Bab 25
Vote and komenn tau ;)
Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Pendaftaran kursus Hana dan Arin dilakukan pada masa yang sama. Selesai mendaftar dan mengambil kunci bilik, Hana pergi ke kafe untuk menemui keluarganya. Sampai saja di kafe, dia terkaku apabila melihat satu tubuh yang dia rindu.
"Ayah?"
Encik Malik hanya tersenyum menyambut kehadiran anaknya. Hana pula macam tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Setelah sedar daripada lamunannya, Hana bersalaman dengan Encik Malik.
"Ayah baru sampai tadi."
Nuh berkata kepada Hana. Tahu isterinya masih terkejut.
"Ayah datang nak tengok Hana daftar masuk universiti ke?"
Encik Malik hanya menganggukkan kepalanya. Tidak mampu mengucapkan apa-apa.
"Terima kasih, ayah. Erm, ibu tak datang?"
Encik Malik menggelengkan kepalanya.
"Ayah dah cuba pujuk tapi ibu kamu yang tak nak ikut."
Hana hanya mengerti dengan penjelasan ayahnya. Ibu masih marah.
"Takpelah kalau macam tu."
Suara Hana mengendur. Melihat perkara itu, Nuh cuba untuk tidak membuatkan isterinya itu bersedih.
"Erm, ayah tidur dekat mana malam ni?"
"Ayah balik terus lepas ni."
Belum sempat Nuh mahu menjawab, Tan Sri Nazim terlebih dahulu bersuara.
"Ish! Jangan macam tu, Malik. Penat tu pergi balik. Tidurlah rumah kami."
"Haah, betul tu ayah. Esok pagi ayah baliklah Kuantan."
Encik Malik akhirnya bersetuju dengan cadangan itu selepas dipujuk oleh Nuh. Sedang mereka berbual, ada tiga orang pelajar yang menuju ke arah meja mereka.
"Assalamualaikum. Ni Tan Sri Nazim dan Tuan Nuh Ariyan daripada syarikat perhotelan NR Paradise kan?"
Salah seorang daripada tiga pelajar itu menegur.
"Waalaikumusalam. Ya, itu kami. Ada apa ya?"
Tan Sri Nazim yang menjawab persoalan itu kerana tahu benar dengan sikap anaknya yang berat mulut itu dengan orang luar. Tiga orang pelajar itu tersenyum riang apabila tekaan mereka adalah betul.
"Kami ni student degree pengurusan perhotelan dekat sini. Tan Sri dengan tuan ni idola kami. Boleh kalau kami nak bergambar dan minta tanda tangan?"
Belum sempat Tan Sri Nazim mahu menjawab, Nuh terlebih dahulu bersuara.
"Yes but no picture."
Mendengar perkara itu, mereka bertiga hanya bersetuju. Nuh bukan apa. Isterinya di sebelah ini sudah tayang muka cemburu. Mahu dia kena kejar dengan parang lepas ni kalau dia bersetuju dengan cadangan pelajar itu untuk bergambar bersama. Selepas mendapatkan tanda tangan, mereka berlalu pergi.
Adegan itu membuatkan Encik Malik terpinga-pinga. Tan sri? Tuan? Hotel NR Paradise tu kan tempat along bekerja. Apa semua ni?
"Maaf ya. Saya nak tanya. Apa yang saya tak tahu pasal keluarga mertua saya ni ya? Tan sri? Tuan? Apa tu?"
Ketika itu, mereka semua baru tersedar. Encik Malik belum tahu tentang status keluarga mereka.
"Erm, ayah. Sebenarnya, keluarga Nuh pemilik semua cawangan hotel NR Paradise."
Terbeliak mata Encik Malik mendengar perkara itu.
"Habis tu? Yang kau cakap kau kerja pegawai hotel tu? Semua tipu belaka?"
Angin marah Encik Malik datang secara tiba-tiba.
"Nuh tak tipu pun, ayah. Betullah Nuh ni cuma pegawai hotel sebab semua cawangan hotel tu masih di bawah nama papa. Nuh cuma tak sebut jawatan sebenar Nuh saja."
Encik Malik memandang Hana.
"Apesal kau tak bagitau aku yang suami kau ni anak tan sri?"
Belum sempat Hana nak buka mulut, Nuh laju membela.
"Bukan salah Hana, ayah. Nuh yang tak bagi Hana cerita hal sebenar sebab Nuh tahu yang ayah dan ibu mesti takkan bagi kami nikah kalau Nuh jujur pasal status keluarga Nuh."
Encik Malik hanya menghela nafas berat.
"Malik, saya harap semua ni tak jadi sebab Malik marahkan kami sekeluarga."
Tan Sri Nazim cuba memujuk Encik Malik. Risau juga disebabkan perkara ini, besannya ini kembali dingin dengan Hana.
"Saya tak marah. Cuma saya agak terkejut."
Lega keluarga Nuh mendengar perkara tersebut.
"Ada apa-apa lagi ke yang ayah tak tahu, Nuh?"
"Takde, ayah. Tu je yang Nuh rahsiakan."
***
Selepas meletakkan barang di dalam bilik, Hana turun kembali untuk bertemu Nuh. Orang tua mereka sudah pulang terlebih dahulu selepas waktu zohor tadi.
"Bilik macam mana? Okay?"
Nuh bertanya sambil mengusap kepala isteirnya itu.
"Okay. Besarlah tu untuk dua orang."
"Glad to hear that."
Nuh tersenyum mendengar perkara itu. Rumah lebih kurang sejam je daripada universiti. Kalau bukan disebabkan peraturan kemasukan pelajar, boleh je Nuh hantar Hana hari-hari.
"Sebilik dengan siapa?"
Hana mengangkat bahunya.
"Entah. Barang roommate tu dah siap kemas. Keluar semula kut."
"Oh. Arin bilik mana?"
"Bilik Arin selang beberapa bilik dari bilik saya."
"Malam ni ada apa-apa program?"
Hana menganggukkan kepalanya.
"Ada ronda-ronda and kena ada dekat asrama sebelum pukul sembilan kalau nak keluar sekaranv."
"Oh, i see. Sayang nak makan apa-apa tak? Kita pergi makan dulu."
"Nak tom yam..."
Hana tersengih memandang Nuh.
"Okay. Jom cari kedai tom yam."
***
Selesai memesan makanan, hanya mendiamkan diri. Ketika itu, Nuh sedar sesuatu yang aneh pada Hana.
"Love bug, is there anything you want to say?"
Nuh perasan yang Hana seakan-akan memendam rasa. Mata bulat itu seperti ingin mengatakan sesuatu.
"Erm, saya takut."
Nuh mengerutkan dahinya.
"Takut? Takut apa?"
Hana dah macam tak senang duduk. Nak bagitahu ke tak eh?
"Nufa Hana. Saya tanya ni. Awak takut apa?"
"Takut rindukan awaklah."
Nuh yang tadi resah sudah tertawa kecil melihat muka seposen Hana. Aduila isteri aku ni! Menyempat.
"Pandai eh bergurau dengan saya. Sakit jantung tau bila awak buat muka macam tu."
"Saja je nak bergurau. Tapi betul tau. Saya akan rindu awak."
"Saya pun akan rindu awak. Macam ni. Setiap hujung minggu, kalau saya free, saya bawa awak balik, okay?"
Hana mengangguk laju. Ketika mereka sedang berbual, pesanan mereka tiba. Laju saja tangan Hana meletakkan lauk untuk Nuh kemudian di pinggannya. Sedang mereka menikmati makanan mereka, Nuh teringatkan sesuatu.
"Sayang, esok saya kena balik Kuantan tau."
Hana meletakkan sudu dan garfunya.
"Tak bagitahu pun."
"Baru bagitahu kan tadi."
Nuh tergelak kecil.
"Ish! Main-mainlah dia ni. Maksud saya, kenapa tak bagitahu semalam? Baju awak tak kemas lagi kan?"
"Pasal baju tu, saya boleh kemas sendirilah. Awak janganlah risau. Saya taknak awak penat. Kan semalam awak busy buat last check untuk hari ni."
Hana mendiamkan diri. Selepas satu sudu masuk ke dalam mulutnya, dia bertanya lagi.
"Berapa lama?"
Suara Hana mengendur. Sedih nampaknya tu.
"Seminggu dalam perancangan tapi bergantung pada report. Kenapa?"
"Lamanya. Habistu saya macam mana?"
Nuh mengerutkan dahinya.
"Awak macam mana, macam mana?"
"Kalau saya rindu awak macam mana?"
Nuh tersengih sehingga menampakkan sebaris gigi putihnya.
"Kalau rindu, call lah saya. Saya janji saya akan angkat."
"Janji eh? Dah janji tak baik mungkiri."
Nuh tersenyum apabila Hana menghulurkan jari kelekeng kepadanya sebagai tanda berjanji. Nuh melakukan hal yang sama juga kepada Hana kemudian jari mereka bertaut seketika sebelum dilepaskan.
"Okay good! Sambung makan."
Nuh terhibur dengan sikap isterinya itu.
***
"Hrm, kena say goodbye lah ni kan?"
Hana mendongak untuk melihat Nuh yang tinggi melangit itu.
"Kenapa? Dah rindu ke?"
Dagu Hana dicuit.
"Setiap masa saya rindu awak. Nuh, awak jangan curang dengan saya tau. Saya tak nak awak tinggal saya."
"Ish! Kenapa cakap macam tu?"
"Yelah. Mana tahu awak sunyi ke kalau saya takde dekat rumah tu. Lepastu cari lain."
Nuh terlopong kejap dengan spekulasi Hana.
"Sayang, saya nak cari siapa? Saya sayang awak sorang je. Jangan risau okay? Memang saya akan sunyi kalau my love bug takde dekat rumah tapi takdelah sampai nak cari lain. Kalau saya rindu, saya drive kat awak. okay?"
"Okay."
Hana memeluk Nuh erat bagai tak mahu dilepaskan. Nuh pula hanya mengusap kepala isterinya dan kepalanya diletakkan di atas kepala Hana. Selepas beberapa ketika, pelukan mereka dileraikan.
"Don't worry, love bug. Enam bulan ni sekejap je. Pejam celik dah enam bulan. Dalam pada tu, kita kena didik rasa rindu ni dengan baik. Ingat. Jaga solat, jaga diri and al-quran pula jangan lupa baca everyday walaupun sebaris ayat. Tu tanda kita ingat pada Allah."
"Okay, awak. Semua pesan awak saya akan ingat. Saya masuk dulu."
"Eh kejap!"
"Hrm?"
Nuh membuka keretanya dan menghulurkan satu plastik yang sederhana besar pada Hana.
"Buat teman tidur."
Hana membuka dan melihat isi plastik itu. Patung lady bug yang comel merupakan isi plastik itu.
"Lady bug? Kenapa?"
"Sebab awak love bug saya."
Hana tersenyum dengan jawapan Nuh dan masukkan kembali patung itu ke dalam plastik.
"Thank you, love."
Mata Nuh membulat apabila mendengar apa yang Hana ucapkan.
"Awak panggil saya apa?"
Hana dah memalingkan mukanya daripada memandang Nuh. Aduila! Macam mana boleh terlepas pulak ni?
"Erm, takde apa-apa. Saya pergi dulu."
Tangan Nuh dicapai dan dicium.
"Bye!"
Nuh yang masih bingung dengan panggilan Hana itu terkaku sendiri. Dia panggil aku apa? Love?
Ketika itu, Nuh tersenyum sendiri.
"Your welcome, love bug."
XXX
Keep reading!!!😙💕
And dont forget to join my telegram channel and group chat! Link dkt description😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro