Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 28

Vote and komen tauuu ;)

"Tuan Nuh?!"

Kamilia, setiausaha Nuh di Kuantan itu terkejut beruk dengan kehadiran tuannya di pejabat. Bila masa tuan balik? Asal aku tak tahu?

"Kamilia, all report in my room now."

"Baik, Tuan Nuh."

Nuh berjalan masuk ke dalam ruangan pejabatnya. Selang beberapa minit, Kamilia masuk dengan dua buah fail. Fail itu dihulurkan kepada Nuh.

"Ni semua report tentang management hotel dan kafe sepanjang dua minggu ni, tuan."

Nuh membaca satu demi satu apa yang ditulis di atas kertas itu. Semuanya penuh dengan aduan dan ketidakpuasan hati pelanggan terhadap hotel itu. Apa nak jadi ni?

"Encik Taufik and Encik Hariz. I want they in my office now."

Nuh memberi arahan itu sambil mengetap giginya. Dia terlalu bengang dengan keadaan hotel dan terhadap apa yang berlaku sekarang. Kamilia dah tak senang duduk apabila Nuh bertanyakan tentang mereka berdua. Melihat Kamilia yang masih tercegat di hadapannya, Nuh mula meninggikan suara.

"I said, now!"

"Maaf, tuan. Mereka berdua cuti hari ni. Kafe hotel pun tutup hari ni."

Nuh menghela nafasnya untuk kesekian kalinya. Cuba untuk menahan kemarahannya.

"Dah berapa lama mereka cuti?"

"Dah seminggu, tuan."

"Hubungi mereka sekarang. I want to see them now."

"Baik, Tuan Nuh."

Kamilia berlalu daripada bilik itu dan menghubungi dua pekerja itu.

Sementara itu, wajah Nuh bagai belon merah yang menunggu masa saja untuk meletop. Nuh paling pantang orang yang tidak mempunyai tanggungjawab dalam menjalankan tugas. Orang sebegini seharusnya diajar walaupun orang itu adalah abang iparnya sendiri. Ini syarikat perhotelan papanya. Dia tidak mahu reputasi hotel NR Paradise cawangan di sini hancur begitu sahaja.

Sedang dia melihat segala laporan kerja yang tergendala, telefonnya berdering. Nuh menjawab panggilan itu tanpa melihat si pemanggil. Siapa pula yang cari pasal telefon bapak singa ni masa kepala dia tengah berasap?

"What?!"

Hana yang mendengar suara Nuh menengkingnya itu tersentak.

"Sorry kalau saya ganggu awak."

Nuh tersedar apabila suara Hana menyapa gegendang telinganya. Matanya dipejam sebelum menghela nafas berat.

"Saya tutup dulu."

"Eh, sayang! Wait!"

Hana tidak jadi mahu mematikan panggilannya apabila mendengar arahan Nuh.

"Sorry, saya tak berniat nak tinggikan suara saya. I pick up the call without seeing who is calling me. Sorry."

Hana tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Nuh rasa kesal kerana meninggikan suaranya sebegitu. Tahu Hana terasa dengan sikapnya sekarang.

"Sayang, saya tak sengaja. Saya minta maaf. Saya serabut dengan kerja kat sini. Janganlah diam macam ni. Say something, love bug. I miss your voice."

Hana mengeluh kejap apabila mendengar suara merayu Nuh. Sedar dirinya terlebih emosi sedangkan Nuh sudah menjelaskan alasannya tadi.

"Sorry sebab saya call awak time awak tengah kerja. Semalam saya tunggu awak call, tapi awak tak telefon saya pun. Sebab tu saya telefon awak pagi ni."

Nuh mengetuk perlahan kepalanya itu kerana dia terlupa untuk menelefon isterinya apabila dia sudah sampai di Kuantan.

"Saya minta maaf, sayang. Saya lupa. Semalam saya penat sangat drive."

"Takpe. Saya faham. Saya call ni sebab nak cakap yang esok saya dah start kelas."

"I see. Semuanya okay kan kat sana?"

"Okay. Erm, awak."

Nuh mendiamkan diri kejap sebelum menjawab panggilan Hana.

"Ya, sayang?"

"Lepas ni, kalau boleh, janganlah tinggikan suara macam tu kat saya. Saya...takut..."

Nuh memejamkan matanya sebelum meraup wajahnya. Dia sedar suaranya kalau marah itu macam suara beruang yang tengah mengamuk kelaparan.

"Okay, love bug. I'm sorry okay?"

"Hrm. Awak sambunglah kerja awak. Saya ada nak buat something."

"Okay, sayang. I love you and i miss you."

Hana tersenyum tawar kejap sebelum menjawab luahan cinta dan rindu itu.

"Love and miss you too. Assalamualaikum."

"Walaikumusalam."

Nuh meletakkan telefon pintarnya di atas meja sebelum mengeluh berat. Dia sedar ketelanjurannya itu tadi membuatkan isterinya itu terasa hati.

"Macam mana nak pujuk Hana? Tengah jauh ni."

Ketika itu, Nuh mendapat satu idea yang bernas.

***

Telefon dicampakkan di tepi bantal. Kemudian, Hana berbaring dan menekup wajahnya. Niatnya mahu memberitahu Nuh tentang semua aktivitinya pada hari semalam tapi lain pula jadinya.

"Apa yang jadi dekat pejabat sampai dia marah macam tu sekali? Masalahnya, aku pula tu yang jadi mangsa. Ish!"

Hane berbicara sendirian untuk melegakan hati yang sedikit sedih itu.

"Hana? Kau bercakap dengan siapa?"

Hanim yang baru pulang masuk ke dalam bilik itu menegur rakan sebiliknya yang sedang berbicara sendirian seperti orang yang tak betul.

"Cakap dengan diri sendiri."

Hana bangun kemudian tersenyum tawar. Jujur, dia masih tak boleh move on dengan suara Nuh tadi. Suara sama macam beruang nak melahap.

"Okay then. Erm, aku nak pergi mandi kejap. Kalau ada orang call, tolong jawabkan okay?"

Hana hanya menganggukkan kepalanya. Hanim pula berlalu untuk membersihkan diri. Sedang Hana berbaring dan termenung, telefon Hanim berbunyi. Hana menjawab panggilan itu.

"Hello. Hanim! Weh kau tahu tak? Aku..."

"Sorry. Hanim mandi. Ni roommate dia."

Hana laju memotong percakapan si pemanggil itu. Nanti tak pasal-pasal dia terdengar semuanya.

"Oh, sorry. Nanti cakap dekat Hanim untuk call saya semula ya."

"Okay."

Panggilan dimatikan. Hana yang duduk di birai katil Hanim itu mengeluh kejap. Sebelum mahu bangun duduk di meja belajarnya, Hana ternampak gambar lockscreen Hanim. Membulat matanya kerana dia kenal benar dengan orang di dalam gambar itu.

"Apa ni? Aduila! Susah kawin dengan orang femes ni! Habis semua orang ada gambar dia."

Ya. Gambar yang digunakan sebagai lockscreen Hanim itu adalah gambar Nuh. Suaminya. Semasa hari pendaftaran haritu, ada orang nak ambil gambar bersama Nuh, tetapi ditolak. Sekarang ni, rakan sebiliknya sendiri tergila-gilakan juga suaminya sendiri. Ish!

Hana naik ke atas katilnya dan nombor telefon Arin didail.

"Arin!"

"Yow! Apesal suara kau macam tu?"

"Aku nak jumpa kau sekarang. Ada dekat bilik tak?"

Arin mengerutkan dahinya. Jarang Hana bersuara dengan nada suara macam ni.

"Sabar jap. Aku dah nak sampai bilik kau ni."

Selang beberapa saat, Arin tiba di bilik Hana dengan dengan pemakaian yang kemas. Arin terus masuk dan duduk di sebelah Hana. Panggilan tadi dimatikan.

"Kau kenapa ni, Hana? muka kau tu macam kena simbah cuka je."

"Bukan setakat cuka, hidrochloric acid sekali!"

Arin terkedu kejap melihat sikap Hana yang jarang-jarang ditunjuk ini. Sikap merajuknya.

"Kau kenapa?"

Hana mula membuka cerita.

"Tahu tak? Tadi Nuh marah aku. Walaupun tak sengaja, tapi aku still terasa."

"Encik Nuh minta maaf tak?"

Hana menganggukkan kepalanya.

"Hah! Dah tu? Nak merajuk lagi kenapa?"

"Aku rindu dialah, Arin. Aku nak bercerita dengan dia, berborak dengan dia. Tapi endingnya aku matikan call sebab aku terasa dengan sikap dia."

Arin memandang Hana yang sudah menundukkan kepalanya itu.

"Patutlah Encik Nuh call, suruh aku pergi beli coklat banyak-banyak tadi. Sebab dia tahu isteri dia yang manja dan gedik ni merajuk lagi."

Hana mengangkat kepalanya dan memandang Arin.

"Coklat?"

"Ya..."

Arin menghulurkan satu plastik putih yang isinya penuh dengan coklat Cadbury.

"Encik Nuh call aku tadi. Dia minta tolong aku belikan kau coklat. Mula-mula aku pelik. Tapi bila dah tengok kau ni, barulah aku faham kenapa."

Hana melihat isi plastik itu. Semuanya coklat Cadbury perisa kegemarannya.

"Kenapa Nuh perlu susahkan kau pula? Kesian kat kau."

Ketika itu, kepala Hana diluku perlahan.

"Apa ni, Rin?"

"Kau nilah. Encik Nuh tu bukan main baik lagi nak pujuk kau. Boleh pulak kau cakap macam tu? Aku tak rasa susah pun. Kau ni, tak baiklah buat Encik Nuh macam tu. Aku faham kau rindu dia tapi kau kenalah faham yang suami kau tu kerja, busy. Kau kena fahamlah kalau dia stress ke apa. Kau tak bolehlah nak merajuk macam ni kalau dia dah minta maaf. Tak baik untuk perhubungan kau dengan Encik Nuh."

Kata-kata Arin itu sedikit sebanyak menyedarkan Hana yang sikap merajuknya itu tidak bertempat.

"Okay, aku faham. Janganlah marah aku."

"Aku tak marah. Aku ingatkan saja. aku tak naklah tengok kau dengan Encik Nuh gaduh sebab hal remeh macam ni. Persefahaman tu kena ada."

"Baik, love doctor. Aku takkan merajuk tanpa sebab lagi."

Arin hanya mendiamkan diri sebelum telefon Hanim sekali lagi berdering. Hana dah buat muka menyampah apabila teringatkan gambar Nuh yang terpampang di skrin telefon Hanim.

"Arin, angkatkan call Hanim kejap."

Arin hanya mengikut arahan Hana. Panggilan itu dijawab kemudian dimatikan selepas memberitahu si pemanggil yang Hanim sedang mandi. Sebaik sahaja panggilan itu dimatikan, giliran mata Arin pula terbeliak. Wajah Hana dipandang.

"Kau jangan pandang aku macam tu. Aku dah tengok tadi."

Arin tergagap-gagap untuk bersuara. Tidak tahu perkataan apa yang sesuai untuk diucapkan. Ketika tu, Hanim masuk ke dalam bilik itu.

"Arin? Kenapa pegang phone aku tu?"

Arin yang tersedar daripada lamunannya itu menjawab soalan Hanim.

"Tadi ada orang call. Aku tolong jawabkan."

"Ouh."

Hanim hanya membiarkan dan mengeringkan rambutnya. Ketika itu, Arin bertanyakan sesuatu.

"Hanim, aku macam kenal orang yang dalam wallpaper kau tu. Siapa eh nama dia? Aku lupa."

Arin sengaja mahu pancing Hanim untuk bercerita tentang Nuh. Sebut saja tentang lelaki dalam gambar itu, Hanim tersenyum lebar. Dia duduk di sebelah Arin dan memegang telefon pintarnya itu.

"Nama dia Nuh Ariyan Harriz. Family dia ni business partner ayah aku dekat sini. Aku kenal dia gitu-gitu jelah. Dia ni idola aku dalam bidang perhotelan. Aku pernah jumpa dia beberapa kali sebab kalau ayah aku ada event, aku akan ikut. Nak tengok tak gambar dia? Kejap aku buka galeri."

Hana yang diam dari tadi mula bersuara apabila Hanim sebut tentang gambar.

"Kau ada gambar lelaki tu ke?"

"Ada! Aku siap buat satu folder khas untuk gambar dia!"

Bukan main teruja lagi si Hanim ni bercerita pasal Nuh. Hana mengetap giginya.

Tu suami akulah!

Arin yang duduk di sebelah Hanim perasan akan riak wajah Hana yang berubah. Aduila! Nanti mesti Hana hangin lagi.

Hanim menunjukkan beberapa keping gambar pada Arin kemudian dia berkata sesuatu yang memang boleh membuatkan Hana meletop.

"My Abang Nuh is so handsome right? Bilalah dia nak lamar aku ni?"

Mata Hana dan Arin sama-sama membesar dan membulat.

My Abang Nuh?! Melamar?! Kepala hotak dialah!

Sejurus itu, Hana keluar dari bilik itu untuk mendapatkan udara yang lebih segar. Duduk dalam bilik tu dengar si Hanim bercakap pasal suaminya itu boleh membuatkan kepalanya semakin berasap.

Dalam banyak-banyak lelaki atas muka bumi ni, kenapa perlu suami aku!

XXX

Jangan lupa join telegram channel and group chat miszhann! Link dkt description!❣❣❣

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro