Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 38

Vote and komen tau ;)

Hana tidak senang duduk memikirkan Nuh. Sudah satu malam Nuh tidak pulang ke rumah. Lepas saja sampai di rumah semalam, Nuh tinggalkan kunci rumah pendua pada Hana dan terus keluar entah kemana tidak pulang. Malam ini pula hujan lebat. Hana merisaukan keadaan suaminya. Telefon tidak diangkat. Mesej juga tidak dibalas. Nuh jadi sedingin itu selepas mendengar fitnah karut Badrul.

Haih! Nuh percaya ke apa yang Badrul cakap?

Hana terdetik untuk menelefon keluarga mertuanya namun risau jika Nuh tiada di sana. Hana tidak mahu kedinginan hubungannya sekarang diketahui oleh sesiapa pun. Jadi, Hana membatalkan niatnya itu.

Sedang Hana bersendirian di ruang tamu, hujan mulai lebat dan guruh kedengaran. Traumanya mula menyerang. Disebabkan terlalu takut, Hana berlari masuk ke dalam bilik tidurnya dan duduk di penjuru bilik sambil menutup telinganya. Dentuman guruh itu sungguh menakutkan dia. Hana tidak keruan mendengar dentuman demi dentuman itu. Satu per satu peristiwa tiga tahun lalu kembali berputar di mindanya. Hana mendail nombor Nuh dan mengharapkan suaminya akan menjawab panggilan itu.

"Abang...tolong angkat..."

Air mata Hana semakin laju mengalir. Dia sangat takut ketika ini. Sekarang, dia hanya mahukan Nuh, suaminya.

"The number you have dail is enganged..."

Untuk kesekian kalinya, panggilan Hana tidak dijawab. Nuh decline semua panggilan Hana sedari semalam. Akhirnya, Hana membuat keputusan untuk menelefon Arin.

"Arin..."

"Weh, Hana. Kau kenapa menangis tu? Kau okay tak?"

Arin menjadi sangat cuak apabila mendengar suara Hana merintih sebegitu.

"Sakit..."

Perkataan yang tidak asing lagi untuk Hana setiap kali dia teringatkan peristiwa itu.

"Hana, tenang okay. Kau kat mana ni? Encik Nuh mana? Dia tak teman kau ke?"

"Aku dekat Johor. Nuh tak balik rumah seharian, Arin. Dia tinggalkan aku sendirian dekat rumah. Aku takut, Rin..."

"What?! Encik Nuh tak balik rumah?"

"Badrul..."

Arin menjadi hairan apabila dia mendengar nama jantan tak guna itu disebut oleh Hana. Pasti ada sesuatu yang berlaku di rumah Hana memandangkan sahabatnya itu sudah pulang ke Johor terlebih dahulu.

"Hana, kau tenang okay. Kau rileks. Aku ada."

Ketika Arin sedang menenangkan Hana yang panik itu, dentuan guruh yang sangat kuat kedengaran menyebabkan Hana menjerit dan telefon di telinga dicampak. Hana menekup kedua-dua telinga daripada bunyi dentuman guruh itu.

"Argh! Tolong!"

"Hana!"

Tut...tut...

Panggilan itu termati dengan sendirinya. Arin semakin resah. Dia tahu Hana pasti sangat takut ketika ini.

Nombor Nuh didail.

***

Nuh hanya berdiam diri di dalam kereta selepas menunaikan solat isyak di masjid. Hujan lebat dan guruh itu langsung tidak menganggu pemikirannya. Dia memerhatikan setiap titisan air hujan yang mengalir di luar tingkap keretanya. Nuh menghela nafas berat. Perkara yang Badrul ucap itu masih terngiang-ngiang di telinganya.

"Apa maksud yang Hana tu bekas dia? Hana adalah gadis yang suci ketika aku menikahi dia. Apa maksud lelaki tu?"

Nuh mengeluh berat setiap kali dia memikirkan perkara itu. Nuh sedar tindakkannya tidak menjawab panggilan Hana itu salah namun Nuh tidak mahu memarahi isterinya. Dia perlukan masa untuk bertenang dan berfikir dengan jernih.

Nuh membuka telefonnya dan melihat gambar isterinya.

"I'm sorry, love bug. Abang tak tahu apa yang perlu apa tanya pada sayang. Abang tak nak tinggikan suara pada sayang."

Sedang Nuh merenung gambar itu, nama Arin muncul sebagai pemanggil telefon. Nuh menjawab panggilan itu.

"Ya, Arin. ada apa?"

"Ada apa Encik Nuh tanya? Yang Encik Nuh tak balik rumah seharian, tinggalkan Hana tu kenapa? Kat sana tengah hujan lebat kan. Kenapa biarkan dia seorang diri?"

"Apa masalah awak nak campur urusan rumah tangga saya?"

"Saya takkan campur kalau Hana dalam keadaan yang boleh dikawal. Encik Nuh tahu tak Hana tu trauma dengan hujan guruh? Paling tak, sekarang ni dia tengah ada dekat penjuru bilik mana-mana sambil tekup telinga dia dan menjerit perkataan sakit. Encik Nuh tahu tak trauma dia tu teruk?"

Jantung Nuh bagai direntap keluar dengan kata-kata Arin. Hana trauma?

"Macam mana awak tahu?"

"Hana call saya sebab encik Nuh tak angkat call dia. Saya tak tahu apa yang terjadi dengan korang sekarang, cuma saya minta Encik Nuh baliklah sekarang temankan Hana. Dia boleh meroyan dan sakitkan diri dia sendiri kalau tiada sesiapa yang teman dia."

"Terima kasih Arin sebab bagitahu saya."

Panggilan terus dimatikan. Nuh memecut keretanya laju untuk pulang. Rasa bersalah mula menyerang dirinya.

***

Pintu rumah dibuka namun semuanya gelap. Suis juga tidak berfungsi. Mungkin blackout. Maklumlah hujan lebat masih belum berhenti. Nuh membuka flashlight telefonnya dan mengatur langkah masuk ke dalam bilik tidur. Pintu bilik dibuka.

"Sayang?"

Tsk...tsk...

Nuh mendengar tangisan itu di penjuru bilik. Disuluhnya ke arah itu dan dapat Nuh lihat Hana sedang memeluk tubuh. Laju langkahnya mendekati isterinya. Sekelip mata sahaja tubuh kecil itu berada di dalam pelukannya.

"Sayang, kenapa ni?"

Rambut Hana diselit di belakang telinga bagi memudahkan Nuh melihat wajah isterinya dengan sinaran cahaya lampu telefonnya itu.

"Nuh...?"

Hana yang seakan-akan sedar daripada mimpi melihat wajah suaminya.

"Yes, love bug. Ni saya."

Ketika itu, satu dentuman guruh yang sangat kuat kedengaran. Perkara itu membuatkan badan Hana menggeletar hebat dan dia terus menekup telinganya.

"Sakit, angah! Sakit! Ibu, tolong Hana! Sakit...!"

Bayangan itu menerjah fikiran Hana buat kesekian kalinya. Mata Nuh sudah berkaca-kaca melihat isterinya dalam keadaan ini. Rasa berdosa yang amat sangat kerana tidak menjawab panggilan Hana tadi.

"Sakit!!!"

Hana semakin agresif dan mula bertindak ganas terhadap diri sendiri. Tangan itu laju memukul kepalanya sendiri bagi menghilangkan bayangan itu. Nuh terus mengunci lengan Hana supaya tangan.

"Hana! Stop hurting yourself !"

Nuh terpaksa meninggikan suaranya agar Hana sedar daripada igauannya itu. Selepas itu, Hana memandang Nuh dan mula menangis untuk kesekian kalinya. Nuh memeluk kembali isterinya itu.

"Sakit...sakit..."

Mendengar rintihan itu kesekian kalinya membuatkan jiwa Nuh terasa seperti dirobek-robek.

"Sayang, it's okay... abang ada."

Dikucup lama ubun-ubun isterinya bagi menenangkan jiwa yang terluka itu. Esakkan Hana bergema dalam bilik itu sambil menyebut perkataan sakit secara berselang-seli dengan tangisannya. Perasaan Nuh bagai disiat-siat apabila melihat isterinya yang selama ini ceria berada dalam keadaan sebegini. Setiap tangisan dan jeritan Hana itu membuatkan Nuh turut mengalirkan air mata. Dia rasa terlalu berdosa kerana meninggalkan Hana sendirian di saat isterinya itu perlu ditemani. Sebagaimana lama hujan dan guruh berdentum malam itu, lama itu jugalah tangisan Hana sehingga matanya bengkak dan merah.

***

Nuh basahkan kepala Hana dengan kain kecil. Suhu badan Hana naik sedikit. Mungkin disebabkan Hana terlalu banyak menangis malam tadi. Nuh mengelap tangan dan pipi Hana. Selepas sahaja hujan berhenti dan guruh tidak lagi kedengaran, Hana tertidur dengan sendiri di dalam dakapan suaminya. Mujur saja elektrik sudah ada selepas mother box dihidupkan.

Nuh memandang wajah sembap Hana kerana peristiwa semalam. Pipi gebu itu dielus perlahan kerana Nuh tidak mahu menganggu tidur Hana. Kemudian, bibirnya singgah lama di tangan Hana. Air matanya mengalir jua. Sakit hatinya melihat Hana terbaring sebegini kerana dirinya sendiri. Andai sahaja dia tidak mementingkan diri sendiri, pasti Hana tidak meracau seteruk semalam.

"Maafkan abang, sayang. Maaf sebab abang pentingkan diri. Maaf sebab abang tak percayakan sayang. I'm sorry, love bug..."

Sungguh Nuh rasa amat berdosa ketika ini. Dia gagal mengawal amarahnya dan lebih percayakan orang luar berbanding isterinya. Dia termakan dengan kata-kata orang lain sedangkan dia tahu Hana adalah gadis yang suci ketika mereka bernikah. Kenapalah dia begitu bodoh kerana mudah terganggu dengan perkara yang dia lebih tahu kebenarannya?

***

Hana terjaga daripada lenanya apabila mendengar azan subuh. Tuala kecil di kepalanya diambil dan diletakkan di tepi. Dapat dia lihat satu tubuh yang sedang duduk bersila dan mengaji di atas sejadah.

"Abang?"

Nuh yang sedang mengaji itu terhenti apabila mendengar suara yang dia rindu. Dia bangun dari tempatnya dan duduk di sebelah Hana. rambut isterinya itu dibelai lembut.

"Good morning, love bug."

Nuh cuba mengukir senyuman untuk isterinya. Hana hanya memandang suaminya sepi. Secara tiba-tiba, Hana menolak tangan Nuh daripada mengusap kepalanya.

"Kenapa balik? Kenapa tak tinggalkan saya terus?"

Nuh terkedu dengan persoalan Hana.

"Sayang, abang minta maaf. Abang tak sepatutnya buat sayang macam tu."

"Tipu! Awak percayakan orang lain daripada saya. Awak cakap awak akan percayakan saya lebih daripada orang luar. Tapi kenapa awak percayakan jantan tak guna tu?!"

Hana memukul dada Nuh. Dia geram kerana suaminya sudah melanggar janji untuk mempercayainya. Selepas beberapa ketika, Hana berhenti daripada memukul Nuh lalu air matanya mengalir lagi. Hana tahu Nuh pasti percayakan apa yang Badrul kata. Kalau tak, Nuh takkan tinggalkan dia seharian tanpa khabar berita.

Nuh memegang wajah isterinya itu. Dipandang mata yang menyembunyikan kesakitan yang ditanggung selama ini.

"Sayang, abang minta maaf. Abang betul-betul minta maaf. Abang tahu abang salah. Hukumlah abang macam mana sekalipun asalkan sayang maafkan abang."

Hana mengalirkan air matanya sebelum dia memeluk Nuh erat. Nuh hanya membalas pelukan itu.

"Saya tak nak hilang awak, Nuh. Saya sayangkan awak. Saya cuma minta awak jangan tinggalkan saya. Please..."

Mendengar rayuan Hana, Nuh rasa amat bersalah. Setelah apa yang terjadi, Hana masih sayangkan dia dan permintaannya itu terlalu murni. Isterinya hanya minta untuk ditemani oleh suami. Ah, Iyan! Kenapa kau kejam sangat pada isteri yang kau janji untuk lindungi?

Nuh meleraikan pelukan mereka dan menyeka air mata Hana.

"Okay, sayang. Abang janji yang lepas ni abang takkan ulang lagi kesilapan ni. Abang akan ada untuk sayang."

Ubun-ubun Hana dikucup lama. Sungguh kali ini Nuh benar-benar bertekad untuk tidak menyakiti Hana.  

XXX

jangan lupa join telegram channel miszhann! Link dkt description💫

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro