Bab 31
Vote and komen tauuu ;)
"Ish! Semaklah! Apasal dia balik cepat sangat? Dah puas honeymoon ke?"
Hariz berbicara sendiri di dalam biliknya. Dia masih sakit hati dengan Nuh. Mujur saja Taufik belum tahu hubungan sebenar mereka. Kalau tidak, habis dirinya diketawakan. Hariz mendengus kasar.
"Along? Kenapa kuat sangat mendengus tu?"
Puan Halimah masuk ke dalam bilik anak sulungnya itu dan duduk di birai katil.
"Takde apalah, ibu. Along rasa menyampah dengan Nuh tu. Sibuk nak mengarah orang. Along tahulah buat kerja along macam mana."
Puan Halimah mengerutkan dahinya.
"Nuh? Apa kaitan lelaki tu dengan kerja along?"
"Ibu tak tahu ke? Nuh tu anak kepada pemilik hotel yang along bekerja tu. Nuh tak bagitahu ibu lagi? Dah nak dekat sebulan dorang nikah, takkan ibu tak tahu lagi?"
Puan Halimah agak terkejut dengan apa yang dikatakan Hariz.
"Nuh anak pemilik hotel tu? Encik Nazim tu pemilik hotel yang along bekerja sekarang?"
"Yalah, ibu. Lagi satu. Tan Sri Nazim, bukan Encik Nazim."
"Apa?!"
Puan Halimah memang terlalu terkejut dengan kenyataan ini. Selama ini, dia hanya berfikir bahawa Nuh itu pegawai hotel biasa saja. Rupa-rupanya, anak tan sri.
"Kenapa si Hana tu tak bagitahu ibu yang suami dia tu anak tan sri?"
"Kalau dia bagitahu awak pun, awak nak buat apa?"
Encik Malik mencelah perbualan mereka dua beranak.
"Abang tahu yang menantu awak tu anak tan sri?"
"Mestilah saya tahu."
Puan Halimah mendekati suaminya itu.
"Kenapa awak tak bagitahu saya? Kenapa biarkan je budak lelaki tu tipu kita?"
"Dia tak tipu. Dia cuma tak bagitahu jawatan dia saja. Lagipun, betullah dia tu pegawai hotel. COO hotel pun salah satu jawatan pegawai. Awak nak marah-marah kenapa?"
"Memanglah saya marah sebab saya benci orang penipu dan tak jujur dengan saya!"
Puan Halimah meninggikan suaranya kemudian berlalu masuk ke dalam bilik. Hariz yang melihat adegan itu mula bersuara.
"Dah kalau keturunan tu keturunan penipu, menantu yang dapat tu pun kaki penipu."
Hariz berkata dengan nada yang sinis. Encik Malik yang mendengar perkara itu cuba mengawal kemarahannya.
"Apa kau nak cakap ni? Apa maksud kau keturunan penipu? Siapa penipu?"
Hariz bangun dan mendekati ayahnya itu.
"Ayah, perempuan tua tu dengan anak sulung perempuan ayah tulah penipu."
Hariz berlalu masuk ke dalam bilik air. Encik Malik mengepal penumbuknya. Geram dengan kenyataan anak sulungnya itu.
***
Minggu pembelajaran Hana masih berjalan dengan lancar. Syakir pula masih belum berputus asa untuk menambat hati Hana yang sudah menjadi milik orang. Penat juga Hana mahu mengelak daripada Syakir.
Hana duduk di lobby louge sendirian. Penat dia mahu berfikir tentang assignment yang tengah belambak. Padahal baru masuk minggu ketiga. Hana memikirkan perkara yang berlaku dalam kelas english for communication sebentar tadi.
Ketika itu, dia sedang termenung memikirkan panggilan telefon mengejut ibu yang menyuruh dia dan Nuh pulang ke rumah apabila semester break bermula. Hana terfikir apa niat ibu yang tiba-tiba sahaja menyuruh dia pulang. Maklumlah, selama ini kalau Hana menelefon ibunya, mana pernah ibunya itu menjawab panggilan itu.
"Nufa Hana."
Ketika nama itu disebut menggunakan mikrofon, semua pelajar di dalam dewan kuliah itu memandangnya namun Hana masih dalam dunia sendiri.
"Nufa Hana."
Kali kedua namanya diseru, barulah dia tersedar daripada lamunannya. Baru dia sedar bahawa semua pelajar sedang memerhatikan dirinya. Hana masih terpinga-pinga dengan perkara yang berlaku.
"Dua kali saya panggil awak, awak buat derk je. Day dreaming apa, miss Nufa Hana? Berkahwin dengan putera raja ke?"
Semua pelajar dalam dewan kuliah itu tertawakan Hana yang sudah garu kepala. Tulah! Termenung lagi masa lecturer tengah mengajar, kan dah kena!
"Tak, prof."
Noah hanya tersenyum lalu menggelengkan kepala melihat karenah pelajarnya itu. Hana pula dah malu habis apabila diketawakan oleh rakan sekelasnya.
Yeoboseyo babeun meogeotni
Eodiseo mwol haneunji geokjeong doenikka
Lamuanan Hana pada peristiwa itu mati apabila telefonnya menyayikan lagu Hello oleh kumpulan korea yang terkenal iaitu Nu'est.(saja promote)
Cepat-cepat Hana menjawab panggilan itu apabila melihat nama yang tertera di skrin.
"Assalamualaikum, love bug."
"Waalaikumusalam, abang!"
Ceria saja suara Hana ketika menjawab panggilan sang suami.
"Aik? Ceria semacam je ni. Ada apa-apa ke?"
Nuh naik hairan dengan suara isterinya yang kedengaran terlalu ceria.
"Mestilah ceria. Abang yang telefon. Rindu tau. Dekat tiga hari abang tak call saya."
"Rindu rupanya. Sorry sayang sebab abang tak sempat nak call tiga hari ni. Busy."
Hana hanya menganggukkan kepalanya walhal Nuh bukannya nampak pun.
"Faham. Ni abang ada dekat Kuantan lagi ke?"
"Haah. Abang tak balik lagi. Kenapa?"
Hana mendiamkan diri kejap sebelum mula bersuara.
"Erm...harini kan dah genap sebulan kita nikah..."
"I know. Sorry, love bug. Abang minta maaf sebab abang tak dapat jumpa awak hari ni."
"Takpe. Saya faham abang kerja. Hrm..."
"Are you okay? Ada dekat mana tu?"
Hana kembali mengukir senyuman di bibirnya.
"Ada dekat lobby louge. Saya okay je. Tapi saya rindukan abang."
"Hrm, kalau macam tu, abang boleh ajar cara nak hilangkan rindu tu."
Hana menjongketkan sebelah keningnya.
"Macam mana?"
"Close your eyes and count until three. Rindu tu mesti terubat."
"Ish! Mengarut je abang ni."
"Apa pula mengarut. Cubalah."
Hana hanya menurut permintaan suaminya itu. Matanya dipejam kemudian dia mengira perlahan.
"One...two...three..."
"Bukalah mata tu."
Suara Nuh kedengaran tetapi bukan daripada corong telefon.
"Abang!"
Hana terus memeluk suami yang ada di depan mata itu. Nuh tersenyum melihat reaksi isterinya dan membalas pelukkan itu. Pelukan mereka dileraikan selepas beberapa ketika. Nuh duduk di kerusi kosong bersebelahan Hana.
"Kenapa abang tak cakap abang nak datang?"
"Ish! Mana boleh cakap. Surprise kan. Terkejut tak?"
Hana mengangguk laju.
"Mestilah! Saya rindukan abang sangat-sangat."
"I miss you too, love bug."
Nuh menatap wajah isterinya itu. Haihlah! Rindu benar dia pada wajah lembut itu.
"Esok sayang ada kelas?"
"Esok takde. Lecturer cancel kelas. Dia just bagi assignment je."
Nuh dah tersenyum lebar.
"Good! Jom ikut abang balik."
"Balik? Maksud abang, balik rumah?"
"Yes. Balik rumah."
Mata Hana dah bersinar-sinar.
"Nak!"
"Okay, jom! Abang teman sayang pergi asrama ambil barang."
"Okay!"
Hana dan Nuh terus menuju ke asrama untuk mengambil barang keperluan Hana. sedang Hana mengemas, Hanim yang baru pulang itu bertanya.
"Hana? Kau nak pergi mana berkemas ni?"
Hana zipkan beg galasnya itu.
"Aku nak balik rumah mama dengan papa aku kejap hujung minggu ni."
"Oh, okay. hati-hati balik."
"Okay. Apa-apa bagitahu aku tau, Hanim."
Hana terus keluar daripada biliknya dan menuju ke bilik Arin sebentar untuk pamit pulang.
"Arin."
Pintu bilik dibuka.
"Yow! Eh? Kau bawa beg ni nak pergi mana?"
"Aku nak balik rumah mama papa. Nuh datang ambil aku."
Membulat mata Arin mendengar perkara itu.
"Wow! Okay then. Kirim salam dekat family mertua kau."
"Okay, bye!"
Hana berjalan turun untuk menemui Nuh. ceria sahaja wajahnya apabila memikirkan dia akan pulang bersama suaminya.
"Ni je beg?"
Nuh mengambil beg itu dan diletakkan di dalam but kereta. Hana hanya menganggukkan kepalanya.
"Jom balik!"
Belum sempat Hana mahu masuk ke dalam kereta, tangannya ditarik seseorang.
"Hana!"
Hana melihat gerangan yang memegang tangannya itu lantas merentap kasar lengannya.
"Lepaslah, Syakir!"
Nuh yang belum sempat menjauh dari sisi isterinya itu mula hairan dengan tingkah lelaki di hadapannya ini.
"Siapa lelaki ni, Hana? Kan saya dah cakap yang awak tu saya punya. Kenapa awak nak cari lelaki lain pula ni?"
Hana membulatkan matanya dengan persoalan Syakir. Nuh pula sudah tayang muka yang tak dapat ditafsir. Belum sempat Hana mahu menjawab, Nuh terlebih dahulu memperkenalkan diri.
"Nama saya Nuh Ariyan Harriz, suami kepada Hana."
Tangan yang Nuh hulurkan itu dibiarkan sepi. Syakir tersenyum sinis.
"Kau ingat aku percaya ke? Takkanlah pakcik tua ni yang Hana pilih buat suami?"
Membulat mata Hana mendengar ayat tanya yang Syakir keluarkan. Aku je boleh panggil dia pakcik tua!
"Ya, Syakir. Memang ni suami aku. Berapa kali aku nak cakap? Aku dah nikah. Lagi satu. Beza umur kami enam tahun je. Tak payah panggil dia pakcik."
"Enam tahun? Tak payah tipulah, Hana. Ni abang awak kan?"
"Suka hati kaulah nak percaya ke tidak. Yang aku tahu, aku dah puas jujur dengan kau."
Hana memandang Nuh.
"Abang, jom balik."
Nuh pastikan Hana masuk ke dalam kereta dahulu baru dia masuk ke tempat pemandu. Kereta itu mula membelah jalan raya dan membiarkan Syakir yang masih terpinga-pinga dengan perkara yang terjadi.
***
"So, anything to explain?"
Soal Nuh sebaik sahaja mereka memesan makanan. Mereka makan petang dahulu sebelum pulang ke rumah. Hana dah terkelu lidah. Macam mana nak jujur ni?
"Love bug, i don't mad at you. Abang cuma nak tahu siapa lelaki tadi dan macam mana dia boleh kata awak tu dia yang punya."
Hana menghembuskan nafasnya sebelum mula bercerita.
"Nama lelaki tu Syakir. Dia tu satu group dengan saya masa hari orientasi. Dia cakap dia sukakan saya dari first time dia nampak saya. Padahal saya bukan buat apa-apa pun. Bercakap pun tidak. Lepas daripada tu, Syakir tu sibuklah duk kejar saya. Tapi saya tak layan."
Air yang mereka pesan tadi tiba di meja dan menyebabkan cerita Hana tadi terhenti. Selesai air dihidangkan, Nuh memandang kembali isterinya.
"Teruskan."
Hana meneruskan ceritanya selepas menyedut air limau aisnya itu.
"One day, dia ada selamatkan saya dari sorang budak lelaki psiko ni. Saya tak kenal pun dia. Lepas peristiwa Syakir selamatkan saya, saya bagilah dia izin untuk berkawan dengan saya dengan harapan dia takkan letak harapan yang saya akan balas perasaan dia. Tapi, si Syakir tu perasan level langit ketujuh. Dia cakap yang saya ni malu untuk jujur dengan dia yang saya sukakan dia juga padahal saya dah banyak kali cakap yang saya dah nikah. Dia tu yang tak percaya. Bila saya tunjuk gambar nikah kita, dia cakap saya edit gambar je sebab dia kenal siapa Nuh Ariyan Harriz dalam bidang perhotelan. Dia fikir saya tipu pasal gambar tu. So, saya pun malaslah nak layan dia. Tapi tadi lepas dia jumpa abang pun dia tak percaya yang saya dah nikah, saya nak buat apa lagi? Lantak dialah nak fikir apa pun."
"So, sayang sukakan dia ke tak?"
Hana yang baru sahaja meneguk air kerana penat bercakap terkejut dengan soalan Nuh. Mujur saja air yang diteguknya itu tidak tersembur pada Nuh.
"Abang! Apa ni? Saya sayangkan abang sorang je. Syakir tu bukan setakat saya tak pandang sebelah mata, saya jeling pun tidak."
Nuh tersenyum dengan jawapan Hana. Lega hatinya mendengar jawapan itu.
"Then, i'm okay. Selagi abang ada dalam hati sayang, abang lega. Tapi, janganlah layan Syakir kasar macam tu. Abang tak nak dia apa-apakan isteri abang yang cute ni."
"Macam mana saya tak layan dia macam tu? Dia tu yang sibuk nak ikut saya ke sana ke sini. Lepastukan, abang. Hari-hari orang hantar surat dekat saya. Rimas tahu tak? Takkanlah saya nak kena tulis dekat dahi 'saya isteri Nuh Ariyan Harriz.' Takkan nak tulis macam tu baru dorang nak faham?"
Nuh hanya tertawa kecil dengan karenah isterinya.
"Susahkan dapat isteri yang comel ni? Ramai betul secret admirer."
"Abang, datanglah satu juta lelaki sekalipun, saya tetap pilih suami saya yang paling sweet ni!"
Nuh tersenyum manis dengan pengakuan Hana. isterinya ini memang cuteness overload!
Makanan mereka tiba selepas sepuluh minit. Mereka menjamu selera sebelum Nuh meneruskan kejutan seterusnya.
XXX
Dont forget to join my telegram channel! Link dekat description🤭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro