Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 21

Votelah duluuu ;)

Selepas beberapa hari dirawat di hospital, Hana dibawa pulang oleh Nuh dan Arin. Sampai sahaja di depan rumah, Nuh berpesan sesuatu.

"Jaga diri awak tau. Saya tak nak pengantin perempuan sakit masa majlis nikah nanti."

Hana hanya pandang wajah Nuh di sebelahnya. Mata hazel itu jelas menunjukkan yang dia merisaukan gadis itu.

"Ya, saya akan jaga diri. Jangan risau okay? terima kasih sebab tolong saya empat hari ni."

Nuh mengukir senyuman ikhlas.

"Sure. Anything for my love bug."

Sedang mereka bersemut berdua, ada orang terasa sendunya.

"Ehem! Tak baiklah korang ni buat aku macam ni."

Hana dan Nuh tertawa kejap dengan kenyataan Arin.

"Arin, jaga bakal isteri saya baik-baik."

"Ya, Encik Nuh. akan ku patuh titahmu."

Arin membantu Hana masuk ke dalam rumah. Nuh pulang ke rumahnya. Jiran pun padahal. Gaya macam jauh sangat.

"Assalamualaikum."

Hana memberi salam. Pintu rumah dibuka dan yang menyambut kepulangannya adalah ibu. Hana menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibunya. Tapi, tiada sambutan.

"Masuklah dalam. Rehat. Majlis nikah kau lagi tiga hari."

Puan Halimah terus masuk ke dalam tanpa bertanya keadaan anaknya. Arin memapah Hana masuk ke dalam bilik. Hasya tidur di bilik orang tuanya kerana Arin yang akan menjaga Hana. Arin membantu Hana duduk di atas katil.

"Kau nak apa-apa tak?"

Soalan Arin tidak dijawab malah Hana menundukkan kepalanya. Selepas meletakkan beg baju, Arin duduk di sebelah Hana dan wajah sahabatnya itu diangkat.

"Hana. kenapa nangis ni?"

Arin terus memeluk Hana. pelukan itu tidak dibalas dan air matanya mengalir laju.

"Ibu dah bencikan aku ke, Rin? Ibu langsung tak nak sentuh aku. Hina sangat ke aku? Aku dah jadi anak derhaka ke?"

Persoalan itu diselang-seli dengan esakkannya seperti anak kecil. Hana betul-betul takut sekiranya ibu benar-benar tidak meredhai kehidupan dia.

"Hana, kau cakap apa ni. Dah banyak kali aku pesan. Kau tak salah. Semua ni ujian je untuk kau. Kau sabar okay? Aku yakin satu hari nanti hati ibu, ayah dan adik-beradik kau yang lain akan lembut juga. Allah akan tibakan hari tu."

Hana tidak menjawab sebaliknya hanya mengalir air mata di dalam dakapan Arin.

***

Baju kurung putih yang tersarung di badannya itu dilihat. Dia masih menunggu di ruangan persalinan untuk dipanggil.

"Betul ke keputusan aku ni?"

Saat ini, hatinya meragui keputusan yang diambil. Hatinya sedang bertarung dengan diri sendiri untuk memberitahu pada dirinya bahawa ini keputusan yang betul.

"Hana."

Ketika itu, suara ayah menyapa gegendang telinganya.

"Ayah."

Hana memandang ayahnya.

"Jaga diri kau elok-elok dekat rumah mertua. Jangan malukan aku. Jangan malukan ibu. Jaga suami kau tu elok-elok."

Nasihat Encik Malik pada ketika itu kedengaran ikhlas walaupun nadanya agak kasar. Hana hanya tersenyum apabila mendengar nasihat ayahnya.

"Baik, ayah. Terima kasih atas nasihat ayah. Terima kasih juga sebab sudi walikan Hana."

Encik Malik tidak menjawab sebaliknya dia terus keluar dari bilik persalinan itu. Dia termenung sendiri. Wajahnya diraup. Ketika itu, satu raut wajah terbayang di benaknya. Ketika itu, rasa sebak menyerbu diri Encik Malik. Janji yang dulu dilafazkan tidak ditunaikan sehingga anak perempuannya itu menjadi hak milik orang lain.

**

"Sah."

Doa dibaca oleh tok kadi. Air mata Hana yang dari tadi bergenang tidak dapat ditahan lagi. Rasa bersyukur, lega dan sebak menjadi satu. Perasaannya bercampur-baur. Di usianya yang sangat muda ini, dirinya bergelar isteri kepada insan yang baru sahaja dikenalinya dan lelaki itu mempunyai cinta yang ikhlas.

Selepas Nuh menyarungkan cincin pada Hana, dia menghapuskan dulu air mata isterinya sebelum mengucup lama ubun-ubun itu. Hana hanya memejamkan mata dan merasai ciuman hangat itu. Sungguh dia terharu.

Majlis resepsi akan dilakukan selepas semester pertama Hana selesai. Dalam masa dua minggu, Hana perlu daftar ke universitinya.

Hadirin yang hadir di majlis akad nikah mereka itu hanya dihadiri oleh saudara-mara yang terdekat sahaja. Selepas mengiringi tetamu untuk pulang, Hana hanya berdiri di hadapan pintu masjid.

"Aduh!"

Kakinya terasa sengal kembali kerana berdiri terlalu lama. Sakit akibat dipukul itu masih tersisa. Nuh yang baru sahaja mengiringi tetamu juga itu mendengar suara mengaduh isterinya terus mendekat. Lengan Hana dipegang.

"Sakit ke?"

Hana hanya mengangguk. Sungguh sekarang ini kakinya terasa kebas.

"Jom duduk dulu."

Nuh memapah isterinya untuk duduk di kerusi berdekatan.

"Ya allah anak mama! Kenapa ni?"

Puan Sri Diyana kalut apabila melihat Hana berjalan terencot-encot.

"Takda apalah, mama. Kaki Hana kebas sikit. Lama berdiri kan."

"Ish tulah! Mama suruh duduk je tadi, degil."

Hana tersenyum apabila melihat ibu mertuanya itu merisaukan dirinya.

"Ha! Dengar cakap mama tu. Lain kali janganlah degil sangat. Macam mana nak baik kaki tu?"

Nuh pula menyambung bebelan mamanya. Hana hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Ibu dan anak sama saja perangainya.

"Saya okay. Awak janganlah risau sangat."

"Mestilah saya risau. Awak tu isteri saya. Tanggungjawab saya. Mestilah kena jaga elok-elok."

Hana hanya tersenyum mendengar jawapan Nuh.

"Nih Iyan. Along Hana nak jumpa kejap katanya. Ada tu dia tunggu dekat pagar belakang masjid."

Nuh hanya mengangguk dengan pemberitahuan mamanya.

"Okay. Mama temankan Hana kejap ea?"

"Yelah."

Nuh memandang Hana.

"Kejap lagi kita balik sama-sama."

Kepala isterinya yang masih berbalut dengan tudung itu diusap perlahan sebelum dia bangun dan bertemu dengan along.

"Ada apa nak jumpa saya?"

Nuh mula bertanya tanpa basa-basi.

"Kenapa adik saya? Dalam banyak-banyak perempuan yang ada atas muka bumi ni, Tuan Nuh pilih adik saya?"

Nuh tersenyum senget dengan pertanyaan abang iparnya merangkap pekerja di hotel.

"Tak perlulah nak bertuan dengan saya. Kita dah jadi adik-beradik ipar kan, along?"

Nuh berkata dengan sinis. Hariz pula sudah mengetap gigi. Rahangnya bergerak ke kiri kanan kerana menahan geram.

"Untuk soalan along tu, saya pilih Hana sebab dia perempuan yang paling layak jadi isteri saya. Dia bukan macam perempuan lain yang nakkan duit saya. Saya sukakan semangat dia. Saya ikhlas sayangkan dia. Dan yang paling penting, saya nak selamatkan perasaan dia daripada terus diseksa oleh keluarga sendiri."

Jawapan Nuh membuatkan Hariz bertambah geram. Cekak baju melayu Nuh digenggam.

"Kau jangan sesekali sebut pasal cara keluarga aku layan dia. Kau tak tahu apa salah dia."

Nuh memegang tangan Hariz sebelum menolak kuat tangan itu untuk melepaskan bajunya.

"Apa pun salah yang Hana buat, tak patut kau sebagai along dia biarkan dia kena pukul macam tu. Hana tu perempuan yang lembut luarannya. Kalau dia mati macam mana?"

Hariz mengepal penumbuknya.

"Sepatutnya kau bersyukur sebab aku sempat selamatkan kau dan keluarga daripada digelar sebagai pendera yang cuba membunuh ahli keluarga sendiri. Kau dengar sini. Walaupun kau abang dia, aku ni dah sah jadi suami dia. Jadi aku takkan biarkan Hana terseksa lagi."

"Hey kau ni!"

Tangan Hariz berada di udara dan penumbuknya digenggam.

"Along!"

Mujur saja Hana sempat menghalang tindakan abangnya itu. Hariz melepaskan baju Nuh dan pergi dari situ. Hana berjalan mendekati suaminya.

"Awak okay?"

Tangan Nuh diraih. Hana melihat wajah Nuh sekiranya ada yang terluka.

"Saya okay. Ni kenapa awak datang sini? Kaki tu dah tak sakit?"

"Saya tak sedap hati bila mama cakap along nak jumpa awak. Bila mama pergi dekat papa, saya datanglah cari awak."

"Risau jugak awak dekat saya kan?"

Hana hanya tersenyum dengan kenyataan itu.

"Tetamu semua dah balik. Jom balik jugak."

"Jom."

XXX

Tak tahu kenapa, aku eager sangat nak update AHAHAHAHAHAHHAHAHA🤣🤣🤣
Tak pernah2 banyak chapter update sehari. Ni dah masuk kelapan. Nak sambungan ke??? Btw, Dont forget join my telegram channel and group chat! Link dkt description🤭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro