Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 32

Vote and komen tauuu ;)

"Assalamulaikum, mama! Papa!"

Hana memberi salam dengan ceria apabila melangkah masuk ke dalam rumah mertuanya itu. Rindu!

"Waalaikumusalam!"

Puan Diyana terus mendakap tubuh kecil itu.

"Mama rindulah dekat anak mama ni. Maaf tau mama tak sempat nak melawat Hana dekat sana. Papalah busy sangat."

Hana dan Nuh mengambil tempat duduk di hadapan orang tua mereka.

"Takpe, mama, papa. Hana okay je. Nak-nak hari ni dapat surprise."

Hana mengerling ke arah Nuh disebelahnya. Nuh pula hanya mengukir senyuman nipis.

"Hah! Mama kamu ada masak makanan favourite Hana."

Tan Sri Nazim menyatakan hal itu dengan wajah yang bersemangat. Ni makanan kegemaran Hana ke papa? Hehehehe!

"Mee kari udang ke mama?"

Mata Hana dah bersinar-sinar. Melihat angukkan kepala Puan Sri Diyana membuatkan Hana tersenyum lebar.

"Yeay! Ha! Ni kena makan ni. Kalau tak nanti meroyan."

Mereka semua hanya ketawa kejap mendengar kenyataan Hana. Ada sahaja perkara yang mencuit hati mereka setiap kali Hana berbicara.

"Kalau macam tu, nanti kita makan malam sama-sama. Tunggu Zayyan balik."

"Lambat abang balik, ma. Biasanya pukul enam dah sampai rumah."

Nuh naik hairan kerana abangnya belum pulang. Hana pula dah tayang muka hairan.

"Siapa Zayyan?"

Ketika itu, Tan sri Nazim ketawa kejap dengan persoalan menantunya.

"Papa lupa Hana belum pernah jumpa dengan Zayyan. Zayyan tu abang ipar kamu. Nanti dia balik, kenal-kenallah dengan dia."

"Ouh..."

Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Hana.

"Kalau macam tu, Iyan dengan Hana naik rehat dulu. Nanti kita makan malam sama-sama."

"Okay, mama."

Hana dan Nuh naik dan masuk ke dalam bilik. Buka sahaja pintu bilik, Hana terkejut melihat keadaan bilik itu. Nuh pula dah tepuk dahi.

"Abang, ni bilik ke kedai bundle?"

"Ehehehehe...."

Hanya itu yang mampu Nuh keluarkan dari mulutnya. Hana hanya menggelengkan kepala. Pintu bilik ditutup dan baju-baju yang bergelimpangan itu Hana angkat dan letak di atas katil. Nuh juga turut membantunya.

"Abang buat apa ni? Sepah sampai macam ni sekali biliknya."

Hana dah mula panaskan enjin bebelannya. Nuh pula dah bersedia untuk tadah saja telingnya. Salah dia juga. Siapa suruh tak kemas bilik tu?

"Sorry, sayang. Abang kelam kabut sangat bulan ni. Mana nak uruskan kerja dekat Kuantan, kerja dekat Johor lagi. Abang takde masa."

Hana berhenti daripada melipat baju dan memandang Nuh.

"Abang, saya kan ada. Jangan risau. Lepas habis je sem ni, saya balik duduk sini. Jaga makan pakai abang. Okay?"

Mujurlah syarat kemasukkan hanya diwajibkan untuk menginap di asrama pada semester kemasukkan sahaja. Jadi, lepas habis saja semester yang pertama ini, bolehlah Hana tinggal bersama Nuh seperti pasangan biasa. Ketika itu, Nuh tersenyum dan mula bersuara.

"Bukan duduk sini tapi rumah kita."

"Maksud abang?"

Nuh tidak menjawab soalan Hana sebaliknya mengeluarkan segugus kunci daripada laci meja lampu. Kunci itu diletakkan di dalam genggaman Hana.

"Ni kunci rumah kita and our future kids. Esok kita balik rumah kita supaya sayang biasa dengan suasana rumah tu."

Hana terngaga kejap sebelum Nuh berkata sesuatu yang membuatkan Hana terharu.

"Happy monthsary, love bug. Walaupun masa sebulan kita nikah ni kita jarang berjumpa sebab sayang masuk belajar, abang pun busy kerja. Tapi abang nak sayang tahu yang setiap masa abang rindukan isteri abang. Dari pertama kali kita jumpa, abang dah jatuh suka pada awak. Abang janji pada diri sendiri yang abang akan bahagiakan sayang dan cuba rawat luka di hati sayang. Abang tahu apa yang awak lalui selama ni dah cukup perit. Abang takkan tambah kesakitan tu. Abang akan cuba sembuhkan. And i was really hoping that this marriage is the most beautiful thing that happen in your life. I love you, love bug."

Hana cukup terharu dengan apa yang Nuh luahkan. Rasa cinta dan janji yang diberikan itu sangatlah bermakna untuk dirinya. Perkahwinan ini adalah asbab dirinya boleh melakar kehidupan yang lebih bahagia berbanding dia memendam rasa dan makan hati dengan sikap keluarganya. Air mata Hana yang bergenang sedari tadi gugur jua akhirnya. Sebak dengan apa yang suaminya katakan.

"Terima kasih sebab sayang saya sepenuh hati awak. Terima kasih sebab terima saya seadanya. And yes. Marrying you is the most beautiful thing that happen in my life. I love you too."

Hana memeluk erat suaminya itu bagai tidak mahu dilepas. Sungguh dia sangat rindukan imamnya ini. Nuh pula hanya membelai lembut kepala Hana yang masih berbalut tudung itu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sayang dan cintanya dirinya terhadap isterinya.

***

Salam terakhir diberi menandakan mereka sudah selesai menunaikan solat maghrib. Selepas doa diaminkan, Hana bersalaman dengan Nuh.

"Lama kan kita tak jemaah macam ni?"

Hana hanya mengangukkan kepalanya. Rindu juga saat ini ketika dirinya solat bersendirian di asrama.

"Jom turun makan. Pakai baju longgar tau. Abang Yan ada tu."

"Abang Yan?"

"Haah. Tu nama panggilan dia."

Hana angguk tanda mengerti. Jadi, dia pun perlulah panggil abang iparnya sebegitu.

"Okay. Saya tukar baju kejap."

Selesai saja tukar baju, Hana mahu turun ke bawah.

"Abang tak nak turun sekali?"

"Abang nak masuk toilet kejap. Sayang turunlah dulu tolong mama."

"Okay."

Hana turun dan kakinya menuju ke dapur. Apabila dia masuk ke dapur, dia nampak satu tubuh yang tidak pernah dilihatnya. Lelaki itu sedang berdiri di hadapan pintu dapur dengan berpakaian serba-serbi hitam. Hana melihat penyapu yang ada di sebelah peti ais itu. Penyapu itu diambil dan cuba dijadikan senjata. Hana perlahan-lahan mendekati tubuh itu dan...

"Mama! Papa! Ada penjahat!"

Habis jejaka itu dipukul dengan batang penyapu itu.

"Adui! Sakitlah!"

Laju tangan Hana memukul tubuh tegap itu sehinggalah batang penyapu yang digunakan sebagai senjata dipegang oleh lelaki tersebut. Terbutang mata Hana melihat gerangan di hadapannya ini.

"Prof Noah?!"

"Hana?!"

Hana melepaskan batang penyapu yang ada di tangannya itu. Ketika itu, Puan Sri Diyana, Tan Sri Nazim dan Nuh masuk ke dalam dapur.

"Kenapa ni Zayyan, Hana? Mana penjahatnya?"

Hana memandang Noah.

"Zayyan? Prof ni anak sulung mama papa ke?"

"Siapa mama papa awak? Itu mama papa saya. Kenapa awak ada dekat sini?"

Nuh mendekati mereka yang sudah terkelu itu.

"Bang, nilah isteri Iyan. Nufa Hana."

Membulat mata Noah mendengar kenyataan Nuh.

"Budak ni isteri Iyan?"

"Haah, bang. Kenapa?"

Hana dan Noah memandang sesama sendiri.

***

"Jadi, Ayan adalah pensyarah Hana dekat kampus?"

"Haah, papa."

Mereka semua menjamu selera selepas adegan tadi. Hana dan Noah sama-sama masih terkejut dengan realiti ini.

"Hana tak kenal Ayan ke?"

Laju Hana menggelengkan kepalanya.

"Tak, papa. Nuh tak cakap pun abang Yan pengajar dekat universiti tu."

"Abang pun tak teringat nak bagitahu awak, sayang. In fact, manalah abang tahu yang Abang Yan akan ajar sayang."

Nuh cuba membela dirinya. Sebenarnya, salah mereka semua kerana tidak pernah menunjukkan foto Hana kepada Noah. Hana pun lupa bahawa nama penuh pensyarahnya ini adalah Noah Zayyan Harriz Bin Nazim Raihan. Dah sah-sah nama Noah berbin kan ayah mertuanya. Muka pun dekat-dekat sama saja.

"Tapikan, sayang. senanglah macam ni. Abang boleh minta tolong Abang Yan tengok-tengokkan awak dekat kampus."

Nuh memandang abangnya yang sedang makan mee kari itu.

"Abang Yan. Kalau ada mana-mana lelaki yang kacau Hana, abang Yan cepat-cepat halang tau."

"Beres. Oh ya! Mama, papa dengan Iyan nak tahu tak? Hana kan dalam kelas banyak berangan."

Hana membulatkan matanya apabila mendengar kenyataan Noah.

"Abang Yan! Apa ni? Baru sekali kan Hana berangan dalam kelas."

"Eleh! Sekali pun tetap salah. Orang siap panggil dia guna mic, boleh dia buat donno je."

"Abang Yan!"

Mereka semua tertawa melihat Noah mengusik adik iparnya itu. Mujurlah mereka mudah untuk akrab.

***

Selesai mengemas dapur, Hana masuk ke dalam bilik. Dapat dia lihat Nuh sedang berbaring sambil melihat skrin telefonnya.

"Abang tak tidur lagi?"

Nuh menutup telefonnya itu dan duduk bersila di atas katil.

"Belum. Abang tunggu sayang."

"Kejap ea. Nak tukar baju."

Selesai menukar baju, Hana mengambil tempat di sebelah suaminya. Hana berbaring dan berbantalkan paha kiri suaminya. Tangan kanan Nuh pula naik dan mengusap lembut rambut hitam itu. Hana memegang dan bermain dengan tangan kiri Nuh. Seronok kerana mereka boleh bermanja sebegini setelah berminggu tidak ketemu.

"Abang nak tanya sesuatu boleh?"

"Tanyalah."

Hana masih bermain dengan tangan kasar suaminya.

"Ibu ada call sayang eh?"

Hana berhenti daripada bemain dengan tangan Nuh. Pertanyaan Nuh itu sungguh tidak dijangka.

"Love bug? Abang tanya ni. Ibu ada telefon sayang ke?"

Hana mengangguk perlahan.

"Kenapa tak bagitahu abang pun?"

Nuh masih lagi setia membelai rambut isterinya. Hana tidak menjawab persoalan Nuh. Melihat perkara itu, Nuh membantu Hana bangun dan duduk bersila di hadapannya.

"Anything to share, love bug?"

Kali ini, tangan kasar itu membelai lembut pipi gebu Hana. Isterinya itu menghela nafas berat sebelum membuka bicara.

"Ibu suruh kita balik bila saya semester break nanti."

"Then? Awak jawab apa?"

"Saya jawab saya kena bincang dengan abang dulu. Tapi ibu paksa juga kita balik."

"Takpelah. Kita balik, okay?"

Hana mencapai tangan suaminya itu.

"Tapi abang, semua ni macam tiba-tiba. Ibu tak pernah angkat call saya pun selama ni. Sekarang ni, ibu tiba-tiba paksa kita balik."

"Sayang, kenapa cakap macam tu? Itu ibu awak. Mana boleh prasangka buruk macam tu."

"Saya bukan saja-saja nak sangka buruk dekat ibu tapi..."

Ketika itu, air mata Hana mengalir. Dia teringatkan peristiwa dulu yang menjadi punca utama hatinya hancur sehancurnya. Nuh menjadi cuak apabila melihat isterinya tiba-tiba menangis. Nuh memeluk isterinya itu.

"Sayang. Kenapa ni? I'm sorry if i've hurt you."

Nuh mengusap belakang isterinya supaya tangisan Hana berhenti.

"Saya takut kalau ibu nak pisahkan kita. Saya sayang awak. Saya tak nak hilang awak."

Luahan itu diucapkan berselang-seli dengan tangisannya seperti anak kecil. Walaupun Nuh kurang faham dengan apa sebenarnya maksud yang cuba Hana sampaikan, Nuh hanya membiarkan persoalan itu. Sekarang ini, dia perlu memujuk hati isterinya. Pelukan mereka Nuh leraikan. Rambut yang sudah berserabut itu Nuh kemaskan dan wajah Hana dipandang.

"Love bug, listen to me. Takde sesiapa yang akan pisahkan kita melainkan ajal. Abang takkan tinggalkan awak dan awak takkan hilang abang. Okay?"

Hana hanya mengangguk perlahan sebelum dia sendiri yang memuatkan badannya di dalam pelukan Nuh dan kembali menangis.

Sekarang, Nuh rasa amat bersalah kerana membuatkan Hana menangis. Sebenarnya, Nuh baru dapat panggilan daripada ibu mertuanya, sebab itulah Nuh bertanyakan hal ini kepada Hana. Tetapi tidaklah dia jangka bahawa Hana akan menangis sebegini.

I'm sorry love bug.

XXX

dont forget to join my telegram channel for more info! Link dekat description🤭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro