Bab 26
Votelah and komen tau! Ehek! ;)
Selesai mandi, Hana masuk ke dalam bilik. Ketika itu, rakan sebiliknya sudah sampai dan sedang duduk di birai katil sambil melihat telefon pintarnya.
"Hai."
Hana mula menegur rakan sebiliknya itu.
"Hai."
Dia membalas kembali.
"Nama saya Hana. awak?"
"Hanim."
Hana hanya menganggukkan kepalanya.
"Awak ambik course apa?"
"Diploma pendidikan awal kanak-kanak. Awak pula?"
"Saya ambik diploma pengurusan perhotelan."
Ketika itu, pintu bilik Hana dibuka luas.
"Hana!"
Hana menjegilkan matanya pada Arin. Suka-suki je terjah bilik orang macam tu. Kalau dia bersendirian tak mengapa, ni ada rakan sebiliknya.
"Eh sorry. Tak tau pula roommate kau dah ada."
Arin masuk ke dalam bilik Hana dan duduk di sebelahnya.
"Nama apa? Course apa?"
"Nama saya Hanim. Course pengurusan perhotelan."
"Oh, okay. Lagi satu, tak payahlah bersaya awak. aku kau je selesa."
Hana memandang Hanim selepas Arin mencadangkan perkara itu.
"Ha, betul tu."
"Okay. tulah. Aku pun kekok nak bersaya awak."
Mereka bertiga sama-sama tertawa.
"Hana, malam ni nak makan kat luar ke tapau?"
"Tapau jelah. Aku malas nak makan kat luar."
"Okay, cun."
Ketika itu, Arin melihat satu bantal yang tidak pernah dia nampak sebelum ini ada di atas katil Hana.
"Siapa bagi lady bug tu?"
"Oh. Siapa lagi?"
Melihat Hana yang tersengih macam kerang busuk itu membuatkan Arin dapat meneka siapa pemberinya.
"Podah! Aku bagi beruang kat kau sebelum ni kan? Mana bear tu?"
"Beruang tu aku tinggal dekat rumahlah. Besar sangatlah nak bawa datang sini."
Arin mencebik dengan jawapan Hana. Ketika itu, perbualan mereka disampuk.
"Korang memang dah kawan sebelum masuk sini ke?"
Hanim mula menyoal apabila melihat kemesraan Hana dan Arin.
"Haah. Kitorang berkawan dari sekolah menengah."
"Patutlah mesra semacam."
Hana dan Arin hanya tersenyum.
"Oh, malam ni kau nak gerak sekali dengan kitorang tak?"
Arin bertanya pada Hanim.
"Boleh juga. Kalau macam tu, aku mandilah kejap."
Hanim mengambil tualanya dan beransur untuk membersihkan diri. Hana dan Arin berbual berdua.
"Hanim tu tau tak yang kau dah kawin?"
Arin bertanya pada Hana selepas sedap berbaring di atas katil Hana.
"Tak. Lagipun, tak ke gila kalau tiba-tiba aku nak bagitahu dia yang aku dah kawin? Baru kenal kut. Tunggulah sebulan dua."
"Banyaklah kau punya sebulan dua. Ni sem panjang ni lama tau. Enam bulan."
"Penting ke untuk aku bagitahu dia?"
Arin duduk menghadap Hana.
"Bukan masalah penting ke tak. Tapi dia kan roommate kau. Sekurang-kurangnya, kalau kau sakit ke apa ke, dia tahu yang kau dah nikah. Takdelah dia buat gila call ibu ayah kau kat Kuantan tu. Haru nanti!"
"Okay, baik cik Arin. Akan saya menurut perintah. Nanti seminggu dua aku bagitahu dia."
Arin hanya menganggukkan kepalanya.
"Dahlah. Nanti lepas isyak tunggu aku tau."
"Okay."
Arin keluar dulu untuk menukar pakaian.
Pada malam itu, sesi suai kenal bersama majlis perwakilan pelajar dan majlis perwakilan kediaman diadakan. Mereka juga dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mereka ditunjukkan semua tempat yang ada di universiti yang diiringi oleh fasilitator kumpulan masing-masing.
Hana, Arin dan Hanim dipecahkan kepada kumpulan yang berbeza-beza. Disebabkan pelepasan aktiviti meronda itu bergantung pada fasilitator kumpulan masing-masing, Hana terpaksa mengambil makan malam sendirian. Bukan kerana dia tiada rakan dalam ahli kumpulannya tadi tetapi kerana dia ingin berjalan sendirian. Disebabkan Hana dengan Arin dah janji nak bungkus makanan sama-sama, Hana menunggu Arin di kafe sendirian. Telefon dicapai dan Hana menghantar pesanan pada Arin bahawa dia menunggu rakannya itu di kafe.
Aplikasi twitter dibuka.
Hrm, tiada perkara yang menariklah.
Ketika itu, Hana memikirkan idea yang sangat bernas. Dia mendail nombor seseorang.
"Assalamualaikum, awak."
"Waalaikumusalam, love bug..."
Hana tersenyum mendengar suara penat Nuh. Auch! Suara penat kut. Paham kan? Eheheheheheeh! Hrm, Mesti dah tidur. Yelah, esok nak balik Kuantan pula.
"Awak dah tidur eh?"
"Hrm..."
"Sorry kacau. Rindulah..."
Nuh tersenyum dengan luahan rindu isterinya itu.
"Miss you too, sayang."
Hana tersenyum sendiri. Rindu untuk bermanja dengan suaminya.
"Boleh panggil saya lagi?"
"Sayang..."
"Lagi?"
"Sayang..."
Nuh menyebut perkataan itu dengan nada yang meleret. Kali ini senyuman Hana lebar sampai ke belakang telinga. Cair hatinya setiap kali Nuh memanggilnya begitu.
"Thank you. Awak sambunglah tidur. Esok pagi sebelum bertolak, call tau."
"Okay, love bug. Good night."
"Good night."
Panggilan dimatikan. Walaupun baru beberapa jam berpisah, rindu di hati sudah menebal. Ada aku kisah? Dah halal kut! Hohoho!
"Boleh saya tumpang duduk sini?"
Hana hanya menganggukkan kepalanya.
"Nama awak siapa eh? Dalam group tadi awak diam je."
Hana mengangkat wajahnya untuk memandang orang di hadapannya.
"Saya introvert person."
Hana kembali menundukkan pandangannya untuk melihat skrin telefon. Aduila! Mana Arin ni? Lama betul kumpulan dia ronda. Aku tak selesa dah ni!
"Your name? Nama saya Syakir."
Belum sempat Hana mahu menjawab, Arin menjerit memanggilnya.
"Hana!"
Arin menuju ke arah Hana.
"Jom makan. Lapar."
"Jom."
Ketika Hana mengemaskan begnya, Arin baru perasan kehadiran seorang lelaki di meja itu.
"Hana, siapa tu? Kawan kau ke?"
Hana hanya menggelengkan kepalanya sebelum mereka berlalu dari situ.
***
"Abang Yan dah balik ke?"
Nuh yang baru sahaja selesai solat subuh itu menuju ke bilik abangnya apabila dia perasan pintu dan lampu bilik itu terbuka.
Buka sahaja pintu, Nuh melihat abangnya yang sedang terlentang di atas katil.
"Abang Yan!"
Noah tersentak akibat jeritan itu.
"Iyan! Terkejutlah aku!"
Nuh dah mengekek gelakkan Noah. Nuh masuk dan duduk di sebelah abangnya itu.
"Ni abang Yan balik sekejap ke lama?"
Noah bangun dan duduk juga.
"Kali ni, abang Yan balik terus. Esok dah start kerja."
"What? Ni mama dengan papa tahu tak?"
"Belum. Tak jumpa lagi. Tadi abang Yan masuk pun guna kunci abanglah."
Nuh hanya menganggukkan kepala.
"Isteri Iyan ada?"
Melihat adiknya menggelengkan kepala, Noah bertanya lagi.
"Aik? Dia pergi mana?"
"Dia daftar masuk belajar semalam."
"Oh, isteri Iyan sambung belajar lagi?"
Nuh lupa untuk memberitahu hal itu pada abangnya. Sewaktu majlis akad nikah, Noah tidak dapat hadir kerana dia masih mempunyai kelas di UK.
"Isteri Iyan tu baru lapan belas, bang."
Terbutang mata Noah mendengar jawapan Nuh.
"Baru lapan belas? Mana Iyan kenal dia?"
"Iyan kenal dia masa Iyan pergi Kuantan tulah. Tak sangka pula dia jodoh Iyan."
Noah tertawa kejap dengan jawapan adiknya itu.
"Siapa pun dia, abang Yan perlu ucapkan tahniahlah."
"Sebab?"
"Sebab dah berjaya curi hati Iyan lah. Selama ni punyalah abang Yan ingat adik abang Yan ni gay sebab tak pernah pandang mana-mana perempuan."
Kali ini, mata Nuh pula membesar.
"Abang Yan! Apa pula cakap Iyan gay?! Orang straightlah!"
Bantal Noah diambil sebelum dibaling kepada tuan punya bantal dengan kasar.
"Iyan!"
Nuh berlari keluar daripada bilik itu untuk menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa pukulan Noah. Apabila Nuh laju turun ke bawah, dia berselindung di belakang papanya yang baru pulang dari surau.
"Papa! Tengok Abang Yan tu! Dia buat Iyan!"
"Mana ada, pa! Iyan mula dulu!"
Terpusing-pusing badan Tan Sri Nazim yang menjadi perisai Nuh untuk melindungi dirinya.
"Sudah-sudah lah tu. Pening kepala papa."
Ketika itu, mereka dua beradik berhenti. Tan Sri Nazim hanya menggelengkan kepalanya. Anak-anaknya ini seperti kanak-kanak kecil. Padahal dah umur dua puluh lebih.
Noah memandang Nuh dengan riak tak puas hati.
"Hah, Zayyan. Bila sampainya?"
Noah bersalaman dengan papanya.
"Baru je sampai lepas subuh tadi."
"Bila balik sana semula?"
Noah terkejut dengan pertanyaan Tan Sri Nazim.
"Apa ni, pa? Ayan tak sampai dua jam pun lagi sampai rumah, papa dah nak halau Ayan balik?"
Tan Sri Nazim tertawa kecil dengan reaksi Noah.
"Bukan tu maksud papa. Yelah. Ayan kan selalunya balik kejap-kejap aje."
"Papa tak sayang abang. Wek!"
Nuh sengaja menyakat.
"Diamlah, Iyan. Erm, kali ni Ayan balik terus, pa. Esok Ayan start kerja."
"Oh! So fast. Kalau macam tu, rehatlah cukup-cukup. Papa naik atas dulu."
"Okay, pa."
Tinggallah mereka dua beradik di ruang tamu menyambung sesi kejar mengejar tadi.
XXX
dont forget join my telegram channel and group chat! Link dkt description😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro