Bab 41
Vote and komen tau ;)
"Tuan! Urgent! Bukalah pintu!"
Pintu bilik hotel dibuka. Hana dan Nuh menginap di hotel kerana tempoh penyewaan rumah sewa di Kuantan sudah tamat. Mereka tidak terus ke rumah keluarga Hana bagi mempersiapkan diri dengan segala kemungkinan yang akan mereka dengar. Nuh mula menyoal pada wanita di hadapannya ini.
"Kenapa kelam-kabut sangat ni, Kamilia?"
"Erm, Taufik dengan Hariz."
"Kenapa dengan mereka?"
"Mereka kena tangkap dengan pegawai polis sebab kes seludup dan mengedar dadah."
Terbelalak mata Nuh mendengar perkara itu. Maknanya, tekaannya selama ini adalah benar. Hariz dan Taufik adalah penagih. Nuh sudah syak tentang perkara itu sejak dia ternampak kesan jarum di lengan Hariz dan Taufik.
"What?!"
Nuh meraup wajahnya. Disebabkan suara Nuh yang agak kuat, Hana turut menuju ke pintu.
"Kenapa, abang?"
"Erm, sayang masuk dulu. Nanti abang cerita."
Nuh kembali memandang Kamilia.
"Jangan sebarkan hal ini. Pastikan semua customer hotel tak tahu."
"Baik, tuan Nuh."
Kamilia berlalu dan Nuh mengeluh berat. Dugaan apa lagi ini, ya rabb?
"Abang? Why?"
Pintu ditutup dan Nuh membawa Hana duduk di birai katil.
"Sayang, kalau abang cakap ni, i really hope that sayang boleh bertenang dan bersabar."
Hana semakin takut dengan apa yang akan Nuh katakan.
"Along kena tangkap sebab kes seludup dan edar dadah."
"Apa?!"
Reaksi Hana sebijik dengan reaksi Nuh tadi. Jantung Hana bagai direntap apabila mendengar perkara itu. along penagih dadah?
"Abang, saya..."
"Shhh...sayang tak perlu cakap apa-apa. Sekarang, kita siap-siap untuk jumpa along. Lepastu, kita pergi rumah ibu ayah. Mereka perlu tahu hal ni."
Hana hanya menganggukkan kepala dan segera bersiap.
***
Encik Malik dan Puan Halimah terus bergegas ke penjara selepas mendapat panggilan daripada pejabat polis. Mereka mahu bertemu dengan Hariz. Anak-anak mereka yang lain berada di rumah.
"Kenapa along buat macam ni?"
Puan Halimah mengalirkan air mata apabila melihat anak sulungnya itu berada di dalam penjara. Mereka berhubung dengan menggunakan gagang telefon yang disediakan.
"Maafkan along, ibu, ayah. along tahu along banyak buat salah dengan keluarga kita. maafkan along."
Hariz juga sudah menyesali perbuatannya itu. Ikutkan hati, Encik Malik tidak mahu mengaku anak namun seburuk-buruk perangai Hariz, itu tetap anaknya. Gagang telefon itu diambil daripada tangan Puan Halimah.
"Maaf sebab ayah tak boleh nak ikat jamin along. Duit kami tak cukup."
Ketika itu, satu idea bernas muncul dalam kepala Puan Halimah. Dia menghapuskan air mata dan memandang suaminya.
"Nuh. menantu kita tu kan kaya-raya. Anak tan sri. Kita boleh minta tolong dia."
Sekali lagi, gagang telefon itu bertukar tangan.
"Along jangan risau. Ibu akan minta tolong Nuh."
"Tak perlu, ibu. Hana dan Nuh dah tawarkan diri untuk ikat jamin along tapi along yang tak nak. Biarlah along dekat sini dan tebus semua dosa-dosa along terutama dosa along pada Hana."
Puan Halimah mula bengang apabila mendengar perkara itu.
"Jadi, perempuan tu dengan suami dia dah datang jumpa along? Kenapa along nak bela anak perampas tu? Dia tu tak layak untuk dimaafkan."
Encik Malik hanya memerhatikan sikap isterinya. Tak habis-habis lagi dengan dendam lama.
"Ibu, Hana tak salah. Kalau ibu kandung Hana salah sekalipun, tak patut kita layan hana macam tu. Kesiankan Hana, ibu. Dia dah banyak makan hati dengan sikap kita semua. Tak perlulah ibu untuk terus menerus bencikan Hana."
Sikap Hana dan Nuh yang tetap mahu mengikat jamin Hariz membuatkan dirinya sedar bahawa dia terlalu kejam terhadap adik susuan sendiri. Walaupun selepas apa yang dia lakukan pada Hana, adiknya itu tetap memujuk suami untuk mengikat jamin dirinya. Nuh juga bukanlah seorang majikan atau adik ipar yang kejam tetapi sangat berhati mulia. Hariz menyesal kerana dia melayan Hana terlalu dingin dan kejam. Seharusnya, adiknya itu dimanjakan bukan disisihkan.
"Dah! Ibu tak nak dengar lagi alasan along! Ibu tetap akan paksa Nuh bayarkan jaminan along."
Gagang telefon itu diletakkan kasar dan Puan Halimah keluar daripada bilik lawatan itu.
***
Hana dan Nuh menunggu ibu dan ayah mereka pulang. Makan malam juga sudah disediakan oleh Hana. Dua hari berturut-turut dirinya mendengar khabar berita yang pedih. Dia cuba menceriakan ahli keluarganya dengan masakannya.
"Hana."
Hafiy menegur adiknya yang sedang mengatur meja. Hana memandang abangnya itu
"Ya, acik?"
"Acik nak minta maaf. Tak sepatutnya acik rahsiakan hal ini lama-lama daripada Hana. acik sepatutnya..."
"Takpe. Hana faham kenapa acik buat semua ni. Hana dah boleh terima siapa Hana. Cuma, Hana nak tahu siapa ibu kandung Hana. tu je."
Hana tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan abangnya ini terlalu lama. Memang benar masih tersisa rasa kecewa namun biarlah kekecewaan itu hilang sendirinya dengan ikatan adik-beradik mereka yang mula jernih ini.
"Terima kasih sebab tak marahkan acik lama-lama. Acik nak Hana tahu yang acik menyesal sangat sebab layan Hana teruk selama ni. Acik harap Hana maafkan acik."
"Hana dah lama maafkan semua orang yang ada dalam rumah ni. Bukan salah kalian sebab layan Hana macam tu. Cuma, Hana memang layak diperlakukan sebegitu. Dahlah bukan anak kandung ibu, hidup menumpang je dalam rumah ni tapi tak tahu bersyukur."
Belum sempat Hafiy mahu menjawab kata-kata Hana, ada satu suara lantang bersuara.
"Memang kau bukan anak aku."
Hana dan Hafiy memandang ke arah Puan Halimah.
"Jadi, kalau kau nak balas jasa aku besarkan kau selama ni, pujuk suami kau untuk ikat jamin anak sulung aku."
"Imah!"
Encik Malik yang baru masuk ke dalam rumah itu mula menyampuk percakapan isterinya.
"Awak cakap apa ni, Imah? Hana ni dah macam memang anak awak. Apa payah sangat nak faham?"
"Tak! Dia ni anak kepada perampas! Saya tak pernah ada anak macam dia! Walaupun dia anak abang yang sah, saya takkan pernah anggap dia anak saya!"
Dang!
Pintu dihempas kuat. Hempasan pintu itu membuatkan Nuh dan Hasya keluar dari bilik masing-masing.
"Sayang? Are you okay?"
Nuh mendekati isterinya itu. dapat dilihat mata Hana sudah berkaca-kaca.
"Ayah? acik? Apa yang dah jadi?"
Soalan Nuh itu tidak dijawab. Hana pula kaku di dalam pelukan Nuh.
***
"Ayah, Hana nak tahu semuanya. Siapa Hana, siapa ibu kandung Hana. apa yang dah jadi sebenarnya ni?"
Semua adik-beradik Hana turut berada di ruang tamu untuk mendengarkan cerita sebenar perihal diri Hana. puan Halimah sememangnya tidak berminat sudah beradu di dalam bilik. tangan kasar Nuh tidak melepaskan tangan kecil Hana walaupun sesaat untuk memberikan sedikit kekuatan kepada isterinya.
"Mak kandung kamu juga bernama Halimah. Halimah binti Mohsin bukan Muhsin."
Membulat mata semua orang yang mendengar perkara itu. Macam mana hana boleh tidak sedar tentang perbezaan satu huruf itu.
"Mak kandung kamu meninggal saat dia melahirkan kamu. Ibu juga melahirkan anak perempuan namun hidup bayi itu tidak hidup lama. Bayi itu hanya bertahan selama satu hari. Jadi, ayah ambil keputusan untuk merahsiakan kematian anak kandung ibu dengan meletakkan kamu sebagai bayi ganti. Mak kandung kamu tu isteri kedua ayah yang ayah rahsiakan selama belasan tahun. Ibu dapat tahu kebenaran kamu dan mak kandung kamu ketika kamu nak masuk tadika. Ibu mempersoalkan kenapa nama dan nombor kad pengenalannya pada sijil lahir lain daripada dia punya. Sijil lahir kamu ayah rahsiakan selama empat tahun daripada ibu namun semuanya terbongkar sebelum masanya. Sejak itulah, ibu layan kamu teruk. Along dan angah kamu juga mengetahui perkara ini bermula daripada hari itu."
Penjelasan Encik Malik yang panjang lebar itu membuatkan semua ternganga. Namun tidak Hana. riaknya terlalu tenang selepas mendengar semua perkara itu.
"Jadi, apa alasan ayah layan Hana dengan teruk selama ni?"
"Ayah layan kamu macam tu sebab ayah rasa kamu punca ayah kehilangan isteri ayah. Sebab tulah, ayah layan kamu macam tu."
Suara Encik Malik seakan-akan orang yang sedang menahan tangis. Menyesal dengan perbuatan dirinya terhadap satu-satunya anak bersama isteri keduanya itu.
Sedang mereka semua mendiamkan diri, Hadif tiba-tiba masuk memberi salam. Semua yang berada di ruang tamu itu memandang ke arah Hadif.
"Kenapa semua orang tegang sangat ni?"
Hana melepaskan pegangan tangan Nuh dan berdiri.
"Jadi, sebab tulah kau dengan ibu nak jual aku empat tahun lepas? Sebab kau dah lama tahu yang aku ni bukan anak kandung ibu. Sebab tu kau sanggup nak jual perempuan yang takde mak ni pada bos kau yang bodoh tu!"
Hana melepaskan apa yang dipendam selama ini. Kemunculan Hadif itu adalah punca utama Hana semakin meledak. Semua yang berada di situ terkejut dengan Hana yang tiba-tiba naik hantu.
"Kau cakap apa ni, perempuan? Aku tak faham."
Hadif cuba untuk menidakkan perkara itu. tidak mahu kelihatan salah di hadapan ahli keluarganya yang lain.
"Kau jangan buat-buat bodohlah, Hadif. Sebab duit, kau nak jual aku pada Badrul. Sebab fitnah kau dengan jantan tak guna tu, aku terpaksa hidup dalam ketakutan yang aku tak nak. Semuanya berpunca sebab kau!"
Hasya duduk dan mendakap Hafiy kerana ketakutan. Adegan ini sangatlah menakutkan baginya. Encik Malik mula menyoal kepada Hana.
"Apa maksud Hana? Angah dan ibu nak jual Hana?"
"Ya! Anak kesayangan ayah yang selalu ayah agungkan ni sebenarnya manusia paling jijik sekali sebab sanggup jual adik sendiri demi duit. isteri yang ayah sayang selama ni nak jual anak ayah dengan isteri kedua yang ayah rahsiakan selama belasan tahun tu. Anak lelaki ni yang selalu ayah banggakan dan diamkan semua kesalahan dia sebenarnya sama je dengan binatang!"
Nuh berdiri dan memandang Hana.
"Sayang, dah. Tak baik awak tengking ayah macam ni."
"Cukup! Saya tak nak dengar apa-apa lagi! Saya dah cukup terseksa nak simpan semua ni, Nuh. belasan tahun saya dianaktirikan seperti orang yang tidak ada perasaan. Sekarang, saya dengar alasan paling bodoh kenapa saya dilayan macam ni. Saya tak pernah tahu yang mak kandung saya dah meninggal semasa lahirkan saya dan saya disalahkan atas perkara tu. Saya hampir kena jual sebab nafsu duit ibu dan angah. Saya terpaksa hidup di dalam trauma ketakutan sebab saya dipukul teruk atas kesalahan yang saya tak pernah lakukan. Keluarga ni dah terlalu kejam dan zalim terhadap saya. Saya dah cukup terseksa, Nuh."
Luahan Hana itu membuatkan semua orang dia ruang tamu itu terkaku sendiri dan rasa sebak. Begitu kuat seorang perempuan yang bernama Nufa Hana dalam menangunggu semua rasa itu sendirian tanpa berkongsi dengan sesiapa. Masing-masing rasa menyesal dengan perbuatan mereka.
Encik Malik terutamanya. Rasa kesal itu tidak pernah luntur dari dalam dirinya kerana memperlakukan anaknya sebegitu.
Maafkan ayah, Hana.
XXX
3 chapters to go...
D
ont forget to join my telegram channel!🎯
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro