Bab 34
Vote and komen tau ;)
"Kenapa awak beria-ia sangat nak suruh budak-budak tu balik? Bukannya ada faedah pun. Biarlah Hana dengan Nuh duduk dekat Johor tu."
Encik Malik mula bersuara apabila Puan Halimah mendesaknya untuk menyuruh anak dan menantunya pulang.
"Yang abang sibuk sangat nak pertahankan budak tu kenapa? Biarlah saya nak suruh dia balik ke apa. Dia tu sejak kawin dengan anak tan sri, mana ingat jalan balik rumah. Mentang-mentanglah dapat duduk rumah besar, naik kereta mewah terus lupa asal usul tu."
"Awak cakap apa ni, Imah? Hana tu tengah sambung belajar. Dia duduk asrama. Yang awak mengata dia tu kenapa? Apa lagi yang awak tak puas hati?"
Puan Halimah bangun daripada tempat duduknya dan memandang suaminya itu.
"Sampai bila-bila saya takkan puas hati. Semua ni salah abanglah. Sebab abang tipu saya hidup-hidup untuk bela budak yang entah datang dari mana tu!"
"Budak tu ada ada nama. Nama dia Nufa Hana dan dia anak saya yang sah! Apa lagi awak nak? Elok awak jaga dia, besarkan dia sampai umur dia lima tahun. Lepas dah tahu kebenarannya, awak layan dia macam sampah. Kenapa?"
Puan Halimah tersenyum senget.
"Sebab dia tu anak kepada perampas! Saya tak ingin nak besarkan dia kalau saya tahu dia tu bukan darah daging saya. Dia tu sepatutnya mati je sekali dengan mak yang lahirkan dia!"
"Halimah!"
Encik Malik mengangkat tangannya namun perbuatannya tergendala kerana dia sedar perbuatannya itu akan menyakitkan isterinya.
"Apa? Abang nak tampar saya? Sebab nak bela anak-beranak tu? Ha, tamparlah. Kenapa berhenti?"
"Mereka juga keluarga saya. Apa yang awak susah sangat nak terima."
"Keluarga? Habistu selama ni abang ada layan budak perempuan tu macam keluarga abang? Kenapa abang layan dia teruk? Sebab rasa bersalah tak dapat selamatkan perampas tu? Abang rasa budak tu kan punca kematian si perampas tu?"
Encik Malik tidak menjawab sebaliknya hanya mendiamkan diri. Apa yang dibilang isterinya itu adalah kenyataannya. Itulah punca utama dia melayan anak perempuan sulungnya sebegitu teruk.
Puan Halimah keluar daripada dapur dan terus masuk ke daam bilik. Hatinya panas apabila suaminya itu tidak habis-habis mahu membela anak perampas itu.
***
"Hrm, kena balik ke?"
Hana mengeluh sendiri. Lagi tiga hari, dia akan bercuti selama seminggu sempena semester break. Mengingatkan arahan ibunya, Hana menjadi tak keruan.
Kenapa ibu suruh balik?
Haih! Hana mengeluh lagi sebelum kepala diletakkan di atas meja.
"Hana, apahal kau mengeluh banyak sangat ni? Dari jauh aku dengar."
Syakir menegur Hana yang duduk bersendirian di lobby louge.
"Aku peninglah. Cuti minggu depan ibu aku suruh aku dengan suami aku balik."
"Habistu? Apa masalahnya? Balik jelah."
"Masalahnya, ibu aku takkan suruh aku balik tanpa sebab. Ni mesti ada hal yang dia rancang sebab tu ibu suruh aku balik."
"Tak, apa masalahnya kalau ibu kau ada rancang apa-apa? Balik jelah rumah tu."
Hana mendengus kasar dengan balasan Syakir. Hish, dia ni!
Sejak Nuh menghantar Hana pulang ke universiti selepas menyambut sebulan sejak hari pernikahan mereka, Hana menerangkan semula tentang pernikahannya kepada Syakir serta menunjukkan kad nikah yang baru sahaja siap. Syakir akhirnya boleh menerima kenyataan bahawa Hana sudah menjadi milik orang. Jadi, mereka pun berkawan seperti biasa.
"Syakir, keluarga aku bukan macam keluarga orang lain."
"Yalah. Mana ada keluarga yang sama."
Hana mengeluh lagi. Apa ke slow sangat si Syakir ni?
"Dah lah! Malas aku cakap dengan kau. Arin mana?"
"Dia cakap dia on the way."
Hana hanya mengangukkan kepalanya dan melihat skrin telefon. Gambar pernikahan dia bersama Nuh dilihat. Entah kenapa Hana merasakan bahawa dia akan merindui Nuh.
***
"Assalamualaikum, ibu."
Panggilan itu diangkat.
"Tak payah bagi salam dekat aku. Kau dengar sini. Aku nak kau balik rumah hujung minggu ni. Aku tak nak dengar alasan bodoh kau tu."
Hana mengeluh kejap dengan permintaan ibunya itu. Bukan tidak mahu dituruti tetapi risau jika firasatnya ini betul.
"Hana tak bincang dengan Nuh lagi, bu."
"Aku tak pedulilah kalau suami kau nak balik ke tak. Yang aku tahu, kau kena balik. Kawan-kawan angah kau semua datang juga nak jumpa kau. Mereka semua nak jumpa kau, makan apa yang kau masak. Kalau kau tak balik, siap kau aku kerjakan."
Tut...tut...
Panggilan itu terus dimatian. Hana mengeluh sendiri. Dia sudah agak. Bukan Puan Halimah yang beria-ia menyuruh dia pulang tetapi kerana kawan-kawan Hadif mahu datang ke rumahlah sebab utama dia harus pulang. Kenapa? Adakah peristiwa lama akan berulang? Kenapa Hadif dan Puan Halimah memperlakukan dirinya seperti ini?
"Andai saja aku boleh menceritakan hal ini pada ayah."
Peristiwa tiga tahun lepas terjadi tanpa pengetahuan Encik Malik, Hariz, Hafiy dan Hasya. Hanha Arin sahaja yang mengetahui tentang perihal ini Hana kerana apabila perkara itu terjadi, Arin orang pertama yang Hana cari. Alasan yang Hadif nyatakan pada Encik Malik itu adalah dusta belaka. Tidak pernah Hana berniat untuk melakukan hal terkutuk itu.
***
"Arin, aku ni malang ke?"
Arin hairan dengan persoalan Hana yang sedang bersandar pada kaki katil.
"Kenapa kau cakap macam tu?"
"Keluarga aku tak sayangkan aku, Arin. aku dilayan teruk. Kena pukul, tak pernah dilayan baik. Tak cukup malang lagi ke tu?"
Arin bangun daripada baringannya dan duduk di hadapan Hana. Hanim pulang ke rumah terlebih awal kerana kelasnya sudah tamat pada hari Rabu. Arin menemani Hana tidur di bilik sahabatnya. Mereka tidur di tengah-tengah ruang kosong bilik. Sajalah mahu mengimbau kenangan semasa di asrama dulu.
"Hana, kenapa ni? Aku tak sukalah kau cakap macam ni. Kau tak malang. Kau ada aku. Kau ada Encik Nuh. Kau ada keluarga mertua yang sangat sayangkan kau."
"Tapi semua tu lain, Arin. Aku tak pernah rasa macam mana abang kandung aku manjakan aku. Aku tak pernah rasa macam mana sebetulnya rasa ada adik perempuan. Aku tak pernah rasa macam mana perasaan sebenar disayangi oleh ibu dan ayah. Aku teringin nak dapatkan semua tu. Kenapa keluarga aku sendiri layan aku macam tu? Apa salah aku?"
Air mata Hana mengalir juga. Tidak pernah sekalipun air matanya jatuh ketika dia di dalam bilik asrama. Ini pertama kali. Arin rasa bersalah apabila melihat Hana mengalirkan air matannya sebegitu. Arin menarik Hana ke dalam dakapannya.
"Hana, aku faham kau tengah sakit sekarang tapi kau kena kuat. Kau kena yakin Allah dah atur yang terbaik untuk kau."
Arin meleraikan pelukan mereka dan memandang wajah Hana.
"Hey, kau dengar sini. Nufa Hana yang aku kenal adalah seorang yang sangat kuat. Nufa Hana adalah kawan aku yang terlalu positif dan percaya pada keajaiban Allah. Kau ingat kan apa yang kau cakap dekat aku masa aku cuba nak tarik nyawa aku sendiri?"
Hana hanya memandang wajah Arin.
"Kau cakap Allah berikan kita pilihan dalam hidup. Kita yang boleh tentukan sama ada kita nak jadi macam mana. Kau bagitahu aku yang Allah takkan ubah nasib hambanya melainkan kita berusaha. Aku pernah putus asa dengan kehidupan aku. Tapi sejak aku kenal kau, sejak kau cakap semua tu pada aku, aku jadi yakin dengan takdir Allah. Kau sendiri cakap sia-sia sahaja kehidupan aku kalau aku asyik fikirkan perkara yang membuatkan aku sedih sedangkan ada seribu satu hal yang boleh membuatkan aku tersenyum. Jadi, aku nak kau kuat. Kuat untuk diri sendiri macam yang pernah kau cakap pada aku."
Itulah alasan utama Hana dan Arin bersahabat baik. Arin hampir mahu menamatkan riwayat hidupnya ketika dia hampir kemurungan kerana ejekkan rakan-rakannya. Di saat Arin terpesong jauh dan putus asa dengan rahmat Allah, Hana datang dan membawa Arin ke jalan yang benar. Rahmat Allah itu luas. Ujian yang diturunkan itu juga adalah rahmat. Ujian yang diberikan adalah tanda Allah rindukan hambanya. Allah rindu untuk mendengar kita bercerita kepada-Nya.
Hana hanya menganggukkan kepala sambil air matanya mengalir. Dia faham apa yang cuba Arin sampaikan. Dia sedar dia sekarang hampir putus asa dengan rahmat Allah.
"Hana, Allah akan selalu ada dengan hambanya selagi kita percaya pada Dia. Kau jangan risau. Selagi kau percaya pada pencipta kita, Allah dah aturkan jalan yang terbaik untuk kau. Janji dengan aku yang kau takkan cakap hal macam ni lagi."
"Baik, Arin. Aku janji yang aku takkan mempersoalkan hal ini lagi. Aku janji aku akan lebih hargai apa yang aku ada sekarang. Thanks, Arin.
Ya allah, ampunkan aku. Kerana perasaan aku terlalu sakit, aku hampir putus asa dengan rahmat-Mu. Aku lupa bahawa aku masih dikurniakan suami, sahabat dan keluarga mertua yang masih sayang pada aku. Aku juga lupa bahawa aku masih mempunyai Engkau sebagai peneman aku siang dan malam. Maafkan aku, ya rabb.
XXX
jangan lupa join telegram channel saya! Link dkt description!🤭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro