Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 23

Votela duluuuu ;)

"Ayah. Kami balik dulu."

Hana dan Nuh meminta izin pulang. Mereka berangkat selepas sarapan pagi. Tan Sri Nazim dan Puan Sri Diyana terus pulang ke Johor selepas majlis semalam kerana Tan Sri Nazim mempunyai urusan yang tidak boleh dielakkan.

"Jaga Hana baik-baik."

Hanya itu pesan Encik Malik. Nuh mengerling kejap ke arah isterinya sebelum memandang kembali ayah mertuanya itu.

"Baik, ayah. Nuh janji Nuh akan jaga anak ayah sebaik mungkin."

Encik Malik hanya tersenyum nipis.

"Ibu tak nak keluar ke, ayah?"

Hana mula bertanyakan tentang itu. Encik Malik hanya menghela nafas berat.

"Biarlah ibu kamu tu. Nanti ayah kirim salam pada dia."

Hana hanya mendiamkan diri. Sudah lama dia tidak dengar ayahnya berbicara dengan dirinya selembut itu. Dalam pada itu, Hana juga kesal kerana ibunya semakin menjauh.

"Ibu tak nak jumpa Hana eh, ayah? Ibu marah lagi ke dengan keputusan Hana ni?"

"Ayah dah cakap jangan fikir pasal ibu kamu tu. Nanti ayah pujuk. Sekarang ni, fokus pada suami kamu je."

Hana hanya mendiamkan diri. Air matanya bergenang. Perasaannya sebak. Di saat dia sudah mempunyai keutamaan yang lain, ayahnya melayan dirinya dengan baik. Di saat syurganya bertukar kepada suami, ibu semakin menjauh. Air mata yang bertakung itu ditahan sebaik mungkin supaya tidak menitis.

"Baiklah, ayah. Terima kasih atas nasihat ayah. Hari Hana daftar masuk universiti, ayah dengan ibu datang?"

Encik Malik hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab.

"Takpelah kalau macam tu. Hana dengan Nuh pergi dulu. Assalamualaikum."

Hana bersalaman dengan ayahnya dan terus berjalan masuk ke dalam kereta. Nuh mengikuti langkah isterinya itu selepas bersalaman dengan ayah mertuanya.

Masuk sahaja dalam kereta, suasana diantara mereka sepi. Nuh juga tidak mencuba untuk bersuara kerana sedar akan perubahan emosi isterinya. Hana pula hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap. Mendiamkan diri sepanjang perjalanan.

Ibu, kenapa ibu benci sangat pada Hana? Apa salah Hana, bu?

Air matanya mengalir sebaik sahaja perkara itu terdetik di hatinya.

**

Melihat jam yang sudah hampir mahu masuk waktu zohor, Nuh memberhentikan keretanya di kawasan RnR. Selepas meletakkan kereta, Nuh melihat Hana yang masih lena dalam tidurnya. Tali pinggang dibuka dan dia menatap wajah isterinya itu. Pipi Hana dibelai lembut dan dapat Nuh rasa pipi gebu itu sedikit kesat kerana air mata yang mengalir.

"Saya akan jaga awak. Saya akan lindungi awak daripada disakiti. Saya sayangkan awak."

Kata-kata itu diucap sambil tangan kasar itu mengelus pipi isterinya. Secara tak langsung, perkara itu menyebabkan Hana terjaga. Nuh hanya tersenyum apabila melihat gadis itu terpisat-pisat membuka matanya.

"Kenapa berhenti?"

"Zohor dah nak masuk. Solat awallah senang."

Hana hanya mengangguk perlahan sebelum sedar tangan Nuh masih setia di pipinya. Tangan itu dipegang dan diturunkan.

"Kenapa?"

Hana bertanya sambil memandang wajah Nuh.

"Saja. Awak nampak macam baby bila awak tidur."

Hana mencebik kemudian tersenyum dengan jawapan Nuh.

"Sorry terlelap."

"Takpe. Saya faham awak penat."

"Penat apanya. Bukan saya yang drive."

Nuh mendiamkan diri kejap sebelum berbicara.

"Penat mental lagi melelahkan berbanding penat fizikal, Hana."

Hana hanya mendiamkan diri sebelum menjawab. Faham apa yang Nuh cuba maksudkan.

"Saya okay. Awak jangan risau."

Hana tersenyum nipis untuk melegakan hati suaminya itu.

"Mata awak tak menunjukkan yang awak okay. Love bug, saya tak kisah kalau awak nak jujur dengan perasaan awak. Saya tak suka awak memendam rasa macam ni. Kalau awak happy, awak boleh cerita. Kalau awak sedih pun, saya sedia dengar semuanya asalkan awak tak pendam sorang. Saya akan jadi diari bergerak awak. Saya kan suami awak. Apa guna ada pasangan tapi tak boleh nak meluahkan rasa?"

Pipi gebu itu dielus lembut. Hana hanya tersenyum mendengar luahan Nuh.

"Terima kasih sebab dah offer diri untuk jadi diari bergerak saya. Jadi lepas ni, kalau saya mengadu apa-apa, jangan menyesal tau."

Nuh tertawa kecil.

"Saya takkan menyesal. I love you , sayang."

Ketika itu, pipi Hana terasa bahangnya. Sayang?

"Kenapa blushing tu? Malu eh saya panggil awak sayang?"

Nuh dah masuk mood mengusik.

"Ish! Mana ada. Jom turun. Kata nak solat tadi."

Hana cepat-cepat mengambil beg telekungnya di seat belakang dan keluar dari perut kereta Nuh.

***

Nuh menunggu Hana di hadapan surau perempuan setelah solat. Selepas sepuluh minit, Nuh nampak susuk tubuh Hana keluar daripada surau.

"Lama ke? Sorry tau."

Nuh tersenyum melihat Hana yang tayang riak bersalah itu. Comel!

"Awak ni kenapa eh?"

Nuh bertanyakan soalan itu pada isterinya. Hana dah tayang muka pelik.

"Saya kenapa? Kenapa, kenapa?"

"Kenapa comel sangat? Rasa nak gigit-gigit je pipi tu!"

Membulat mata Hana mendengar jawapan itu. Kena sampuk apa suami aku ni?

"Apa awak ni! Malu lah. Dah, jom makan. Lapar."

Hana memegang tangan suaminya itu erat. Mereka berjalan untuk mencari makan. Ketika itu, Hana ternampak Restoran KFC.

"Awak, nak KFC."

"Okay. Jom."

Mereka masuk ke dalam restoran itu dan duduk menghadap.

"Awak nak makan apa? Saya nak orderkan."

"Nak twister box."

"Tu je? Tak nak tambah?"

"Boleh ke?"

Nuh tersenyum kejap.

"Kenapa tak boleh pula?"

"Seganlah sebab guna duit awak."

Nuh terkedu kejap. Senyuman tadi terus hilang daripada wajahnya.

"Hana, saya tak sukalah awak cakap macam tu. Saya ni suami awak. Duit saya adalah duit awak juga. Jadi, saya takde istilah duit saya seorang. Ini rezeki kita."

Nuh berkata dengan tegas dan nadanya seperti orang yang marah. Dia tidak suka Hana masih yang masih bersikap seperti mereka orang asing. Hana terkedu. Nada Nuh kali ini sangat tegas. Dia jadi bersalah dengan apa yang diucapkan.

"Sorry. Saya takde niat nak buat awak marah. Cuma saya tak biasa."

Nuh mengeluh kejap.

"Perkara tu kena dibiasakan. Kita dah nikah pun. Bukan kawan lagi nak ada rasa segan tu."

Hana hanya mendiamkan diri.

"Nak tambah apa?"

Nuh bertanya apabila melihat Hana hanya mendiamkan diri.

"Loaded potato bowl."

Nuh bangun dari kedudukannya apabia mendengar jawapan Hana. Melihat Nuh yang sedikit dingin itu membuatkan Hana mengeluh. Dahinya dipukul perlahan.

"Kenapalah mulut aku ni? Nuh mesti terasa."

Ketika itu, telefonnya berdering. Panggilan itu dijawab.

"Apa khabar pengantin baru? Seronok ke dah jadi isteri orang ni?"

Suara Arin kedenganra ceria di hujung talian.

"Hrm..."

Arin terkejut apabila mendengar sahutan Hana sebegitu.

"Weh. Apahal kau ni? Baru dua hari nikah dah buat suara macam tu. Ke Encik Nuh ada buat apa-apa kat kau?!"

"Ish kau ni! Nuh tu bukan main baik lagi. Suka-suka je tuduh dia macam tu. Bukan tulah."

Arin menghela nafas lega.

"Habistu? Apesal suara kau macam tu? Harini kan kau balik rumah mertua kau. Apa ke buruk bebenor suara. Tak suka ke?"

"Bukan tulah. Nuh merajuk dengan aku."

"Aik? Awal bebenor bercakarnya."

Hana mula membuka cerita.

"Aku tersalah cakap tadi. Tu yang dia terasa. Macam mana nak pujuk dia? Aku tak sukalah dia dingin macam tu. Tadi pun kemain tegas suara dia."

"Kau cakap apa sampai dia terasa tu?"

"Aku cakap aku seganlah nak order macam-macam sebab guna duit dia lepastu dia cakaplah yang duit dia, duit aku jugak sebab kitorang dah nikah."

"Padan muka kau!"

Hana dah tayang muka tak puas hati bila mendengar balasan Arin.

"Apa ni? Aku ingatkan kau nak backing aku."

"Takde. Kali ni salah kau. Yang cakap macam tu kenapa? Sah-sahlah laki kau terasa. Hana, kau kena ingat. Kau tu dah jadi isteri orang. Bila dah jadi isteri, semua harta suami auto jadi kepunyaan kau jugak termasuk duit dia. Kau tak bolehlah buat macam kau dengan dia orang asing."

Hana terdiam kejap. Betul kata Arin. dirinya tak sepatutnya memperlakukan hubungan mereka seperti hubungan asing. Mereka dah ikatan halal. Malu tu memanglah ada sebab baru nikah tapi itu tak menjadi tiket untuk dia terus-menerus menolak tanggungjawab Nuh terhadapnya.

"Okay. aku faham. Aku akan pujuk dia."

"Good! Ni kau kat mana?"

"Aku berhenti makan dekat RnR kejap. Kenapa?"

"Takdelah. Saja tanya. Dahlah. Layan cik abang kau tu. Kesian dia."

Hana hanya tersenyum nipis.

"Okay. Nanti aku whatsapp kau. Bye."

Panggilan dimatikan. Selang beberapa mnit, Nuh tiba dengan dulang yang dipenuhi dengan pesanan mereka.

"Baca doa dulu."

Hana menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibaca oleh Nuh. Melihat Nuh yang makan tanpa bersuara itu menyebaban Hana tak senang duduk. Memanglah Nuh ni digelar Encik pembawa emas dalam mulut, tapi dengan dia jadi mulut murai! Hrm, merajuk lagi ke tu?

***

"Assalamualaikum!"

Hana memberi salam. Mereka tiba di Johor sebaik sahaja masuk waktu Asar.

"Waalaikumusalam anak mama!"

Puan Sri Diyana terus meluru ke arah Hana dan mendakap menantunya itu.

"Lambatnya sampai. Kata bertolak dari pagi?"

"Maaf, mama. Tadi berhenti solat lama."

Nuh yang baru masuk meletakkan bagasinya di hadapan pintu lalu mendekati mamanya.

"Amboi, mama! Dah jumpa menantu tak ingat anak sendiri."

Hana mengerling ke arah Nuh. marah lagi nampak.

"Alah, Iyan ni! Biarlah. Mama excited akhirnya ada anak perempuan dalam rumah ni."

"Hrm. Iyan naik dulu."

Bagasi tadi dibawanya sekali. Hana hanya melihat suaminya itu berlalu tanpa menegurnya. Lamanya pakcik ni merajuk! Dalam kereta tadi pun hanya suara radio yang kedengaran.

"Hana pergilah naik rehat jugak. Penat kan jalan jauh. Mama nak masak untuk makan malam."

"Hana tolong mamalah."

"Ish! Mana boleh. Kamu kan baru nikah. Temankanlah Iyan kat atas tu."

Aduh, mama ni!

"Erm, mama. Sebenarnya, Nuh merajuk dengan Hana."

"Aik? Kenapa pulak?"

"Salah Hana sebab Hana tersalah cakap tadi. Tu yang dia merajuk. Macam mana nak pujuk Nuh, mama?"

"Jom duduk dulu."

Hana dibawa oleh mamanya untuk duduk di ruang tamu.

"Hana cakap apa sampai Iyan merajuk?"

Liurnya ditelan. Aduh! Ni kalau aku cakap mesti kena tazkirah lagi.

"Erm, Hana tersalah cakap duit Nuh tu duit dia je sedangkan kalau dah kawin, duit suami kan duit isteri jugak. Tu yang dia marah."

Mendengar penjelasan Hana, Puan Sri Diyana tersenyum sendiri.

"Hana tak biasa lagi ke dengan kehidupan sekarang ni?"

Hana hanya mendiamkan diri apabila disoal sebegitu.

"Mama tahu sepatutnya dengan umur sekarang ni, Hana tak perlu nak hadap kehidupan rumah tangga. Sepatutnya sekarang Hana boleh sambung belajar dan hidup dengan bebasnya tanpa ikatan. Tapi kenapa Hana terima lamaran Iyan?"

"Hana sayangkan dia, mama."

Hana menjawab perlahan.

"Same goes to Iyan. Sepanjang mama besarkan Iyan, tak pernah sekali pun Iyan cerita pasal mana-mana perempuan kecuali Hana. Dia jadi macam tu sebab dia tak nak Hana rasa yang ikatan ni membebankan diri dia. Iyan nak Hana bergantung sepenuhnya pada dia. Dia kan suami. Ego dia sebagai suami mesti tercabar juga kalau Hana selalu sekat tanggungjawab dia macam tu."

Hana mengangguk faham. Sedar akan kesalahannya itu.

"Hana faham, mama. Terima kasih sebab ingatkan Hana."

"Sama-sama, sayang. Dah. Pergi naik pujuk suami tu."

Hah! Tu satu lagi masalah.

"Macam mana nak pujuk Nuh, mama? Dari tadi dia buat tak tahu je dekat Hana."

"Bermanjalah dengan Iyan. Anak mama tu kalau dia merajuk, dia nak bermanja je sebenarnya."

Hana dah cuak. Bermanja?

"Okay, mama. Hana naik dulu ya."

"Yelah."

Hana naik ke atas dan menuju ke bilik Nuh. Senang nak cari bilik suaminya itu sebab ada papan nama di pintu. Hana masuk ke dalam bilik yang didepannya ada kayu ukiran bernama 'Iyan'.

Pintu bilik ditolak. Hana mengintai sekeliling bilik Nuh. Mana Nuh ni?

"Tak baik mengintai. Nanti tumbuh ketumbit dekat mata."

Hana tersentak kejap sebelum masuk ke dalam bilik. Dia lihat Nuh yang baru sahaja keluar dari bilik mandi itu sedang mengeringkan rambutnya yang basah.

"Awak dah mandi?"

Hana sekadar basa-basi untuk berborak dengan Nuh. Namun, soalannya tidak berjawab. Nuh terus duduk di birai katil dan membelakangkan Hana yang masih berdiri di depan pintu.

Aduh! Apa aku nak buat ni? Bermanja? Nanti Nuh kata aku ni buang tabiat pula. Tapi aku kena pujuk dia.

Selepas bertarung dengan diri sendiri, Hana dengan beraninya mengambil langkah untuk misi memujuk suami.

Nuh yang sedang mengeringkan rambut itu tersentak dengan perbuatan Hana yang tiba-tiba memeluknya dari belakang. Hana meletakkan pipinya di belakang badan sasa suaminya dan pelukan di pinggang itu dieretkan. Nuh dah terkaku macam patung.

"Berapa lama awak nak merajuk dengan saya ni? Dah lama awak diamkan diri. Tak bosan ke? Awak cakap, setiap kali nampak muka saya, awak akan rasa nak bercakap. Tapi kenapa diam je ni? Saya rindulah nak dengar suara awak."

Ketika itu, Nuh tersenyum sendiri mendengar luahan Hana. Hailah isteri aku ni! Nak merajuk kejap pun menyempat.

Nuh memegang tangan Hana dan meleraikan peulkan itu. Dia berpaling menghadap Hana di belakangnya. Tiada suara yang dikeluarkan. Nuh hanya memandang isterinya itu.

"Marah lagi ke?"

Hana kembali bertanya. Sungguh dia tak boleh apabila Nuh mendiamkan diri seperti ini. Nuh masih tidak menjawab.

"Awak, janganlah macam ni. Saya tak bolehlah awak diam macam ni. Saya lagi rela awak marah saya daripada awak diam macam ni."

Ketika itu, tangan kasar itu naik dan diletakkan di pipi gebu milik isterinya lalu dielus lembut.

"Macam mana saya nak marah love bug saya ni sedangkan dia selalu senangkan saya?"

Nuh mengukir senyuman ikhlas.

"Saya tak marahkan awak pun, love bug. Saya cuma nak awak sedar yang awak tu isteri saya. Tanggungjawab saya. Takkanlah saya perlu berkira dengan isteri saya sendiri? Saya janji pada diri sendiri yang saya akan selesakan hidup awak selagi saya mampu. Jadi, saya tak nak awak persoalkan apa yang saya buat macam kita ni orang asing. Saya sayangkan awak."

"Okay. saya janji lepas ni saya takkan cakap macam tu. Saya akan terima je semuanya yang awak nak bagi pada saya."

Hidung Hana dicuit.

"Good wife! Dah. Pergi masuk mandi. Busuk dah tu."

"Okay!"

XXX

Dahlah! Pergi join telegram channel and group chat aku! AHAHAHAHAHAHHAHAHA!
Link dkt description🤭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro