Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 40

Vote and komen tau ;)

Nuh melihat wajah isterinya yang sedang duduk bersembang dengan Puan Sri Diyana di laman. Jujur, Nuh terlalu kagum dengan sifat sayang dan kasih yang ada pada isterinya. Walaupun ibu dan abangnya mahu menjualnya, Hana tetap menyimpan rahsia ini agar keluarganya itu tidak disakiti. Ayahnya juga dirahsiakan daripada hal ini kerana tidak rasa bersalah. Allahu.

Hati awak terlalu mulia, sayang.

"Iyan, termenung apa tu?"

Lamunan Nuh mati apabila Noah menegurnya.

"Takde apalah, bang. Erm, bang. Iyan nak tanya sikit boleh?"

"Apa dia?"

"Apa yang abang Yan akan buat asalkan orang yang abang Yan sayang tu tak menangis dan tak sedih lagi?"

Noah mengerutkan dahinya.

"Kenapa orang yang Abang Yan sayang tu sedih pula?"

"Dia sedih sebab teringatkan perkara yang belum diketahui orang. Kiranya macam orang kesayangan Abang Yan tu ada simpan satu rahsia yang dia sorang je tahu. Dia rahsiakan perkara tu sebab tak nak lukakan hati orang yang dia sayang. Faham ke eh?"

Noah tertawa kecil dengan soalan adiknya itu.

"Hana ada rahsiakan sesuatu ke daripada Iyan?"

"Bukan Iyan tapi family dia."

Kejap!

"Abang Yan!"

Noah mengekek ketawa apabila Nuh termakan dengan umpannya.

"Tak baiklah perangkap orang macam tu."

Noah memandang adiknya selepas habis ketawa. Bahu Nuh diusap kejap.

"Iyan ada apa-apa ke nak share dengan Abang Yan?"

Nuh meghela nafas berat sebelum mula bercerita.

"Tak boleh nak share semua sebab ni pasal aib keluarga mertua Iyan. Jadi, apa yang Iyan boleh cerita adalah Hana ada rahsiakan sesuatu daripada family dia and Hana rahsiakan perkara tu sebab dia tak nak sakitkan hati ibu dan ayah."

Noah mendiamkan diri kejap.

"Erm, Iyan tahu tak pasal rahsia tu?"

Nuh mengangukkan kepalanya.

"Then? Apa yang Iyan rasa? Iyan rasa Hana patut jujur tak dengan keluarga pasal rahsia tu? Iyan nampak tak jalan penyelesaian kalau Hana bagitahu family dia pasal rahsia ni?"

Nuh mendiamkan diri kejap.

"Entahlah, bang. Iyan pun tak tahu."

"Hrm, macam ni. Abang Yan rasa ada baiknya Iyan dengan Hana jujur dengan family belah sana. Rahsia kalau simpan lama macam mana sekalipun, akan terbongkar juga. Lebih baik kita yang atur sendiri bila kita nak pecahkan daripada rahsia tu pecah secara tiba-tiba. Perkara yang tiba-tiba tu selalunya lebih menyakitkan daripada perancangan."

Nuh mengerti maksud Noah. Betullah tu. Sekurang-kurangnya, apabila semua orang tahu perkara yang sebenar dalam keadaan yang bersedia, tidaklah terkejut sangat.

"Thank you, bang. Iyan faham. Lepas ni, Iyan cuba bincang dengan Hana macam mana."

"Good. Abang Yan tak nak Iyan dengan Hana pendam masalah ni lama-lama. Cuba selesaikan sebaik mungkin. Abang Yan yakin yang keluarga Hana akan faham. Takkanlah mereka kejam sangat sampai tak boleh faham kenapa rahsia tu dirahsiakan."

Nuh mengeluh berat. Keluarga mertuanya bukan setakat kejam tetapi cukup zalim pada Hana. Terlalu zalim.

***

"Sayang, belajar rajin-rajin. Abang takkan balik Kuantan lagi for this one month. Jadi, setiap hujung minggu, abang ambil sayang dekat kampus okay?"

Hana tidak menjawab pertanyaan Nuh sebaliknya termenung.

"Sayang..."

Nuh memegang tangan Hana dan perkara itu mematikan lamunan isterinya.

"Love bug fikir apa?"

Nuh bertanyakan hal itu kepada Hana. Melihat mata Hana, Nuh merasakan ada sesuatu yang Hana fikirkan.

"Nothing tapi saya asyik..."

Ayat Hana terhenti apabila teringatkan kata-kata Puan Halimah.

Dia bukan anak aku!

Hana memandang Nuh.

"Asyik apa, sayang?"

"Saya asyik terfikir yang macam mana kalau apa yang ibu cakap tu perkara betul? Macam mana kalau saya ni betul-betul bukan anak ibu?"

Hana kelihatan tenang ketika mengucapkan perkara itu. Bukan seperti selalu di mana Hana akan menangis dan memendam rasa. Kali ini lebih kepada...redha.

"Sayang, everything happens for a reason. Awak diuji macam ni sebab awak kuat."

"No, abang. That's not what i mean. Maksud saya, abang tak nampak ke selama ni ibu berkeras cakap saya ni bukan anak dia? Ibu tak pernah cakap yang saya ni anak perempuan dia. Yang selalu ibu sebut adalah saya ni hanyalah perempuan dalam rumah tu. Sebab tulah ibu tak boleh nak terima saya. kalau betul saya bukan anak kandung ibu then, siapa ibu kandung saya?"

"Love bug, awak tak boleh cakap macam tu. Ibu cuma masih marah atas alasan yang kita tak pernah tahu. Saya yakin ibu boleh terima awak lepas ni. Sabar sikit okay?"

Hana tidak mahu berbahas soal ini bersama Nuh. sudah-sudahlah fikirkan keluarga yang sedikit pun tidak pernah kisah pasal dirinya. Apabila bersama suami, wajib seorang isteri menyenangkan hati suami.

"Okay. sorry sebab selalu susahkan hati abang."

"It's okay. abang faham. Sekarang, abang nak sayang fokus belajar je. Nanti kita bincang semula semua masalah ni."

Hana hanya mengerti. Selepas Hana selamat masuk ke dalam bangunan asrama, barulah Nuh mula membelah jalan raya dan memandu pulang.

***

"Erm, adik."

Hanim ditegur seseorang ketika dia mahu mengeluarkan duit di mesin ATM.

"Ya?"

"Saya nak tanya. Kenal Nufa Hana tak?"

Hanim melihat jejaka ini atas bawah.

"Kenal. Awak ni siapa?"

"Oh, saya ni abang dia. Datang nak melawat. Tapi saya call tak angkat."

"Kejap ea. Saya panggil dia kejap."

"Terima kasih."

Hanim mula mengatur langkah ke lobby louge. Hana menunggunya di situ.

"Hana, abang kau ada dekat gate besar. Nak jumpa kau katanya."

Hana mengerutkan dahi. Abang? Abang mana? Nak teka pun, dia ada tiga orang abang. Ke cik abang?

"Okay. thanks."

Hana mengatur langkah menuju ke pintu utama bersama Hanim. Terkaku kejap Hana melihat tubuh itu.

"Acik? Buat apa datang sini?"

Hana bersalaman dengan Hafiy.

"Sajalah datang nak lawat Hana. Acik ada nak tengok restoran kat sini. Ada rezeki, nak buka dekat area sini."

"Oh! Acik datang sorang je ke?"

Hafiy mula tayang riak bersalah.

"Angah ada dalam kereta tu. Erm, Hana dah makan? jom kita pergi makan dulu."

Hana tidak sanggup untuk menolak pelawaan Hafiy. Ini macam mimpi apabila abangnya datang dan melawat dia di universiti.

"Hana minta izin Nuh dulu, boleh?"

"Boleh. Call lah dia dulu."

Hana mendail nombor Nuh. mujur sahaja Nuh mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum, love bug. Kenapa?"

"Waalaikumusalam, abang. Erm, saya nak minta izin. Nak keluar makan dengan acik."

"Acik? Dia datang sana ke?"

"Haah. Acik nak tengok kedai dekat sini. Sambil-sambil tu, dia datang lawat saya. abang izinkan?"

Nuh berkira-kira mahu mengizinkan Hana pergi bersama Hafiy. Maklumlah selama ini mana pernah ahli keluarga mertuanya itu melawat Hana.

"Okay. abang izinkan. Jangan balik lewat sangat."

"Orite! Thank you!"

Panggilan dimatikan. Hana masuk ke dalam perut kereta Hafiy. Dapat Hana lihat Hadif yang duduk di tempat penumpang bahagian hadapan.

"Adab kau dah hilang ke? Tak reti nak salam aku?"

"Angah."

Hafiy menegur sikap abangnya yang keterlaluan itu. Semasa hendak ikut datang ke sini janji lain. Ini apabila sudah sampai, lain pula sikapnya. Hana terus bersalaman dengan Hadif selepas kena tembak sedas. Malas mahu dengar bebelan Hadif.

Mereka pun menuju ke satu restoran untuk makan tengah hari.

***

"Macam mana study? Okay?"

Hafiy mula bertanya tentang keadaan adik perempuan yang selama ini dia abaikan. Sejak mengetahui hal sebenar tentang Hana, Hafiy sedar dia bersalah kerana memperlakukan Hana sebegitu.

"Okay. seronok. Lagi dua minggu ada kuiz."

"Dah ready untuk kuiz tu?"

"Dah! Mestilah dah."

Hafiy hanya tersenyum melihat reaksi ceria Hana. semakin dia melihat Hana terseyum, Hafiy rasa amat berdosa. Kenapa dia sanggup melukakan perasaan Hana dan membiarkan adiknya itu menangis sedangkan Hana kelihatan paling cantik apabila tersenyum begini. Allah! berdosanya aku.

"Kenapa kau happy sangat ni?"

Pertanyaan Hadif mula merosakkan mood mereka. Hana dan Hafiy naik hairan.

"Salah ke adik nak happy, ngah? Apa masalahnya?"

Hana memandang Hafiy dengan wajah seakan-akan tidak percaya denga apa yang didengarinya.

Adik? Acik panggil aku adik? Hana tersenyum sendiri.

"Memanglah salah. Sebab dia, aku hilang gaji aku untuk bulan ni. Apa yang susah sangat kau nak ikut arahan aku? Aku suruh kau layankan tuan aku tu, bukannya suruh kau terjun gaung."

Separuh daripada gaji Hadif perlu diberikan pada Badrul sebagai 'denda' kerana Hadif tidak menunaikan permintaan ketua unitnya itu untuk bersama dengan Hana. Permintaan karut itu diminta lagi walaupun sudah tiga tahun berlalu.

"Hana lebih sanggup terjun gaung daripada kena layan jantan tak guna tu."

Hadif mendengus kasar dengan jawapan Hana.

"Kau lebih pilih gaji daripada adik kau sendiri, angah? Kau sanggup jual Hana untuk duit?"

Hafiy mula bersuara kerana terkejut dengan kata-kata abangnya yang sudah seperti orang hilang akal.

"Yes! Aku lebih pilih duit sebab dia ni bukan adik aku dan dia bukan anak kandung ibu!"

Kenyataan Hadif itu membuatkan Hana dan Hafiy sangat terkejut. Hafiy tidak menyangka bahawa Hadif akan membongkarkan perkara itu sekarang. Mujur saja orang di restoran itu tidak terlalu ramai. Jika tidak, pasti lebih kecoh.

"Apa? Hana bukan anak kandung ibu?"

"Yes! Kau bukan anak daripada rahim ibu! Kau tu..."

"Angah, dah!"

Hafiy laju memintas percakapan Hadif. Risaunya Hana akan jadi lebih sedih.

"Kenapa kau nak halang aku pula? Kau pun sebenarnya nak bagitahu perempuan ni pasal hal ni kan? Jadi? Apa bezanya?"

"Aku memang nak bagitahu Hana pasal hal ni tapi bukan hari, angah."

Hana memandang Hafiy.

"Acik pun tahu pasal ni?"

Mata Hana sudah berkaca-kaca. Realiti ini lebih buruk daripada yang dia sangkakan. Perkara yang terlalu tiba-tiba ini sangat menyakitkan.

"Hana, acik takde niat pun nak rahsiakan semua ni. Acik memang nak bagitahu Hana tapi..."

"Dah, diam! Aku tak nak dengar lagi semua ni!"

Hana terus keluar daripada restoran itu dan berjalan jauh daripada situ. Air matanya mengalir. Apa yang dia fikirkan sejak beberapa minggu ini adalah betul. Kebenaran apa lagi yang perlu dia hadap?

***

"Kau ni manusia jenis apa sampai kau kejam sangat dengan adik kau? kau nak jual adik kau sendiri!"

Hafiy hilang sabar dengan sikap Hadif yang terlalu taasub dengan wang sehingga sanggup menjual adik sendiri.

"Dia bukan adik aku."

"Jangan bercakap macam kau tak tahu hukum boleh? Hana tu tetap adik kita sebab ibu yang susukan dia. Adik-beradik susuan adalah mahram kita dan wajib kita jaga kebajikan dia."

"Dia tu anak perampas. Sampai bila-bila pun, aku tetap takkan pernah anggap yang perempuan tu adik aku."

Hadif pergi meninggalkan Hafiy sendirian di tempat letak kereta. Nak balik naik bas gamaknya. Hafiy mengeluh sendiri. Sudahlah hubungannya dengan Hana baru sahaja mula jernih. Namun, disebabkan mulut Hadif yang terlalu lancang, habis rosak hubungan adik-beradik yang baru hendak dibina.

***

Hana menangis teresak-esak di taman yang dia sendiri tidak tahu di mana keberadaannya. Hana tidak sangka bahawa perkara ini harus dia dengari sekarang.

Jadi, itulah punca kenapa ibu tak pernah layan aku dengan baik. Aku ni bukan anak kandung ibu. Habis tu, siapa aku? Kenapa aku berada di dalam keluarga ini sedangkan aku ini bukan anak kandung ibu.

Telefon Hana berdering untuk kesekian kalinya. Semua panggilan itu tidak dijawab kerana semua panggilan itu daripada Hafiy. Hana masih kecewa dengan sikap abang ketiganya itu kerana merahsiakan perkara ini.

Selepas beberapa ketika, telefon Hana kembali berdering tetapi kali ini bukan daripada Hafiy tetapi orang yang sangat dia perlukan sekarang.

"Assalamualaikum, sayang. How's lunch?"

"Abang..."

Membulat mata Nuh mendengar isterinya mula menangis menangis teresak-esak.

"Sayang! Kenapa menangis ni?"

"I need you..."

Rintihan itu membuatkan Nuh rasa sakit hati. Apa lagi yang berlaku pada isterinya.

"Okay, sayang. I'll fetch you. Sayang dekat mana?"

"I don't know..."

Hana memandang sekeliling sebelum dia kembali menangis. Baru dia sedar dia tidak tahu di mana dia berada. Sudahlah hatinya sudah hancur kerana kebenaran tadi. Nuh meraup wajahnya. Allah! apa yang terjadi sebenarnya ni?

"Okay, takpe. Just send me your location, okay? abang ambil sayang sekarang. Tunggu tau. be safe, love bug."

Panggilan dimatikan dan Hana menghantar lokasinya pada Nuh. sungguh sekarang dia hanya memerlukan suaminya. Selepas lima belas minit menunggu, akhirnya Nuh tiba.

"Abang..."

Hana terus memeluk tubuh tegap itu. Tangisannya yang tidak berhenti daripada tadi disambung dalam pelukan suami. Nuh tidak mampu untuk bertanyakan apa-apa sebaliknya hanya membalas erat pelukan isterinya. Kata-kata pada saat ini tidak membantu. Nuh hanya membelai lembut kepala Hana. Mengharapkan tangisan isterinya ini akan reda secepat yang mungkin.

Nuh membawa Hana pulang ke rumah mereka selepas tangisan Hana reda. Jika dihantar ke universiti, Hana akan jauh daripada pandangannya. Dalam keadaan ini, dia mahu bersama bidadarinya. Mujur saja esok hari Jumaat dan Hana tidak mempunyai apa-apa kelas.

Setibanya mereka di rumah, Nuh membawa Hana masuk ke dalam bilik.

"Sayang mandi dulu. Abang sediakan makan malam."

Nuh tersenyum tawar sebelum keluar daripada kamar mereka. Hatinya tidak betah melihat Hana mendiamkan diri sebegitu. Apa yang terjadi sebenarnya?

Hana terus masuk ke dalam bilik air dengan tidak mencabut sehelai pun pakaian yang ada di tubuhnya. Pintu ditutup namun tidak berkunci. Pancuran air dibuka dan Hana duduk memeluk tubuh di bawah pancuran itu. Air matanya mengalir seiringan dengan air yang turun itu. Hatinya masih belum menerima tentang keadaan ini.

Nuh masuk ke dalam bilik itu selepas menyediakan makan malam. Nuh melihat ke arah pintu bilik air. Sudah hampir satu jam berlalu. Takkan Hana tak siap mandi lagi?

Nuh mendekati pintu itu kemudian diketuk.

"Sayang? Lamanya mandi."

Panggilan itu tidak disahut. Nuh menolak tombol pintu itu ke bawah. Tidak berkunci. Jadi, Nuh masuk ke dalam bilik air itu.

"Hana!"

Terkejut Nuh apabila dia melihat Hana yang masih berpeluk tubuh dan berada di bawah pancuran air sambil menangis. Pancuran air itu ditutup dan Nuh mendapatkan isterinya. Habis kecut jari-jemari Hana. suhu badannya juga tinggi. Panas. Bibir juga sudah berubah pucat.

"Sayang..."

Hati Nuh bagai dirobek-robek apabila melihat isterinya dalam keadaan ini. Hanya itu yang mampu dia ungkapkan. Mata bulat Hana tidak kering daripada air mata sedari tadi. Matanya sudah mula bengkak dan merah.

"Kita tukar baju dulu."

Nuh menukarkan pakaian Hana. dikeringkan rambut isterinya itu supaya tidak masuk angin kerana berlama di bawah shower.

Sedang Nuh mengeringkan rambut Hana, isterinya itu mula bersuara.

"Nak peluk..."

Tanpa banyak soal, Nuh terus menarik isterinya itu ke dalam pelukannya. Air mata mengalir untuk kesekian kalinya. Sejak bernikah, pelukan Nuh adalah tempat yang paling selesa untuk Hana melupakan segala masalahnya. Apabila dia memeluk tubuh itu, terasa seperti masalah di bahu semuanya seakan-akan hilang. Begitu ajaibnya pelukan Nuh untuk Hana.

Nuh melepaskan pelukan mereka selepas beberapa ketika.

"Sayang, i really need to know. Apa yang dah jadi tengah hari tadi?"

Air mata Hana diseka sebelum cerita dibongkar.

"Apa yang saya fikir sejak beberapa minggu ni betul. Saya bukan anak kandung ibu."

Terbutang mata Nuh mendengar perkara itu.

"Macam mana sayang tahu?"

"Angah dengan acik mengaku sendiri tadi. So, that's why semua orang dalam rumah tu layan saya teruk. Saya ni bukan anak kandung ibu. Sebab tu, ibu bencikan saya."

Air mata Hana yang hampir mahu gugur itu pantas diseka oleh Nuh.

"Sayang, awak keep cakap yang awak bukan anak kandung ibu. Maknanya, awak anak kandung ayah kan?"

Hana baru sedar akan kenyataan itu. Hadif dan Hafiy hanya menyebut bahawa Hana bukan anak Puan Halimah. Bermakna, dia masih anak kandung Encik Malik.

"Abang, boleh tak kalau kita balik Kuantan? Saya perlukan jawapan ni dari ayah. Saya nak tahu siapa saya."

"Sure, love bug. Kita balik esok pagi, okay? for tonight, i want you to get some rest. Mesti sayang penat kan?"

Rambut Hana dikemaskan. Nuh menatap wajah isterinya itu.

"Love bug, in case anything happen in the future, i just want you to know that i will always love you. It does'nt matter who you are, i'll still love my half cinderella. Remember that."

"Terima kasih sebab abang terima saya seadaanya. Saya terlalu beruntung sebab dapat prince charming macam abang. And, i love you too."

XXX

another 4 chapter ;)
Join my telegram channel for more update!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro