Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 24

Votelah duluuuu ;)
Happy 700 reads 😭❣❣❣

Hana keluar daripada bilik selepas waktu subuh. Sejak dia duduk bersama keluarga mertunya, Hana lebih rajin menolong Puan Sri Diyana. Bila Nuh pergi kerja, dia meluangkan masa bersama ibu mertuanya.

"Mama! Masak apa tu?"

Hana mendekati Puan Sri Diyana yang sedang memotong lobak.

"Nak masak mee goreng. Papa tiba-tiba rasa nak makan."

"Ooo..."

Hana melihat sekeliling.

"Nak tolong."

"Ish! Tak payahlah. Lusa kan Hana nak daftar masuk universiti. Rehatlah cukup-cukup."

"Alah, mama. Takpelah. Bukannya tak biasa masuk asrama."

Mee kuning yang masih di dalam plastik itu Hana ambil.

"Hana basuh mee eh."

Puan Sri Diyana hanya membiarkan. Menantunya ini makin dilarang, makin dibuat. Sedang mereka menyediakan bahan untuk masak sarapan, satu suara kedengaran. Bergema rumah banglo itu.

"Sayang! Mana awak?"

Hana terkejut kerana Nuh memanggilnya sebegitu. Malulah! Dahlah depan mama!

"Ha, pergilah. Suami cari tu."

Hana hanya sengih kambing.

"Kejap ea, mama."

Hana naik ke atas untuk melihat Nuh. Apalah pakcik duk jerit dari tingkat atas sampai satu rumah dengar?

Hana dapat lihat Nuh sedang berdiri di hadapan pintu bilik mereka.

"Awak pergi mana?"

Nuh bertanya sambil membuka pintu luas untuk isterinya.

"Saya tolong mama kat dapurlah. Nak masak sarapan. Ni ada apa panggil saya?"

"Hehehe! Pakaikan tie."

Tali leher berwarna biru tua itu dihulurkan kepada Hana.

"Ishlah pakcik ni! Ingatkan apa tadi."

Tali leher itu diambil. Nuh dah tersenyum riang sebab dapat bermanja dengan isteri pagi-pagi ni.

"Encik Nuh, awak tu tinggi melangit. Duduklah."

Nuh hanya menurut dan duduk di birai katil. Tangan Hana laju saja mengikat tali leher itu. Maklumlah dah hampir dua minggu jadi isteri kepada encik pembawa emas dalam mulut ni, hari-hari dirinya belajar cara nak ikat tali leher.

"Dah, siap."

Hana mengemaskan sedikit baju kemeja suaminya itu.

"Ada apa-apa lagi?"

Hana bertanya.

"Ada."

"Apa?"

Nuh tarik Hana duduk di atas ribanya dan memeluk isterinya itu.

"Awak. Kenapa ni? Nanti berkedut seluar awak tu."

"Biarlah berkedut pun. Saya nak peluk sayang saya pagi ni."

Hana hanya membiarkan perkara itu. Memang kebiasaannya Nuh akan bersikap manja tapi hari ni terlebih manja.

"Kenapa pakcik tua saya manja semacam pagi ni? Ada apa-apa ke?"

Nuh memandang wajah isterinya.

"Pakcik tua awak ni rindukan isteri dia. Yelah, ada orang nak tinggal pakcik tua ni sorang-sorang lusa nanti. Kesian pakcik tua ni sebab kena tidur sorang, makan sorang. Hrm..."

Pipi Nuh dipegang sebelum dicubit perlahan.

"Eiii! Gediknya pakcik tua saya ni. Macamlah tak biasa tidur sorang."

"Sejak dah ada isteri ni, tak biasalah sayang."

"Nak buat macam mana? Semester pertama memang wajib duduk asrama. Tulah. Saya tak nak sambung belajar, awak suruh sambung jugak."

Nuh menurunkan tangan Hana daripada wajahnya.

"Memanglah saya suruh awak sambung belajar. Awak muda lagi. Ada cita-cita sendiri. Jadi, saya sebagai suami mithali, kenalah sokong isteri. Lagipun, saya tahu awak memang nak sambung belajar, kan?"

"Terima kasih sebab tak sekat minat saya."

"Mestilah. Hari rabu nanti daftar pukul berapa?"

"Pukul sembilan. Kenapa?"

Nuh tersenyum kejap.

"Takde apa. Saja tanya. Kalau macam tu, saya nak ambil cuti esok."

"Ambil cuti? Kenapa?"

"Yelah. Saya nak luangkan masa dengan my half cinderella ni sebelum dia masuk belajar."

Hana mengerutkan dahinya. My half cinderella?

"Kenapa my half cinderella pula?"

"Kan saya dah pernah cakap sebelum ni. Cinderella tu hidup dia tidak sebahagia macam mana orang pandang dia dan dia tak berusaha pun untuk mengubah nasibnya. Dia sanggup untuk hidup bersama keluarga tirinya itu tanpa berani mempertahankan kebahagiaan dan mengharapkan magik untuk tolong dia. Tapi, ending kisah cinderella, dia kahwin dengan putera raja dan hidup bahagia. Sama macam awak, sayang. Cuma yang bezanya, awak percaya pada keajaiban yang Allah dah aturkan. Awak tak mengharapkan apa-apa sebaliknya awak usaha. Awak berusaha untuk mempertahankan apa yang membuatkan awak bahagia. Awak cuba untuk bahagiakan ibu dan ayah dan akhirnya, niat suci awak tu Allah balas dengan hubungan kita. Saya adalah putera raja yang dalam kisah cinderella tu. Putera raja yang jatuh hati pada rakyat biasa yang akhirnya hidup bahagia bersama. That's why, you are my half cinderella."

Hana terus memeluk Nuh selepas mendengar penjelasan itu. Begitu berharga dirinya pada sang suami. Air mata Hana mengalir jua. Hatinya sebak apabila terkenangkan kehidupannya sebelum ini. Nuh membalas pelukan itu dengan erat. Tahu apa yang diucapnya tadi akan membuatkan isterinya ini rasa hiba.

"Saya akan selalu ada dengan awak, love bug. Saya takkan tinggalkan awak melainkan ajal yang pisahkan kita."

Pelukan mereka Nuh leraikan. Air mata Hana diseka sebelum dia mengucup ubun-ubun isterinya itu.

"I love you, love bug."

"Saya sayang awak jugak."

Hana dan Nuh sama-sama tersenyum.

"Jom turun makan. Mesti mama dah siap masak."

Hana bangun daripada riba Nuh dan tangan suaminya dipaut.

***

"How's hotel?"

Nuh berbicara dengan Kamilia yang ditugaskan untuk memantau keadaaan cawangan hotel di Kuantan sepanjang ketiadaannya.

"Customer hotel banyak lari sebab room service slow dan makanan yang mereka pesan pun banyak masalah. And, kafe hotel pun dah tiga hari tutup."

"What?!"

Suara Nuh naik seoktaf. Apa nak jadi ni? Dia baru sahaja tinggalkan hotel itu seminggu lebih. Dah jadi macam ni?

"Give the report to me by tonight."

"Baik, Tuan Nuh."

Panggilan itu dimatikan. Nuh mengeluh sendiri. Kepalanya dipicit. Berdenyut-denyut rasanya memikirkan perkara itu.

"Manager hotel dengan manager kafe ni macam ada masalah yang sama. Tapi, macam mana aku nak cari bukti?"

Ketika itu, Nuh teringatkan sesuatu.

"Manager kafe tu pulak abang ipar sendiri. Aku tak nak Hana sedih kalau tahu along dia buat hal."

Aduh! Susah juga ada keluarga yang bekerja di bawahnya dan melakukan masalah pula tu. Dalam keadaan ini, dia perlu pulang ke Kuantan dengan secepat yang mungkin. Tapi Hana nak daftar universiti lagi dua hari.

Aduila! Kusutnya.

***

"Arin!!!"

Tubuh sahabatnya itu didakap. Rindu! Maklumlah kalau kat Kuantan, hari-hari jumpa.

"Hana, ajaklah kawan masuk. Nanti boleh makan tengah hari sama-sama."

Puan Sri Diyana yang sedang menghidangkan makan tengah hari itu memanggil.

"Jom masuk."

Arin melangkah masuk ke ruang tamu lalu bersalaman dengan Puan Sri Diyana yang berjalan ke arah mereka.

"Ni nama siapa?"

"Arin, aunty."

"Cantik nama. Duduklah dulu. Nanti kita makan sekali. Tunggu papa dengan anak aunty balik."

"Okay, aunty."

Puan Sri Diyana berlalu masuk ke dalam bilik untuk membiarkan mereka berdua.

"Arin. aku rindu kaulah."

Arin mencebik.

"Membohonglah kau rindu aku. Bukannya nak call aku."

"Eleh, makcik ni merajuk pulak. Kau tahukan aku bukan tak nak call kau tapi aku layan si Nuh tu. Kau kan pesan aku kena dengar cakap suami."

Arin tertawa kejap.

"Aku gurau je. So, kau dah ready ke nak masuk universiti? Aku tak sabar betul weh!"

Membayangkan mereka bakal bergelar mahasiswi dalam masa dua hari nanti membuatkan mereka ingin melompat gembira.

"Entahlah weh. Berdebar pun ada. Tapi excited!"

"Kan. Erm weh. Kau ada call ibu ayah kau?"

Soalan Arin itu membuatkan Hana terdiam kejap.

"Aku call tapi tak angkat. Ayah pun sekali je angkat call aku."

"Kiranya lusa ni yang hantar kau siapa? Encik Nuh?"

Hana hanya menganggukkan kepala.

"Mama dengan papa pun ikut."

"Okaylah macam tu. Takpe, Hana. By time, aku yakin yang ibu ayah kau akan lembut juga hati mereka. Kau sabar okay?"

"Thanks, Rin. Erm, kau nak apa-apa tak? Aku ambilkan."

"Baru nak tanya. Aku haus kut."

Hana tertawa kejap sebelum masuk ke dapur untuk membancuh air untuk Arin. selepas membancuh, Hana membawa dulang itu ke hadapan.

"Sirap. Okay kan?"

"Okay je."

Selepas meneguk air itu dengan penuh nikmat, Arin bertanya Hana sesuatu.

"Weh. Yang kau freehair dalam rumah ni takpe ke? Encik Nuh bukan ada abang ke?"

"Abang Nuh dekat UK lagi. Nuh ada cakap yang lagi beberapa hari, abang dia sampailah Malaysia. Kenapa?"

Arin hanya menganggukkan kepalanya.

"Takdelah. Aku tengok kau rilek sangat. Tu yang aku tanya."

Hana memandang pemakaiannya. Dia hanya mengenakan seluar palazo hitam . baju t-shirt berwarna biru dan cardigan hitam.

"Kenapa weh? Buruk sangat ke aku pakai macam ni?"

"Apa kau ni. Bukan tulah maksud aku. I mean kau tak pakai tudung pun. Ni kan rumah mak mertua kau."

Hana hanya mengiyakan sahaja kata-kata Arin. ketika itu, kedengaran dua suara memberi salam.

"Assalamualaikum."

Hana berjalan ke depan untuk membuka pintu.

"Waalaikumusalam."

Hana bersalaman dengan Nuh kemudian Tan Sri Nazim.

"Awalnya papa dengan Nuh balik."

"Papa kenalah balik awal kalau mama kamu masak asam pedas. Nanti habis disapu dengan orang sebelah papa ni."

Nuh hanya menayangkan sebaris gigi putihnya.

"Janganlah macam tu, pa. Asam pedas mama kan sedap. Memanglah Iyan habiskan."

"Sebab tu kena balik awal. Hana, mama kamu mana?"

"Mama ada dekat atas tu. Papa naiklah dulu. Nanti lepas zohor kita makan sama-sama."

Tan Sri Nazim berlalu naik ke atas selepas menegur Arin. Hana dan Nuh yang masih lagi berdiri tegak depan pintu itu dibiarkan.

"Arin datang?"

Soal Nuh pada Hana.

"Haah. Nak semak dokumen untuk lusa. Awak naiklah dulu. Lepas lunch ni, masuk kerja balik tak?"

"Tak. Saya tak balik ofis. Kalau macam tu, awak duduklah dulu dengan Arin. saya nak naik mandi kejap."

"Okay."

Nuh beransur meninggalkan Hana dan Arin berdua. 

XXX

Join telegram channel i tauu!!!🤭

Link dekat description🎯💨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro