Bab 37
Vote and comment tau ;)
"Sayang, abang nak pergi ofis kejap. Ada proposal yang abang kena check and sign. Sebelum makan tengah hari, abang balik."
Hana melihat Nuh yang sedang menjamah mee goreng itu.
"Nak ikut boleh?"
Nuh memandang Hana.
"Betul ke nak ikut? Tak menyesal? Nanti mengadu bosan."
"Alah, mana ada. Bolehlah. Please...."
Melihat wajah Hana yang sudah mengembungkan pipi itu membuatkan Nuh tidak berdaya untuk menolak. Raut wajah Hana terlalu comel!
"Okay, sayangku. Nanti tolong gosokkan baju kemeja abang."
"Yeay! Okay, cik abang sayang."
Nuh hanya tersenyum melihat telatah isterinya itu. Wajah itu tetap cuba untuk kelihatan ceria walaupun mata bulat itu jelas menunjukkan tuan empunya badan mempunyai banyak rasa sedih dan kecewa yang terpendam.
Apa salah awak sampai keluarga awak sanggup layan awak macam tu, sayang?
Nuh mula berbicara dengan dirinya. Sungguh, Nuh tidak sanggup untuk melihat isterinya menangis seperti semalam. Perkara itu sangat menyeksa jiwanya. Namun, seksa yang Nuh rasakan itu tidak setanding dengan rasa seksa yang Hana tanggung selama ini.
Hana perasan akan tingkah Nuh yang asyik merenung dirinya itu menegur.
"Abang? Kenapa tak makan mee tu?"
Lamunan Nuh mati kerana teguran Hana.
"Takdelah. Abang cuma rasa bersyukur sebab abang dapat jadikan sayang iseteri abang. Alhamdulillah jodoh kita tepat. Abang gembira sebab abang menjadi orang yang pertama tengok sayang senyum selepas sayang menangis."
Hana hanya mampu tersenyum nipis.
"Saya yang patut ucapkan terima kasih pada abang sebab abang selalu ada dengan saya. Abang selalu senangkan saya, faham saya. Saya lagilah bertuah sebab dapat suami yang penyayang macam abang."
"No one can replace you, love bug. Walaupun satu hari nanti awak ditakdirkan pergi dulu, i'll never replace my half cinderella. Only you can be my queen, my love bug and my angel ."
Hana hanya mampu tersenyum mendengar perkara itu. Sungguh dia sangat sayangkan Nuh. Hana cuma mampu berdoa agar mimpi buruk yang berlaku tiga tahun lepas tidak akan berulang sebaik sahaja kepulangan Hadif.
***
Kamilia segera berdiri apabila melihat majikannya mahu berjalan masuk ke dalam bilik kerja.
"Kamilia, the proposal and the report in my room now."
"Baik, tuan Nuh."
Pintu pejabat dibuka.
"Sayang duduk dulu dekat sofa tu. Lepas abang siap check report and sign proposal, kita balik."
"Okay, tapi abang janganlah rushing. Saya okay je tunggu abang."
Nuh tersenyum sebelum langkahnya diatur ke meja kerjanya. Komputer dibuka.
Tok! Tok!
"In."
Kamilia masuk selepas mendengar arahan itu.
"Ni report and proposal yang tuan nak."
Nuh hanya mengambil kedua-dua fail itu dan segera membuka fail proposal yang perlu diperiksa.
"Tuan Nuh, may i know who's that pretty girl?"
Kamilia dengan beraninya bertanyakan hal itu kepada tuannya. Mahu tidak bertanya. Selama lebih kurang lima bulan Kamilia bekerja bersama Nuh, tidak pernah sekalipun dia melihat tuannya membawa mana-mana perempuan masuk ke dalam pejabat. Siap berpegangan tangan pula tu. Ini pertama kali.
"My wife."
Terbeliak mata Kamilia apabila mendengar jawapan Nuh.
"Wife? Tuan dah kawin? Bila? Kenapa saya tak tahu?"
Nuh mendengus kasar lalu memandang wajah Kamilia.
"Why should i?"
Nuh bertanya dalam nada yang tegas. Habis hilang fokusnya untuk memeriksa proposal itu.
"Abang, janganlah garang sangat. Your secretary tanya elok-elokkan tu."
Hana mula bersuara apabila dia melihat sikap dingin Nuh kepada Kamilia. Hana bangun daripada sofa dan menuju ke arah Kamilia.
"Nama saya Nufa Hana. Akak boleh panggil saya ..."
"Puan Hana."
Laju sahaja Nuh mencelah percakapan Hana. Isterinya itu hanya tersenyum nipis apabila melihat perangai dingin Nuh di hadapan pekerja. Jadi, inilah sikap encik pembawa emas dalam mulut yang sebenar. Menarik.
"Nama akak?"
Hana bertanya kepada setiausaha Nuh.
"Kamilia, puan."
"Nice name. Erm, abang."
Laju sahaja Nuh mengangkat wajahnya memandang Hana.
"Yes, love bug. anything?"
"Nak pinjam Kamilia kejap boleh? Lepas abang dah habis check proposal dengan report tu, abang panggil dia semula. Boleh kan?"
Nuh tersenyum mendengar permintaan Hana. Adalah tu perkara yang ingin dikorek.
"Sure. Tapi jangan lama-lama. Kamilia ni masih dalam waktu bekerja."
"Okay bos!"
Hana memandang Kamilia.
"Jom kita keluar."
Pintu bilik ditutup rapat dan mereka berdua duduk di meja Kamilia.
"Puan nak cakap apa-apa ke dengan saya?"
"Ish, akak ni. Janganlah panggil saya puan. Panggil saya Hana. Lagipun, saya lagi muda dari akak."
"Tak boleh, puan. Kalau Tuan Nuh tahu, habis saya."
Hana tersenyum melihat Kamilia. Amanah sungguh dengan perintah bos besar.
"Kak, umur saya baru lapan belas tau."
Terbelalak mata Kamilia mendengar perkara itu.
"Mudanya! Macam mana puan boleh kenal dengan Tuan Nuh? setahu saya, Tuan Nuh takkan bercakap lebih lima patah perkataan melainkan tuan tengah marah atau dalam meeting. Macam mana Tuan Nuh boleh ngorat puan?"
Hana tertawa mendengar soalan Kamilia. Aduila setiausaha sorang ni! Kelakar sungguh!
"Well, saya akan cakap ini semua jodoh. Tuan Nuh tak ngorat saya pun. Bos akak tu terus bawa saya jumpa mama dan papa selepas hampir dua bulan kami kenal."
"Seriuslah, puan! Kalau Puan Hana nak tahu, Tuan Nuh tu memang berat mulut. Lima patah orang tanya, suku patah dia jawab. Puan tengoklah tadi. Memang beku sungguh suami puan tu! Lepastu, takde satu staf pun berani nak berjumpa dengan Tuan Nuh untuk minta tanda tangan atau apa-apa sajalah. Kalau ada dokumen yang perlu disampaikan pada tuan, mesti staf dekat sini suruh saya sebab saya setiausaha Tuan Nuh. Mereka cakap, mereka lebih rela masuk kandang singa daripada masuk bilik Tuan Nuh yang memang ada aura singa itu."
Terbahak-bahak Hana ketawa apabila mendengar cerita Kamilia. Manakan tidak. Nuh menjadi seorang lelaki yang sangat banyak mulut ketika bersama dirinya. Malah pada pertemuan pertama mereka, Nuh yang memulakan perbualan. Tambahan pula, sejak mereka bernikah, Nuh menjadi suami yang paling sweet!
Hrm... aura singa? Langsung Hana tak pernah rasa. Aura karisma, gentleman dan sweet man itu adalah.
"Puan, kenapa gelak? Ada yang lawak ke dengan cerita saya?"
Hana menghapuskan air matanya yang mengalir sedikit sebab mendengar cerita Kamilia.
"Mahu saya tak ketawa. Semua yang awak cerita tu sangatlah kelakar. Takpelah. Saya tak jadi nak tanya awak siapa scandal Tuan Nuh dah kalau sedingin itulah sikapnya. Erm, thank you for sharing. Oh ya! Sepanjang saya tiada dekat sini, tengok-tengokkan bos awak tu tau. Jangan bagi dia bekerja lebih daripada pukul lima. Saya amanahkan awak ni. Okay?"
Kamilia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Erk, baik Puan Hana."
***
Nuh mengerling ke arah Hana yang masih belum berhenti mentertawakan dirinya. Sampai mengalir air mata.
"Seronok sangat ke gelakkan abang?"
"Gila tak seronok. Memang kelakar pun hal tu. Aura singa? Hahahahaha! Aura kucing parsi adolah."
"Ishlah! Mengata orang depan-depan. Yalah, sayang. Depan staf, abang kenalah tunjuk bengis. Nanti orang ambil kesempatan macam al..."
Nuh memberhentikan kata-katanya. Mujur sahaja sempat tahan. Kalau tak, habis terbongkar rahsia.
"Macam al apa? Mana boleh cakap sekerat macam tu."
"Takde apalah. Jangan kacau abang. Tengah drive ni."
Nuh kembali fokus pada pemanduannya sambil dalam diri menyumpah seranah diri sendiri kerana mulut yang hampir terlanjur kata. Hana pula hanya membiarkan perkara itu. Rahsia pejabat kut.
Selepas meletakkan kereta di dalam garaj rumah, Hana dan Nuh berjalan ke rumah Encik Malik. Masuk sahaja ke dalam rumah, Hana terkejut melihat gerangan yang sedang duduk di meja batu luar rumah.
Kenapa dia datang sini?
"Hana, Nuh. jom masuk."
Panggilan Hafiy menyebabkan lamunan Hana mati. Mereka berdua terus masuk ke dalam rumah dan duduk di hadapan televisyen.
"Ayah, along dengan Hasya kat mana, acik?"
"Ayah dekat surau kejap. Ada kawan ayah meninggal. Along tak balik kerja lagi. Hasya pula macam biasalah memerap dalam bilik tu macam princess."
Hana dan Nuh hanya mengangguk tanda mengerti. Puan Halimah pula pantang nampak Hana duduk kejap, pasti dia memanggil.
"Hana, tolong aku dekat dapur."
Arahan ibu hanya dipatuhi. Nuh mahu ke dapur juga untuk menolong isterinya namun dihalang oleh Hana.
"Abang duduk sini dengan acik. Saya tolong ibu dulu."
Nuh tidak membantah. Hana mengatur langkah ke dapur dan membantu Puan Halimah. Selepas Puan Halimah membancuh air, teko dan cawan itu diletakkan di atas dulang.
"Aku nak kau hantar dulang air ni ke depan."
Hana memandang dulang air itu.
"Tapi ibu, kat depan tu semua kawan angah. Suruhlah angah yang hantar."
"Kau jangan melawan boleh tak? Aku suruh kau hantar tu. Buat jelah."
Hana mengeluh berat dengan permintaan ibunya. Apa lagi ni? Kerana tiada pilihan, Hana terpaksa akur dengan arahan Puan Halimah. Dulang air itu dibawa ke luar untuk dihidangkan kepada tetamu.
"Air."
Niatnya mahu meletakkan sahaja dulang itu kemudian terus berlalu namun lain pula jadinya.
"Tuangkanlah."
Cepat-cepat Hana merentap lengannnya yang dipegang itu. Risau Nuh melihat adegan ini.
"Jangan biadap boleh tak? Aku dah kahwin. Lelaki yang kau nampak tadi tu suami aku."
Lelaki itu agak terkejut dengan kenyataan Hana lalu memandang Hadif di hadapannya.
"Kau tak cakap pun adik kau dah kawin?"
Hadif tergagap-gagap mahu menjawab persoalan lelaki itu. Manakan tidak dia duduk diantara orang yang dikenali sebagai 'kawan'.
"Hana nikah je dulu."
Lelaki itu memandang Hana.
"Why? Kena tangkap basah ke?"
Hana mengetap giginya. Makin dilayan lelaki gila ni, makin sakit jiwanya. Belum sempat Hana mahu masuk ke dalam rumah, lengannya ditarik sekali lagi.
Pang!
Hana menampar kuat pipi lelaki itu.
"Kau ni tak faham bahasa ke? Aku dah kawin. Sia-sia jadi askar pangkat tinggi tapi otak dekat kepala lutut."
Lelaki itu tersenyum sinis kepada Hana.
"Sejak bila my sweetheart garang sangat ni? Hrm?"
"Jangan jadi bodohlah, Badrul. Aku tak pernah pun sukakan kau."
"Tapi abang you yang bagi izin. Remember, sweetheart? Three years ago but you yang lari dari I. Lama tau I tunggu masa ni but now you dah kahwin? What a pity man sebab dapat bekas I."
Pang!
Hana menampar sekali lagi pipi Badrul. Fitnah apa pula yang cuba dia tabur sekarang ni?
"Hana! jangan biadap sangat. Ni kawan aku!"
Hadif mula bersuara apabila Hana menampar Hadif untuk kali kedua. Hadif risau bahawa dia akan dalam kesusahan kerana perbuatan Hana.
"Kau diamlah, angah. Kau tu lelaki dayus. Kau tak boleh nak bela aku depan lelaki binatang ni. Sebab duit, kau sanggup nak jual aku. Abang jenis apa kau ni?!"
"Kau jangan biadaplah perempuan!"
Belum sempat Hadif mahu mengangkat tangan pada Hana, Nuh laju menghalang.
"Maaf, dia isteri saya. Angah takde hak pun nak naikkan tangan pada isteri saya."
Tangan Hadif dilepaskan kasar oleh Nuh. Sebenarnya, sedari tadi Nuh mendengar perbualan mereka. Namun, apabila dia melihat Hadif cuba bertindak kasar, Nuh terpaksa keluar dari tempat persembunyiannya.
Badrul sudah tersenyum senget apabila melihat Nuh seakan-akan mahu menjadi hero.
"So, kau ke suami Hana?"
"Ya, aku suami dia. Kenapa? Ada masalah ke?"
"Nothing. Aku just nak cakap kesian sebab kau cuma dapat bekas aku."
Membulat mata Hana mendengar fitnah karut Badrul.
"Kau merepek apa ni, jantan?!"
Tanpa menghiraukan kata-kata Badrul, Nuh memegang tangan Hana dan membawa Hana masuk ke dalam rumah menemui Puan Halimah.
"Ibu, Nuh dengan Hana balik dulu."
"Dah kenapa? Kan aku dah cakap Hana kena masak untuk kawan-kawan abang dia tu. Kalau kau nak balik, kau balik. Tinggal Hana dekat sini."
Belum sempat Puan Halimah mahu menarik lengan anaknya, Nuh terlebih dahulu menyembunyikan Hana di belakang badan bidangnya.
"Sorry, ibu. Kali ni, Nuh tak benarkan ibu seksa Hana lagi. Kami balik dulu. Assalamualaikum."
Nuh yang masih tidak melepaskan genggaman tangan Hana itu laju sahaja mengatur langkah keluar daripada rumah. Hadif, Badrul dan beberapa rakannya yang lain hanya melihat pasangan suami isteri itu berjalan ke rumah sebelah. Masuk saja ke garaj kereta, Nuh membuka pintu keretanya.
"Masuk."
Hana memandang Nuh.
"Kenapa, abang? Kita nak pergi mana."
Nuh cuba mengawal amarahnya yang dari tadi sudah merasuki dirinya. Dia tidak mahu melepaskan marah tu pada Hana.
"Abang cakap masuk."
Kali ini Hana tidak membantah kerana nada suara Nuh berubah. Hana menunggu Nuh di dalam kerata untuk sepuluh minit sebelum Nuh masuk dan meletakkan beg baju mereka di dalam but kereta.
"Kita nak pergi mana?"
Soalan itu ditanya sebik sahaja Nuh masuk ke dalam kereta.
"Balik Johor."
Sebelum memulakan perjalanan, Nuh mendail nombor Kamilia.
"Kamilia, cancel all my appointment for one whole month."
"Tapi, tuan..."
Belum sempat Kamilia mahu menjawab, Nuh terus mematikan panggilannya. Kerete BMW 3 series itu mula membelah jalan raya. Hatinya sama panas dengan enjin kereta sekarang. Macam-macam hal yang bermain di fikirannya.
"Abang, kenapa laju sangat? Saya takut."
Hana mula berdebar-debar dengan sikap Nuh yang tiba-tiba menggila. Sekarang, aura singa tu dah keluar.
"Duduk diam. Tidur."
Tiada langsung secalit senyuman di bibir merah Nuh. Hana semakin resah. Tidak pernah Nuh bersikap seperti ini. Jangan-jangan, Nuh percaya tentang apa yang Badrul katakan. Ah, parah!
***
Pang!
Hadif ditampar kuat oleh Badrul. Kepalanya turut terteleng ke arah tamparan itu. Badrul dan rakan-rakannya membawa Hadif ke padang lapang yang terbiar sekitar kawasan perumahan Hadif.
"Kenapa kau tak cakap dekat aku yang adik kau dah kahwin? Kau sengaja nak tipu aku ke? Tiga tahun lepas pun sama."
"Tak, tuan. Saya tak berniat nak tipu tuan."
"Habistu kenapa aku tak dapat dia?! Kenapa mesti orang lain?! Kau ni bengap!"
Badrul menyepak Hadif sehingga dia jatuh menyebah bumi.
"Sekarang ni, kau tanggunglah apa yang kau buat sebab tipu aku!"
Badrul memijak Hadif yang terbaring di atas tanah itu sebelum dia berlalu pergi. Itulah yang selalu Hadif hadap jika permintaan ketua unitnya yang kejam dan zalim itu tidak dipenuhi. Gaji yang seharusnya menjadi hak mutlaknya juga disekat. Hadif tidak boleh hidup tanpa duit. Kerana itulah, peristiwa tiga tahun lepas juga berpunca pada Hadif. Hari di mana dia cuba untuk menggadai maruah adik perempuannya sendiri demi mendapatkan wang.
XXX
Dont forget to join my telegram channel!🎯
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro