Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 27

Vote and komen tauuu ;)

Program pagi ini dimulakan dengan sesi menghantar beberapa dokumen mengikut kursus masing-masing. Jadi, Hana akan terpisah lagi dengan Arin.

"Hana, cubalah kau ni buat kawan. Ni duk diam je. Takkanlah kau nak berkepit dengan aku je sepanjang dua tahun ni?"

Arin berpesan kepada sahabatnya itu. Risau juga dia tengok Hana yang masih tiada teman lain melainkan dirinya dan Hanim.

"Aku bukan tak nak tapi kau faham kan yang aku kan ada trust issue. Lagipun, aku lagi selesa berseorangan macam ni."

"Ikut kaulah asalkan kau bahagia. Nanti lepas dah submit dokumen, tunggu aku dekat lobby louge tau. Kita makan sekali."

"Okay, bos!"

Arin beransur dahulu apabila dia mendengar pelajar kursusnya disuruh untuk berbaris. Begitu juga Hana. Mereka semua dibawa ke satu dewan untuk giliran menghantar dokumen itu.

Hana duduk di barisan belakang sekali. Dia masih tidak mampu untuk mempercayai orang lain sesenang itu. Cukuplah dia ada Arin seorang sebagai sahabat dunia akhiratnya.

"Baiklah, para pelajar boleh buatlah apa yang kamu semua nak sementara menunggu giliran kamu dipanggil untuk hantar dokumen. Kalau nak keluar ke mana-mana sekalipun, bagitahu saya dahulu dan pastikan berada di dalam dewan sebelum giliran kamu tiba."

Seorang fasilitator yang bertugas itu memberitahu hal itu kepada mereka semua yang berada di dewan. Hana hanya termenung. Nak berborak, malas. Nak buat apa ni? Ketika itu, satu notifikasi masuk ke dalam telefonnya. Melihat saja nama pengirim whatsapp itu sudah cukup membuatkan Hana tersenyum lebar.

Love<3
Online

Morning sayang.
Saya dah nak bertolak ni.
Awak jaga diri!

Selepas membaca pesanan itu, cepat-cepat Hana mendail nombor Nuh.

"Awak!"

Hana terjerit kecil apabila panggilan itu dijawab.

"Yes, love bug. Kenapa call? Kata harini ada penyerahan dokumen."

"Sajalah call. Tengah tunggu turn. Bosanlah. Lagipun, turn saya lambat lagi. Tu yang call awak."

"Oh, i see. Awak dah makan?"

Hana menggelengkan kepalanya seakan-akan Nuh boleh melihat tingkahnya itu.

"Belum. Tapi lepas serah dokumen, saya pergi makan dengan Arin."

"Arin je? Kawan yang lain?"

Hana terdiam kejap.

"Saya tak bolehlah nak terima orang baru. Saya ni ada trust issue. Jadi, susahlah untuk saya nak buat kawan."

Nuh menutup but keretanya selepas meletakkan bagasi di dalamnya dan masuk ke tempat pemandu.

"Awak okay ke tu takde kawan baru lagi?"

"Saya okay je. Awak tahu kan saya take time untuk rapat dengan orang."

"Dengan saya kejap je awak okay."

Nuh saja mahu menyakat isterinya itu.

"Awak lain. Orang-orang kat sini lain. Tapi awak jangan risau. Saya akan cuba berkawan cuma bukan sekaranglah sebab awal lagi kan."

"Takpe. Take your time. Study elok-elok tau. Kenangku selalu dalam doamu."

Nuh dah mengekek sebab terlalu cringe dengan ayat yang diucapnya. Hana pun sama.

"Okay. i will. Awak pun. Bawa kereta elok-elok. Dah sampai Kuantan bagitahu."

"Okay, sayang. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

***

"Boleh masuk ya."

Seorang pegawai memberikan arahan pada kelompok Hana yang sedang menunggu di luar. Hana masuk ke dalam ruangan itu dan mencari pegawai yang akan menguruskan dokumennya. Ketika itu, matanya tertancap pada kertas yang ditampal di hadapan meja itu yang bertulis 'Dip. Pend. Awal Kanak-Kanak.' Hana terus duduk di kerusi yang disediakan.

"Selamat datang. Minta dokumen ya."

Hana hanya menyerahkan sampul berisikan dokumen yang diminta.

"Nama awak Nufa Hana."

"Ya saya."

"Nama ayah Malik bin Muhammad. Ibu pula Halimah binti Mohsin."

Hana menganggukkan kepalanya.

"Ya, betul."

Pegawai itu melihat salinan slip keputusan SPM Hana.

"Result awak terlalu hebat. Kenapa pendikakan awal kanak-kanak? Kenapa tak sambung bidang sains?"

Hana tersenyum dengan soalan yang diajukan.

"Saya memang sukakan budak-budak. Saya dah habiskan masa sekolah menengah saya untuk belajar apa yang ibu ayah saya suruh, jadi sekarang saya nak belajar apa yang saya minat pula."

Pegawai tadi hanya tersenyum manis apabila mendengar jawapa Hana.

"Oh, i see. Selamat maju jaya saya ucapkan."

Pegawai wanita itu menghulurkan kad matrik sementara pada Hana.

"Terima kasih, puan."

Hana bangun kemudian berlalu dari situ dan mengatur langkahnya ke lobby louge untuk menunggu Arin. Selepas menghantar pesanan pada Arin, Hana hanya menghabiskan masanya melihat skrin telefon.

Ketika suasana pelajar di lobby louge semakin berkurangan, Hana ditegur seseorang. Pelajar itu menarik kerusi duduk di hadapannya.

"Hai."

Hana tidak melayan sebaliknya tekun melihat skrin telefonnya.

"Awak ni memang pendiam macam ni eh? Tak bosan ke mendiamkan diri dari tadi? Dari dalam dewan tadi awak tak bercakap dengan sesiapa."

Sepi lagi. Ketika itu, pelajar lelaki itu memegang lengannya.

"Hey! Kau ni kenapa?"

Hana merentap tangannya kuat. Gila ke mamat ni?

"Kau tu janganlah sombong sangat jadi perempuan. Jangan buat macam aku ni tak wujud. Kalau macam nilah perangai kau, takde sapa pun nak buat kau jadi isteri."

Hana cuba menahan sabar dan mengawal kemarahannya.

"Kau tak perlu kisahkan hidup aku nak kawin dengan siapa, nak sombong ke nak apa. Just mind your own business."

Pelajar lelaki itu mengetap giginya menahan geram dengan balasan Hana.

"Kau ni..."

Sebelum lelaki itu mahu menarik lengan Hana, seorang pelajar lelaki lain mendekati mereka. Lelaki yang cuba menyakiti Hana tadi ditolak perlahan untuk menjauhi Hana.

"Bro, tak baik nak berkasar dengan perempuan yang kau baru kenal. Tak gentlelah."

Sejurus itu, lelaki tadi pergi. Pelajar lelaki yang membantu Hana tadi melihat keadaan gadis yang berselindung di belakangnya.

"Awak okay?"

Hana hanya menganggukkan kepalanya.

"Terima kasih sebab tolong saya."

"No problem. Oh ya, Hana tunggu siapa?"

Ketika itu, Hana mengerutkan dahinya. Dia memandang lelaki di hadapannya ini.

"Kau kenal aku ke?"

Lelaki itu tertawa kejap.

"Saya Syakir. Lelaki yang dekat kafe semalam."

Hana cuba mengimbas kembali peristiwa dia tidak melayan Syakir di kafe malam semalam.

"Oh. Sorry pasal semalam. Aku tak selesa untuk bercakap dengan orang yang aku tak kenal."

"It's okay. Em, kalau macam tu, boleh kan kita berkawan?"

Hana mendiamkan diri kejap sebelum menjawabnya.

"Maaf. Saya tak selesa berkawan dengan orang yang saya tak kenal."

"Hana, semua orang mula berkawan sebab mereka tak kenal each other. Jadi tak salah pun kalau kita berkawan sekarang. Saya dah tolong awak tadi. Friends help each other right?"

Hana terdiam apabila mendengar Syakir cakap begitu. Aduh! Apa aku nak jawab ni? Ketika itu, penyelamat Hana muncul.

"Hana!"

Arin berjalan menuju ke arah Hana.

"Arin!"

Arin melihat lelaki di hadapan hana.

"Eh? Kau ni bukan lelaki semalam ke? Lelaki yang dekat kafe duduk semeja dengan Hana?"

Syakir tersenyum dengan pertanyaan Arin.

"Ya. Betullah tu. Nama aku Syakir. Kau?"

"Nama aku Arin. Kau dengan Hana kawan ke?"

Arin memandang Hana di sebelahnya sebelum Hana menarik Airn menjauh daripda Syakir. Syakir hanya membiarkan mereka berdua dan dia berdiri di tempat yang sama.

"Arin, dia nak berkawan dengan aku. Aku nak buat apa ni?"

"Kawan jelah. Aku tengok Syakir tu baik je."

"Ish! Bukan tulah. Aku tak nak dia berkepit dengan aku. Dia tu dari semalam lagi duk tegur-tegur aku. Tadi dia tolong aku daripada mamat gila mana entah. Arin, aku tak nak Nuh salah faham."

Arin tersenyum apabila mengetahui alasan sebenar Hana tidak mahu berkawan dengan Syakir.

"Kan senang kalau kau cakap kau risaukan Encik Nuh. Apa susah? Kau cakap jelah yang kau tu isteri orang. Takdelah dia nak berkepit dengan kau."

"Hey! Kau gila ke? Kenal dengan dia pun baru semalam, nak bagitahu dia yang aku dah nikah? Tak logiklah!"

"Kalau macam tu, kawan je dulu dengan dia. Aku tak rasalah Encik Nuh akan marah. Lagipun, kau cakap dia dah tolong kau tadi. Anggap je kau berkawan dengan dia ni untuk balas jasa dia tolong kau tadi."

Hana mengeluh kejap sebelum bersetuju dengan cadangan Arin. Mereka berdua kembali kepada Syakir.

"Okay. Start harini, kita kawan."

Mata Syakir dah menunjukkan sinar bintang yang terang apabila mendengar kata putus dari Hana.

"Betul ke ni?"

"Betullah. Dahlah. Aku dengan Hana nak pergi makan dulu. Bye."

Arin berjalan pergi daripada lobby louge dengan memaut lengan Hana. Syakir hanya dibiarkan di situ.

XXX

Sian Syakir...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro