Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 39

Vote and komen tau ;)

"Angah, aku rasa kau tak payah libatkan Hana lagi dalam masalah kau tu."

Hafiy mula menegur sikap abangnya itu. Baginya, Hadif sudah melampaui batas.

"Apa maksud kau?"

"Aku tahu kenapa kau marah sangat bila Hana tak layan kawan-kawan kau dengan baik. Sebab kalau tak, gaji kau akan jadi milik Badrul sebagai ganti kau tak penuhi permintaan dia. Kan?"

"Habistu, apa kena mengena dengan Hana?"

Hafiy mengenggam penumbuknya. Angah ni tak faham ke sengaja buat-buat tak faham?

"Angah, kau nak jual adik kau sendiri sebabkan duit. Kau ni manusia ke syaitan?"

Suara Hafiy meninggi apabila mengatakan hal itu. Setelah apa yang dia dengar ketika pertelingkahan itu berlaku, Hafiy cukup marah. Walaupun Hafiy turut melayan Hana dengan teruk, tidak pernah terfikir di benaknya untuk menjual adik sendiri untuk duit.

"Siapa cakap dia adik aku? Dia bukan adik aku! Dia tu anak kepada perampas yang tak guna tu."

"Kau bercakap guna otak boleh tak? Ibu dah susukan Hana. Memang dia bukan adik kandung kau tapi Hana tetap mahram kau. Dia anak ayah. Kau jangan bodoh sangatlah, angah."

Hadif naik hairan dengan kenyataan Hafiy.

"Kau tahu yang Hana tu bukan lahir daripada rahim ibu?"

"Ya, aku tahu dan sebab tu aku tak sanggup nak layan Hana teruk lagi. Dia tak bersalah. Walau apa pun salah ibu kandung Hana, tak sepatutnya kita layan dia macam tu. Selama ni, kita semua layan dia teruk sebab ibu dan ayah pun layan dia teruk. Cukuplah, angah. Hana dah ada suami pun. Takkan kau nak gadaikan maruah adik kau sendiri?"

Ketika perbalahan Encik Malik dan Puan Halimah di dapur, Hafiy terdengar segalanya tentang kebenaran Hana. Adik perempuannya itu bukan dilahirkan dari rahim Puan Halimah tetapi daripada rahim perempuan yang digelar perampas itu. Namun, apa yang pasti, Hana itu anak daripada benih Encik Malik. Kebenaran tentang ibu kandung Hana masih belum dikenal pasti. Sejak mengetahui perkara itu, Hafiy berasa sangat bersalah kerana melayan Hana sebegitu teruk sedangkan Hana banyak berkorban untuk keluarga.

Hadif tersenyum sinis sendiri kemudian ketawa kejap dengan apa yang Hafiy katakan.

"Kenapa baru sekarang kau nak halang aku? Kenapa bukan tiga tahun lepas?"

Hafiy jadi buntu dengan kenyataan Hadif.

"Maksud kau?"

"Tiga tahun lepas. Apa yang jadi pada adik yang kau baru nak sayang tu? Kau pun tak tahu kan? Jadi, jangan nak sibuk hal aku!"

Hadif terus masuk ke dalam rumah membiarkan Hafiy terpinga-pinga.

***

"Sayang..."

Hana memandang ke arah suara itu.

"Hrm?"

Nuh memalingkan tubuh isterinya itu menghadapnya.

"Abang, saya nak masaklah."

Kerja memasak Hana tergendala kerana Nuh yang tiba-tiba masuk ke dapur. Tanpa diduga, Nuh mencium kedua-dua belah mata isterinya. Perkara itu membuatkan Hana kaku seperti patung. Selepas beberapa ketika, Nuh menjauhkan bibirnya.

"Ubat, supaya mata tu tak bengkak."

Hana hanya tersenyum melihat wajah Nuh yang jelas merisaukan dirinya.

"Kenapa? Muka saya menakutkan ke kalau mata saya bengkak? Macam panda eh?"

Hana tergelak kecil dengan gurauannya itu tapi lain pula yang jadi.

"Sayang, it's not funny to see you like last night. Abang rasa abang teruk sangat sebab belum kenal awak sepenuhnya. Apa yang buat awak takut, yang buat awak sedih, i did'nt even know that."

Erk! Cik abang dah terlebih emosilah pulak.

"Erm, abang. Saya dah okay. Lagipun, saya kena biasakan diri sebab saya tengah berlawan dengan fikiran sendiri."

"No. We have to find way untuk hilangkan trauma sayang tu. Abang tak mampu nak tengok perkara macam semalam tu terjadi lagi."

Hana memegang tangan suaminya.

"Selagi abang ada dengan saya, i'll be fine. Saya cuma perlu dengar suara orang yang ada dengan saya. tu je. Selagi ada orang yang temankan saya, nothing bad will happen."

"Family sayang tahu pasal hal ni?"

Soalan itu membuatkan Hana mengukir senyuman tawar. Kisahkah mereka andai keluarganya tahu tentang traumanya ini?

"Nope. Mereka tak tahu dan saya tak rasa mereka akan kisah kalau mereka tahu."

Nuh rasa bersalah kejap kerana bertanyakan hal itu. Lupa bahawa hubungan Hana dan keluarganya tidak sejernih yang difikirkan.

"Tapi sayang, may i ask you something?"

"Apa dia?"

"What do you mean by angah nak jual awak? And last night you keep shouting his name. Ibu pun awak sebut. Apa kaitan ibu dengan angah dalam trauma awak?"

Ah! Hana tidak terfikir bahawa Nuh sempat mendengar perbualan itu. Nampaknya, apa yang dipendam selama ini sendirian harus dibongkar di hadapan suaminya.

***

Empat tahun lalu...

Hana menghidangkan air pada tetamu yang hadir. Ketika itu, hanya Puan Halimah, Hadif, dan Hana yang ada di rumah. Hariz dan Hafiy belum pulang daripada kerja. Maklumlah baru jam sepuluh pagi. Encik Malik dan Hasya pula keluar membeli barang dapur di pasar. Selesai menghidangkan air, Hana terus masuk ke dalam bilik dan bermain telefonnya.

"Jemputlah minum. Maaflah ini saja yang dapat dihidangkan. Tuan tak cakap yang tuan nak datang."

Puan Halimah berkata mesra kepada tetamunya. Badrul hanya tayang senyuman senget.

"Takpe, makcik. Oh ya. Perempuan tadi tu siapa? Cantik orangnya."

Badrul memuji gadis yang hidangkannya air tadi. Muka Hana yang bulat dan kulitnya yang putih susu itu seperti bermain di fikirannya.

"Tu adik saya. Kenapa ya, tuan?"

Hadif mula menjawab.

"Oh, adik..."

Cawan diletakkan kembali di atas meja. Badrul memandang Hadif.

"Hadif, kau tahu kan yang bulan depan aku akan bagi nama untuk pegawai yang layak dinaikkan pangkat."

Belum apa-apa, Puan Halimah menembak Badrul dengan beberapa soalan.

"Kenapa tuan? Anak saya ke yang tuan nak calonkan tu? Gaji anak saya akan naik jugalah kan kalau dia dinaikkan pangkat?"

Badrul tersenyum sinis dengan soalan Puan Halimah. Dasar orang tua mata duitan. Anak-beranak sama saja.

"Boleh je, makcik. Tapi dengan satu syarat."

Badrul memandang Hadif dengan riak wajah yang tidak dapat ditafsir.

"Syarat apa, tuan?"

"Aku nak adik kau."

Puan Halimah dan Hadif sama-sama terkejut mendengar permintaan Badrul.

"Adik saya baru form three, tuan. Takkan tuan nak nikah dengan dia?"

"Siapa cakap aku nak nikah dengan dia? Aku nakkan dia."

Sebagai seorang lelaki, Hadif memahami maksud sebenar Badrul.

"Saya..."

"Kalau kau tak terima syarat tu, aku okay je. Cuma kau jangan tanya aku sebab kenapa kau tak dinaikkan pangkat dalam tempoh tiga tahun."

Ugutan itu Badrul keluarkan demi mendapatkan apa yang dia mahu.

"Bagi saya bincang dengan ibu kejap."

Hadif dan Puan Halimah masuk ke dapur.

"Ibu, takpe ke kita buat macam ni? Nak bagi Hana pada tuan?"

"Apa masalahnya? Dia bukan adik angah. Dia bukan anak ibu. Angah setuju jelah dengan rancangan tuan tu. Gaji boleh naik tau."

"Kalau kantoi macam mana? Kalau budak tu mengandung? Habislah rosak nama family kita. Ha, kalau ayah tahu? Masak kita kena kerjakan, bu."

"Apa susah? Suruh jelah budak tu gugurkan kandungan. Lagi pula, takkan ada yang tahu kalau angah dengan ibu mendiamkan hal ni."

Puan Halimah dan Hadif seperti orang yang hilang pedoman. Dalam kepala mereka ketika itu hanyalah wang. Jadi, mereka dua beranak itu pergi ke depan kembali.

"Baik, tuan. Kami setuju dengan syarat tuan asalkan tuan janji untuk naikkan pangkat saya."

Badrul tersenyum senget kerana permintaannya dipenuhi. Dia tahu bahawa Hadif akan melakukan apa sahaja demi duit.

"Good."

Hadif melangkah ke bilik Hana untuk memberitahu soal ini. Entah syaitan apa yang merasuki Hadif sehingga dia sanggup menggadai maruah adik perempuannya.

Pintu bilik diketuk. Hana membuka mengintai sedikit sebelum membuka pintu.

"Ya, angah? Ada apa?"

"Aku nak kau layan tuan aku tu. Dia tunggu kau dekat luar."

Hana mengerutkan dahinya.

"Apesal Hana kena layan dia pula?"

"Kau buat je boleh tak? Tak payah banyak soal."

"Buat apa?"

"Tidur dengan dia!"

Terbelalak mata Hana mendengar jawapan Hadif. What the hell?

"Kau gila ke, angah?! Aku ni adik kau tau! Kau nak jual aku?"

"Ya! Aku nak duit. Kalau aku bagi kau dekat dia, aku akan dapat duit yang banyak. Jadi, jangan banyak bunyi!"

Hana diheret keluar daripada bilik. Dalam keadaan dirinya yang hanya mengenakan seluar track dan baju t-shirt oversize berlengan pendek, Hana dipaksa bertemu dengan Badrul itu.

"Tuan buatlah apa-apa yang tuan nak pada dia."

Hana diletakkan di hadapan Badrul. Sejurus itu, Puan Halimah dan Hadif masuk ke dalam bilik masing-masing. Sumpah, mereka kejam!

"Hai, sweetheart."

Pipi Hana cuba untuk disentuh namun laju saja Hana mengelak.

"Jangalah garang sangat. Your mom and brother dah bagi izin pun."

Hana mengalirkan air matanya. Apa yang sudah terjadi? Ibu dan angah sanggup menyerahkan dirinya kepada lelaki durjana ini. Kenapa ibu dengan angah zalim sangat?

"So, let's start."

Belum sempat Badrul mahu menarik Hana ke dalam pelukannya, Hana lebih laju bertindak. Hana menyepak aset kejantanan Badrul lalu segera berlari keluar daripada rumah. Badrul sudah menjerit kesakitan di dalam rumah. Hana berlari sekuat hatinya dan cuba untuk menyelamatkan diri. Sudah pasti dia jauh daripada rumah, Hana mendail nombor Arin. Mujurlah dia meletakkan telefonnya di poket seluar track yang dipakainya.

"Arin...tolong aku."

"Weh, kau kenapa ni?"

"Tolong aku. Aku dekat kedai kampung perumahan aku tu. Tolong cepat Arin. Aku takut aku kena tangkap."

"Ha okay. Aku dengan driver aku datang sekarang."

***

Hana tidak henti-henti menangis di bilik Arin. mujur saja Arin sempat tiba sebelum Hana diheret pulang oleh Hadif atau Badrul. Ibu bapa Arin pula ada urusan di luar negari untuk beberapa hari dan Arin memilih untuk tidak mengikut ibu bapanya. Sementara cuti ini masih tersisa, Arin mahu menghabiskan masanya di rumah saja.

"Hana, kenapa ni? Apa yang dah jadi?"

"Ibu dengan angah nak jual aku, Rin..."

Terjojol biji mata Arin mendengar perkara itu.

"Weh, kau biar betul?! Ibu dengan angah kau buat perkara terkutuk tu?"

"Aku takut untuk balik, Arin. Aku tak nak balik. Kalau aku balik, aku akan kena jual."

"Ayah kau tahu tak?"

Hana menggelengkan kepalanya.

"Aku, ibu dengan angah je yang ada dekat rumah tadi."

"Ibu dengan angah kau nak jual kau dekat siapa?"

"Tuan unit angah aku tu. Badrul nama dia. Dia datang rumah. Angah cakap, dia akan dapat duit kalau aku layan nafsu tuan bodoh dia tu."

Sakit jantung Arin mendengar perkara itu. Sudah gila agaknya ahli keluarga Hana ni.

"Habistu? Sekarang ni kau nak buat apa? Telefon kau tu daripada tau bunyi. Kau nak lari sampai bila ni?"

"Aku tak tahu. Tak boleh ke kalau aku nak mati je? Aku dah penat hidup macam ni."

Arin menghapuskan tangisan sahabatnya itu dan memegang tangan Hana.

"Hana, kau dengar sini. Kau tak boleh mengalah. Kau kuat. Aku yakin kau boleh hadapi semua ni. Sikit je lagi, Hana. Dah tak lama. Lepas tu, kau akan keluar dari neraka yang keluarga kau cipta ni."

Hana hanya mengangukkan kepalanya sebelum Arin menarik Hana masuk ke dalam pelukannya. Mengharapkan sahabatnya ini mampu bertahan untuk meneruskan hidup.

***

Cuaca sudah lewat petang. Sampai sahaja di depan rumah Hana, Arin berpesan sesuatu sebelum mengiringi Hana keluar.

"Aku akan ada dengan kau tau."

Hana hanya tersenyum nipis sebelum mereka keluar daripada perut kereta itu. Dapat mereka lihat Encik Malik yang sudah meluru ke arah Hana. Tangan Hana ditarik kasar.

"Ayah! Apa ni? Sakitlah."

Pang!

Kepala Hana terteleng mengikut arah tamparan itu. Hana dan Arin sama-sama terkejut dengan tindakan Encik Malik.

"Sakit? Habistu kau tak fikir aku punya sakit hati? Yang kau bodoh sangat pergi goda majikan angah tu kenapa?"

Kepala Hana ditunjal-tunjal keran Encik Malik terlalu geram.

"Hana goda majikan Hadif? Saya rasa pakcik dah salah faham ni."

"Kau diam!"

Encik Malik membentak Arin sebelum kembali menarik lengan Hana untuk masuk ke dalam.

"Arin!"

"Hana!"

Pintu ditutup rapat. Arin tidak sempat mahu membantu Hana. Sekarang, dia cuma mampu berdoa agar Hana akan baik-baik saja.

"Sekarang ni aku nak kau minta maaf pada tuan Badrul ni sebab kau goda dia."

Arahan dan tuduhan Encik Malik itu membuatkan Hana terlalu marah. Kenapa pula dia dituduh menggoda jantan tak guna ini?

"Kenapa salah Hana pula? Hana tak buat apa-apa pun, ayah. Angah dan ibu yang..."

Pang!

Pipinya ditampar untuk kali kedua.

"Minta maaf jelah pada tuan aku. Apa yang susah sangat? Kau yang buat salah."

Hadif mula naik gila. Sudahlah kenaikkan pangkatnya itu akan dibatalkan, Hana pula mahu membuat pasal dengan menceritakan hal sebenar. Puan Halimah menolak Hana sehingga anaknya itu jatuh terduduk.

"Minta maaf sekarang. Buat malu aku saja."

Hana mengetap giginya. Air mata ditahan supaya tidak mengalir. Api kemarahan mula menguasai dirinya.

"Aku minta maaf."

Badrul tersenyum kemenangan kerana Hana mengucapkan kata maaf itu. Fitnah yang diperkatakan oleh Hadif dan Badrul itu berjaya menyelamatkan diri mereka dan menyebabkan kesusahan pada orang lain.

Selepas mengucapkan kata maaf itu, Hana terus masuk ke dalam bilik dan berbaring di atas katil. Badannya membelakangi Hasya yang duduk di sebelahnya.

"Murah gila harga diri kau, kak. Aku malu betul sebab ada kau sebagai kakak aku."

Hasya yang baru sahaja darjah empat pada ketika itu lancang berkata-kata.

"Kau diamlah! Kau tak tahu hal yang sebenar!"

"Kau apesal nak menjerit dekat aku ni?!"

Hasya bengang kerana dia tiba-tiba ditengking. Ketika itu, Puan Halimah masuk ke dalam bilik mereka.

"Apa yang bising-bising ni? Ha?"

"Perempuan tu ha, ibu. Tiba-tiba nak tengking Hasya. Orang cakap hal betul pun yang dia tu tak tahu malu sebab dia goda bos angah."

Puan Halimah memandang Hana yang sedang menahan geram.

"Adik keluar kejap. Ibu nak cakap dengan perempuan ni."

Hasya hanya menurut permintaan ibunya. Setelah Hasya keluar daripada bilik, pintu bilik ditutup dan dikunci. Sebatang penyangkut baju diambil dan Puan Halimah mula bertindak memukul Hana seperti orang gila.

"Yang kau tak ikut je cakap angah kau tadi tu kenapa?! Kau tu dahlah bodoh! Memalukan keluarga aku! Kau boleh bagi aku duit ke?!"

Puan Halimah mengatakan perkara itu sambil tangannya memukul Hana dengan kuat.

"Sakit, ibu! Sakit!"

"Biar padan muka kau! Kau ni menyusahkan aku saja! Kenapa kau hidup?!"

"Sakit! Sakit, bu!"

Puan Halimah tidak menghiraukan jeritan anaknya itu dan terus memukul Hana sehingga puas.

***

Tangisannya daripada tadi tidak henti seperti hujan yang turun dan guruh yang berdentum. Sakit badannya kerana dipukul ibu sendiri. Sebegitu tamaknya ibu pada wang. Apa salah Hana, bu?

Hasya tidur di bilik Hariz kerana alongnya itu tidak pulang ke rumah. Sedang Hana cuba untuk tidur, pintu biliknya itu dibuka. Dapat dia lihat Hadif masuk ke dalam bilik itu dengan tali pinggang askarnya yang tebal itu. Pintu bilik dikunci.

"Kau ni memang bodoh! Aku suruh kau layan dia, bukannya aku suruh kau mati!"

Hadif tiba-tiba menempik kuat kepada Hana namun jeritannya itu hanya didengari oleh Hana yang berada di dalam bilik itu kerana hujan lebat dan guruh lebih kuat berbanding suara Hana. Ahli keluarga yang lain sudah selamat sampai ke alam mimpi memandangkan sudah tengah malam.

"Aku lebih sanggup mati daripada aku kena layan nafsu binatang tu!"

Hana kembali menjawab mulut Hadif kerana semua ini berpunca daripada Hadif, abangnya yang terlalu taasub pada wang.

Mendengar perkara itu, Hadif mula bertindak gila.

"Kau memang nak kena dengan aku."

Tali pinggang askar yang tebal itu digunakan untuk memukul Hana yang berbaring di atas katil.

"Sakit! Sakit! Sakit!"

"Kau tu yang bodoh jadi penyebab aku hilang jawatan yang aku nak!"

Hadif memukul Hana dengan lebih kuat untuk melepaskan geramnya itu. Bagi Hadif, kenaikkan pangkat itu adalah tiket untuk dia tidak perlu menjadi anjing suruhan Badrul tetapi disebabkan Hana membuatkan Badrul marah, perkara itu ditarik semula.

"Tolong! Tolong...!"

Malangnya, jeritan Hana itu tidak didengari. Bunyi dentuman guruh dan hujan yang lebat itu mengatasi kekuatan suaranya. Pada hari itu sahaja, Hana dipukul sebanyak dua kali. Dia dituduh sebagai penggoda dan perempuan yang menjatuhkan maruah keluarga. Fitnah itu terlalu berat untuk dipikul. Hana tidak mampu untuk menceritakan perkara yang sebenar kerana dia masih sayang pada ibunya. Dia hanya mahu melindungi Puan Halimah daripada dimarahi Encik Malik serta Hana tidak mahu ayahnya merasa bersalah kerana menuduh dirinya tanpa usul periksa.

XXX

😭😭😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro