Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 29

Vote and komen tauuu ;)

Telefon yang berdering untuk kesekian kalinya itu diangkat juga akhirnya.

"Apa? Semaklah kacau orang pagi-pagi ni."

Kamilia dah buat muka menyampah apabila itu jawapan daripada Taufik.

"Banyaklah kau punya pagi. Sekarang ni dah lunch hour tau tak? Kau tu yang membuta sampai tengah hari buta."

Taufik naik rimas apabila mendengar bebelan Kamilia kepadanya.

"Kau nak apa sekarang ni? Semaklah."

"Tuan Nuh dah balik. Tuan nak jumpa kau dengan Hariz harini jugak."

Terbelalak mata Taufik mendengar perkara itu. Tuan Nuh dah balik?

"Apasal kau tak cakap yang bos bengis tu nak balik? Nak kenakan aku ke apa?!"

Taufik jadi bengang dengan berita yang Kamilia sampaikan.

"Aku pun tak tahulah Tuan Nuh nak balik. Tiba-tiba je muncul dalam ofis."

"Hesy! Dahlah!"

Panggilan dimatikan. Taufik segera bangun dari tempat tidurnya.

"Weh, Hariz! Bangunlah!"

"Kacaulah! Aku nak sambung tidur pun tak senang."

"Hotak kaulah nak sambung tidur. Kamilia call cakap Tuan Nuh masuk harini."

Hariz yang sudah mamai itu terus segar apabila mendengar nama Nuh.

"What the hell? Apasal si bengis tu balik?"

"Manalah aku tahu. Kamilia cakap dia nak jumpa kita. Cepatlah!"

Taufik segera bangun dari tidurnya itu untuk menyarung baju t-shirt yang berlengan pendek itu. Hariz yang nampak perkara itu tiba-tiba menengking Taufik.

"Eh, bodoh! Pakailah baju lengan panjang! Kau nak kita kantoi ke?"

Taufik melihat lengannya.

"Ya tak ya jugak."

Mereka berdua cepat-cepat bersiap untuk pergi ke pejabat.

***

Tok! Tok!

"Masuk."

Kamilia masuk selepas diberi arahan.

"Tuan Nuh, Encik Taufik dan Encik Hariz dah sampai."

"Suruh mereka masuk sekarang."

"Baik, tuan."

Selang beberapa saat, dua orang pesalah yang Nuh cari itu masuk ke dalam bilik. Hariz dan Taufik berdiri di hadapan Nuh sambil menundukka kepala. Takut dengan majikannya yang sudah mahu naik hantu.

Pap! Pap!

Dua fail dilemparkan di hadapan Hariz dan Taufik. Kemudian, Nuh menghentak meja kuat.

"You two! Dah gila ke?! Apa hotel ni kau berdua punya ke boleh cuti dan masuk kerja sesuka hati?!"

Tiada jawapan yang diberikan kepada Nuh itu membuatkan Nuh lagi bengang.

"Lima puluh aduan tentang room service dan empat puluh tujuh aduan pasal kafe hotel in two weeks. Kau berdua rasa aku ada masa ke nak layan aduan remeh ni sebab kesalahan bodoh kau berdua?"

Nuh memandang Taufik.

"Encik Taufik."

Taufik segera mengangkat wajahnya memandang majikannya yang sudah merah matanya.

"Bukan sekali ni saja aduan yang saya terima sejak Encik Taufik jadi manager hotel. I have heard a lot of things about you. And Encik Hariz."

"Ya tuan."

Hariz menjawab panggilan adik iparnya itu.

"I've give you two months to fix your problem before this tapi tak sampai sebulan awak dah rosakkan peluang tu. Should i fired both of you?"

Mendengar perkara itu, Hariz dan Taufik menjadi cuak. Berhenti kerja?

"Tuan, janganlah berhentikan kami."

Taufik mula bicara manakala Hariz hanya mendiamkan diri. Berani ke Nuh ingin memecatnya?

"Give me reason why i should'nt do that."

Nuh kembali duduk di kerusinya dan membiarkan pekerjanya itu berdiri.

"Bagi kami masa, tuan. Kami akan betulkan semuanya."

Jawapan Hariz membuatkan Nuh tertawa kecil.

"Masa? Berapa lama yang kau berdua perlukan untuk betulkan semua yang dah tak betul ni?"

"Tiga bulan, Tuan Nuh."

Taufik dengan beraninya menjawab. Nuh tersenyum senget apabila mendengar jawapan Taufik.

"One month. If the situation is still the same, kau berdua tahulah aku nak buat apa. Out."

Dengar sahaja perkataan keramat itu, Hariz dan Taufik keluar daripada pejabat itu. Pintu ditutup.

"Hariz. Macam mana ni?"

"Macam mana apa? Kerja jelah sampai dia puas hati. Nanti kita roger Jay semula."

Taufik hanya mengikut cadangan Hariz daripada mereka terpaksa diberhentikan kerja. Kalau kerja tiada, bagaimana mereka mahu teruskan hidup? Duit takde!

***

"Hana? Bersiap-siap ni nak pergi mana?"

Hanim bertanyakan soalan itu apabila melihat rakan sebiliknya itu sudah siap bertudung.

"Aku nak keluar kejap. Jalan-jalan."

"Oh okay. Jangan balik lewat sangat."

Hana hanya menganggukkan kepalanya sebelum kasut berjenama Nike yang Arin hadiahkan itu disarung. Hana keluar pada petang itu untuk menenangkan hatinya. Dah macam mana reaksi si Hanim tu kalau dia tahu yang Hana sebenarnya isteri Nuh? Sakit kepala!

Hana berjalan-jalan di kawasan padang universiti. Mujurlah tidak terlalu ramai pelajar yang ada di situ. Bolehlah dia duduk dan menikmati pandangan hijau depan mata. Hana melihat skrin telefonnya. Dah pukul lima setengah petang. Agak-agak, Nuh dah balik kerja ke?

Belum sempat Hana mahu menelefon Nuh, perbualannya bersama Arin tadi bermain di fikirannya.

"Hana, aku rasa kau kena ubahlah cara kau panggil Encik Nuh tu."

Hana mengerutkan dahi apabila mendengar ayat Arin.

"Ubah? Maskud kau?"

"Yelah. Panggillah Encik Nuh tu dengan panggilan yang manja-manja sikit ke. Kau tengoklah si Hanim tu panggil Encik Nuh apa tadi. My abang Nuh. Kembang tekak aku dengar. Encik Nuh tu suami kau tau. Takkanlah kau nak bersaya awak lagi dengan dia? Lagipun, dia lagi tua kan dari kau."

Hana mengeluh kejap apabila teringatkan perkara itu. Mujurlah Hanim tiada di dalam bilik sekarang.

"Apa kepentingan aku kena panggil dia lain daripada lain?"

"Ish! Nampaklah yang dia tu suami kau. Kau hormatkan dia. Mesti Encik Nuh pun suka."

"Aku nak panggil dia apa?"

Arin dah tersenyum nakal.

"Panggillah dia, abangku sayang..."

Arin sengaja meleretkan nadanya. Hana pula sudah membutangkan mata.

"Abang?"

Lamunan Hana mati dan dia menghela nafas berat.

"Tak buang tabiat ke kalau aku tiba-tiba panggil dia abang?"

Hana berbicara sendirian. Ketika itu, Hana ditegur seseorang.

"Saya tak kisah kalau awak nak panggil saya abang."

Tersentak Hana dibuatnya dengan sapaan itu.

"Syakir! Terkejutlah aku!"

Syakir hanya tersenyum dan duduk di sebelah Hana. Hana pula dah mengesot ke kanan sikit unutk menciptkan jarak yang luas diantaranya dan Syakir. Mujurlah bangku ni panjang. Kalau tak, dah jatuh dah dia dekat situ.

"Saya tak kisah kalau awak nak panggil saya abang."

Syakir mengulang kembali ayatnya tadi. Hana dah tayang muka bingung.

"Maksud kau?"

"Yalah. Tadikan awak ada cakap yang buang tabiat ke kalau awak nak panggil 'dia' abang. So, saya jawablah tak. Saya suka lagi adalah."

Hana terlopong kejap dengan jawapan Syakir. Apa perasan bebenor mamat ni?

"Perasan. Siapa yang tujukan dekat kau?"

"Eleh! Kalau bukan saya, siapa lagi? Awak bukannya ada kawan lelaki lain dalam kampus ni."

"Masalahnya memang bukan kau."

"Malu pula nak mengaku. Takpe. Saya akan tunggu juga untuk awak jujur dengan saya."

Hana mengerutkan dahinya.

"Jujur apa?"

"Jujurlah yang awak sebenarnya dah sukakan saya sejak saya selamatkan awak haritu."

Ternganga mulut Hana mendengar perkara itu. Macam mana Syakir boleh serkap jarang macam tu je?

"Syakir, aku rasa kau dah salah faham ni. Aku memang takde perasaan dekat kau. Kalau kau nak sukakan orang, kau sukalah dekat Arin tu. Dia single lagi. Dan lagi satu, tak perlulah nak guna saya-awak dengan aku. Aku tak selesa."

"Mana boleh macam tu. Dengan orang lain bolehlah saya beraku kau. Tapi dengan awak lain sebab awak tu special untuk saya. Jadi, saya tetap akan guna saya awak dengan awak."

Syakir tersenyum manis kepada Hana tapi malangnya Hana tak rasa apa-apa. Jauh sekali rasa berbunga-bunga. Macam mana ni?

"Syakir, aku rasa baik kau lupakan je perasaan kau tu. Aku takkan boleh nak balas."

Tiba-tiba, Syakir mengangkat jari telunjuknya dan digerakkan ke kiri dan kanan berkali-kali.

"Mana boleh macam tu. Kita tak cuba lagi. Mana boleh awak cakap macam tu."

Hana rasa nak meletop sekarang ni. Niatnya nak keluar ni untuk tenangkan kepala yang tengah berasap ni, boleh pula si Syakir ni tambah asap dalam kepalanya. Hana tidak mahu mendedahkan kebenaran tentang pernikahannya terlalu awal kerana dia dan Syakir baru saja berkawan. Hanim yang satu bilik dengan dia pun belum diberitahu tentang perkara ini. Tapi, bila dah dengar Syakir meluahkan rasa, nak tak nak Hana terpaksa jujur.

Nafas ditarik kemudian dihela.

"Syakir. Aku dah kahwin."

Keadaan menjadi sepi kejap sebelum Syakir ketawa secara tiba-tiba dengan kuat. Kena sampuk hantu ke mamat? Siap gelak sampai terkeluar air mata.

"Awak ni, Hana. Kelakarlah. Kut ye pun awak nak reject saya, janganlah cakap yang awak dah kawin. Apalah."

Dia ingat aku melawak ke? Ketika itu, Hana mengangkat tangannya dan menunjukkan jari manisnya.

"Cincin dekat jari aku ni adalah cincin nikah aku. Puas hati?"

"Cincin?"

Syakir tertawa kejap.

"Hana, setakat cincin ni tak membuktikan apa-apa. Orang yang single pun boleh je pakai cincin."

Ish! Dia tak percaya? Hana mahu menunjukkan gambar nikahnya pada Syakir tetapi terlambat kerana kawan Syakir memanggilnya untuk sambung bermain bola.

"Okaylah. Saya pergi dulu. Lain kali, jangan buat lawak yang awak dah kawin tau? Saya tak suka sebab awak tu saya yang punya. Bye."

Syakir berlalu meninggalkan Hana yang masih terpinga-pinga. Hana mengeluh berat dan termenung sendiri. Dia tak boleh nak balas cinta Syakir. Bukan Syakir je. Baru masuk hari ketiga di universitinya ini, berapa banyak surat yang dia terima. Aduila! Takkan nak kena tulis dekat dahi yang dia dah nikah? Parah macam ni!

***

Nuh naik ke bilik hotelnya. Kali ini, dia hanya tidur di bilik hotel kerana dia mahu memantau keadaan hotel dengan mata kepalanya sendiri. Badan dilemparkan di atas katil. Penat! Apa yang perlu dia cakap pada papanya soal ini? Sudahlah yang membuat onar itu abang iparnya sendiri.

Sedang Nuh memejamkan mata bagi mengosongkan otaknya yang sedang berserabut itu, satu notifikasi whatsapp masuk. Nuh melihat nama si penghantar.

Love Bug <3
Online

Abang! Dah balik kerja ke?

Selepas pesanan itu dibaca, Nuh terduduk. Dia menggosok matanya berkali-kali sebelum membaca pesanan itu sekali lagi.

"Abang? Aku tak salah baca kan?"

Ketika itu, terus sahaja Nuh menelefon isterinya itu.

"Assalamualaikum, sayang."

"Waalaikumusalam, abang!"

Nuh melihat nama si pemanggil sebelum telefon itu didekatkan semula dengan telinganya.

"Sayang? Awak panggil saya apa tadi?"

"Abang..."

Hana menjawab sepatah sebagai jawapan untuk soalan suaminya. Nuh terdiam kejap sebelum berbicara.

"Kenapa tiba-tiba? I mean, why?"

Hana tersenyum sendiri apabila mendengar suara gagap Nuh. Mesti terkejut lagi.

"Saja. Saya rasa saya perlu hormat awak lebih lagi sebab awak suami saya. Kan saya pun banyak membahasakan diri saya-awak dengan orang lain. Kalau macam tu, apa beza awak dengan orang lain? Awak kan suami saya. Jadi, starting from now, saya akan panggil awak abang dan awak pun perlu bahasakan diri awak abang. Okay?"

Nuh mendiamkan diri lama. Kerana Hana tidak mendengar jawapan bagi soalannya tadi, Hana bertanya lagi.

"Kenapa diam? Awak tak suka ke?"

"Eh, tak! Abang suka, sayang. Suka sangat."

Hana tersenyum gembira apabila mendengar jawapan Nuh. Hana sedar bahawa suaminya juga teringin dipanggil sebegitu. Sebagai suami, itulah panggilan yang akan membuatkan dirinya merasakan sangat disayangi dan dihormati.

"Abang dah balik kerja?"

Nuh tersenyum sendiri apabila mendengar lagi panggilan itu.

"Dah, love bug. Abang baru sampai bilik hotel."

"Oh! Abang duduk dekat hotel. Kenapa tak balik rumah?"

"Bukan tak nak cuma abang ada banyak perkara nak diuruskan. Nanti lepas maghrib abang naik pejabat semula."

Hana yang mendengar rutin suaminya itu mula rasa kesian. Dia merajuk tak tentu pasal tadi sedangkan suaminya tengah membanting tulang untuk mereka.

"Erm, abang. Terima kasih sebab pujuk saya. Coklat yang Arin bagi tu semuanya yang saya suka."

Nuh tersenyum nipis mendengar perkara itu.

"Suka? Sorrylah sebab abang tak boleh bagi sendiri. And, i'm sorry sebab lepaskan marah kat sayang tadi."

"Suka! It's okay. Saya faham abang kerja. Erm, abang balik Johor bila?"

Nuh memejamkan matanya kejap. Aduila! Nak balik pun keadaan kat sini macam puting beliung.

"Erm, sebenarnya kan sayang, abang tak sure kalau abang boleh balik dalam masa terdekat ni. Kerja kat sini banyak lagi yang belum settle. Kenapa tu?"

"Ingatkan hujung bulan ni nak balik rumah kejap. Kalau abang tak balik lagi, nak minta mama dengan papa ambil kat sini."

Nuh hanya menganggukkan kepala kejap sebelum menjawab isterinya.

"Kalau hujung bulan ni, sempat kut abang balik. Nanti abang bagitahu sayang semula."

"Okay, abang. Erm, abang rehatlah. Dah nak maghrib ni. Selamat rehat. Jangan buat kerja sampai lewat malam tau."

"Okay, love bug. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Panggilan dimatikan. Sebaik sahaja panggilan itu dimatikan, Nuh membuka kalendar di dalam telefon pintarnya.

"Lagi seminggu, dah genap sebulan aku dengan Hana nikah. Bolehlah teruskan dengan plan tu."

Nuh mendail nombor Dayang, setiausahanya di Johor. Setelah diangkat, Nuh terus memberitahu niatnya.

"Dayang, saya nak awak kosongkan jadual saya hari jumaat next week. Weekend pun saya tak nak apa-apa temu janji."

"Baik, Tuan Nuh. Kiranya temu janji dengan Tan Sri Kamal hari Sabtu tu nak saya cancel atau postponed?"

Nuh baru teringatkan hal itu. Seharusnya, dia dan Tan Sri Kamal perlu membincangkan tentang projek hotel yang ingin dibangunkan di tanah milik Tan Sri Kamal. Tetapi, dia mahu memberikan kejutan pada Hana.

"Awak postponed ke hari Isnin. Tolong bagitahu Tan Sri Kamal dengan kadar yang segera."

"Okay. Baik, Tuan Nuh."

Panggilan dimatikan. Nuh harap Hana akan suka kejutan yang disediakan.

XXX


Jangan lupa join miszhann's telegram channel for more info! Link dkt dekat description.🤭❣

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro