Bab 36
Vote and komen tau ;)
Selepas makan malam, Puan Halimah datang mengarah Hana di dapur.
"Malam ni tidur sini."
Hana memandang ibunya.
"Erm, Nuh nak kami tidur dekat rumah sebelah, bu."
"Aku cakap tidur sini, tidur jelah sini. Aku nak kau kemas rumah ni. Esok angah kau tu nak balik. Apa yang degil sangat kau ni?"
"Takpelah, ibu. Lepas Hana siap kemas rumah dengan bilik angah, Hana balik rumah sebelah."
Mendengar balasan itu, Puan Halimah menunjal kepala anak perempuannya itu.
"Apesal degil sangat kau ni?"
Tak sempat Puan Halimah ingin menunjal lagi kepala Hana, Nuh masuk ke dalam dapur. Mujur sempat.
"Ibu."
Nuh mendekati Hana yang sudah serabai rambutnya.
"Nuh tak pernah angkat tangan pada Hana sepanjang kami kawin. Kenapa ibu nak tunjal kepala isteri Nuh?"
"Aku yang besarkan dia. Suka hati akulah nak buat apa pun. Yang kau sibuk sangat tu kenapa? Baru nikah dua bulan, ada hati nak tunjuk hero."
Wajah Nuh memerah akibat balasan Puan Halimah.
"Ibu ni kan..."
Belum sempat Nuh mahu menjawab mulut Puan Halimah, Hana laju memegang tangan Nuh.
"Abang, dah."
Ibu terus keluar daripada dapur meninggalkan anak menantunya. Nuh terus melihat wajah Hana. Rambut itu dibetulkan.
"Sayang okay? Sorry abang lambat masuk dapur tadi. Kalau tak, abang takkan benarkan ibu tunjal kepala sayang macam tu."
"Bukan salah abang pun. Takpe. Saya dah biasa kena macam tu dengan ibu. Lagi teruk pun pernah."
Ayat terakhir itu ditutur perlahan. Hati Hana sangat sedih ketika ini kerana dia teringatkan hal dulu.
"Sayang... tengok abang."
Hana mengangkat wajahnya dan melihat mata hazel milik Nuh. Air mata yang mengalir sedikit itu diseka oleh suaminya.
"Jangan sedih okay? Malam ni lepas kita siap kemas rumah, kita balik rumah sebelah. Kita tidur dekat sana, okay?"
"Tapi ibu..."
"Shhh...takpe. Nanti pandai-pandailah abang cakap dengan ibu. Kita kemas dulu lepastu kita balik, okay?"
Hana hanya menganggukkan kepalanya.
***
"Dik, tak malu ke dekat Nuh? Adik sepatutnya tolong Hana buat kerja rumah bukannya Nuh."
Hafiy menegur Hasya yang sedang seronok melihat televisyen sambil makan keropok.
"Kenapa acik nak bising pula ni? Ibu suruh dia kan? Bukannya suruh adik."
"Dia tu Hana. Dia tu kakak adik. Cubalah hormat Hana sebagai kakak. Beza umur korang empat tahun tau."
Hasya naik rimas apabila Hafiy membebel pada dirinya.
"Ish! Rimaslah! Apesal acik tiba-tiba nak bela perempuan tu? Selama ni pun, acik juga yang buat dia macam orang gaji dalam rumah ni. Sekarang ni, sebab dapat adik ipar yang terlajak kaya, tiba-tiba jadi baik dengan bibik tu? Kenapa? Nak minta dia sponsored restoran acik yang dah nak lingkup tu?"
"Hasya! Jangan biadap!"
Suara Hafiy memetir di dalam rumah. Baginya, Hasya sudah melampau.
"Acik, kenapa terjerit-jerit dekat adik tu?"
Puan Halimah mula menegur Hafiy. Encik Malik, Hana dan Nuh juga ada di ruangan itu. Harriz masih belum pulang ke rumah.
"Adik? Acik? Kenapa ni?"
Hana mula menyoal.
"Kau diamlah! Acik tengking aku sebab kaulah!"
Hasya menolak Hana kuat sehingga dia hampir terjatuh. Mujur saja Nuh berada di belakang Hana. Tidaklah Hana jatuh tersembam ke belakang.
"Hasya."
Panggilan Hana itu tidak diendahkan oleh Hasya.
"Biarkan jelah dia tu, Hana. Manja sangat sampai tak boleh nak tegur langsung."
Kata-kata Hafiy itu mengundang persoalan Encik Malik.
"Kenapa acik cakap macam tu?"
"Takdelah, ayah. Umur dah masuk tingkatan, sepatutnya adiklah yang tolong Hana, bukannya Nuh. Nuh ni abang ipar dia. Hormatlah Nuh sebagai tetamu."
Hana jadi kaku. Ini pertama kali Hafiy membela dirinya sedangkan selama ini aciknya itu tidak pernah peduli perihal dirinya. Kenapa tiba-tiba?
"Jadi, sebab perempuan ni kau marah adik kau?"
Puan Halimah mahu menolak bahu Hana namun cepat-cepat Nuh menghalang.
"Ibu, dahlah tu. Tadi ibu dah tunjal kepala Hana. Sekarang nak tolak dia pula?"
Nuh tidak betah melihat isterinya diperlakukan sebegitu.
"Ibu, dahlah tu bela Hasya. Adik tu dah besar panjang. Kenapa ibu nak layan dia macam dia tu masih bayi? Hana pun anak perempuan ibu. Tak adil untuk Hana."
Hafiy masih cuba untuk mempertahankan Hana. Mendengar perkara itu, Puan Halimah semakin mendidih. Nafsu amarah sedang menguasai dirinya.
"Dia bukan anak aku! Aku takde anak perempuan macam dia! Dia tu..."
"Dah, Imah! Cukup! Awak masuk bilik sekarang!"
Encik Malik mula menghalang isterinya daripada berkata yang bukan-bukan. Encik Malik belum bersedia untuk menceritakan perkara sebenar pada Hana. Puan Halimah masuk ke dalam bilik dengan perasaan yang sangat marah. Pintu bilik dihempas kuat.
Encik Malik memandang Hana dan Nuh.
"Nuh, bawa Hana balik."
"Baik, ayah."
Nuh memegang tangan isterinya itu. Hana seperti patung yang menurut langkah tuannya. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah, Hana masih berdiri tegak. Melihat Hana yang sudah seperti patung, Nuh memegang bahu Hana dan meletakkan Hana duduk di birai katil. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya itu lalu menanggalkan tudung sarung Hana.
"Sayang, kenapa diam ni?"
Nuh membereskan rambut Hana yang sedikit berserabut itu. Ketika itu, Hana seperti baru sedar daripada dirasuk memandang Nuh dengan matanya yang sudah berkaca-kaca.
"Awak, betul ke saya bukan anak ibu? Kalau saya bukan anak ibu, saya anak siapa? Saya ni anak pungut ke? Bukan anak kandung ibu? Sebab tu ibu layan saya teruk? Jadi, betullah saya ni anak tak guna? Saya anak tak kenang budi?"
Secara tiba-tiba, Hana memukul kepalanya sendiri dan mula meracau.
"Aku ni anak tak guna!"
Melihat perkara itu, Nuh memegang lengan Hana yang mula memukul kepalanya sendiri.
"Sayang, stop! Stop..."
Hana memandang wajah Nuh.
"Tapi saya ni anak tak guna, Nuh."
Air mata Hana mengalir dengan laju. Nuh menarik Hana ke dalam dakapannya. Risau melihat Hana yang sudah seperti orang kemurungan.
"Hana, awak anak yang baik, anak yang selalu bahagiakan hati ibu dan ayah. Awak anak ibu, anak ayah."
Nuh berbisik perkara itu di telinga Hana sambil memeluk erat isterinya.
"Tapi ibu cakap saya bukan anak dia..."
Air mata Hana mengalir dengan lebih laju. Esakkannya bergema di dalam kamar tidur mereka. Nuh masih setia memeluk dan mengusap kepala isterinya.
"Hana, saya nak awak lepaskan semuanya. You can cry on my shoulder, love bug."
Seusai itu, tangisan Hana semakin kuat. Sesekali Hana menjerit seperti orang yang menahan sakit terlalu lama. Nuh yang mendengar perkara itu turut merasakan sakitnya. Hatinya cukup sakit untuk melihat dan mendengar tangisan si isteri.
Ya allah, engkau jagalah hati dan perasaan isteriku.
***
"Sayang..."
Usapan itu membuatkan Hana terjaga. Selepas pandangan menjadi jelas, Hana dapat lihat Nuh yang sudah memakai baju melayu bersama kain pelikat sedang mengusap kepalanya.
"Abang..."
Nuh hanya tersenyum mendengar suara isterinya yang comel ini.
"Sekarang dah pukul berapa?"
"Baru pukul empat pagi, sayang."
Hana hanya mendiamkan diri setelah mendengar jawapan Nuh. Ketika itu, Nuh pula yang bertanya.
"Sayang dah okay?"
Pada awalnya, Hana hairan dengan persoalan Nuh namun cepat-cepat dia teringat akan perkara yang jadi malam semalam.
"Saya okay."
Hana bangun untuk duduk bersandar pada kepala katil dengan bantuan Nuh.
"You don't look okay, love bug."
Hana tersenyum tawar mendengar kenyataan Nuh.
"Saya okay."
"No, you don't. Now tell me, sayang. Berapa lama awak pendam perasaan ni? Tangisan awak semalam jelas menunjukkan yang awak dah tahan perkara ni lama, sayang."
Hana memegang tangan Nuh seblum menceritakan semuanya pada Nuh.
"Sejak saya lima tahun. Sejak tu, saya tak pernah tahu apa tu sayang sebuah keluarga. Lepas je Hasya dilahirkan, ibu layan saya teruk. Ayah pula..."
Hana jeda seketika sebelum menyambung bicaranya.
"Saya tak ingat kenangan saya dengan ayah. Mungkin tiada. Along dan acik tak pernah layan saya macam adik. Hasya pun tak pernah hormatkan saya sebagai kakak. Mereka layan saya macam bibik. Angah pula..."
Hana tidak mampu meneruskan kata-katanya itu. Telalu perit untuk diceritakan pada suaminya. Melihat Hana yang sudah menundukkan kepala, Nuh mengangkat wajah isterinya dan menghapuskan air mata yang sedikit tumpah daripada tubir mata Hana.
"It's okay, love bug. Awak tak perlu sambung. Abang faham."
Tangan kasar itu kembali memegang tangan Hana kemudian Nuh cium lama tangan kecil itu.
"I promise, love bug. Abang takkan suruh atau paksa awak ceritakan hal yang dah lepas. From now on, it's just me and you. My half cinderella and her prince charming,"
Hana terus memeluk erat tubuh suaminya. Hana tahu bahawa Nuh akan penuhi janji itu.
XXX
Nak tahu sambungan? Bacalah.
Nak tahu perkembangan lanjut? Join telegram channel!🎯
Hotel? Trivago.
🙄😂😂😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro