau dengan lelaki itu. Allah sengaja menampakkan lelaki itu bahawa syurga telah penuh. Jadi, lelaki itu keluar dan berkata kepada Allah, ya allah, di dalam sudah penuh. Allah pun berkata, tidaklah. Ruang masih kosong. Masuk kembali. Disebabkan itu, lelaki itu masuk kembali ke dalam pintu itu. Namun apa yang dilihatnya adalah semua istana itu di dalam syurga itu sudah penuh. Lalu lelaki itu keluar lagi dan berkatakan hal yang sama. Allah menjawab, adakah kamu masih ingat tentang kehidupan kamu yang paling mewah saat kamu di dunia? Aku akan memberikan kamu satu, dua, tiga sehinggalah sepuluh kali ganda dengan keadaan bumi. Lelaki itu laju memintas percakapan Allah sehinga dia memberhentikan perkataan Allah dan berkata, kenapa engkau main-main dengan aku sedangkan engkau adalah tuhan sekalian alam? Lalu, Allah berkata, sesungguhnya apa yang aku cakap tadi akan aku berikan kepada engaku dan aku akan berikan kepada hambaku apa-apa sahaja yang aku mahu. Itulah pemberian Allah kepada lelaki terakhir yang masuk ke dalam syurga. Lelaki yang terakhir ini adalah hamba Allah yang paling lama tempohnya di neraka. So, moral of the story?"
Nuh menunggu jawapan Hana sebelum panjang isterinya memberikan pendapat.
"Kita sebagai manusia perlu selalu bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Setiap dugaan di dunia ini tidaklah bermakna apa-apa jika dibandingkan dengan ganjaran yang Allah dah sediakan untuk kita. Selagi kita yakin dan berpegang kepada agama, segala masalah yang dihadapi akan kelihatan mudah."
Nuh melihat wajah Hana yang sudah mula berubah. Nuh tahu apa yang isterinya rasakan kini.
"Same goes to you, love bug. Allah uji sayang dengan semua ni sebab Allah dah sediakan keindahan yang tak mampu sayang jangka dan bayangkan. Isteri abang seorang wanita yang cekal hatinya. Abang tumpang gembira kalau awak boleh hadapi semua ini dengan tenang. Allah pilih awak sebab Allah terlalu sayang dan rindukan awak. Dia tak nak awak lupakan dia walau sesaat. Sebab itu, ujian yang Allah berikan untuk memastikan awak sentiasa sebut dan berdoa kepada-Nya."
Hana memeluk Nuh erat. Air matanya mula mengalir. Betapa berdosanya dia kerana membiarkan keluarganya sebegitu. Memang keluarganya itu kejam tetapi bukan bermakna pertalian darah mereka terputus. Baik buruk mereka, keluarga tetap keluarga.
Nuh meleraikan pelukan mereka. Air mata isterinya diseka.
"Lusa kita balik jumpa ibu ayah, okay? kita minta maaf sama-sama atas semua salah kita pada mereka."
Hana menganggukkan kepalanya.
"Terima kasih, abang."
XXX
2 chapters to go...
And kisah lelaki terakhir yang masuk ke dalam syurga tu saya ambil dari ceramah ustaz wadi anuar. You guys boleh tengok kat youtube!🤭❣
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro